Harian Metro: Setempat |
Posted: Sekumpulan penjenayah dikesan mencuri dan menyembelih lembu sebelum meninggalkan organ dalaman termasuk kepala haiwan berkenaan di tepi jalan menghala Sepang dalam kejadian di Tanah Merah, kelmarin. Pemilik lembu berkenaan, M Yogeswaran, 28, berkata, dia terkejut sebaik menyedari dua daripada 12 lembu peliharaannya hilang selepas meragut rumput kira-kira tiga kilometer dari kandang.
"Bagaimanapun saya terkejut melihat ia tiada di kandang lalu keluar mencari dan sebaik tiba di tepi jalan menghala Sepang, saya terkejut melihat usus, perut serta kepala lembu bertaburan di tepi jalan," katanya. Menurutnya, seekor lembu jantan yang hilang itu seberat 800 kilogram dan dibeli dua minggu lalu dengan harga RM4,500 manakala seekor lagi 450 kilogram berharga RM2,500.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan