Harian Metro: Setempat |
Posted: 08 Apr 2013 04:02 PM PDT Klang: Tindakan pantas seorang suami mengusung keluar isterinya beberapa minit sebaik kereta mereka terbakar menyelamatkan isterinya itu daripada rentung selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh kenderaan lain di Kilometer 11.7 Lebuhraya Selat Klang Utara dari Meru ke Bandar Sultan Sulaiman, di sini kelmarin. Namun, isterinya yang parah meninggal dunia dalam pelukan suaminya sebaik diselamatkan daripada kereta mereka yang terbakar. Menyedari isterinya masih berada di tempat duduk pemandu, dia nekad membawa keluar isterinya berusia 36 tahun yang parah.
ANGGOTA polis trafik IPD Klang Utara melihat keadaan kereta pasangan terbabit yang rentung. "Mereka dalam perjalanan pulang namun setiba di lokasi kejadian, kenderaan mereka gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh belakang sebuah kereta Perodua Kelisa dipandu seorang anggota polis marin.
"Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta dinaiki pasangan suami isteri itu meletup lalu terbakar. Kedua-dua mangsa sempat keluar daripada kenderaan namun isteri pemandu itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan