Harian Metro: Setempat |
Posted: 15 Apr 2013 03:29 PM PDT Shah Alam: Geng Topeng Ski yang paling dikehendaki polis Selangor kerana terbabit dalam 81 kes samun berkumpulan dan bersenjata di sekitar Lembah Klang sejak 2011 tertumpas apabila tujuh ahlinya ditahan baru-baru ini. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dengan penahanan semua suspek berusia 21 hingga 30-an itu, polis berjaya menyelesaikan 27 kes samun di Klang Selatan, Serdang (15), Subang Jaya (11), Klang Utara (sembilan), Gombak (tujuh), Shah Alam (enam), Petaling Jaya (empat) dan Kajang (dua). Beliau berkata, sebelum menahan semua suspek, polis menerima maklumat kejadian samun bersenjata di Putra Heights, Subang Jaya pada 25 Mac lalu membabitkan kerugian RM20,000.
"Polis turut merampas sebuah kereta jenis Honda City dipercayai digunakan anggota sindiket untuk melakukan jenayah dan kereta berkenaan juga didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang di Klang.
TUN Hisan (dua dari kanan) menunjukkan antara barangan yang dirampas. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan