Khamis, 2 Jun 2011

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Cheryl enggan jadi boneka Cowell

Posted: 01 Jun 2011 11:17 AM PDT

LONDON: Cheryl Cole memutuskan semua hubungannya dengan Simon Cowell dengan alasan dia tidak mahu mengulangi kesilapan bekas kekasih penerbit program televisyen itu, Sinitta.

Ibu Cheryl, Joan Callaghan, ketika mengesahkan perkara itu berkata, anaknya bimbang Cowell hanya mengambil kesempatan ke atasnya.


Kata Joan, Cheryl tidak mahu menjadi boneka kepada Cowell demi mencapai cita-cita peribadi penerbit terbabit.

"Cheryl nekad meneruskan kerjaya tanpa apa-apa kaitan dengan Cowell," katanya kepada media, semalam.


Menurut Joan, Cowell mesti tampil dengan sesuatu yang sangat istimewa jika mahu bercakap semula dengan anaknya.


"Cheryl tak mahu menjadi seorang lagi Sinitta," katanya.

Sinitta, 42, ialah aktres dan penyanyi kelahiran Amerika Syarikat yang menghabiskan hampir keseluruhan hidupnya di Britain.


Dia menjalin hubungan romantik dengan Cowell pada 1986 dan tidak lama kemudian, kerjaya Sinitta melonjak naik dengan ketara.

Bagaimanapun hubungan mereka berakhir tidak lama kemudian.


Pada 2009, Sinitta membuat pengakuan terbuka mendakwa dia "mencintai Cowell sepenuh hati." Cheryl, 27, dilaporkan enggan melayan sebarang cubaan Cowell untuk menghubunginya selepas disingkirkan daripada rancangan X Factor versi Amerika Syarikat, baru-baru ini.


Dia juga tidak menonton rancangan Britain's Got Talent yang menyaksikan Cowell diejek penonton.


Sumber berkata, Cowell memang berjaya mencipta Cheryl menjadi bintang antarabangsa dan dipuja warga Britain.


"Tapi selepas diketepikan Cowell, Cheryl bertekad mahu membuktikan kemampuannya sendiri tanpa bantuan sesiapa," katanya.


Pengurus Cheryl di AS yang juga ahli kumpulan The Black Eyed Peas, Will.i.am, berjanji menjadikan janda Ashley Cole itu sebagai bintang dengan menggandingkannya dengan Usher, Rihanna dan Katy Perry. - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Coleen gelar pengguna Twitter anjing selepas dihina

Posted: 01 Jun 2011 11:15 AM PDT

LONDON: Seorang pengguna Twitter menghina isteri Wayne Rooney, Coleen, sebagai "bodoh", manakala penyerang skuad bola sepak Manchester United itu "hodoh."

Dalam komen disiarkan dalam Twitter, seseorang menggunakan identiti sebagai Trickehvickeh berkata: "Lihatlah betapa bodohnya kamu dan betapa hodohnya suami kamu yang penipu itu!" Bagaimanapun, Coleen, 25, tidak berdiam diri, sebaliknya membalas penghinaan itu selepas mengetahui Trickehvickeh turut memuat naik gambarnya bersama Rooney di sebuah pub.


Kata Coleen: "Baru saja melihat gambar profil kamu! Anjing!" Seorang pengguna Twitter lain, DrPeterVenkman1, bertanya adakah benar Coleen memanggil Trickehvickeh anjing.

Namun, Coleen segera menjawab: "Kami tidak bercakap dengan kamu!!!" Sebagai reaksi segera terhadap komen Coleen, Trickehvickeh menjawab: "Kamu nampak seperti seekor tikus!" - TS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Angkara ‘binatang’

Posted: 01 Jun 2011 01:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.
"Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini," katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.
"Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.

"Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.
Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat.
"Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri," katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.
Kes pembunuhan dan pembuangan bayi ini yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam seminggu. Harian Metro semalam melaporkan mengenai penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, jam 9 pagi, kelmarin.
Bayi perempuan itu dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat orang awam menyatakan ternampak kelibat 'anak patung' terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.
Pada 27 Mei lalu pula seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.
Penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, selepas berasa bersalah dengan tindakannya.
Penuntut itu hadir ke balai polis sambil mendukung mayat bayinya yang dibalut tuala.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bookie dedah rahsia T-Team

Posted: 01 Jun 2011 01:11 PM PDT

KUALA TERENGGANU: "Ada seorang pemain memiliki RM27,000 di dalam akaunnya. Selepas didesak, dia mengaku itu imbuhan hasil mengatur perlawanan," demikian kata seorang jurulatih pasukan T-Team mengenai amalan rasuah dan mengatur perlawanan oleh pemain pasukan itu tahun lalu.

Jurulatih yang enggan namanya disiarkan itu berkata, dia mendapat maklumat mengenai kegiatan itu selepas didedahkan sendiri ahli sindiket perjudian bola sepak atau bookie yang cuba menjahanamkan kerjaya pemain terbabit yang sudah tidak mahu lagi menerima rasuah.

Menurutnya, beberapa pemain di bawah jagaannya cuba kembali ke pangkal jalan, namun tindakan mereka menimbulkan kemarahan bookie yang kemudian bertindak mendedahkan nama dan bukti kegiatan pemain mengatur perlawanan kepada pegawai pasukan.

"Seorang wakil bookie menghubungi saya sendiri untuk memberi nama pemain yang menerima wang rasuah dan saya juga diberitahu mengenai masa, tempat dan jumlah wang yang diberikan.


"Pertemuan saya dengan wakil bookie menunjukkan mereka enggan melepaskan pemain dan mahu membinasakan karier mereka.


"Saya mulanya sangsi dengan maklumat bookie itu, namun selepas membuat siasatan sendiri, jelas pemain itu mengatur perlawanan," katanya.

Jurulatih itu berkata, dia terpanggil membuat pendedahan selepas bekas pengurus pasukan Piala Presiden T-Team, Mohd Sabri Abas, mendakwa pihak pengurusan tertinggi persatuan bola sepak tidak tegas menangani isu rasuah bola sepak.

Menurutnya, bookie bagaikan manusia bertopengkan syaitan kerana mereka cuma mementingkan diri tanpa mempedulikan nasib atau masa depan pemain yang menjadi 'hamba' mereka.

"Jangan bermain api kelak nanti membakar diri, jangan sesekali mendekati bookie, nanti menyesal diri. Saya tidak mahu pemain gelap mata dengan suapan ribuan ringgit.

"Sekali mereka terjebak, tidak ada lagi jalan keluar kerana mereka berada di dalam genggaman bookie sehinggalah kegiatan jahat mereka dihidu pihak berkuasa," katanya.

Kata jurulatih itu lagi, ramai pemain yang terjebak dalam perangkap bookie sebenarnya masih bermain dengan pasukan lain dalam Liga Malaysia sekarang, cuma beliau tidak tahu sama ada mereka masih menjalankan kegiatan haram itu apapun sudah insaf.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Rozi Mamat, yang juga pengurus pasukan T-Team berkata beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai pemain pasukan itu menerima rasuah dan mengatur perlawanan musim ini.

"Saya bukan pengurus pasukan tahun lalu dan tidak dapat memberi komen mengenai kejadian itu namun saya yakin ia sudah pun ditangani dengan sebaik mungkin.

"Jika tidak ada laporan dibuat kepada pihak polis, ia mungkin kerana pengurusan tidak mempunyai cukup bukti untuk membabitkan pemain terbabit," tegasnya.

Menurut Rozi, arahan pemantauan sudah dikeluarkan ke atas semua pemain agar pasukan bebas daripada jenayah berkenaan.

"Sekiranya ada bukti pemain mengatur perlawanan, kami tidak akan teragak-agak untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa," katanya.

Pada masa sama, menurut sumber dalaman pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, belum ada laporan mengenai rasuah bola sepak dibuat setakat ini.

Bagaimanapun, katanya, siasatan membabitkan pemain bola sepak di Terengganu akan dimulakan secepat mungkin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Rabu, 1 Jun 2011

Harian Metro: Mutakhir

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Mutakhir


Bot karam: mangsa yang selamat berpaut pada tong dan serpihan kayu

Posted: 01 Jun 2011 01:34 AM PDT

KOTA TINGGI: Kesemua 17 pendatang asing tanpa izin rakyat Indonesia yang selamat dalam kejadian bot pancung karam di perairan Pengerang, di sini, awal hari ini, terpaksa berpaut pada tong dan serpihan kayu bot hampir lima jam sebelum diselamatkan pasukan keselamatan.

Menyifatkan kejadian itu sebagai ''mati hidup semula'', Ilham Abdul Muid, 32, berkata dia bersama rakannya, Selamat Mustar, 36, berkongsi berpaut pada satu tong minuman bersaiz tiga liter sebelum diselamatkan sebuah kapal dagang kira-kira 10 pagi. "Kejadian itu berlaku sekelip mata. Semuanya bermula apabila bot kami dilambung ombak besar sebelum air memasuki bot.


"Dalam keadaan kelam kabut, kami semua sempat mencedok air keluar dari bot sebelum bot tenggelam kira-kira 10 minit kemudian," katanya kepada pemberita di Kompleks Jeti Penumpang dan Marina Awam Tanjung Pengelih, Pengerang, dekat sini hari ini.

Ilham berkata ketika berada di dalam bot dia turut terdengar kebanyakan mangsa melaungkan ''Allahu Akhbar'' dan tidak putus-putus menjerit meminta pertolongan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jumpa doktor jika cirit-birit selepas ke Eropah sejak Mei

Posted: 01 Jun 2011 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang telah mengunjungi Eropah sejak 1 Mei lepas dan pada masa yang sama mempunyai gejala cirit-birit berdarah dinasihatkan untuk menjalani ujian pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai satu kes wabak penyakit "sindrom uremik haemolytik" (HUS) yang berpunca daripada pencemaran bakteria "Enterohaemorrhagic Escherichia Coli" (EHEC).


Satu kes wabak penyakit itu telah dilaporkan di negara Jerman, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Untuk makluman, wabak penyakit ini adalah satu sindrom dengan ciri-ciri darah merah pecah dan menyebabkan anemia (menyebabkan kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah), kegagalan ginjal akut dan kekurangan sel darah pembeku," katanya.


Dr Hasan berkata tanda-tanda seseorang itu telah dijangkiti wabak penyakit itu adalah seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit berdarah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Ada karisma, penuh integriti

Posted: 31 May 2011 08:43 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]MENINJAU jauh ke dalam mata dua empunya wajah manis ini, jelas menggambarkan rasa bertuah atas segala peluang yang diberi. Meskipun berlainan latar belakang, jalur pengalaman, kisah yang tersembunyi dan personaliti, kedua-duanya punya sasaran dan corak masa depan yang sama.

Azizah doa dari jauh

Posted: 31 May 2011 08:09 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TARIKH 13 Mei meninggal­kan kesan yang sangat mendalam di hati pasa­ngan penyanyi veteran, Datuk A Rahman Hassan dan Datin Azizah Mohamad. Apabila diberitahu mengenai kematian sahabat baik mereka, penyanyi Datin Orchid Abdullah, pasangan ini terkilan kerana tidak dapat menatap wajahnya dan memberi penghormatan­ buat kali terakhir kerana komitmen lain yang perlu dipenuhi.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Artis terpalit tarik pelabur

Posted: 31 May 2011 12:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penganjuran konsert membabitkan artis popular tanah air antara taktik licik Ustaz Harun atau Harun Mat Saat untuk menarik orang ramai melabur dalam skim cepat kaya dianjurkan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd (Dina Group).

Akibatnya, artis turut menjadi mangsa lelaki berusia 45 tahun itu yang kini menduduki senarai teratas individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan penyelewengan wang kira-kira RM200 juta.

Bekas penyampai radio popular, Isma Halil Hamzah, berkata selainnya lebih 20 artis mendaftar sebagai ahli dan menjayakan Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati Shah Alam pada pertengahan April 2009.

Menurut Isma Halil yang bertindak sebagai pengacara pada konsert itu, antara artis yang membuat persembahan ialah Amy Search, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Mawi, Yantzen, Rahmat (Mega) dan Nazrey (bekas vokalis Raihan).


"Kami tidak menyangka konsert itu mempunyai agenda tersembunyi dan lebih mengecewakan artis yang membuat persembahan langsung tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Simpan mayat dalam stor

Posted: 31 May 2011 12:20 PM PDT

SUNGAI SIPUT: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan mati dipercayai akibat didera ibu bapanya yang sakit mental sebelum mayatnya ditemui di dalam stor, penuh kesan luka dan lebam pada tubuh dan dibalut dengan kain batik berwarna merah.

Mayat bayi itu ditemui bapa saudaranya di rumah sewa dihuni pasangan berkenaan di Taman Muhibbah di sini, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Ketika mayat bayi itu ditemui, ibu bapanya tanpa reaksi sedih memberi alasan mereka tidak tahu anak mereka sudah mati dan memberitahu bayi itu 'disimpan' selepas didapati tidak bergerak sejak jam 11 pagi kelmarin.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai penjual burger pernah mendapat rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, sebanyak dua kali dan isterinya juga dikatakan turut mengalami masalah serupa.


Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintendan Ernest John berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa saudara mangsa yang dibuat di Balai Polis Sungai Siput pada jam 2.41 pagi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Amaran Rajagobal

Posted: 31 May 2011 11:46 AM PDT

JURULATIH skuad bola sepak kebangsaan, K Rajagobal mengingatkan anak buahnya supaya tidak memperlekehkan kemampuan Hong Kong kerana aksi persahabatan antarabangsa Jumaat ini pasti akan digunakan sebaik-baiknya lawannya itu untuk membalas dendam terhadap kekalahan Februari lalu.

Beliau berkata, Hong Kong pasti akan memberikan tentangan apabila bermain di gelanggang sendiri dan kemenangan diraih Malaysia sebelum ini tidak boleh dijadikan ukuran.


" Dalam tempoh beberapa bulan ini Hong Kong pasti sudah membuat perubahan kerana mereka mahu menewaskan kita kali ini. Tapi semua pemain perlu bersedia untuk berdepan segala kemungkinan," katanya yang ditemui selepas sesi latihan terakhir skuad kebangsaan sebelum berlepas ke Hong Kong, pagi tadi.

Pada perlawanan persahabatan pertama di Stadium Shah Alam 9 Februari lalu, skuad Harimau Malaya yang masih segar dengan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Suzuki AFF ketika itu mudah mengalahkan Hong Kong 2-0.


Perlawanan kedua kali ini antara persiapan Rajagobal membentuk skuad terbaik bagi mengharungi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia dengan Taiwan 29 Jun ini.


Bagaimanapun pengendali negara itu mengakui tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan untuk berdepan Hong Kong namun beliau tidak mahu ia dijadikan alasan pemain-pemain gagal mempamerkan aksi terbaik.

"Tempoh dua hari latihan pusat ini digunakan untuk pemain embali cergas dan saya hanya sempat untuk mengendalikan sesi latihan penuh hari ini (semalam). "Walaupun pemain sudah nampak cergas tapi saya tidak mahu terlalu memaksa mereka dalam latihan kerana mahu mengelakkan pemain daripada ditimpa kecederaan," kata Rajagobal.


Sementara itu, beliau membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan penjaga gol dari Perak, Mohd Nasril Mat Nourdin dan pemain pertahanan Kelantan, Mohd Farisham Ismail dalam senarai 22 pemain ke Hong Kong.

Keputusan menyisihkan Mohd Nasril itu memberikan ruang kepada Mohd Sharbinee Allawe (Terengganu) dan Syed Adney Syed Hussein (Sabah) merebut posisi utama selepas Khairul Fahmi Che Mat tidak dipanggil kerana bersama skuad Olimpik manakala nasib malang menimpa Farisham kerana kecederaan pangkal paha.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Persatuan tak tegas

Posted: 31 May 2011 11:44 AM PDT

KEGAGALAN persatuan bola sepak negeri bertindak tegas ke atas pemain yang disyaki terbabit dengan mengatur keputusan perlawanan bola sepak sebenarnya menjadi punca gejala itu gagal dibanteras.

Bekas pengurus pasukan Piala Presiden T-Team, Mohd Sabri Abas (gambar), berkata pengurusan tertinggi persatuan kebiasaannya enggan membabitkan pihak berkuasa dalam menangani masalah pemain yang disyaki terbabit.


Beliau seterusnya memuji sikap berani Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yang membuat laporan polis terhadap pemain mereka kerana itulah cara terbaik untuk menghapuskan rasuah bola sepak.

"Kebanyakan persatuan mengambil pendekatan menamatkan kontrak pemain terbabit dengan memberi alasan tidak berdisiplin. Mereka enggan memasukkan 'pasir ke dalam periuk nasi' pemain atas dasar kasihan," katanya.


Menurutnya, perkara sama juga berlaku dalam pasukan Piala Presiden Terengganu dan T-Team tahun lalu yang berakhir dengan penyingkiran sekurang-kurangnya lapan pemain.


"Kontrak pemain terbabit ditamatkan dengan pelbagai alasan, namun mereka tidak dikaitkan dengan jenayah itu dan ada antara mereka kini bermain dengan pasukan lain.

"Mungkin pihak pengurusan persatuan tidak mempunyai cukup bukti mendakwa pemain berkenaan, tapi malangnya mereka juga enggan membuat laporan polis supaya perkara itu dapat disiasat," katanya.


Mohd Sabri berkata selepas pertemuan dengan pegawai pasukan dan pemain di bawah jagaannya, beliau yakin memang ada pemain mengatur perlawanan dalam Liga Piala Presiden tahun lalu.

"Mungkin tidak semua pemain terbabit berhubung terus dengan wakil 'bookie', namun memang ada yang menjadi dalang dan mewakili rakan sepasukan untuk sanggup menggadaikan maruah pasukan demi wang.


"Gaya hidup mewah memerlukan banyak wang dan mungkin itu menjadi pendorong utama pemain terjebak dengan jenayah itu yang memberikan pulangan lumayan dalam masa singkat," katanya.


Menurutnya, setiap pemain menerima di antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk setiap perlawanan yang diatur dan jumlah bayaran diterima bergantung kepada kepentingan pemain dalam pasukan.


"Kebiasaannya penjaga gol menerima bayaran paling banyak diikuti pertahanan dan posisi lain.


"Dalang utama mengatur perlawanan juga bijak memancing pemain kerana pada peringkat permulaan mereka akan membayar pemain untuk menang perlawanan dan bukannya untuk sengaja tewas," katanya.


Katanya, pemain yang terbabit akhirnya terpaksa menjadi hamba 'bookie' dan sekiranya tindakan tidak diambil secepat mungkin, harapan negara untuk maju dalam bola sepak tidak akan kesampaian.


"Banyak yang boleh dilakukan pemain untuk merosakkan perancangan pasukan antaranya melakukan kesalahan yang tidak sepatut dilakukan dalam kotak penalti ataupun sengaja mencari kad kuning atau merah supaya digantung perlawanan.


"Ada baiknya jika pihak pengurusan melaksanakan sistem denda kepada mana-mana pemain yang menerima kad amaran dan digantung perlawanan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Peserta ratu cantik Ukraine mati direjam

Posted: 31 May 2011 09:03 AM PDT

SIMFEROPOL (Ukraine): Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.

Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.


Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini.

Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.


Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan.


Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.

Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.


Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam.

Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.


"Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati," katanya. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Makin ramai pasangan bercerai kerana permainan video

Posted: 31 May 2011 09:01 AM PDT

LONDON: Semakin banyak rumah tangga berantakan gara-gara ketagihan bermain video, kata agensi pengurusan perceraian Internet, Divorce Online, semalam.

Kajian menunjukkan, bilangan wanita memfailkan perceraian dengan alasan suami mereka menghabiskan masa terlalu lama bermain video terus meningkat.


Daripada keseluruhan wanita yang menyatakan suami masing-masing berperangai tidak wajar, 15 peratus percaya pasangan mereka lebih mementingkan permainan video daripada isteri.

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding lima peratus tahun lalu.


Secara khusus, wanita menyalahkan permainan World of Warcraft yang membenarkan pemain mencipta watak fantasi sendiri bagi menjalani pengembaraan di dalamnya.


Permainan kedua yang paling banyak dipersalahkan ialah Call Of Duty. Seorang daripada wanita terbabit mendakwa, suaminya bermain World of Warcraft sehingga masa lapan jam sehari.

"Apabila semakin serius, saya cuba menasihatinya tetapi gagal. "Dia hanya menyedari perbuatannya membawa mudarat apabila saya mahu bercerai daripadanya," katanya. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved