Harian Metro: Setempat |
Bayar bil tapi masih tak dapat air Posted: Ampang: "Kami pun tak tahu sampai bila perkara ini berlanjutan kerana sudah tiga hari bekalan air tiada selepas dipotong Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)," kata penduduk Apartmen Angsana, Fauziah Mohamad. Fauziah, 42, berkata, situasi itu timbul apabila Badan Pengurusan Bersama (JMB) gagal menjelaskan bil kepada syarikat konsesi air berkenaan lebih tiga bulan lalu menyebabkan nilai tunggakan mencecah lebih RM11,000.
Malah, lebih membimbangkan apabila penduduk mendakwa pengurusan mengenakan caj air yang melampau jumlahnya melebihi RM100 sebulan.
PENDUDUK, Norizam Husin, menunjukkan meter air yang dikunci SYABAS. Fauziah mendakwa, penduduk juga tidak diberikan resit bayaran atas apa-apa urusan dan maklumat mereka tidak direkodkan secara terperinci menyebabkan dia mempunyai tunggakan walaupun bil sudah dijelaskan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan