Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Sejak kekalahan kepada pemain nombor dua dunia Chen Long di Seluruh England, Mac lalu, segala kekuatan yang ada pada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sememangnya dijangka akan menjadi bahan analisa penting untuk China gunakan kepada semua pemain pelapisnya, sebelum Lin Dan bersara. Hakikat itu ternyata benar apabila pemain berusia 21 tahun, Tian Hou Wei berjaya menterjemahkan apa yang pernah dilakukan Chen Long dan Lin Dan ketika menewaskan Chong Wei di separuh akhir Terbuka Australia, bukannya Du Pengyu dan bukan juga Wang Zhengming.
"Mengapa BAM menghantar Chong Wei ke Australia sedangkan kejohanan itu berstatus GP Emas, malah Chong Wei sendiri dalam keadaan tidak sihat sepenuhnya kerana demam," kata bekas pemain kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara.
Datuk Lee Chong Wei "Saya tidak nampak keperluan menghantar Chong Wei, begitu juga Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Mereka tidak perlu memburu mata untuk menempatkan diri ke Kejohanan Dunia. Tindakan menghantar mereka ke kejohanan kecil sebegini akan mendedahkan lagi kekuatan kepada pemain lawan.
Bekas pemain itu juga mahu BAM menjawab jurulatih manakah yang membuat analisa pemain negara dan juga lawan.
|
Posted: Kuala Pilah: Aksi mantap Salehan Othman yang mengutip 38 mata berjaya mengenepikan cabaran 60 pemain lain untuk dinobatkan juara Kejohanan Golf Amal Piala Datuk Hasan Malek 2013, berlangsung di Kelab Golf Seri Menanti, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Pemain amatur dari Seremban itu yang memegang handicap 15, mengakui tidak menyangka menang dalam kejohanan itu berikutan saingan sengit daripada pemain lebih berpengalaman, tetapi menyifatkan pengalaman yang ditimba melalui penyertaan dalam banyak kejohanan tempatan, turut membantunya.
"Walaupun hanya berkelebihan satu mata daripada pencabar lain, saya sangat berpuas hati kerana pukulan banyak menjadi ,namun saya akui saingan kali ini amat mencabar, tambahan pula dalam keadaan cuaca panas," katanya selepas kejohanan.
Tempat ketiga hingga kelima diraih Mohd Nor Alias, Nor Azizi Idris dan Mazli Mohd Nor, yang masing-masing berkongsi 37 mata.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan