Harian Metro: Setempat |
Guns N' Roses hibur 10,000 penonton Posted: Sepang: Lebih 10,000 penonton membanjiri Helipad, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menonton konsert kumpulan rock lagenda, Guns N' Roses, di sini, malam tadi. Kehadiran kumpulan rock dari Los Angeles, Amerika Syarikat itu sememangnya menjadi tumpuan berikutan pertama kali mengadakan persembahan di negara ini sejak ditubuhkan pada 1987. Kumpulan terbabit yang diketuai penyanyi yang juga satu-satunya anggota asal Guns N' Roses iaitu Axl Rose muncul tepat jam 8 malam membawakan lagu popular mereka antaranya Welcome to the Jungle, You Could Be Mine, Estranged, Rocket Queen, Mr Brownstone, Sweet Child O'Mine dan November Rain. Walaupun tanpa anggota asal sebagaimana di puncak kegemilangan mereka dulu seperti Slash (gitar), Izzy Stradlin (gitar), Duff McKagan (bass) dan Steven Adler (dram), Axl Rose bersama barisan anggota barunya tetap mantap dalam persembahan mereka. GUNS N' Roses menghiburkan peminat selepas perlumbaan Grand Prix Formula 1 di Sepang, malam tadi.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan