Harian Metro: Arena |
Posted: 09 Apr 2013 10:50 AM PDT Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik balik keputusan meletak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta merta. Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah mengumumkan keputusan itu pada sidang media selepas Tunku Ismail berkunjung ke Istana Pahang, semalam.
Sultan Ahmad Shah berkata, keputusan itu dibuat Tunku Ismail selepas dipujuknya selain turut mendapat restu Sultan Ibrahim.
"Sekali anda memutuskan untuk menjadi anggota persatuan, kita tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan persatuan dan tiada siapa boleh melarikan diri daripada undang-undang yang telah termaktub bertahun-tahun," ujar beliau.
Tunku Ismail sebelum ini digantung enam bulan dan denda RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga M dan hukuman itu berkuat kuasa sejak 8 Mac lalu.
|
Posted: 09 Apr 2013 10:47 AM PDT Rompin: Seperti diramal pasukan Leban Chondong B muncul juara Kejohanan Cabaran Futsal Padang Tertutup Kolej Komuniti Rompin 2013 di padang Dataran Majlis Daerah Rompin, baru-baru ini. Pada perlawanan akhir, Leban Chondong B menewaskan Cardiff City, 2-1 menerusi sepakan penalti untuk membawa pulang hadiah RM700 dan piala kejohanan.
Kejohanan kali pertama dianjur Kolej Komuniti Rompin mendapat kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Majlis Daerah Rompin dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin disertai 32 pasukan.
Mohd Johari yang juga penasihat Kolej Komuniti Rompin berkata, kejohanan itu antara program mendekati rakyat dianjurkan Kolej Komuniti Rompin. Menurutnya, tujuan utama program adalah untuk memperkenalkan selain mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat setempat dengan Kolej Komuniti Rompin.
"Saya puas hati dengan sambutan dan kejayaan menganjurkan program ini yang membuktikan Kolej Komuniti Rompin memiliki kemahiran menganjurkan acara sukan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan