Harian Metro: Setempat |
Posted: 15 May 2013 11:39 AM PDT Seremban: Seorang bapa di Rumah Rakyat Panchor, di sini, merayu orang ramai membantu meringankan beban perbelanjaan ditanggungnya berikutan terpaksa mengeluarkan kos lebih RM2,000 sebulan bagi merawat penyakit saraf anak tunggalnya. Adli Isham Abas, 35, berkata walaupun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Yayasan Menara RM500 sebulan ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan perubatan alternatif serta rawatan penyakit anak tunggalnya, Ahmad Wafly Adli Isham berusia setahun 10 bulan.
"Setiap kali memegang tubuhnya yang lembik disebabkan penyakit saraf saya perlu berhati-hati kerana bimbang anak berasa sakit. Apatah lagi dia belum boleh bercakap dan saya dapat merasakannya apabila dia mengalirkan air mata.
NORLIYANA memegang tubuh anaknya Ahmad Wafly yang menderita sakit saraf. Isterinya, Norliyana Abdullah, 25, ketika mengadu mengenai anak tunggalnya itu berkata, Ahmad Wafly menghidapi penyakit saraf secara tiba-tiba sejak berusia empat bulan hingga menyebabkan anaknya itu tidak boleh duduk atau berdiri sebaliknya hanya berbaring.
"Keadaan dia sehingga kini ada perubahan positif walaupun perlahan, penggunaan perubatan alternatif disarankan doktor pakar banyak membantu perkembangannya. Cuma perbelanjaannya tinggi," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan