Harian Metro: Setempat |
Posted: Shah Alam: Rahsia kerosakan bilik kawalan operasi pencawang milik Celcom Axiata Bhd (Celcom) di Bandar Sunway, Subang, dekat sini, membongkar kehilangan 16 alat pemprosesan data syarikat itu pada 16 Mac lalu. Kejadian disedari apabila seorang lelaki iaitu jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerima aduan mengenai terdapat kerosakan pada pencawang berkenaan sebelum membuat pemeriksaan pada jam 7.15 pagi.
Katanya, suspek yang beralamat di Gombak itu adalah bekas kontraktor dan ditahan pada jam 12.15 pagi pada 18 Mac lalu selepas dipercayai terbabit kejadian itu.
MOHD Adnan (kanan) menunjukkan peralatan telekomunikasi yang dirampas daripada suspek. Mohd Adnan berkata, dengan penahanan enam suspek terbabit, polis percaya sudah menyelesaikan enam kes membabitkan kes kecurian alat pemprosesan data milik syarikat komunikasi itu yang pernah dilaporkan di Kuala Selangor, Kajang, Petaling Jaya dan Subang Jaya.
Katanya, kelima-lima suspek warga tempatan terbabit sudah didakwa di Mahkamah Tinggi Petaling Jaya mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda, jika sabit kesalahan, manakala seorang lagi suspek warga India direman 14 hari mengikut Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan