Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Hukuman berat digantung sehingga enam bulan bakal menanti ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal andai didapati bersalah meskipun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak akan mendakwa beliau atas kesalahan melanggar peraturan Artikel 88 Statut FAM. FAM semalam membuat keputusan mengeluarkan surat pertuduhan kepada pengendali pasukan negara itu berdasarkan Artikel 18 dan bukannya Artikel 88 yang diputuskan sebelum ini.
Berdasarkan Artikel 88 hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM berhak mengeluarkan kenyataan dan individu lain perlu meminta kebenaran terlebih dulu.
Datuk K Rajagobal Sekiranya gagal dalam perbicaraannya, Rajagobal yang mempunyai kontrak dengan FAM hingga Disember ini boleh digantung enam bulan serta denda RM8,000.
"Rajagobal tidak akan disiasat di bawah Artikel 88, namun sekiranya didapati bersalah, beliau bakal berdepan denda RM8,000 serta penggantungan enam bulan," katanya.
|
Dominasi Honda bakal tercabar? Posted: Kuala Lumpur: Perlumbaan belum bermula tetapi pengenalan pasukan berstatus 'factory racing' oleh Yamaha perlu diberi perhatian dalam menyaingi dominasi pasukan Honda musim ini. Menjelang perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, bermula hari ini, pasukan dikenali PETRONAS CKJ Team itu mendapat sokongan penuh Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd. Pasukan yang bekerjasama dengan CKJ Racing berpangkalan di Terengganu akan memberi cabaran dengan mempertaruhkan dua pelumba berpengalaman, Md Zamri Baba dan Md Adli Salihin. Dua pelumba asal pasukan CKJ Racing, Ahmad Afif Amran dan Mohd Shariffudin Shamsuddin pula diletakkan untuk bersaing dalam kategori CP115.
Penyertaan pasukan ini pasti memberi amaran awal juara bertahan, Azlan Shah Kamaruzaman, juara keseluruhan CP130 dan Amirul Ariff Musa, juara CP115 beraksi bersama Givi Honda Yuzy Pachie Racing dalam merencana strategi terbaik setiap pusingan bagi mengekalkan takhta dimenangi tahun lalu.
"Yamaha memiliki banyak rekod kemenangan sepanjang pembabitan Cub Prix sejak 20 tahun lalu tapi kami tidak mahu terus selesa atau bercerita kegemilangan pencapaian pada masa lalu.
Ketika ini, kebanyakan pengeluar di Malaysia menyertai sukan ini melalui penajaan pasukan satelit. Ini adalah kali pertama dalam tempoh 20 tahun Yamaha menubuhkan kem sendiri dalam sukan peringkat nasional ini. Ketika PETRONAS Yamaha CKJ Racing tidak meletakkan sasaran kemenangan, berbeza pula dengan kem Honda.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan