Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berada di bangku simpanan pada perlawanan Johor Darul Takzim (DT) menentang Terengganu Sabtu lalu adalah melanggar peraturan memandangkan beliau masih menjalani penggantungan enam bulan daripada terbabit daripada sebarang aktiviti bola sepak. Bagaimanapun Penolong Setiausaha Agung FAM yang juga bertindak sebagai Komisioner Perlawanan itu Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, pihaknya sudah menyerahkan perkara itu kepada pegawai undang-undang bagi menyiasat status Tunku Ismail ketika berada di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin ketika perlawanan itu.
"Berdasarkan peraturan, Tunku Ismail yang menjalani hukuman penggantungan sepatutnya tidak boleh terbabit dengan sebarang aktiviti bola sepak persatuan ini dan tindakan susulan akan diambil.
|
Posted: Melaka: Pemanah Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka (USPTNM) Noratiqah Azizi, 18, muncul juara keseluruhan kategori recurve wanita pada Kejohanan Memanah Dalam Dewan Piala Ketua Menteri Melaka di Dewan MSN/MBMB Ayer Keroh, baru-baru ini. Kejohanan julung kali diadakan itu menyaksikan dia turut menjuarai acara recurve individu menewaskan Nurul Ain Hussin, juga dari Melaka dengan 7-1.
Muhd Juwaidi Abdullah (Melaka) menjuarai acara lelaki Individu apabila mengumpul 579 mata, diikuti Khairul Fadhli Abdullah dari KMSJ dan ketiga Mohd Noor Mohamad (Melaka).
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan