Harian Metro: Arena |
Posted: 04 Jul 2013 10:10 AM PDT Kuala Lumpur: Walaupun tidak menyertai perlawanan persahabatan sejak akhir-akhir ini, kedudukan skuad bola sepak kebangsaan tidak berubah dalam ranking bola sepak dunia. Berdasarkan ranking terbaru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) semalam, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal kekal di kedudukan ke-159, sama seperti kedudukan bulan lalu.
Kedudukan terbaru itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Palestin (151), Bangladesh (152), Maldives (154) dan Chad (160).
HARIMAU Malaya kekal di tangga kelima Asia Tenggara. Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,532 mata manakala Jerman kekal di tangga kedua, 1,273 mata.
Argentina pula turun ke tangga keempat selepas mengumpul 1,204 mata. Kedudukan ranking FIFA itu membabitkan 209 negara. - BERNAMA Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05 |
Terengganu ungguli carta kedudukan Posted: 04 Jul 2013 10:08 AM PDT Kuala Lumpur: Terengganu terus mendahului carta pungutan pingat walaupun sekadar menambah satu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16, semalam. Pingat emas tunggal kontinjen pantai Timur itu diperoleh menerusi skuad bola sepak pantai wanita yang mengalahkan Sabah, 6-5 pada perlawanan akhir di Pantai Morib, Banting.
Selain itu, Terengganu turut menambah sebutir pingat gangsa melalui acara Kabaddi wanita.
Sementara acara Kabaddi yang menutup tirainya semalam menyaksikan perebutan pingat emas antara Wilayah Persekutuan dan Selangor untuk dua pingat emas yang ditawarkan.
Hari ini hanya dua pingat emas menjadi rebutan acara ping-pong berpasukan, lelaki dan wanita. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan