Harian Metro: Arena |
Posted: Johor Bahru: Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil tindakan drastik apabila melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta-merta, malam tadi. Bagaimanapun, menurut kenyataan media yang diedarkan, Tunku Ismail masih membabitkan diri dalam bola sepak di Johor apabila menjadi penaung persatuan itu bagi memastikan segala urusan pentadbiran, terutama aspek kewangan dan kebajikan kakitangan dan pemain PBNJ sentiasa dijaga.
Dalam kenyataan media itu, Tunku Ismail berkata, keputusan meletak jawatan dibuat selepas mendapat persetujuan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan juga hasil daripada perbincangan dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
Menurutnya, sebagai Penaung PBNJ, ia akan membuka lebih banyak ruang dan peluang serta kelebihan kepadanya untuk mentadbir PBNJ yang turut membabitkan aspek pengurusan kewangan, kebajikan kakitangan dan juga pemain di samping dapat membuat keputusan yang lebih tepat.
|
Posted: Kota Bharu: Kolej Poly Tech Mara (KPTM) Kota Bharu muncul juara Kejohanan Bolasepak Piala Presiden KPTM yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan, Panji, baru-baru ini. KPTM Kota Bharu dan KPTM Alor Setar seri 0-0 pada perlawanan akhir dan mengheret perlawanan ke masa tambahan. Keputusan 0-0 itu kekal ke akhir perlawanan sebelum mereka menang sepakan penalti 5-4.
Lebih membanggakan, pemain KPTM Kota Bharu Wan Mohd Izham Wan Rosli dinobat Pemain Paling Bernilai (MVP) manakala Arif Johan dari KPTM Bangi muncul Penjaring Terbanyak. Pasukan KPTM Bangi menduduki tempat ketiga keseluruhan selepas menewaskan KPTM Ipoh 3-1.
"Biasanya semua acara berlangsung serentak tapi tahun ini kita buat transformasi apabila mempertandingkan sukan bolasepak terlebih dulu. Tapi ini sebahagian daripada acara SUPTEM yang akan berlangsung tidak lama lagi,.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan