Harian Metro: Setempat |
Panglima ATM sangkal tuduhan PKR Posted: 10 Apr 2013 12:50 AM PDT Subang Jaya: "Pasukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ditugaskan menjaga keamanan bukan untuk menghuru-harakan negara," kata Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa Kor Risik ATM turut terbabit dalam rancangan menghuru-harakan program dijalankan parti berkenaan. Sebelum itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Datuk Johari Abdul mendakwa kononnya menerima maklumat bahawa Kor Risik ATM diarah melatih Pemuda UMNO dan orang awam bagi melakukan sabotaj selain mengganggu program pakatan pembangkang.
"Ia tidak betul. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mereka. Mereka sengaja mewujudkan kenyataan itu dan saya pasti ia rancangan mereka untuk menyalahkan kita (ATM).
ZULKIFELI (kanan) menyambut kepulangan Malcon 5 ISAF di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, malam tadi. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan