Harian Metro: Setempat |
Posted: Puchong: Seramai 228 penduduk dari Blok B, Pangsapuri Seri Beringin dan Kampung Pasir, di sini, yang dipindahkan akibat kejadian tanah runtuh Selasa lalu dijangka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, Ahad ini. Penduduk di 52 unit blok berkenaan dan 15 rumah di kaki tebing ditempatkan ke Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Puchong Indah sementara pihak berkuasa tempatan itu bersama agensi teknikal menjalankan penilaian tahap keselamatan.
"Kerja pengukuhan tebing di kawasan runtuhan seluas 500 meter persegi berjalan lancar dan tiada kerosakan pada struktur bangunan kediaman penduduk berlaku," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
ABDULLAH (kanan) bersama Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias (dua dari kiri) melawat ke tempat kejadian tebing runtuh di Pangsapuri Sri Beringin, Puchong. Kejadian itu menyebabkan beberapa mangsa mengambil cuti bekerja kerana tidak selesa selain terpaksa berulang-alik mengambil barang keperluan mereka.
"Kami berharap kerja pembaikan berjalan lancar kerana tidak sabar pulang ke rumah selain sesi persekolahan bermula minggu depan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan