Harian Metro: Hati |
Posted: Selain risau memikirkan gaya pakaian yang mahu dipadankan bersama aksesori bersesuaian ke majlis istimewa, solekan juga harus diambil berat supaya tampak lain daripada kebiasaan. Sebaiknya, jangan biarkan solekan seperti ke pejabat tetapi cuba berikan sentuhan berbeza dengan mengenakan solekan glamor. Pengasas dan jurusolek butik RedGlow, Arlina Rosli berkata, bersolek untuk tampak anggun dan lebih cantik daripada hari biasa bagaikan satu kewajipan jika ingin menghadiri mana-mana majlis rasmi yang glamor dan memerlukan gaya menawan. Oleh itu, untuk bersolek gaya glamor tentunya mengambil lebih masa berbanding solekan ke pejabat atau bersantai. WAJAH sebelum disolek. PEMERAH pipi disapu tetapi jangan sampai terlalu merah kerana ia akan tampak berat. ESUAI dengan majlis glamor, pastikan bibir tampak lebih menyerlah dan elok gunakan gincu yang ada kilauan supaya lebih menawan. BERSEDIA ke majlis makan malam dengan gaya Night Glam. MENYAPU bedak asas, pembayang tulang pipi dan pemerah pipi penting bagi menambah seri dan mengekalkan warna solekan. MENYAPU bedak asas, pembayang tulang pipi dan pemerah pipi penting bagi menambah seri dan mengekalkan warna solekan. MENYAPU bedak asas, pembayang tulang pipi dan pemerah pipi penting bagi menambah seri dan mengekalkan warna solekan. SAPUKAN pembayang mata dengan warna kelabu gelap dan sedikit ton coklat. SAPUKAN pembayang mata dengan warna kelabu gelap dan sedikit ton coklat. GUNA maskara warna hitam untuk lebih galak. Amalkan cara menolak bulu mata dari bawah ke atas. Seimbangkan ia dengan menyapu pada bahagian bawah. PENSEL penggaris kening berwarna perang dipilih sebelum dirapikan dengan berus bersesuaian. PEMBAYANG mata bercahaya disapu pada lapisan kedua untuk kesan kilauan glamor.
"Bagi bahagian mata misalnya, maksimum tiga rona pembayang mata diperlukan kerana satu warna tidak mungkin mampu menyerlahkan penampilan," katanya. Walaupun majlis diadakan pada waktu malam, elak menggunakan pensil penggaris berwarna hitam di bahagian kening sebaliknya pilih warna seperti perang gelap atau coklat. Gaya mata smokey yang menggunakan pembayang mata berwarna kelabu atau hitam paling mudah disesuaikan untuk solekan glamor. Ia akan bertambah menarik apabila pembayang mata bercahaya (berkilat) disapu pada lapisan kedua sapuan berwarna kelabu atau hitam tadi. Kesan berkilat yang terhasil menyerlahkan lagi raut wajah dan penampilan pada majlis berkenaan. "Saya paling suka menggunakan pembayang mata warna gelap untuk dijadikan asas pada kelopak mata kerana ia mudah sekata dengan campuran warna lain untuk solekan glamor. "Saya juga menyapu asas pembayang pada bahagian pipi (jingga kemerahan) dan tulang pipi (berwarna coklat gelap) supaya olesan bedak serta pemerah pipi di bahagian itu tahan lebih lama," jelasnya. Untuk gaya glamor yang lebih menyerlah, boleh gunakan tambahan lain seperti memakai bulu mata palsu, dandanan rambut bersesuaian dan memilih pakaian atau tudung yang mempunyai kilauan batu permata serta kristal. Terima kasih: |
Posted: Perutusan hak asasi manusia dari Washington memberi peringatan baru-baru ini terhadap kegagalan kerajaan Mesir mengenal pasti pelaku di sebalik bilangan kes serangan kejam terhadap penunjuk perasaan wanita yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Pada masa sama, hampir 1,000 wanita berkumpul di Kaherah untuk mengutuk serangan seksual terkini. Sambil memukul gendang dan meniup wisel, kumpulan wanita berkenaan mencabar kenyataan beberapa ahli parlimen yang menyatakan kehadiran mereka di pusat tumpuan protes di Dataran Tahrir, menjadi sebab kepada serangan terbabit.
'Kehadiran seorang wanita di dataran adalah satu revolusi tetapi kata-kata kamu Afifi memang memalukan'. Terpampang satu kain selempang yang merujuk kepada ahli parlimen, Adel Afifi, yang mengatakan golongan wanita sendiri yang mendedahkan diri mereka kepada serangan dengan bercampur gaul bersama lelaki di kawasan tidak selamat. Walaupun gangguan seksual terhadap wanita sudah lama menjadi satu masalah di Mesir, puluhan serangan ganas di Dataran Tahrir dan kawasan sekitarnya dilaporkan sejak kejatuhan pemerintahan autokrat Hosni Mubarak dua tahun lalu.
Ini disebabkan kegagalannya untuk mengenal pasti dan membawa pelaku yang terbabit dalam kes rogol serta perbuatan keganasan terhadap wanita yang semakin membimbangkan, ke muka pengadilan. Dalam pertemuan dengan pegawai rasmi Mesir, termasuk menteri, penasihat presiden dan ulama penting negara itu, Posner melahirkan kebimbangan Washington mengenai hak wanita yang tidak diutamakan di samping isu penting lain seperti ketelusan, kedaulatan undang-undang dan membina persekitaran yang lebih baik untuk masyarakat. "Laluan kepada demokrasi dan kestabilan di Mesir mesti dilakukan secara aman. Tidak boleh berpatah semula ke masa lalu," kata Posner kepada pemberita di Kaherah. Sukarelawan awam lelaki dan perempuan yang ditawarkan untuk menjaga perhimpunan wanita baru-baru ini, memakai jaket berwarna neon dan topi keledar plastik. Satu perhimpunan serupa turut diserang oleh perusuh pada Jun, walaupun dengan kehadiran pengawal sukarela. Monelle Janho, 47, ibu kepada dua anak dan guru bahasa Perancis, berkata dia tidak lagi meninggalkan rumahnya tanpa pistol pegun berikutan peningkatan tahap keganasan di negara itu. "Kami akan menggunakan keganasan jika perlu. Kami sudah berada di sini dan bukan mencari keganasan, tetapi mahukan Mesir yang dulu," katanya. Jurutera elektrik Manal al-Malla, 42, berkata, dia sudah mengambil bahagian dalam lebih banyak protes selepas gangguan seksual meningkat. "Kami akan terus mempertahankan kebebasan dan maruah kami," kata wanita itu. Perhimpunan diadakan selepas penggubal undang-undang dalam Majlis Syura, baru-baru ini mencadangkan wanita perlu diberi ruang khas untuk membantah di Dataran Tahrir dalam usaha mengekang serangan seksual yang berulang terhadap mereka. "Islam melihat wanita sebagai sebahagian daripada revolusi dan kini mereka memberitahu kami bahawa penyertaan kami adalah punca gangguan berkenaan," kata al-Malla. Bahey Eldin Hassan daripada Institut Pengajian Hak Asasi Manusia Kaherah, menerbitkan satu surat terbuka kepada Washington mengatakan AS gagal untuk menangani keganasan di bawah rejim semasa, mengatakan Mesir sudah bosan dihukum kerana pemberontaka mereka. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |