Khamis, 26 Mei 2011

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Dibaham anjing

Posted: 25 May 2011 12:36 PM PDT

LUKA...kaki mangsa cedera teruk selepas diserang anjing.
LUKA...kaki mangsa cedera teruk selepas diserang anjing.

RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.

Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini.

Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan.


Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali Rosman, 26, berkata sebelum meninggalkan rumah, dia melihat Mohd Raqib bermain dengan anjing miliknya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahu tukar nama lelaki

Posted: 25 May 2011 12:32 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.

Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.


Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Imogen 100% pasti dilamar Giggs

Posted: 25 May 2011 10:26 AM PDT

SERIUS...Giggs ketika menjalani latihan di padang, semalam.
SERIUS...Giggs ketika menjalani latihan di padang, semalam.

LONDON: Legenda bola sepak Machester United (MU), Ryan Giggs, berjaya meyakini seorang wanita bahawa mereka akan berkahwin selepas kedua-duanya mengadakan hubungan seks, lapor media, semalam.

Ketika ini, Giggs, 37, berkahwin dengan Stacey dan mempunyai dua anak.


Menurut akhbar, bintang siri realiti televisyen Big Brother, Imogen Thomas, menjalin hubungan romantik selama enam bulan dengan Giggs selepas berkenalan secara spontan di sebuah hotel sehari sebelum MU turun dalam dua perlawanan penting.

Kata Imogen, 28, dia berborak dengan Giggs di bar hotel tanpa pemain bola sepak terbabit menyedari siapa dirinya.


Bagaimanapun, katanya, daripada pengamatan dibuat, Giggs ternyata berminat kepadanya.


"Giggs kelihatan tenang dan ketika kami kembali ke bilik, dia baru menyedari siapa saya," katanya.

Selepas mengadakan hubungan seks, Imogen mahu hubungan mereka berakhir di situ saja.


"Saya tahu Giggs berumah tangga. Justeru saya enggan memberi atau bertukar-tukar nombor telefon dengannya.

"Masalahnya, Giggs berkeras mahukan nombor saya," katanya.


Beberapa jam kemudian, kata Imogen, Giggs menelefonnya dengan alasan mahu memastikan dia selamat tiba di rumah.


Sejak itu, kata Imogen - pernah diundi sebagai peserta Big Brother paling seksi - mereka sentiasa berhubung setiap hari.


Sementara itu, sumber berkata, walaupun menyedari Giggs suami orang dan cuba menamatkan hubungan itu, Imogen "100 peratus pasti" mereka akan berkahwin pada satu hari nanti.


Katanya, Imogen benar-benar menyintai pemain sayap kelahiran Wales itu.


"Giggs tahu hubungan mereka salah tetapi dia terus mahukan Imogen," katanya.


Sumber berkata, Imogen yakin hubungannya dengan Giggs bukan semata-mata kerana dorongan seks, sebaliknya jauh lebih mendalam.


"Imogen dilamun cinta, tapi kini dia ditinggalkan Giggs begitu saja," katanya. Skandal Giggs itu didedahkan ahli politik Liberal Demokrat, John Hemming, yang menggunakan kekebalannya sebagai ahli Parlimen. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki kurang senyum, pemalu lebih seksi di mata wanita

Posted: 25 May 2011 10:22 AM PDT

VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.

Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.


Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion - menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.

Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.


Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.


"Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks," katanya.

Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.


Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.

"Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Rabu, 25 Mei 2011

Harian Metro: Mutakhir

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Mutakhir


Kaunter JPN dibuka Sabtu dan Ahad ini

Posted: 25 May 2011 02:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kaunter di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya akan beroperasi seperti biasa pada Sabtu dan Ahad ini.

JPN dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa kaunter berkenaan yang melibatkan urusan kad pengenalan, kelahiran, kematian, anak angkat, perkahwinan, penceraian dan kewarganegaraan dibuka bermula 8 pagi sehingga 5 petang sempena program Himpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya.


Jabatan Imigresen pula memaklumkan bahawa kaunter perkhidmatan pasport di semua cawangannya di seluruh negara tidak akan beroperasi sempena sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Jun ini.

Operasi kaunter ditutup pada 3 dan 4 Jun bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak, operasi ditutup pada 4 dan 5 Jun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harga RON95, diesel dan LPG kekal

Posted: 25 May 2011 02:40 AM PDT

PUTRAJAYA: Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.


"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.


Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Adila buka bisnes cuci kereta

Posted: 24 May 2011 08:17 AM PDT

PERNAH menghasilkan dua album dan menimba pengalaman menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), aura penyanyi Nas Adila Mohd Dan masih belum menyerlah.

Mesra dipanggil Adila, penyanyi berusia 24 tahun ini sedar kedudukannya ketika ini dalam industri hiburan tempatan hampir sedekad bukan lagi zamannya.

Kehadiran bakat baru seolah-olah membuatkan Adila tenggelam dan dilupakan. Namun, Adila menyatakan dia tidak putus asa, sebaliknya terus menyanyi atas dasar minat dan ia masih menjadi punca pendapatannya.

Adila berkata, dia gembira kerana peminat masih menyokong karier seninya.


Malah, dia bersyukur rezeki mengadakan persembahan pentas tidak putus.


"Menjelang 28 hingga 29 Mei nanti, saya akan terbabit membuat persembahan sempena acara Himpunan Sejuta Belia anjuran Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan di Presint 2, Putrajaya.

"Menariknya, salah satu persembahan saya nanti akan diiring pemuzik cak lempong. Boleh dikatakan setiap bulan saya masih mendapat pelbagai jemputan persembahan pentas.

"Ada juga penganjur yang mengajak saya jadi juri pertandingan dan ketika ini ia seperti musim apabila mendapat banyak jemputan.

"Saya bersyukur dan beruntung kerana peminat dan penganjur masih tidak lupakan saya. Malah, saya gembira apabila setiap hujung minggu ada persembahan.

"Begitu juga, sambil menyanyi saya masih mempromosi single baru saya, I Love You. Sebenarnya, respons peminat terhadap lagu ini cukup positif, tetapi saya terkilan apabila segelintir stesen radio enggan putarkan kerana masalah lirik bercampur bahasa Inggeris," katanya.

Dalam kesibukan memenuhi undangan diterima, Adila tidak melepaskan peluang memberi sokongan kepada akhbar harian nombor satu, Harian Metro ketika menjayakan acara Mini Konsert sempena Candat Sotong di Pulau Warisan Kuala Terengganu pada 1 Mei lalu.

Adila yang tampil membuka persembahan menyampaikan dua singlenya, Bidadari Syurga dan I Love You termasuk Pesta Muda Mudi dan Matahariku.

Katanya, dia masih memberi fokus utama pada bidang nyanyian walaupun sudah berjinak-jinak dengan lakonan sejak dua tahun lalu.

"Sejak dulu, saya lebih minat menyanyi. Namun, saya sentiasa ingat pesan artis lama, kita harus bersedia bila zaman berubah.

"Untuk itu, saya mula menjalankan perniagaan cuci kereta, Green Cleen Car Wash yang beroperasi di Kompleks Automobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

"Sejak dua bulan beroperasi, sambutan yang diterima daripada pelanggan cukup menggalakkan. Mulanya sebelum buka tempat ini, saya terfikir apa perniagaan yang sesuai kerana saya mahu pendapatan harian.

"Saya fikir jika hendak buka restoran, ia susah kerana perlu fikir bermacam-macam aspek seperti tukang masak. Lalu, saya terfikir perniagaan cuci kereta lebih mudah kerana ramai pakai kereta, tetapi tidak mempunyai masa mencucinya.

"Ada ketika apabila pelanggan ramai, saya juga turun padang bantu mencuci dan melakukan kerja menggilap kereta. Sejak kebelakangan ini, saya lihat ramai pelanggan yang datang berulang kali ke sini.

"Saya sendiri pentingkan kualiti dan mungkin atas faktor itu, pelanggan saya selesa datang semula ke sini. Jika ada rezeki, saya berhasrat membuka cawangan lain selepas ini," katanya.

Mengenai lakonan, Adila terbabit membintangi drama baru, Yoyong arahan Mior Hashim Manap dan skrip asal, Idrees Abdul Wahab.

Drama sebanyak 13 episod untuk siaran RTM ini menyaksikan Adila membawa watak utama sebagai ibu yang mempunyai anak iaitu Yoyong.

"Ini pertama kali saya bawa watak ibu. Bagi saya, ia tidak sukar, tetapi saya banyak belajar dengan abang Mior bagaimana menghayati watak dengan berkesan.

"Pengalaman menjalani penggambaran selama 12 hari di sekitar Ulu Yam, Hulu Langat dan Lembah Klang termasuk bergandingan bersama Raja Azri yang menjadi 'suami' saya, suatu yang menarik.

"Begitu juga, saya berhasrat untuk kembali berlakon teater dan filem jika ada peluang," katanya yang tidak sabar menantikan filem baru lakonannya bersama Fizo Omar, Hello ditayangkan.

Menyentuh soal peribadi, Adila tidak berselindung dia sudah menjalinkan hubungan cinta dengan pengurusnya sendiri, Ridzuan (Redz).

Katanya, dia selesa bersama Redz sejak menguruskan aktiviti seninya dua tahun lalu.

"Ramai peminat saya yang tahu saya dengan Redz, pasangan kekasih. Perasaan cinta antara kami berlaku secara tidak sengaja apabila kami sama-sama terbabit dalam bidang ini.

"Saya juga rasa selamat apabila Redz menemani saya ketika mengadakan persembahan. Kami sebenarnya belum membuat perancangan berkahwin tetapi jika boleh, kami mahu ia dilangsungkan pada tahun ini.

"Hubungan kami diketahui keluarga kedua-dua pihak dan saya fikir kahwin cepat lebih baik untuk elak pandangan negatif masyarakat jika kami selalu bersama.

"Jika sudah berkahwin dan mempunyai anak suatu hari nanti, saya fikir apa yang penting adalah menjaga bentuk badan agar terus kelihatan cantik. Jika boleh saya mahu terus kahwin kerana saya fobia bertunang lagi," katanya yang pernah putus tunang dua tahun lalu.

PROFIL

NAMA: Nas Adila Mohd Dan
NAMA KOMERSIAL: Nas Adila
ASAL: Johor Bahru
UMUR: 24 tahun
TARIKH LAHIR: 20 September 1986
STATUS: Bujang
PROFESION: Penyanyi, pengacara dan pelakon
ALBUM: Kekasih Kerinduan (2004) dan Istana Janji (2006)
FILEM: Jangan Pandang Belakang Congkak dan Hello
DRAMA: Intan Asmara, Cahaya Deepavali, Menantu 3 Rasa dan Yoyong
PROGRAM TV: Agro Challenge
TEATER: Kita (2010)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Azad terkilan David Teo

Posted: 24 May 2011 08:06 AM PDT

KETIKA semua pelakon, kru serta produser filem Kongsi bergembira dengan kejayaannya mencatat kutipan paling tinggi pada hari pertama tayangannya 12 Mei lalu, salah seorang pelakon filem itu, Azad Jazmin terkilan kerana mendakwa dipinggirkan daripada menyertai promosi filem itu.

Azad yang memegang watak Mikail dalam filem terbitan Metrowealth (MIG) Pictures arahan Farid Kamil mengakui hanya mampu gembira dari jauh atas kejayaan Kongsi mencatat kutipan lebih RM7 juta.

Katanya, apa yang membuat dirinya terkilan adalah tidak dipanggil serta diberitahu mengenai perjalanan promosi filem 'box-office' itu.

Malah, katanya, nama serta gambarnya tiada langsung dalam poster filem yang turut dibintangi Shaheizy Sam, Fizo Omar dan Yana itu.


"Semua ini berlaku kerana saya keluar daripada menjadi artis di bawah naungan MIG Talent sejak dua bulan lalu. "Saya keluar disebabkan tidak berpuas hati dengan produksi itu dan beberapa sebab tertentu.


"Memang saya mengambil keputusan nekad untuk keluar dari MIG. Bagaimanapun, mereka tidak seharusnya menidakkan komitmen saya sepanjang menjayakan filem itu hingga nama serta gambar saya tiada langsung dalam poster.

"Malah, saya tidak dimaklumkan mengenai promosi filem ini dan tidak diundang ketika majlis previu, baru-baru ini. Bagi saya ini cara kerja ini tidak profesional," katanya ketika ditemui di majlis sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Pulau Pinang di Sungai Acheh, Nibong Tebal, baru-baru ini.

Azad yang memulakan kerjaya lakonan melalui filem Nana Tanjong 2 dan sitkom Anak Mami pernah diberi kepercayaan memegang watak utama dalam Ngangkung juga terbitan MIG yang mencatat kutipan lebih RM8 juta.

Katanya, dia bagaimanapun enggan melatah dengan apa yang berlaku cuma tertanya-tanya tindakan MIG berbuat demikian yang dianggap tidak profesional.

"Gara-gara tidak lagi bersama MIG, sampaikan nama dan juga gambar saya langsung tidak ada dalam poster filem itu. Namun saya tahu penonton akan tetap nampak komitmen serta lakonan saya dalam filem itu.

"Saya sudah buat yang terbaik dan saya harap ia mampu meninggalkan kesan kepada penonton," katanya.

Menurutnya, dia kini bergerak sendiri dan mendapat sokongan produser dan pengarah lain seperti Afdlin Shauki, Datuk Yusoff Haslam dan Mamat Khalid,
"Saya tidak menafikan, peluang berlakon dalam filem memang luas ketika bersama dengan MIG. Malah, sebagai pelakon baru, saya bangga diberi peluang dan kepercayaan memegang watak utama dalam Ngangkung. Alhamdulillah dan saya bersyukur kerana itu adalah rezeki saya.

"Begitupun ingin saya tegaskan di sini, walaupun peluang berlakon datang dari MIG, tetapi bukan produser David Teo yang beri rezeki itu. Allah s.w.t yang memberi saya rezeki itu dengan bakat yang saya pertaruhkan," katanya.

Azad mendakwa ketika awal proses membintangi filem Kongsi, dia mendapat tahu bahawa nama serta gambarnya diletakkan dalam lakaran poster awal bersama pelakon lain iaitu Shaheizy dan Fizo.

"Syra sedar kalau kita kerja dan berlakon dengan ikhlas, orang akan tetap nampak. Tidak perlu nak letak gambar dan nama dalam poster pun, orang akan tahu kehadiran saya dalam filem itu. Tapi bertindaklah secara profesional.

"Selepas ini saya akan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya antara saya dengan MIG sehingga saya mengambil keputusan keluar dari syarikat itu. Ingin saya jelaskan dan perbetulkan di sini, saya tidak pernah dibuang MIG sebaliknya saya sendiri yang memohon untuk keluar," katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terbarunya, selain Kongsi, Azad juga bakal muncul dalam filem Kurapat bergandingan dengan pelawak popular Jozan.
Sementara itu pada penghujung tahun ini, filem Bohsia 2 dan Tiga Rasa lakonannya juga akan ditayangkan di pawagam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


2 lagi anak luar nikah

Posted: 24 May 2011 10:01 AM PDT

pix_topright

MALIBU: Selebriti Arnold Schwarzenegger dipercayai mempunyai sekurang-kurangnya dua lagi anak luar nikah, kata pelakon Britain, Jane Seymour, semalam.

Jane yang berpindah ke kawasan kediaman sama dengan pelakon itu di Malibu mendakwa hal itu adalah perkara biasa. Jane berkata: "Saya dengar dia mempunyai dua lagi anak luar nikah. Saya bertemu dengan seseorang yang kenal rapat dengannya.


"Saya tidak terkejut dengan perpisahan mereka. Arnie (Schwarzenegger) sudah mengambil langkah awal dengan mendedahkan hal itu kepada umum sebelum orang lain menghebahkannya. "Daripada sumber yang saya tahu, ada banyak lagi maklumat akan didedahkan." Jane, 60, bintang Dr Quinn, Medicine Woman - berkata demikian selepas Schwarzenegger mengaku dia mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan sulit dengan bekas pembantu rumahnya, Mildred Baena, 50. Isteri bintang Terminator itu, Maria Shiver, 55, kini sudah meninggalkannya. Anak lelaki Mildred yang kini berusia 13 tahun tidak tahu bahawa bekas gabenor California itu adalah bapanya.

Schwarzenegger sering memberikan hadiah mewah kepada remaja itu dan juga pernah membawanya pergi bercuti bersama Maria dan anak mereka.


Remaja itu turut menghabiskan masa dengan keluarga Schwarzenegger termasuk bermain bersama anak bongsu pelakon berkenaan, Christopher, 13, yang dilahirkan lima hari lebih awal daripadanya. Sementara itu, seorang lagi wanita dikatakan menghubungi peguam Schwarzenegger menuntut supaya dilakukan ujian DNA. Dia percaya pelakon itu adalah bapa kepada anak perempuannya yang berusia lapan tahun. Mereka mengadakan seks ketika menjalinkan hubungan singkat.


Sementara itu, Maria mungkin menerima bayaran AS$400 juta (RK1.2 bilion) ekoran perceraiannya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Depp berang media lapor rumah tangganya bergolak

Posted: 24 May 2011 09:59 AM PDT

HOLLYWOOD: Pelakon Johnny Depp, semalam berang ekoran laporan mengatakan perkahwinannya mungkin berdepan masalah.

Laporan dipaparkan media Perancis menunjukkan aktor filem Pirates of the Caribbean itu mengucup ejennya, Robin Baum. Isterinya, Vanessa Paradis, 38, dikatakan berada di kediaman mereka di selatan Perancis bersama dua anak mereka ketika itu.


Majalah Voici menulis: "Apakah tujuan dia berbuat demikian? Dia tahu Robin adalah kaki jantan." Bagaimanapun, jurucakap Vanessa, semalam berkata: "Itu hanya pembohongan, anda mendengar gosip tetapi ia tidak benar." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Selasa, 24 Mei 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


24 CCTV awasi penjenayah

Posted: 23 May 2011 11:41 AM PDT

SHAH ALAM: Awas, gerak geri anda sentiasa diperhatikan! Demikian peringatan Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Annie Syazrin Ismail kepada pelaku jenayah terutama sekitar bandar raya ini berikutan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, sejak 29 Mac lalu, 24 CCTV sudah dipasang di sekitar Shah Alam dan 60 peratus daripada CCTV itu dipasang di Taman Sri Muda di Seksyen 25 kerana kawasan itu mempunyai kadar jenayah yang tinggi.


Beliau berkata, pemasangan semua CCTV itu adalah usaha MBSA dengan kerjasama pihak polis untuk membanteras kegiatan jenayah dan maksiat yang berlaku di sekitar kawasan Shah Alam.

Menurutnya, rakaman CCTV itu dipantau selama 24 jam oleh pegawai bertugas iaitu terdiri daripada seorang pegawai MBSA dan seorang pegawai polis di bilik kawalan mengikut jadual ditetapkan.


"Selain dapat mengurangkan kes ragut dan kecurian, kami juga membantu dalam membendung kes maksiat seperti berdua-duaan di kawasan sunyi.


"Justeru awas dan fikir dulu sebelum berniat melakukan jenayah atau kegiatan tidak bermoral sebab CCTV ada dipasang di kawasan laluan orang ramai, kawasan bandar serta kawasan yang sunyi.

"Cuma, buat masa kini kita tidak berhubung secara terus dengan polis kerana di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang baru beroperasi tidak menempatkan bilik kawalan CCTV," katanya.


Menurutnya, pihaknya difahamkan kemungkinan seawal tahun hadapan MBSA dapat berhubung secara terus dengan polis menerusi CCTV bersepadu sekali gus mempercepatkan lagi aduan disampaikan kepada pihak berkuasa itu.

Selain itu, katanya, pada masa ini pihak MBSA sedang menantikan penambahan 50 CCTV daripada kerajaan negeri. "Dengan penambahan ini diharapkan dapat memudahkan pihak MBSA dan polis menjalankan tanggungjawab mereka dalam usaha mencegah jenayah dan kegiatan tidak bermoral," katanya.


Selain CCTV pihak MBSA turut memasang pembesar suara di beberapa kawasan tertentu bertujuan memaklumkan kepada orang ramai untuk mengalihkan kenderaan mereka jika meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Episod duka pramugari

Posted: 23 May 2011 11:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pramugari berusia 22 tahun yang mahu meraikan kejayaan bersama rakan sekerja selepas mendapatkan pekerjaan tetap bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah hotel di Sentul di sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa dari Kota Bharu, Kelantan, baru memulakan pekerjaannya dengan sebuah syarikat penerbangan sebulan lalu dan dibawa rakannya ke sebuah kelab malam untuk meraikan kejayaannya dan mengajar mangsa untuk bersosial.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang tidak pernah meminum arak sebelum ini dikatakan hilang kawalan.

Menurut sumber, kesempatan itu digunakan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an untuk mendekati mangsa sebelum membawanya yang dalam keadaan mabuk ke sebuah hotel berhampiran.


"Mangsa kemudian dirogol lelaki terbabit sebelum meninggalkan mangsa berseorangan. Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas mendapati dia berbogel dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


PKNS bengang

Posted: 23 May 2011 12:18 PM PDT

"KALAU lembu dipegang pada tali, manusia pula janjinya." Itulah harapan Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (Selangor PKNS) yang tetap menganggap tiket ke Liga Super musim depan menjadi milik mereka selaku juara Liga Perdana 2011.

Menurut setiausaha, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid pada awal musim ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan dua pasukan di tempat teratas Liga Perdana bakal beraksi di Liga Super musim depan.


"Kami tetap menganggap format itu kekal digunakan untuk saingan musim depan kerana sehingga kini tiada pemberitahuan secara rasmi mengenai sebarang perubahan," katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan skuad bimbingan jurulatih Abdul Rahman Ibrahim musim depan selepas bergelar juara Liga Perdana, Jumaat lalu.


Nasib kelab yang menjadi ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) itu menimbulkan persoalan selepas pihak Malaysian Super League pada bulan lalu dilapor bercadang mengurangkan pasukan yang bersaing di Liga Super kepada 12 berbanding 14 musim ini.


Namun jumlah pasukan yang diturunkan ke liga bawahan dan percaturan untuk membolehkan pasukan dari Liga Perdana beraksi di Liga Super masih belum diputuskan secara terperinci kerana cadangan itu perlu mendapat kelulusan Exco FAM dan sekiranya dilaksanakan ia kali ketiga jumlah pasukan dalam Liga Super diubah sejak mula diperkenalkan pada 2004.

Tambah Mahfizul Rusydin lagi, jika benar badan induk bola sepak negara itu ingin perubahan, ia perlulah dilakukan secepat mungkin kerana ia membabitkan soal perancangan, peruntukan kewangan dan sebagainya.


"Malah keputusan mengenai kemungkinan penggunaan pemain import yang sepatutnya diputuskan dengan segera juga belum dimuktamadkan yang mungkin mengundang masalah buat kami mencari pemain berkualiti dan mampu membantu pasukan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Intip Lubnan

Posted: 23 May 2011 12:13 PM PDT

JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee terpaksa meninggalkan anak buahnya seketika untuk berkunjung ke Istanbul, Turki awal bulan depan dalam misinya mengintip kekuatan Lubnan yang bakal mereka hadapi pada pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012.

Menurut Kim Swee, kunjungan ke Istanbul penting untuk menilai sejauh mana kekuatan skuad Olimpik Lubnan bagi memudahkannya mengatur strategi terbaik pada perlawanan pertama di Beirut, 19 Jun ini.


"Saya mendapat maklumat Lubnan akan bermain menentang Turki di Istanbul pada 1 Jun. Saya akan cuba mengambil kesempatan untuk menyaksikan perlawanan itu bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kekuatan Lubnan seperti yang saya lakukan ketika Pakistan melawan Thailand di Bangkok sebelum ini," katanya.

Beliau sedar, Lubnan bukan calang-calang pasukan, tambahan pula lawannya itu yang diletakkan selaku pasukan pilihan pada pusingan pertama melakukan persiapan rapi dengan mengatur perlawanan dengan pasukan handalan seperti Turki dan Oman.


"Saya dapat tahu daripada ejen Fifa, Lubnan mengadakan perlawanan dengan Oman dan hanya tewas 1-0. Kita tidak boleh pandang mudah kekuatan mereka dan walaupun dari segi ranking, kita lebih baik, itu tidak boleh terlalu diambil kira dalam saingan peringkat umur sebegini," katanya yang akan mula mengumpul semua pemain bagi latihan pusat bermula 29 Mei ini.


Seramai 26 pemain dipanggil untuk mengharungi dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja di Phnom Penh 7 Jun dan Qatar di Doha 13 Jun sebagai persiapan bertemu Lubnan.

Walaupun gembira dengan prestasi pemain Harimau Muda A yang menjadi tunjang kepada skuad Olimpik, Kim Swee mengingatkan anak didiknya supaya tidak leka dengan apa yang dicapai dalam saingan Liga Super setakat ini termasuk mengikat pendahulu liga, Kelantan 2-2, kelmarin.


Pada perlawanan itu, Harimau Muda A mendahului dua kali menerusi jaringan penyerang Izzaq Faris Ramlan sebelum finalis Piala FA tahun ini itu menyamakan kedudukan menerusi S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha.

"Apabila Izzaq mula menjaringkan gol secara konsisten ini akan memberi keyakinan kepada skuad Harimau Muda dan Olimpik. Saya harap Izzaq dan pemain lain dapat kekalkan prestasi kerana mereka tidak boleh terlalu yakin ketika berdepan Lubnan," kata Kim Swee.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved