Harian Metro: Setempat |
Posted: Klang: Seorang kerani pelik apabila wang simpanannya lesap walaupun budak penghantar surat pejabatnya yang diarahkan untuk mengeluarkan duit dalam akaun ditahan polis di Meru pada 29 Mac lalu kerana dipercayai terbabit kes penyalahgunaan dadah dan kini masih direman untuk siasatan. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zakiah, 34, berkata, pada hari kejadian dia memberi kad bank kepada penghantar surat itu untuk mengeluarkan wang gajinya RM1,500 jam 11 pagi, tetapi tidak menerima sebarang berita dan tidak mengesyaki lelaki berusia 21 tahun itu mengambil wangnya.
"Saya menghubungi lelaki itu untuk bertanyakan status wang yang dikeluarkan, tetapi panggilan itu tidak dijawab. Dua hari selepas itu, saya cuba menghubungi bapanya dan diberitahu dia ditahan pada 29 Mac jam 1.30 petang.
ZAKIAH menunjukkan laporan polis dibuatnya. Zakiah berkata, dia pelik kerana dimaklumkan lelaki terbabit ditahan polis pada tengah hari, tetapi transaksi wangnya berlaku pada malam hari sama dan dia cuba mendapatkan pengesahan daripada bapa lelaki terbabit mengenai kejadian itu.
"Bapanya meminta bantuan saya membuat laporan polis dengan menyatakan anaknya tidak terbabit dalam transaksi itu kerana ketika transaksi, anaknya berada dalam tahanan polis yang tidak memungkinkan dia membuat pengeluaran di bank," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan