Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Situasi panas yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan dakwaan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad mengenai ada komplot dalaman cuba menjatuhkan jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang memaksa Presiden Sultan Ahmad Shah untuk campur tangan. Sultan Ahmad Shah semalam mengarahkan agar Azzuddin supaya tidak membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung perkara itu.
Dakwaan Azzuddin mengenai kemungkinan ada komplot di kalangan keluarga FAM untuk menyingkirkan Rajagobal disiarkan Arena Metro Sabtu lalu.
SULTAN AHMAD SHAH (dua dari kanan) bersalaman dengan pemain Harimau Malaya pada perlawanan amal di Stadium Darul Makmur. Azzuddin mempertahankan kenyataannya itu dan tidak mahu ia disalahtafsirkan oleh mana-mana pihak. "Biarlah tumpuan lebih diutamakan kepada aksi kelayakan Piala Asia 2015 yang mana kita sama-sama memberikan sokongan kepada skuad negara dalam usaha merealisasikan hasrat untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi," tegasnya.
Keputusan mengembalikan semula kehadiran pemain import adalah keputusan yang menjadi dasar FAM dan tidak sepatutnya dipertikaikan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/01 |
Posted: Melaka: Pasukan 1Malaysia muncul juara Kejohanan Futsal Kolej Komuniti Tangga Batu (KKTB) selepas menang 3-1 ke atas Berangan 6 dari Serkam di pentas final yang berlangsung di A Sports Klebang Melaka baru-baru ini. Kejohanan julung kali dianjurkan kolej terbabit menyaksikan juara dan naib juara lelaki dan wanita meraih wang tunai RM700 dan RM300 serta hadiah iringan.
Pengarah KKTB Khairul Anuar Muhamad berkata, sebanyak 20 pasukan lelaki bersaing dan 12 kategori wanita memperaga persembahan terbaik masing-masing.
Beliau berkata, sambutan menggalakan itu memberi input berkesan terhadap peranan KKTB menjadi destinasi pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/01 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan