Harian Metro: Setempat |
Posted: Kapar: "Tiada kata yang mampu saya ungkapkan selepas melihat kedai runcit yang diusahakan bersama keluarga sejak enam tahun lalu hangus dijilat api. Walaupun terpaksa menanggung kerugian RM300,000, saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku," kata Ng Kau Tee mengenai kejadian kebakaran kedai runcitnya di Batu 10, Pekan Kapar, di sini, awal pagi semalam. Dipercayai kejadian berlaku jam 2.50 pagi itu, tujuh rumah kedai masing-masing dua kedai runcit manakala sebuah kedai barangan terpakai, bengkel motosikal, kedai gunting rambut, kedai pakaian dan sebuah kedai kosong musnah.
Menurut Ng, 65, dia mengetahui kedai runcitnya yang disewanya itu terbakar jam 3 pagi selepas dimaklumkan rakannya yang melalui jalan berkenaan ketika kejadian.
RUMAH kedai yang musnah dalam kebakaran di Batu 10, Pekan Kapar, semalam. PEKERJA membersihkan kedai. Tinjauan Harian Metro ke tempat kejadian semalam mendapati ada pemilik kedai membersihkan premis masing-masing.
Beliau berkata, dua jentera masing-masing daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, BBP Sungai Pinang dan BBP Kota Raja dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal kebakaran.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan