Harian Metro: Rap |
Advertorial: 'Oblivion' Filem Imaginasi Futuristik Posted: 14 Apr 2013 01:21 PM PDT Filem arahan Joseph Kosinski ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat filem bergenre aksi pengembaraan. Begitu juga dengan peminat setia pelakon A-list Hollywood, Tom Cruise. Pengalaman menyaksikan 'Oblivion' baru-baru ini membuatkan saya tertanya-tanya bilakah produksi Malaysia mampu menghasilkan filem sehebat ini? Teknologi yang digunakan berjaya membawa imaginasi Kosinski di layar perak dengan cukup berkesan. Walau bagaimanapun saya menyedari dan faham produksi Malaysia terikat dengan bajet yang ketat. Mengikut entri di Wikipedia, 'Oblivion' dikatakan menelan belanja sebanyak USD 120 juta. Berbeza dari filem aksi-penggembaraan lain yang dipopulasikan dengan ramai pelakon, 'Oblivion' hanya mengetengahkan beberapa watak sahaja, lebih-lebih lagi Bumi pada waktu itu sudah ditinggalkan penduduknya. Berlatar belakangkan bumi pada tahun 2077, Oblivion memperlihatkan 'keuzuran' bumi selepas enam dekad diceroboh makhluk asing. Watak utama bernama Jack Harper (Tom Cruise), seorang juruterbang berani mati yang kini bertugas di Bumi. Realiti yang Jack selama ini percaya sebagai kebenaran musnah dalam sekelip mata apabila dia dipertemukan dengan Julia Rusakova yang diselamatkan daripada sebuah kapal angkasa yang terhempas ke bumi. Julia bukan sahaja mengingatkannya kepada seseorang, malah dia juga menghidupkan memori-memori lama.
Saya difahamkan kerja-kerja membina pesawat ini mengambil masa lebih setahun dan ia dibina di di sebuah gudang di Los Angeles sebelum ia dileraikan dan dihantar ke Louisiana, Iceland dan Mammoth, California untuk penggambaran. Kerja-kerja pemasangan pula mengambil masa lima jam. Selain itu, saya suka kagum dengan tempat tinggal Jack dengan pembantunya, Victoria atau Vika Olsen (Andrea Riseborough) yang terletak 3,000 kaki di permukaan troposfera. Bagaikan sebuah dunia di awang-awangan, keadaan di Skytower menampilkan persekitaran yang bersih, sintetik dan berteknologi tinggi. Kosinski tindak menggunakan skrin biru untuk set Skytower, sebaliknya menggunakan rakaman keadaaan langit dari siang sehingga malam di kemuncak Haleakala Crater, Maui, Hawaii. Seterusnya, saya tertarik dengan robot drone yang diprogramkan untuk membunuh pemangsa. Dilengkapi dengan animatronik, robot ini boleh bergerak, berpusing dan menyala dengan alat kawalan jauh. 'Oblivion' bukan sahaja percubaan pertama Cruise bekerja di bawah arahan Kosinski tetapi ia juga menyaksikan gandingan pertamanya dengan pelakon tersohor Morgan Freeman yang membawa watak Beech. Secara keseluruhan, saya berpendapat 'Oblivion' merupakan sebuah filem bijak pandai yang harus ditonton oleh peminat filem. Selain mempamerkan kecanggihan teknologi, 'Oblivion' sebenarnya membawa mesej tersirat. Ia menyedarkan kita bahawa tidak semua perkara yang dilihat dan dipercayai itu benar. Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran, kita seharusnya berani mencari kebenaran. 'Oblivion' sudah mula ditayangkan di pawagam sejak 11 April lalu. VIDEO: |
Posted: 14 Apr 2013 08:17 AM PDT Berbanding empat kumpulan lain, Manifesto yang menampilkan kolaborasi Tomok dan band indie, Modread adalah satu-satunya 'projek band' yang bertanding serta memberikan saingan sengit dalam program realiti Versus 2. Kolaborasi mereka yang memiliki latar belakang muzik berbeza dalam Manifesto dijangka dapat mencetuskan kreativiti muzik yang baru dan segar, sekali gus untuk memartabatkan lagi bidang muzik tanah air ke tahap yang lebih tinggi. Selaku vokalis Manifesto, Tomok yang juga bekas juara One In A Million (OIAM) ini mengakui dia terima tawaran menyertai Versus 2 kerana ingin mengetengahkan lagi kreativitinya dalam bidang muzik. "Apabila ditawarkan menyertai Versus 2, saya terus terfikir untuk bergabung dengan Modread. Walaupun sudah kenal lama tapi kami tidak pernah membuat persembahan bersama di atas pentas.
"Kami ingin berikan yang terbaik sepanjang sembilan minggu bersaing dalam program ini. Saya juga yang pilih nama Manifesto kerana ia bermaksud 'gagasan' antara saya dan Modread dan ia dipersetujui mereka. "Saya akui setiap kumpulan yang bertanding dalam Versus 2 mahu menang. Kalah atau menang soal kedua jika menang ia satu bonus tapi kalau kalah kita akan cuba lagi pada masa akan datang. "Apa yang menarik, program ini tiada penyingkiran berbanding program realiti lain dan semua band yang bertanding juga bebas untuk berkarya dengan menonjolkan kreativiti masing-masing mengikut tema setiap minggu," katanya. Belum tinggalkan Newboyz Ditanya kenapa dia tidak menampilkan Newboyz dalam Versus 2, penyanyi yang popular dengan lagu Arjuna, Bidadari, Aku Datang dan Berlari ini berkata, dia ingin mencuba sesuatu yang baru berkolaborasi dengan band yang menampilkan genre muzik indie seperti Modread. "Saya sudah berbincang dengan Newboyz dan mereka juga bersetuju dengan gabungan saya dan Modread untuk projek band Versus ini. Pada masa sama, Newboyz juga ada komitmen dengan kerja masing-masing ketika ini. "Walaupun saya berkolaborasi dengan Modread ia bukan bermaksud kami sudah berpecah kerana Tomok dan NewBoyz masih wujud dalam bidang seni. Saya juga masih menyanyi lagu popular Newboyz dan kalau ada kelapangan kami masih jayakan undangan persembahan," jelasnya. Ketua kumpulan Modread selaku gitaris dan vokalis kumpulan ini, Muhammad Fahmi Ikhwan Othman atau lebih dikenali sebagai Fami, 28, pula berkata pihaknya menganggap pembabitan mereka dalam Versus 2 sebagai platform untuk 'band indie' memasuki muzik 'mainstream'. "Kami juga berharap gabungan kami yang unik ini diterima peminat Tomok dan Modread di luar sana. Pada masa sama, kami percaya bersandarkan pengalaman 'back up' persembahan penyanyi Black dalam persembahannya sebelum ini sedikit sebanyak membantu mereka untuk bekerjasama dengan Tomok dalam Versus 2. "Lebih menarik, kami dapat jayakan persembahan mengikut tema yang ditetapkan setiap minggu. Walaupun kami gubah semula lagu dendangan penyanyi asal berkenaan, kami tetap pastikan ia tidak menjejaskan keaslian atau merosakkan lagu asal berkenaan," katanya. Kumpulan ini turut dianggotai Shahfiq Shahrudin @ Sapik (gitar), 26; Mohd Azri Mohd Noor @ Kirk (bass), 27; Ainol Eqraf Ramli @ Ainol (drum), 26 dan Johan Shamsudin @ Ahmad (keyboard), 27. Fahmi yang bertugas sebagai arkitek berkata pihaknya juga ingin bersaing secara sihat dalam konsert Versus 2. "Kami tidak ada masalah untuk membahagikan masa antara karier dan sesi latihan untuk versus 2 kerana kami berlatih di studio hanya pada hujung minggu. Demi memberikan komitmen terbaik pada Versus 2, salah seorang anggota Versus, Ainol sanggup mengambil cuti dari tugasnya di syarikat penerbangan AirAsia selama dua bulan. "Selain itu, setiap anggota kami juga memiliki kelebihan tersendiri seperti Shapik yang pernah diangkat sebagai gitarus terbaik sempena Asean Beat 2008 dan pemain keyboards kami, Ahmad juga memiliki ijazah dalam jurusan muzik di Aswara," katanya. Pada konsert pertama Versus 2 (rakaman) bertemakan Band Malaya yang disiarkan pada 5 April lalu melalui TV9, Manifesto mempersembahkan lagu popular kumpulan Dinamik iaitu Biar Putih Tulang. Mengimbas latarnya, band Modread ditubuhkan pada penghujung 2008 dan masih aktif sampai sekarang. Kumpulan ini pernah menghasilkan dua album Neeruza (2009) dan Pengembaraan Neeruza Ozawa (2012). Konsert Versus musim kedua akan berlangsung setiap jumaat jam 9.30 malam di Space U8, Shah Alam. Empat band lain yang turut bertanding adalah Estranged, Kristal, Kyoto Protocol dan Oh Chentaku. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan