Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 09 Jul 2013 11:23 AM PDT Johor Bahru: Tindakan ganas dua penjenayah dipercayai cuba membunuh anggota polis dengan melanggar kereta peronda dalam kejadian berhampiran Balai Polis Tampoi, di sini, semalam, membawa padah apabila mereka ditembak anggota polis terbabit. Dalam kejadian jam 4.50 petang itu, anggota polis melihat kelakuan mencurigakan dua lelaki yang menaiki Proton Satria sebelum cuba menghampiri mereka. Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, sebaik melihat anggota polis mendekati mereka dua lelaki berkenaan merempuh kereta peronda berkenaan. Katanya, anggota terbabit terus mengejar suspek sambil meminta bantuan sebelum sebuah kereta peronda lain mengepung laluan Proton Satria berkenaan. ANGGOTA polis memeriksa kereta suspek yang terbabas selepas berbalas tembakan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/10 |
Posted: 09 Jul 2013 11:22 AM PDT Georgetown: Seorang lelaki maut apabila tercampak dari jejambat dengan ketinggian hampir 10 meter, manakala rakannya pula hancur kaki kanannya selepas terbabit dalam satu kemalangan di Batu Lanchang, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa juga pembonceng, Tang Wooi Hang, 30, maut di lokasi kejadian apabila mengalami kecederaan parah di kepala, manakala rakannya yang menunggang, Yeap Ghee Leong, 37, hancur kaki kanan. Difahamkan, pemandu kereta melanggar kedua-dua mangsa terbabit sempat pulang ke rumahnya tidak jauh dari lokasi kemalangan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Menurut sumber, ketika kejadian dua sahabat terbabit yang menaiki motosikal dalam perjalanan menuju ke Jalan Hamilton, bagaimanapun sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dikatakan hilang kawalan dan merempuh mereka. MAYAT mangsa yang maut selepas tercampak dari jejambat dengan ketinggian kira-kira 10 meter di Batu Lanchang, semalam. KEADAAN motosikal mangsa yang dirempuh kereta.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan