Harian Metro: Setempat |
Posted: 14 May 2013 12:24 PM PDT Kuala Selangor: Dua lelaki disyaki penagih dadah bertindak nekad terjun ke dalam sungai apabila lokasi mereka melepaskan gian diserbu sepasukan tujuh anggota polis dari Balai Polis Jeram yang melancarkan 'Ops Tapis' dalam kebun kelapa sawit di Kampung Parit Mahang, dekat sini petang kelmarin. Bagaimanapun, tindakan kedua-dua lelaki berusia 30-an itu sia-saia apabila mereka akhirnya diberkas kerana terpaksa berpatah balik dan diselamatkan anggota terbabit berikutan arus sungai yang deras serta hampir meragut nyawa mereka.
Katanya, serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai selepas kawasan berkenaan didapati sering menjadi 'port' penagih melepaskan gian.
TUJUH penagih dadah yang cuba memperdayakan polis untuk meloloskan diri ditahan. Selain terjun ke sungai, ada antara penagih berkenaan memberi pelbagai alasan sebaik ditahan kononnya mengunjungi lokasi berkenaan untuk melihat kebun sawit sedangkan kebun berkenaan sebenarnya milik penduduk yang tinggal di situ.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan