Harian Metro: Arena |
Posted: 08 Apr 2013 01:39 PM PDT Kuala Terengganu: Kemelut dalaman pasukan kelab T-Team sampai kemuncak apabila Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said diminta memecat jurulatih Peter James Butler. Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu Mohamed Sekanther Abdul Hamid berkata, pihaknya mempunyai beberapa alasan untuk meminta Menteri Besar berbuat demikian.
Beliau berkata, apa yang memalukan ialah tempat ke-11 dihuni T-Team dalam carta Liga Super selepas gagal mencatat sebarang kemenangan hingga pusingan pertama berakhir.
"Butler bagaikan tidak serius mencari pengganti Folan kerana cuma mengadakan latihan sesi pagi Jumaat dan Sabtu sebelum membuat keputusan untuk berehat pada Ahad," katanya.
"Kami di PBSDKT amat kecewa dengan tingkah laku Butler dan mahu pengurusan tertinggi T-Team melakukan sesuatu dengan segera agar pasukan ini tidak terus tercampak ke dasar carta liga dan akhirnya terpaksa turun ke Liga Perdana musim depan." Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/09 |
Posted: 08 Apr 2013 01:19 PM PDT Milan: Fiorentina yang ketinggalan dua gol dan sekadar beraksi dengan 10 pemain, menyempurnakan dua sepakan penalti untuk seri 2-2 dengan AC Milan pada saingan Serie A sementara hatrik Denis dalam tempoh 12 minit menyaksikan Atalanta menang 4-3 di Inter Milan selepas ketinggalan 1-3. Inter berada di landasan tepat untuk memintas Fiorentina dalam perebutan tiket ke saingan Liga Juara-Juara apabila Ricardo Alvarez meledak dua gol dalam tempoh empat minit untuk membolehkan Inter di depan 3-1 hinggalah Denis meranapkan impian lawan mereka itu.
Antonio Di Natale menjaringkan dua gol ketika Udinese menang 3-1 ke atas Chievo. Gol pertama hadir selepas penjaga gol Christian Puggioni melakukan kesilapan sementara gol kedua voli dari sudut sukar.
Dua pasukan teratas dalam Serie A automatik layak ke saingan kumpulan Liga Juara-Juara sementara tempat ketiga perlu beraksi pada pusingan kelayakan.
Tommaso Rocchi meletakkan Inter di depan dua minit sebelum berakhir babak pertama di San Siro tetapi separuh masa kedua menyaksikan enam gol berjaya dihasilkan dalam tempoh 21 minit.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan