Jumaat, 10 Jun 2011

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Jururawat diculik nyaris dijual

Posted: 09 Jun 2011 12:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang jururawat berusia 22 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dipukul sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Difahamkan, selepas menculik wanita itu, kumpulan terbabit membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui dan mahu menjualnya kepada individu lain yang sedia menunggu.

Namun, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, urusan tiga suspek terkubur apabila mangsa berjaya melarikan diri.

Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam dan sebaik merasakan selamat, dia keluar dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 4.30 petang.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang berjalan sendirian di kawasan LRT berkenaan mendakwa dihampiri sebuah kereta BMW biru gelap dinaiki tiga lelaki sebelum pemandu kenderaan itu menegur mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Besi penghadang tembusi kereta

Posted: 09 Jun 2011 12:51 PM PDT

MAUT...Zalinda, Azizah, Zainuddin.
MAUT...Zalinda, Azizah, Zainuddin.

KUALA KANGSAR: "Permintaan ayah sebelum ini yang seakan-akan mahu anak-anaknya pulang ke Kuala Kangsar, rupa-rupanya membawa petanda bahawa kami adik-beradik akan pulang dan melihat jenazah dia dan ibu hari ini (semalam)," kata Zaliana Zainuddin, 44, anak sulung pasangan pesara guru, Zenodin@Zainuddin Abas dan isteri, Azizah Mahmood, masing-masing berusia 69 tahun yang maut dalam kemalangan di sini, petang semalam.

Kejadian menyayat hati itu turut meragut nyawa anak perempuan bongsu pasangan itu, Zalinda, 33, anak perempuannya, Aishah Suffian Afendi, 7, manakala seorang anaknya, Nurul Sarah Sufian Affendi, 2, cedera parah dan masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Dalam kejadian jam 2.40 petang di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, berhampiran Kampung Seterus, Sauk itu, keempat-empat mangsa maut apabila kereta Proton Saga dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.


Difahamkan, lima sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis perkahwinan jiran, di sini selepas bertolak dari Pasir Mas, Kelantan, pagi semalam.

Lebih menyayat hati, keempat-empat mereka maut apabila kereta dinaiki ditembusi besi penghadang jalan itu yang dipercayai menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa terutama di kepala.


Zaliana ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Sultan Yusuf, Bukit Chandan di sini, semalam berkata, kali terakhir dia bertemu semua arwah pada Rabu lalu ketika berada di rumah saudara ibunya di Pasir Mas, Kelantan.


"Dalam pertemuan terakhir itu, bapa bertanya saya bila mahu pulang ke Kuala Kangsar, tapi saya tidak nampak sebarang perubahan pada arwah," katanya.

Bapa saudara kepada Azizah, Kamarudin Zainal Abidin, 67, berkata, mereka sekeluarga terkejut dan sedih dengan kejadian itu yang meragut empat nyawa ahli keluarga sekali gus.


Bagaimanapun, usaha wartawan untuk menemubual bapa Nurul Sarah, Sufian Affendi, 30-an, di pekarangan HRPB gagal kerana dia masih trauma dengan kehilangan isteri dan anaknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang ketika dihubungi, semalam berkata, siasatan mendapati kenderaan dipandu Zainuddin gagal dikawal ketika tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas.


"Tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi maut ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Sauk, dekat sini. "Kami mendapati lokasi terbabas adalah laluan lurus dan tiada kesan brek kenderaan. Jadi, polis mengesyaki pemandu kenderaan gagal mengawal keretanya dan terbabas," katanya.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian jam 2.40 petang bersama jentera dengan lapan anggota.


Beliau berkata, kereta mangsa terperosok dan menembusi penghadang besi jalan dan pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan semua mangsa.


Semua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Chandan, pagi ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Khamis, 9 Jun 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


4 beranak nyaris rentung

Posted: 08 Jun 2011 12:57 PM PDT

KAJANG: Samun dan bakar rumah dipercayai antara taktik terbaru digunakan penjenayah bagi menghilangkan kesan serta bukti kegiatan pecah rumah yang dilakukan mereka.

Bagaimanapun, taktik terbabit hampir meragut nyawa empat beranak termasuk seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) apabila rumah mereka dibakar ketika tidur nyenyak dalam kejadian Ahad lalu.


Dalam kejadian di Taman Tasik Semenyih, dekat sini, kira-kira jam 1 pagi itu, keluarga terbabit yang tidur di bilik tingkat atas terjaga selepas mendapati bekalan elektrik di rumah terputus dan sebaik membuka pintu bilik tidur asap tebal memenuhi tingkat bawah rumah.

Mangsa, Mahani Hashim, 33, berkata dia bersama suami, Mohd Asron Nizar Othman, 35, panik dengan kejadian itu dan bagi menyelamatkan diri dan dua anak termasuk anak bongsu yang juga OKU, Mohd Mualim, 3, mereka terpaksa terjun dari tingkap sebelum disambut penduduk kampung yang sedar kejadian itu.


"Saya tersedar apabila elektrik terputus dan sebaik membuka pintu bilik tidur, saya lihat asap tebal di tingkat bawah. Saya dan suami mencari kunci membuka tingkap atas bagi menyelamatkan nyawa terutama anak bongsu yang OKU sebelum kami semua terjun dari tingkap dan disambut penduduk kampung.


"Pada mulanya kami menyangka kebakaran berlaku akibat lintas pintas, tetapi terkejut apabila mendapati dompet dan empat cincin saya di tingkat atas hilang sedangkan kawasan itu tidak terbakar," katanya.

Difahamkan, sejak awal tahun ini, empat kes dilaporkan dipercayai menggunakan taktik sama di tiga lokasi berlainan iaitu Taman Desa Mewah, Taman Tasik Semenyih dan Sungai Kantan, Kajang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, ketika dihubungi berkata, beberapa kes yang dilaporkan berkenaan setakat ini hanya dakwaan pemilik rumah, namun siasatan lanjut dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hilang lepas jumpa lelaki Bangladesh

Posted: 08 Jun 2011 12:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya bimbang dengan keselamatan bapa yang gagal ditemui sehingga kini selepas keluar rumah berjumpa seorang lelaki warga Bangladesh pada 10 Mei lalu atas urusan kerja," kata Tey Chin Soon, berhubung kehilangan bapanya, Tey Yu Hing, 59.

Chin Soon, 26, berkata bapanya yang bekerja sebagai ejen hartanah sejak lima tahun lalu berkenalan dengan seorang lelaki Bangladesh ketika berurusan mencari rumah sewa di Taman Pasir Gudang, Johor.


"Malah, sejak itu, bapa saya terbabit perniagaan mencari pekerja asing bersama lelaki itu dan bapa memberi RM160,000 bagi membuka syarikat berkenaan.

"Bagaimanapun, pada 10 Mei lalu, bapa saya keluar rumah kira-kira jam 9 pagi dengan memandu Proton Persona untuk berjumpa lelaki itu dan sehingga kini masih tidak pulang," katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.


Menurut Chin Soon, pada hari kejadian ibunya menerima panggilan daripada bapanya pada jam 6.37 petang, namun ibunya tidak sempat menjawab kerana sibuk menyediakan hidangan makan malam.


"Selepas memasak, ibu yang perasan bapa menghubunginya lantas menelefon semula, namun tidak berjawab malah telefon itu dimatikan.

"Pada mulanya kami tidak mengesyaki apa-apa sehingga bapa tidak pulang ke rumah," katanya.


Selain itu, katanya, dia yang bimbang terjadi sesuatu kepada bapanya mencari mangsa di kawasan berhampiran rumah sewa lelaki Bangladesh terbabit keesokan harinya.

"Saya juga melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak dan mendapati pada jam 9.12 pagi bapa masih kelihatan di situ.


"Selepas itu, bapa pergi ke rumah lelaki Bangladesh terbabit yang berhampiran stesen minyak itu sebelum hilang," katanya.


Chin Soon berkata, ibunya membuat laporan di Balai Polis Seri Alam, Johor dan pada 18 Mei lalu sebelum kereta bapanya ditemui di Jalan Dedap 23, Johor Jaya dengan enam saman berkaitan kesalahan letak kereta.


"Lelaki Bangladesh itu juga sehingga kini gagal dihubungi. Saya pernah pergi ke rumahnya untuk mencari bapa, namun dia sudah hilang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Tatu gambar rakan Facebook

Posted: 08 Jun 2011 09:52 AM PDT

TREND...tatu Facebook  penyanyi rap T-Pain.
TREND...tatu Facebook penyanyi rap T-Pain.

AMSTERDAM: Sesetengah orang suka menunjuk-nunjuk mengenai bilangan rakan yang mereka miliki dalam Facebook.

Namun, kebanyakannya tidaklah melakukan perbuatan keterlaluan hingga mentatu gambar profil mereka di lengan. Seorang wanita mengambl keputusan mengingati semua rakan Facebooknya seramai 152 orang dengan mentatu gambar profil mereka pada lengannya.


Penggemar rangkaian sosial warga Belanda terbabit memuat turun rakaman video mengenai tatunya itu di YouTube.

Wanita yang menggunakan nama 'Suzyj87' menulis: "Selepas beberapa bulan bekerja, saya mahu menunjukkan kepada anda semua tatu sosial saya. Cantik, bukan? Saya cukup bangga dengannya. Harap anda sukakannya juga!" Bagaimanapun, sesetengah pengguna YouTube mempertikaikan sama ada rakan Facebooknya itu akan kekal seperti tatu itu.


"Tahniah atas tatu yang cantik itu. Harap anda terus berkawan dengan semua rakan anda dalam tempoh yang lama," tulis seorang lelaki selepas menonton tindakan Suzyj 87 menerusi Youtube.


Ilham membuat tatu itu mengikuti trend yang dimulakan penyanyi rap T-Pain. Dia mempunyai tatu Facebook di lengannya yang berbunyi: "Anda tidak perlu sukakan saya" dengan tanda bagus, lambang laman itu.

T-Pain memuat turun gambar tatu baru itu di laman Twitter dengan menulis: "Saya membuat tatu setiap kali saya datang ke Hawaii. Saya rasa tatu yang ini cantik, kecuali Facebook menghentikan operasinya," - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru yoga ancam beri latihan senjata kepada 11,000 pengikut

Posted: 08 Jun 2011 09:49 AM PDT

NEW DELHI: Seorang guru yoga popular yang bantahannya terhadap gejala rasuah dipatahkan polis minggu lalu memberi amaran, mengenai kemungkinan tercetusnya keganasan dan mengancam memberikan latihan ketenteraan kepada 11,000 pengikutnya.

Swami Ramdev yang juga dikenali sebagai Baba Ramdev membuat ancaman itu di kediamannya berdekatan bandar suci Haridwar kira-kira 200 kilometer ke utara New Delhi. Ramdev, yang popular menerusi program yoga di televisyen, menggesa pengikutnya, lelaki dan wanita, menyertai 'tenteranya.' "Mereka perlu bersungguh-sungguh, bersedia melakukan pengorbanan," katanya dalam kenyataan yang dipetik oleh rangkaian berita televisyen.


"Mereka akan diberi latihan senjata. Kita akan membentuk pasukan tentera seramai 11,000 orang." - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Rabu, 8 Jun 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Guna esen organik tulen

Posted: 08 Jun 2011 09:44 AM PDT

TAHUKAH anda bahawa kerap mewarnakan rambut untuk kelihatan bergaya sebenarnya boleh mendedahkan seseorang kepada risiko rambut kering, rosak malah lebih teruk akan mengalami keguguran jika bahan pewarna terkena kulit kepala hingga merosakkan akar rambut.

Risiko itu bagaimana pun boleh dikurangkan jika anda menggunakan rangkaian produk penjagaan rambut sesuai terutamanya yang bebas daripada ammonia, parafin atau parabin berbahaya.

Ia mendorong jenama penjagaan rambut terkenal, Schwarzkopf Professional memperkenal Essensity, rangkaian terbaru untuk membantu menjaga dan menyihatkan rambut biarpun selepas diwarnakan.

Apa yang menarik mengenai rangkaian berkenaan ialah ia diperbuat menggunakan esen organik tulen daripada bahan berasaskan alam semula jadi serta bebas sepenuhnya daripada amonia atau bau yang kurang menyenangkan.


Pengurus Besar Schwarzkopf Professional (Asia Tenggara), Peter Theodoulou, berkata, Essensity adalah rangkaian warna, jagaan dan penggayaan pertama yang menggabungkan bahan-bahan semula jadi tanpa menjejaskan prestasi.


Kata Theodoulou, sejak akhir-akhir ini, masyarakat sudah mula peka terhadap kesihatan badan dan ia menyebabkan produk berasaskan bahan semula jadi semakin mendapat perhatian.

Katanya, dengan peningkatan keraguan berkenaan, Essensity adalah pilihan terbaik untuk penggayaan rambut mengikut aliran fesyen tanpa menjejaskan kesihatan badan atau persekitaran.

"Keseluruhan rangkaian ini menggunakan bahan daripada esen organik tulen yang didapati daripada proses ekstrak dengan formula yang lebih mesra alam dan 100 peratus boleh dikitar semula.

"Ia juga secara aktif mengelak penggunaan aerosol dan pembungkusan yang tidak perlu," katanya pada majlis pelancaran produk berkenaan di ibu negara, baru-baru ini. Hadir sama, Pengurus Jenamanya, Toh Tee Shien, Pengurus Perkhidmatan Rakan Kongsi Profesional Malaysia dan Singapura, Kelvin Tan serta personaliti 'Hijau' terkenal, Matthias Gelber.

Rangkaian penjagaan istimewa itu mengandungi perahan benih anggur, ektoin dan madu lebah semula jadi.

Ia turut menawarkan sistem pencerahan yang bebas daripada ammonia dan haruman untuk hasil rambut lebih berkilau dan kekal lama.

Sistem pencerahan itu dikatakan dapat membantu memberi sehingga lima tahap peningkatan dan mengandungi esen kamomil organik yang mendinginkan.

Selain ammonia, rangkaian itu juga bebas sepenuhnya daripada silikon, parafin, parabin, terbitan formaldehid, alkohol dan warna tiruan.

Essensity boleh didapati dalam 35 warna indah serta menawarkan sehingga 100 peratus litupan uban dan empat tahap peningkatan untuk hasil pewarnaan yang sempurna.

Menurut Tee Shien, bagi memastikan rambut berwarna kekal sihat dan berkilat, tiga jenis rangkaian ditampilkan iaitu warna, pemulihan serta pelembap.

Rangkaian warna dicipta bagi mengunci kekuatan warna untuk memastikan kilauan yang tampak sihat dan berseri.

Katanya, rumusan unik rangkaian itu turut ditambah dengan campuran esen organik acai beri dan tulip.

"Untuk rangkaian pemulihan, kami menyediakan produk yang dapat membantu memulih sepenuhnya dengan memperbaiki serta memelihara rambut rosak.

"Rangkaian ini kaya dengan campuran esen organik beri Goji dan protin kacang soya asli.

"Melengkapkan rutin penjagaan, jangan ketinggalan untuk menyapukan pelembap yang kaya dengan campuran esen organik aloe vera dan minyak zaitun kerana ia membantu membekalkan kelembapan mendalam serta nutrisi untuk rambut kasar atau kering," katanya.

Bagaimanapun, rambut berseri dan sihat tidak lengkap tanpa penggayaan yang hebat. Untuk kemasan paling menarik, rangkaian penggayaan jenama itu juga boleh digunakan kerana ia dapat membantu membentuk dan menyinar lagi rambut untuk memberi lebih kebebasan untuk anda tampil penuh bergaya.

Kata Tee Shien, untuk membentuk gunakan semburan perapi yang diperkaya dengan gabungan esen organik kulit pokok Ash dan buluh untuk mendapatkan bentuk rambut terkawal serta kemasan bersinar.

"Untuk memastikan teksturnya kekal dalam keadaan terbaik, sapukan lumpur penteksturan yang padat dengan gabungan esen ubi organik dan akar Burdock manakala bagi memastikan rambut mempunyai bentuk, gunakan krim pengembang yang dihasilkan daripada esen anggur merah serta tunas anggur hitam.

"Serum pencerah semula jadi daripada esen minyak bijan dan biji rami pula
dapat membantu memastikan rambut kekal bersinar serta ringan secara semula jadi.

"Semua rangkaian berkenaan sudah pun berada di pasaran dan ia boleh didapati di salun Schwarzkopf Professional yang terpilih," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Garis halus mula pudar

Posted: 08 Jun 2011 09:23 AM PDT

BAGI masyarakat moden hari ini, aspek kecantikan dan keremajaan diri mula menjadi dua elemen utama yang sentiasa berjalan seiring serta diberi perhatian khusus terutama di kalangan kaum hawa.

Malah wajah yang kekal muda remaja dan bebas cela turut dijadikan tanda aras kepada kecantikan ideal, lalu majoriti warga dunia tidak henti mencari cara terbaik mengekalkannya serta berusaha 'memadam' garisan-garisan halus penuaan yang mula kelihatan sejajar dengan peningkatan usia.

Zaman ini, proses penuaan semula jadi yang berlaku pada setiap manusia tidak lagi dianggap perkara biasa tetapi mula menjadi isu kebimbangan hingga perlu diberi perhatian khusus.

Garis halus di sekitar mata dan mulut serta perubahan struktur kulit tidak lagi dilihat sebagai perkara normal yang akhirnya membawa kepada kewujudan bermacam bahan, ubatan serta kaedah yang dikatakan mampu mengatasinya.


Andai dilihat kepada rutin penjagaan wajah wanita secara amnya lebih 20 tahun lalu, mencuci dan melembap sudah cukup untuk memastikan wajah sentiasa segar dan tidak memerlukan kos yang banyak.


Namun, rutin ringkas itu tidak lagi mampu berfungsi sepenuhnya kerana ia perlu disertakan bermacam produk tambahan kerana enggan digelar tampak tua sebelum usianya.

Menurut Pengarah Pengurusan Yves Rocher Zon Asia, Armelle Nguyen Than, tidak salah bagi setiap insan mementingkan kecantikan dan keremajaan wajahnya memandangkan kulit tubuh dan wajah mula menerima ancaman luaran yang memudaratkan kulit.

"Hampir 90 peratus kesan penuaan pada wajah kita adalah disebabkan faktor luaran seperti alam sekitar, gaya hidup dan kegagalan pengurusan diri seperti tekanan serta kurang menitikberatkan kebersihan.

"Kepelbagaian tugasan yang digalas wanita zaman ini - isteri, ibu, anak, pekerja dan sebagainya - nyata memberi tekanan kepada mereka hingga menjejaskan struktur kulit dan menambah kerosakan sedia ada.

"Keadaan makin buruk apabila kulit kita terdedah secara berterusan kepada alam sekitar yang tercemar hingga membuatkan proses penuaan kini berlaku dengan pantas," katanya.

Proses penuaan sebenarnya bermula kala tubuh manusia mencapai umur 20 tahun, di mana kolagen dalam tubuh akan berkurangan secara semula jadi lalu menyebabkan kulit nampak tua, kasar, kusam, kering, berbintik hitam dan ton warna yang tidak sekata.

Bagaimanapun, masalah kulit tidak akan kelihatan pada usia remaja kerana penghasilan kolagen dan elastin berjalan lancar.

Apabila usia makin meningkat, keadaan seperti itu tidak lagi berlaku kerana kadar oksigen dalam kulit mengalami penurunan dan ia berkurangan seiring dengan pertambahan usia.

"Ketika remaja, sel dalam kulit kita dapat bertaut dengan baik dan masih kukuh. Tetapi selepas usia meningkat ke angka 30, sel itu mula longgar hingga menyebabkan dalaman kulit kurang anjal lalu memperlihatkan kedutan kerana berlakunya perubahan pada struktur kulit.

"Penjagaan wajah tidak begitu rumit ketika remaja kerana kita biasanya hanya mengalami masalah kecil seperti jerawat. Tetapi kulit wajah mula mengalami perubahan besar apabila usia meningkat. Kulit wajah mulai mengalami perubahan besar lalu timbul masalah seperti kulit kusam dan tidak bermaya.

"Apabila usia menjengah 40 tahun ke atas pula, masalah itu mula berkurangan, namun digantikan dengan garis halus yang signifikan kepada tanda penuaan hingga membuatkan ramai wanita panik dengan keadaan itu.

"Penggunaan produk antipenuaan, seperti Cure Solutions Elixir 7.9, sememangnya dapat membantu meningkatkan keanjalan kulit dan pada masa sama menjana semula tisu epidermis dengan menyambung semula sel-sel yang masih elok," ujarnya.

Cure Solutions Elixir 7.9 ini dihasilkan selepas penyelidik kecantikan botanikal Yves Rocher berjaya menggabungkan tujuh bahan botani aktif yang di dalamnya terkandung sembilan paten antipenuaan.

Kajian yang dilakukan selama 12 tahun ini mendapati bahan oligosides epal (yang diambil daripada tunjang dalam buah epal) berupaya menjana pertumbuhan semula sel sehingga 77 peratus.

Ia turut dibantu gam akasia, inositol padi, Tara galactosides (sejenis daun dengan biji kecil berwarna perang gelap), polisakarida lidah buaya, Aphloia mangiferin (sejenis daun) dan ubi bit.

Hasil kajian yang dijalankan ke atas 200 wanita selama sebulan di Centre d'Etudes et de Recherches Cosmetologiques (Cerco) iaitu pusat kajian kosmetik yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Perancis mendapati penampilan wajah mereka dua kali lebih muda berbanding sebelumnya.

Garis-garis halus pada mata dan mulut juga mula pudar dan tekstur kulit bertambah licin serta lebih berseri.

Cure Solutions Elixir 7.9 ini sudah berada di pasaran dan boleh diperoleh di butik kecantikan Yves Rocher di Fahrenheit 88, Sunway Pyramid, Subang Parade serta dua butik berkonsepkan Atelier di Suria Sabah dan Alamanda Putrajaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Usir warga emas dituduh mencuri

Posted: 07 Jun 2011 10:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Niat seorang warga emas untuk membeli-belah di sebuah kompleks komersial terkenal di sini, Sabtu lalu, terbantut apabila mendakwa dihalau keluar oleh pengawal keselamatan yang mengesyakinya ingin mencuri gara-gara berlegar hampir sejam di situ.

Lee Lai, 55, ketika ditemui di Balai Berita di sini, kecewa dan malu apabila pengawal keselamatan terbabit meninggikan suara serta menepis topi dipakainya, selain peristiwa berkenaan diperhatikan pengunjung lain.


Katanya, sempena cuti umum dan hujung minggu, dia keluar sendirian dan memasuki pusat beli-belah terbabit untuk mencari barang keperluan kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Ketika membelek-belek harga barang, Lee dikejutkan dengan pertanyaan kasar pengawal terbabit yang menanyakan apa yang dia lakukan selama hampir sejam di pusat beli-belah itu.


"Saya terkejut apabila pengawal terbabit mengaku mengekori saya sejak masuk ke pusat beli-belah itu.


"Lebih mengejutkan, dia (pengawal) menyatakan peraturan pusat beli-belah itu tidak membenarkan pelanggan berada terlalu lama di dalam premis.

"Saya yakin dia menganggap saya ingin mencuri barangan di situ sedangkan ia sebaliknya," dakwanya.


Katanya, selepas bertelagah hampir beberapa minit, lelaki terbabit mengugut akan menghalaunya keluar jika masih berdegil.

Menurutnya, dia meminta pengawal terbabit menyelesaikan masalah berkenaan di pejabat, selain ingin membuat aduan kepada pihak pengurusan, tetapi lelaki itu enggan dan menjerit menghalaunya keluar.


Akibat tidak tahan apabila disyaki mencuri, Lee menanggalkan jaketnya untuk membuktikan tiada barang diambil, namun pengawal terbabit tidak puas hati.


Dia kemudian pergi ke pejabat pengurusan untuk membuat aduan sebelum membuat laporan di Balai Polis Brickfields, semalam.


Sementara itu, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memohon maaf kepada pelanggan berkenaan dan mengakui perkara itu terjadi akibat salah faham pengawal terbabit.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kempen Alam Flora tumpu Chow Kit

Posted: 07 Jun 2011 10:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Chow Kit dijadikan lokasi utama bagi pelancaran Kempen Gerak Tumpu Kawasan Wilayah Persekutuan sejak Mei lalu, selepas ia dikenal pasti sebagai kawasan premis kurang bersih oleh syarikat konsesi dan pengurusan sisa pepejal, Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora).

Kempen anjuran Alam Flora dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu bertujuan menangani masalah pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab di lokasi yang dianggap kurang bersih di sekitar ibu kota.


Selain Chow Kit, terdapat tujuh lokasi lain dikelaskan sebagai kurang bersih, antaranya Pudu/Bukit Bintang, Jalan Doraisamy, Kompleks Damai, Kampung Attap, Brickfields, Damansara dan Lucky Garden.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan, berkata pemilihan lokasi dilakukan mengikut kepadatan peniaga atau penjaja serta jumlah penghasilan sampah yang banyak di kawasan terbabit berbanding lokasi lain.


Menurutnya, tiga tan sampah dikutip setiap hari di lapan lokasi terbabit, sekali gus menjadikan kutipan bulanan mencecah 100 tan sepanjang kempen berlangsung sejak 9 Mei lalu.


"Chow Kit kawasan tumpuan ramai dan sampah dihasilkan lebih banyak, sekali gus memaksa kami (Alam Flora) membahagikan kawasan itu kepada dua bahagian bagi proses pembersihan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Gerak Tumpu Kawasan Wilayah Persekutuan, di Jalan Raja Bot, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Parkir asmara pasangan curang

Posted: 07 Jun 2011 02:33 PM PDT

pix_topright

KOTA BHARU: Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parkir sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti 'parkir asmara' apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.

Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.

Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.

Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.


Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bas ekspres menuju neraka

Posted: 07 Jun 2011 02:29 PM PDT

JASIN: Seorang pemandu bas ekspres bertindak gila apabila menayangkan filem lucah sebelum cuba merogol seorang wanita yang menjadi penumpang terakhir kenderaan terbabit ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka Sentral.

Dalam kejadian jam 10.45 malam kelmarin, pemandu berusia 38 tahun itu melencongkan bas dipandunya ke ladang sawit di Jalan Tiang Dua-Bukit Kajang sebelum cuba merogol mangsa.

Wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut refleksologi di Kuala Lumpur itu menegur pemandu berkenaan kerana menayangkan filem lucah ketika dia menjadi penumpang terakhir dalam bas.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengendahkannya, malah terus membuka seluarnya sebaik memberhentikan bas di kawasan sunyi.


Namun, wanita berkenaan bernasib baik kerana kebetulan dua anggota polis yang menaiki kereta peronda melalui kawasan itu dan terus memeriksa selepas melihat keadaan bas mencurigakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Isteri tak percaya Ryan Giggs curang

Posted: 07 Jun 2011 09:21 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]LONDON: Isteri bintang bola sepak Ryan Giggs akan terus mempertahankannya walaupun terdapat dakwaan mengatakan bintang bola sepak itu menjalinkan hubungan seks selama lapan tahun dengan isteri adiknya.

Masukkan daging babi dalam kasut jemaah masjid

Posted: 07 Jun 2011 09:18 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]LONDON: Seorang lelaki memasukkan daging babi ke dalam kasut penduduk Islam yang ditinggalkan di luar masjid ketika mereka menunaikan solat.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved