Harian Metro: Setempat |
Posted: Shah Alam: "Saya pernah mendapat rawatan di hospital kerajaan menggunakan kad pengenalan kawan yang simpati. Ia berikutan saya tiada dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalan sejak kecil," kata remaja, Nor Fazlin Moh Mashuri, 21, dari Kampung Batu Belah, Klang. Tidak cukup dengan pengalaman itu, dia yang diserah kepada keluarga angkat sejak kecil turut berdepan pelbagai penghinaan termasuk segelintir kawan yang mengejeknya sebagai pelarian.
Sedih dengan kehidupan yang dianggap tidak menentu di tanah kelahiran sendiri, Nor Fazlin ditemani bapa angkat barunya, Samsidin Pama, 55, menemui wakil Harian Metro merayu pertolongan agensi kerajaan atau pihak yang berkaitan bagi menyelesaikan kemelut dihadapinya itu.
NOR Fazlin menunjukkan dokmumen dimiliki kepada Rosli (kanan). "Saya perlukan kad pengenalan kerana mahu bekerja. Saya percaya kerajaan mampu membantu," katanya.
Menurutnya, kini Nor Fazlin bekerja di sebuah stesen minyak atas ihsan pemiliknya yang bersimpati, tetapi anak angkatnya itu memerlukan dokumen pengenalan diri.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan