Harian Metro: Arena |
Posted: 13 Apr 2013 08:33 AM PDT Okinawa, Jepun: Rasa rindu dengan keluarga di Malaysia sememangnya dirasai Wan Zack Haikal Wan Noor dan Nazirul Naim Che Hashim walaupun mereka hanya baru lebih dua minggu menjalani kehidupan di Okinawa, Jepun sebagai pemain kelab FC Ryukyu. Selain cabaran di atas padang, Wan Zack Haikal, 22, dan Nazirul Naim, 19, sedar berjauhan dengan keluarga di bumi asing itu antara cabaran besar perlu mereka hadapi.
"Memang terasa rindu dengan Malaysia sebab kita sudah tinggal lama di sana tapi bagi saya dalam masa lebih dua minggu ini saya rasa selesa di sini. Kalau rindu dengan keluarga saya akan berhubung dengan mereka," kata pemain yang pernah menjalani ujian pemilihan dengan FC Ryukyu selama dua minggu Julai tahun lalu.
JADUAL padat membataskan masa Wan Zack (kanan) dan Nazirul menikmati keindahan Okinawa. "Berat badan saya turun tiga kilogram berbanding 68 kilogram sebelum ini tapi bagi saya itu lebih baik kerana saya berasa lebih ringan dan laju apabila berlari," katanya yang tinggal bersama dengan Nazirul Naim di sebuah apartment disediakan kelab itu.
"Memang rindu dengan masakan di Malaysia tapi keluarga ada hantar bekalan makanan dan memang kami selalu masak sendiri.
|
Posted: 13 Apr 2013 08:27 AM PDT Shanghai: Lewis Hamilton merebut petak pertama bersama pasukan barunya Mercedes pada kelayakan Grand Prix China di Shanghai, semalam sewaktu pencabar utama Red Bulls gagal mempamerkan aksi meyakinkan. Pelumba Britain itu yang mengalami masalah alahan dan pulang awal dari litar Khamis lalu, beraksi garang pada sesi terakhir untuk merebut petak pertama di depan pelumba Lotus dan juara perlumbaan pertama di Australia, Kimi Raikkonen.
Rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg yang meraih kemenangan pertama di Shanghai tahun lalu menduduki petak keempat di depan pelumba Ferrari Felipe Massa. Pelumba Brazil itu berada di barisan ketiga bersama Romain Grosjean daripada Lotus.
Pelumba berusia 28 tahun itu yang juga juara dunia 2008, dilapor mengalami alahan debunga.
"Kereta kompetitif sejak semalam. Kereta bertindak balas dengan baik terhadap perubahan yang kami lakukan. Jika semua berjalan lancar, kami boleh berjuang untuk ke podium dengan kedua-dua kereta." - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan