Harian Metro: Setempat |
Setengah juta tiada air 5 hari Posted: 11 Apr 2013 05:45 PM PDT Kuala Lumpur: Setengah juta penduduk sekitar ibu negara dan wilayah Gombak dijangka berdepan gangguan bekalan air selama lima hari bermula semalam, berikutan paip penghubung dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju pecah. Paip itu dari jenis 'mild steel' berukuran lilit 2,000 milimeter pecah akibat tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves di sini, runtuh selepas hujan lebat yang turut mengakibatkan banjir kilat di ibu negara semalam.
"Paip pecah ini membekalkan air kepada 89,760 akaun domestik dan pukal di 82 kawasan di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang mana dianggarkan kira-kira 500,000 pengguna bakal terjejas," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.
KONTRAKTOR pembaikan melakukan baik pulih pada paip pecah. "Pihak kami mempunyai sejumlah 42 lori tangki dan 525 tangki air statik, namun kita gerakkan ia ikut keperluan dulu bagi meringankan kesulitan pengguna.
Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252 atau laman web www.syabas.com.my. Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan