Harian Metro: Arena |
Posted: Kota Bharu: Kelantan menerajui Kumpulan G selepas berpesta gol ketika membenam SHB Da Nang dari Vietnam 5-0 dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi. Kemenangan itu juga menyaksikan The Red Warriors mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri sejak musim lalu selain meleburkan SHB Da Nang yang tidak pernah tewas selepas tiga perlawanan sejak saingan AFC bermula.
Tersentak asakan awal pelawat, anak didik skuad kendalian Bojan Hodak mula mengatur gerakan pada minit kedua menerusi penyerang import bertubuh sasa, Dickson Nwakaeme yang melakukan hantaran lintang sebelum pemain veteran, Indraputra Mahayuddin melakukan rembatan namun melepasi palang gol.
NWAKAEME (kiri) jaring gol pertama Kelantan. Ketinggalan dua gol menyaksikan pasukan pelawat yang dikendalikan Le Huynh Duc buntu melakukan gerakan sebaliknya Kelantan terus menguasai perlawanan. Minit ke-15 Nwakaeme sekali lagi melakukan percubaan namun ditepis penjaga gol.
Pelawat yang ketinggalan 0-3 memaksa melakukan perubahan apabila menukar tiga pemainnya meskipun belum berakhir babak pertama.
|
Posted: Senawang: Mereka mengharungi perjalanan ratusan kilometer sejak bermula Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2013 semata-mata bagi mencari tiket beraksi di grand final. Itulah ranjau yang terpaksa dihadapi skuad futsal bawah 12 tahun Remaja Semangat Pejuang (RSP) Smart Kids A dari Klang. Percubaan mereka di Orbit de Futsal, Kuala Lumpur menerusi Siri Pertama, Manjung Indoor Sports Arena, Perak (Siri Ke-2) dan Safira Sports Palnet, Pulau Pinang (Siri Ke-3), semuanya menemui jalan buntu.
Sebelum itu pada separuh akhir, RSP Smart Kids A menumpaskan RSP Smart Kids, B 1-0 manakala SK Puchong Indah mengalahkan Sri Remaja Kapar Junior, 2-1.
Perlawanan sengit turut dipamerkan kedua-dua finalis kategori bawah 16 tahun, membabitkan GB FC A dari Klang menentang Kartallar FC (Sepang) sehingga juara terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti selepas terikat 2-2. Gelaran milik GB FC A apabila menang 3-2.
Hadiah disampaikan Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Product Sdn Bhd Ng Ping Loong.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan