Ahad, 19 Jun 2011

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Belajar urus duit lebih

Posted: 18 Jun 2011 09:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Baru berusia awal 20-an, namun mereka mampu memiliki dan memandu kereta mewah hasil kejayaan dan harta ibu bapa yang melimpah ruah.

Itu tuah badan beberapa gadis, namun semua itu bukan tiket untuk mereka lalai dalam kemewahan dunia, sebaliknya masing-masing mempunyai visi jelas bagi meneruskan legasi perniagaan keluarga.

Ikuti kisah hidup beberapa gadis yang berkongsi status kemewahan, tetapi pada masa sama punya pendekatan sendiri mengimbangi nikmat Tuhan, seperti diceritakan kepada wartawan Metro Ahad, NORIAH IDRIS.

  • Azreena suka bersikap sederhana
  • "SAYA tidak meletakkan diri saya sebagai anak orang kaya atau terkenal. Mama hanya pengusaha songket yang gigih, bahkan saya diajar bersikap sederhana dalam segala-galanya. Yang penting, saya kagum dengan kegigihan mama, terutama dalam memartabatkan khazanah negara," tutur Ku Nor Azreena Ku Yahya.

    Menyatakan hobinya yang gemar membaca novel, dia memperuntukkan bajet tertentu untuk membeli novel terbaru di pasaran sebagai koleksi dan turut menyimpan impian menghasilkan karya cerpen mahupun novel satu hari nanti.

    "Saya peruntukkan RM300 sebulan untuk makan dan membeli novel, bayaran bil telefon RM200, dan RM200 juga untuk menempah selendang bagi memenuhi kehendak pelanggan. Untuk pakaian seperti baju dan aksesori lebih kurang RM300.

    "Namun kalau berbelanja bersama mama, antara RM500 hingga RM1,000. Itu pun bergantung kepada bentuk pakaian dan bergantung kepada majlis dihadiri," katanya menjelaskan perbelanjaan bulanannya.

    Gemar berbelanja secara talian kerana dianggap lebih memudahkannya, fesyen seperti 'misslilyshop' dan 'modish shawl' antara digemari. Untuk itu, apabila masa terluang dia melayari Internet untuk membuat tempahan memandangkan fesyen itu sesuai dengan trend remaja.

    Jika membeli-belah, Ku Nor Azreena gemar ke Pavilion, Kuala Lumpur atau One Utama, Petaling Jaya berikutan pusat beli-belah itu selesa untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan rapat.

    Kata gadis ini, ibunya Noriah Ashari, 48, pemilik Atikah's Songket, sering memberi nasihat supaya menabung jika ada wang lebih dan bijak mengira belanjawan sendiri.

    Bapanya, Ku Yahya Kamardin Ku Ahmad turut memberi nasihat dan menjadi pakar rujuknya dalam hal berkaitan pembelajaran serta kecenderungan dalam membuat keputusan tertentu yang dianggap rumit.

    Acuan dibentuk ibunya turut membuatkan anak sulung tiga beradik ini mempunyai minat hampir sama iaitu penerus legasi perniagaan yang dijana wanita berasal dari Kuala Terengganu itu.

    Amat mencintai seni tenunan, anak kelahiran Terengganu dan dibesarkan di ibu kota Kuala Lumpur itu mengakui terdorong mempelajari bidang itu di peringkat sijil di Institut Kemahiran Mara (IKM) Rawang, Selangor tidak lama lagi sebagai permulaan kepada perjalanan cita-citanya.

    Pemilik Diploma Komunikasi Massa dari Kolej Segi ini dikenali sebagai gadis berdikari. Justeru tidak mahu dianggap terlalu bergantung kepada keluarga, dia menjalankan perniagaan butik secara talian dengan menawarkan pelbagai jenis pakaian seperti blaus atau baju kasual dan selendang yang didatangkan dari negara jiran, terutama Indonesia, bagi menguji keupayaan dirinya.

    Dia juga kerap berkunjung ke Vietnam dan Indonesia bagi mencari maklumat terkini mengenai lakaran fesyen semasa memandangkan ia ada penggemar tersendiri.

    Lagipun, katanya, kebanyakan koleksi pakaian dari Bandung atau Jakarta terkedepan daripada segi aliran fesyen serta sopan, manakala bagi selendang panjang (shawl) yang banyak mendapat perhatian, ramai sukakan coraknya untuk dijadikan koleksi menawan.

    "Saya seronok melakukan perniagaan talian ini hasil kerjasama dengan adik, Ku Nor Nadia. Mungkin kerana umur kami hampir sebaya dan beza saya dengan Nadia hanya setahun, cita rasa dalam dunia fesyen juga hampir sama.

    "Untuk itu, kami serius bila berbincang mengenai jenis pakaian yang mahu dibeli secara borong. Pada saya, semua ini mengajar kami bijak berfikir serta membuat keputusan.

    "Pengurusan masa penting bagi seorang remaja seperti saya kerana menggalas dua tugas sebagai pekerja dan penuntut dalam satu-satu masa. Oleh kerana terlalu sibuk dengan kedua-duanya, hubungan kami dengan keluarga dan adik-beradik serta sepupu sangat rapat. Bila ada kelapangan, kami juga menonton wayang dan bersantai bersama-sama.

    "Saya juga gemar melancong dan membuat pelbagai koleksi rantai kunci serta gemar dengan pelbagai bentuk beg tangan untuk disuai padan dengan pakaian. Pelbagai jenama beg tangan jadi kebanggaan, terutama yang berjenama, dan dibeli atas keringat sendiri sangat bernilai buat saya," katanya.

    INFO

    NAMA: Ku Nor Azreena Ku Yahya
    JAWATAN: Pengarah Atikah's Songket, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
    UMUR: 22 tahun
    LAHIR: 28 Mac 1989
    HOBI: Membaca cerpen, menulis blog, menonton wayang, melayari Internet, membeli-belah
    PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Massa dari Kolej Segi
    CITA-CITA ASAL: Pembaca berita, usahawan
    MAKANAN KEGEMARAN: Sushi, coklat, ayam goreng
    IMPIAN: Membuka lima syarikat berasaskan hartanah, perhotelan dan pelbagai
    KERETA: Mercedes Benz

  • Vivy tumpu dunia fesyen

    BIARPUN menguasai dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perundangan dari School of Economic, United Kingdom, anak bongsu dua beradik ini tidak memilih bidang itu sebagai kerjaya.

    Obses terhadap dunia fesyen dan terdedah dengan pengalaman membeli-belah di London sepanjang lima tahun menuntut ilmu, dia memilih perniagaan fesyen dengan menjana FashionValet.net (FV) iaitu sebuah web yang menjual hasil kerja pereka tempatan menerusi talian.

    Vivy Sofinas Yusof bekerjasama dengan Fadzarudin Shah Anuar iaitu rakan sekolejnya yang masing-masing berusia 24 tahun ketika mereka menuntut di luar negara.

    Gadis berdarah campuran berasal dari Kajang, Selangor ini mengakui angan-angan mereka direalisasikan menerusi pembelian di Internet kerana yakin jenis perniagaan sedemikian belum popular di negara ini.

    Mengambil pengalaman di England apabila dia menggemari jenama Topshop dan Zara sehingga sanggup menggunakan duit kiriman bapanya untuk pakaian, kini minat itu dimanfaatkan menerusi proses penjualan fesyen di Internet dengan menawarkan rangkaian fesyen pakaian dan aksesori tempatan karya pereka tersohor seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk till Dawn dan pelbagai.

    Berhasrat muncul sebagai hab jenama fesyen Asia terbesar menerusi talian, semangat Vivy bagaikan disuntik besi berani apabila sambutan diterimanya di luar dugaan berikutan perniagaan dijananya hampir enam bulan mendapat sambutan di luar jangkaan.

    Katanya, sehingga kini hasil rekaan tempatan di FV menembusi pasaran Brunei, Indonesia, Singapura, UK dan Jerman.

    "Ketika memulakan perniagaan, saya bergerak dalam satu kumpulan yang mewakili generasi muda dan yakin pelancaran perniagaan ini berjaya kerana sokongan dan kekuatan bersama.

    "Mungkin semangat generasi muda mendorong kami bekerja keras dan saya ada 'kru' dibahagikan mengikut bidang tugas selain kami ada studio dan model untuk memastikan perencanaan kami berjalan lancar.

    "Dalam setiap fesyen yang ada, saya memiliki sehelai baju pada setiap jenama dijual. Bahkan, saya sangat selektif untuk setiap rekaan yang hendak menyertai FV," katanya.

    Mengenai cara perbelanjaan pula, gadis ini memperuntukkan RM1,000 sebulan untuk membeli pakaian.

    Namun, katanya, jika ada majlis berprestij perlu dihadiri, tentu peruntukan kewangan bertambah.

    "Misalnya pakaian untuk majlis makan malam tentunya mahal dan saya terpaksa berbelanja 'lebih' daripada kebiasaan. Selain perniagaan ini, ayah ada elaun khas untuk saya dalam perniagaan hartanahnya di samping menyediakan pemandu untuk menyenangkan urusan seharian.

    "Di samping itu, paling kurang saya simpan duit dalam sebulan RM2,000 semata-mata untuk persiapan membesarkan perniagaan ini satu hari nanti. Emak dan ayah selalu berpesan supaya saya sentiasa berjimat cermat," katanya.

    Vivi mengakui menjadikan bapanya yang terkenal dalam perniagaan hartanah sebagai rujukan penting sepanjang menjalankan perniagaan dan banyak nasihat berguna diperoleh.

    "Saya pernah buat kesilapan, maklumlah ini pengalaman pertama kali berniaga, tetapi ayah menegur dengan penuh berhemah, terutama dalam soal perbelanjaan. Daripada situ ayah bercerita mengenai selok-belok dan memberi nasihat berguna kepada saya.

    "Setelah enam bulan berniaga baru nampak keuntungannya, lalu saya yakin boleh pergi lebih jauh lagi. Namun saya masih mengharapkan nasihat ayah mahupun ibu dalam hal ini.

    "Tidak dinafikan sebagai 'anak ayah', saya rapat dan manja, bahkan jika hendak berkawan dengan lelaki, saya akan mempelawanya datang ke rumah dan mengenali keluarga lebih dulu," katanya ketika ditemui di pejabatnya yang beroperasi di Plaza Damansara, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

    INFO

    NAMA: Vivy Sofinas Yusof
    JAWATAN: Pengarah Urusan FashionValet.net
    UMUR: 24 tahun
    LAHIR: 11 Disember 1987
    HOBI: Menulis blog, melancong
    PENDIDIKAN: Ijazah Undang-undang, School of Economic, United Kingdom
    CITA-CITA ASAL: Ahli perniagaan
    MAKANAN KEGEMARAN: Daging panggang
    IMPIAN: Membuka syarikat berasaskan hartanah

  • Niaga 'bundle'

    MEMILIKI perniagaan 'bundle' walaupun masih bergelar penuntut di Unisel menjadi kebanggaan Norfariza Azami iaitu anak usahawan berjaya. Gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan berusia 21 tahun yang dibesarkan di ibu kota ini memang peramah dan senang didekati.

    Barangkali ada yang beranggapan tidak mungkin anak usahawan berstatus Datuk sanggup menjalankan perniagaan pakaian yang dianggap lusuh oleh segelintir orang, namun baginya ia sesuatu yang menyeronokkan.

    Segala-galanya bermula apabila dia sekadar suka-suka menjual pakaian bundle apabila memikirkan ada orang tidak gemar kelihatan dalam pakaian baru. Untuk itu, secara berahsia dia melakukan perniagaan tanpa pengetahuan ibu bapanya menerusi blog dihasilkan sendiri iaitu sugarshop bundle@sugar88@yahoo.com.

    "Bila sambutan semakin memberangsangkan, baru saya berani menceritakan hal ini kepada emak dan ayah. Alhamdulillah, kedua-duanya tidak menghalang saya berniaga, bahkan memberi semangat supaya bijak mengendalikan perniagaan. Namun, paling penting adalah tumpuan terhadap pembelajaran.

    "Dari situ saya semakin berani mengorak langkah kerana daripada sekadar hobi, kini ia jadi pemangkin kepada saya untuk meneruskan usaha ini. Saya menganggap inilah permulaan langkah yang baik, justeru ia membentuk rangkaian niaga seterusnya. Titik-tolak ini saya anggap sesuatu yang menarik tetapi tidak membuatkan alpa dengan tugas sebagai pelajar walaupun memiliki perniagaan sendiri secara talian," katanya.

    Dia turut melakukan tinjauan terhadap blogger dan menerusi mereka serta peminat barangan bundle, dia mendapati kebanyakan golongan itu tidak menggemari pakaian baru, sebaliknya lebih gemar menampilkan pakaian lusuh tetapi berkualiti.

    Apabila semakin mengenali aneka fesyen bundle, corak atau trend dicetuskan membuatkan dia semakin menguasai bidang itu yang disifatkan sungguh menyeronokkan.

    Ditanya mengapa sanggup melakukan dua kerja dalam satu masa sedangkan keluarga mampu memberi segala keperluan, gadis gemar berdikari ini berkata, dia tidak mengharapkan wang saraan keluarga kerana padanya berniaga menerusi blog memberinya pengalaman berharga.

    Dalam soal perbelanjaan harian pula, keluarga memahami dirinya dan memperuntukkan bajet tertentu bagi keperluan harian.

    Katanya, setiap bulan bapanya memberi RM1,000 hingga RM1,500 untuk perbelanjaan, termasuk bagi membeli pakaian atau aksesori, justeru dia gadis yang gemar bergaya dengan fesyen 'up to date'.

    Menurutnya, peruntukan itu tidak termasuk soal pembelian buku atau aspek berkaitan kuliah kerana segala keperluan itu diuruskan bapanya yang mementingkan aspek pendidikan anaknya.

    Gadis yang gemar mengumpul koleksi kasut ini sedar seleranya bertukar kasut mengikut tema warna pakaian membuatkan dia menitikberatkan fesyen terbaru mengenai perkembangan kasut.

    Dia melakukan tinjauan di kompleks beli-belah serta melayari Internet bagi meneliti aliran terbaru di pasaran supaya tidak ketinggalan.

    "Daripada kasut berbentuk sandal, wedges', tumit tinggi hingga ke but, semuanya saya ada. Saya juga gemar menaiki motosikal berkuasa tinggi dan membeli but bertumit tinggi. Dalam soal memilih kasut, saya cerewet dan ini menyebabkan bajetnya tinggi sedikit. Namun tidak bermakna setiap bulan ia dihabiskan untuk membeli kasut.

    "Mungkin sikap saya boros sikit, kadangkala bajet 'lari', tetapi saya ada simpanan sendiri untuk waktu terdesak. Kalau tidak, saya hubungi ayah dan memaklumkan apa saja masalah dihadapi," katanya.

    Mengenai kenderaan pula, si gadis ini diberikan sebuah kereta oleh keluarganya dengan peruntukan berasingan RM800 sebulan untuk keperluan minyak bagi menyenangkan urusan pergi dan balik ke asrama.

    Oleh kerana dia belajar di Unisel yang terletak di Bestari Jaya (dulu Batang Berjuntai) serta tinggal berjauhan daripada keluarganya di Puchong, Selangor, keluarganya mengambil berat akan dirinya.

    Norfariza mengakui bidang pengurusan acara, terutama berkaitan muzik, turut menarik minatnya sehingga mendorongnya mengendalikan persembahan gigs di bawah band Indie.

    INFO

    NAMA: Norfariza Azami
    JAWATAN: Pengarah
    UMUR: 23 tahun
    LAHIR: 7 April 1988
    HOBI: Menyelam 'bundle', melayari Internet, melancong
    PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Selangor (Unisel)
    CITA-CITA ASAL: Ahli perniagaan
    MAKANAN KEGEMARAN: Nasi ayam
    IMPIAN: Memiliki restoran dan bidang pengurusan acara
    KERETA: BMW 325i

  • Buka kedai kek

    IMPIAN Erni Rineelawati Buhari, 21, memiliki sebuah kedai bakeri atau kek satu hari nanti semata-mata didorong oleh ingatannya yang tidak pernah padam buat ibu tercinta. Dia membesar dengan air tangan ibunya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, wanita hebat yang bukan hanya jutawan kosmetik, malah kemahirannya di dapur diakui ramai.

    Selain itu, katanya, sejak kecil dia menggemari kek dan atas sebab itu mahu merealisasikan hasratnya dalam beberapa tahun lagi untuk memiliki kedai sendiri.

    Erni beranggapan bukan mudah menggapai impian itu tanpa insan tersayang namun dia perlu menguatkan semangat supaya tidak lalai, justeru usia remaja dikecapinya disifatkan sebagai fasa paling sesuai menimba sebanyak mana pengalaman.

    Biarpun sibuk di pejabat dengan tugas rutin sebagai eksekutif pentadbiran, gadis ini sempat mencuri masa meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang perniagaan bagi meningkatkan pengetahuan.

    "Menerusi Program Jarak Jauh (PJJ) yang saya ikuti, hanya sebulan sekali atau dua kali saya ke universiti. Selebihnya belajar melalui 'sidang video' (video conference) atau pelbagai pendekatan lain digunakan untuk komunikasi dengan pensyarah. Walaupun sibuk menelaah dan tugas harian, saya harus bijak mengurus masa.

    "Begitu juga dalam perniagaan, bersama adik-beradik yang lain kami bersatu hati untuk menjadikan perniagaan ini sebaik mungkin dan mengekalkan reputasi sebagaimana dilakar emak dulu.

    "Walaupun bekerja dengan keluarga, saya anggap ia proses pembelajaran terbaik dan harus menapak perlahan-lahan dari bawah," katanya.

    Mesra dengan sapaan Rinee, antara perkara disemai ibunya dan menjadi amalan gadis ini adalah bijak mengurus kewangan.

    Berikutan itu, katanya, setiap bulan duit gajinya diagih untuk simpanan sebanyak RM1,000 kerana daripada situ dia yakin dapat memanfaatkannya untuk membina empayar niaganya kelak.

    Dia akui bersederhana dan tidak boros berbelanja kerana bajet bulanannya sentiasa dikawal rapi dengan mendisiplinkan diri.

    Kesederhanaannya jelas terlihat apabila dia tidak bermewah daripada segi belanjawan pakaian bulanannya asalkan sesuai dan menarik untuk dipakai.

    "Saya jarang berbelanja atau membeli pakaian kerana selama ini emak yang belikan. Bila emak tiada, kakak sulung lakukan perkara sama buat saya dan adik. Cuma kalau ada majlis tertentu dan teringin sangat hendak beli baju baru, saya keluarkan bajet sendiri dalam sebulan lebih kurang RM300.

    "Daripada segi perbelanjaan kereta pula, duit minyak kira-kira RM300 sebulan tetapi belanjawan lain selalunya atas pengurusan syarikat. Dari situ dapatlah saya agihkan pendapatan bulanan secara berhemah.

    "Walaupun ada orang kata mungkin hidup saya dilimpahi kemewahan memandangkan saya anak jutawan, tidak semestinya saya boros berbelanja. Kalaupun ada, sesekali berhibur bersama adik-beradik ke karaoke, menonton wayang, main badminton atau boling," katanya.

    Ditanya aktiviti waktu lapangnya, dia mengakui gemar memandu dan menikmati pemandangan alam sekitar. Ditemani rakan baiknya, dia memandu kereta BMW 325i ke destinasi tertentu demi menghilangkan rasa bosan.

    Menariknya mengenai gadis kelahiran Kuala Lumpur ini, dia dikenali sebagai sangat berdikari, umpamanya pandai menukar tayar atau menangani sesuatu perkara yang menimpa kereta.

    Berbekalkan pengalaman menukar dan membetulkan tayar kereta di tengah-tengah kota London sewaktu menuntut di sana tiga tahun lalu, dia langsung tidak menggelabah, sekali gus menepis pandangan lelaki bahawa wanita hanya tahu menaiki kereta tetapi tidak menguasai ilmunya.

    "Yang penting ketika di United Kingdom, saya belajar bagaimana disiplin dan berhemahnya orang Barat di jalan raya.

    "Kalau kita langgar lampu isyarat misalnya, polis akan kejar terus. Dari situ saya belajar berdisiplin di jalan raya dan mengharapkan ia menjadi amalan semua," katanya.

    Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman pula, Rinee malu-malu kerana yakin belum masanya bercerita soal peribadi kerana usianya terlalu muda.

    Apapun, katanya, dalam menjalin sesebuah persahabatan kejujuran harus dijadikan landasan utama.

    INFO

    NAMA: Erni Rineelawati Buhari
    JAWATAN: Pengarah & Eksekutif Pentadbiran Nouvelle Beauty Centre, Kuala Lumpur
    UMUR: 21 tahun
    LAHIR: 18 Disember 1990
    HOBI: Melancong, badminton, boling, menonton wayang, karaoke
    PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan & Kewangan, Universiti Trent, Nottingham, United Kingdom
    IMPIAN: Membuka kedai bakeri
    KERETA: BMW 325i

  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sumbat lembu dalam V6

    Posted: 18 Jun 2011 09:28 AM PDT

    ALOR GAJAH: Taktik tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum mencuri seekor lembu jantan di Simpang Guthre, Tebong, dekat sini, kecundang apabila seorang daripada mereka ditahan polis, awal pagi kelmarin.

    Dalam kejadian jam 3.45 pagi, tiga lelaki berusia 40-an itu memberhentikan kereta Proton Perdana V6 dinaiki mereka selepas menyumpit lima ekor lembu di dalam pagar rumah penduduk dikenali sebagai P Bakachander, 47.


    Jurucakap polis berkata, mangsa menyedari gerak-geri tiga suspek itu yang berlegar-legar di persekitaran rumahnya sebelum menyumpit lima lembu dan memasukkan seekor daripadanya ke dalam kereta dan melarikan diri.

    Mangsa kemudian menghubungi polis sebelum anggota peronda yang meronda di sekitar Alor Gajah serta berdekatan mengesan dan mengepung kereta terbabit di setiap penjuru jalan raya ke arah Bukit Bulat.


    "Bertindak atas maklumat itu, enam kereta peronda bergegas ke lokasi sebelum terserempak dengan kereta suspek bergerak laju ke arah Hutan Percha, Kemuning kemudian ke Solok Menggong sebelum berpatah balik dan berselisih dengan sebuah kereta peronda.


    "Anggota peronda kemudian mengejar kereta suspek yang memecut laju dan berjaya menghalangnya ketika kereta itu membelok ke arah Machap," katanya.

    Menurutnya, ketika kenderaan suspek dikepung, mereka cuba melarikan diri dengan keluar menuju ke arah ladang kelapa sawit berhampiran, namun seorang daripada mereka tidak bernasib baik apabila kakinya terbolos ke dalam longkang sebelum ditangkap.


    "Dua suspek lagi gagal dikesan kerana melarikan diri di dalam ladang sawit dan pemeriksaan ke atas kereta menemui satu sumpit menggunakan bahan PVC dan pelekat lambang polis," katanya.

    Sementara itu, Balachander berkata, ketika kejadian dia berada berdekatan lembunya di dalam kawasan berpagar selepas menyedari sebuah Proton Perdana V6 di depan rumahnya dalam keadaan mencurigakan.


    "Beberapa minit selepas itu lima ekor lembu saya tumbang tanpa menyedari ia disumpit tiga lelaki dari dalam kereta tadi sebelum mereka mendekati saya sambil mendakwa anggota polis.


    "Pakaian mereka ada lambang polis dan saya melihat seekor lembu rebah berhampiran pagar manakala empat lagi di dalam pagar sebelum mereka mengangkat dan memasukkan lembu di tempat duduk belakang dan terus beredar.


    "Saya pelik apabila mereka memasukkan lembu yang pengsan ke dalam kereta yang diubah suai sedangkan pada mulanya mendakwa anggota polis," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Sabtu, 18 Jun 2011

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Hef tak berubah: Crystal

    Posted: 17 Jun 2011 10:15 AM PDT

    LOS ANGELES: Bekas tunang Hugh Hefner, Crystal Harris, mendedahkan dia membatalkan perkahwinan dengan pengasas Playboy itu di saat-saat akhir kerana tidak tahan dengan gaya hidup melampau lelaki terbabit.

    Kata Crystal, apabila majlis perkahwinannya dengan Hefner - dijadual pada hari ini - dibatalkan, dia berasa lega walaupun pada masa sama dia "mengecewakan semua orang." Dalam temu bual dengan rancangan Entertainment Tonight, Crystal, 25, berkata dia bukan satu-satunya wanita dalam hidup Hefner.


    "Saya tak selesa apabila hati saya tahu hakikat sebenar dan akan berkahwin dengannya.

    "Perkahwinan berlangsung di antara dua manusia dan hubungan yang akan dilalui bersama Hefner bukanlah apa yang saya inginkan," katanya.


    Selama ini, Hefner, 85, memang terkenal dengan sifatnya memiliki ramai teman wanita pada satu-satu masa dan dia tidak membayangkan mahu menukar gaya hidup sebegitu.


    Crystal juga menyalahkan "tekanan" dialaminya kerana terpaksa berurusan dengan pakar perundangan ekoran keputusan mengejutnya.

    "Kami terpaksa berdepan dengan ramai peguam ketika saya tidak pernah menghadapi situasi begitu selama ini," katanya.


    Crystal berkata, selain menguruskan perjanjian praperkahwinan, dia juga perlu berdepan dengan peguam berkali-kali untuk pelbagai urusan, termasuk kontrak.

    Katanya, semua yang berlaku terlalu pantas.


    "Hefner melamar saya di depan tiga kamera dan seorang jurugambar.


    "Saya sangka, memang itulah yang saya mahukan," katanya.


    Sementara itu, pembatalan perkahwinan itu dikatakan lebih merugikan Hefner berbanding Crystal.


    Pakar industri pengurusan perkahwinan, Harmony Walton, berkata pengasas Playboy bakal kehilangan sekurang-kurangnya RM758,000.


    Difahamkan, kek perkahwinan dan bunga-bungaan untuk majlis itu juga sudah dibayar sepenuhnya bersama set pakaian pengantin.


    - DM

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pencuri gagal larikan sumbu badak di muzium

    Posted: 17 Jun 2011 10:14 AM PDT

    BRUSSELS: Tindakan pantas polis berjaya menumpaskan cubaan dua lelaki mencuri sumbu badak dari muzium, lapor agensi berita Belga, semalam.

    Cubaan mencuri itu disedari apabila pengawal Muzium Sains Semula Jadi Liege terdengar bunyi mencurigakan sejurus sebelum ia ditutup.


    Belga melaporkan, seorang lelaki mencabut sumbu dari kepala badak itu dan menyembur gas pemedih mata ke arah pengawal sebelum membawanya menaiki kereta yang menunggu di luar.

    Polis kemudian membuat sekatan jalan raya di sekitar kawasan berkenaan dan berjaya menahan perompak terbabit - kedua-duanya lelaki Poland.


    Badak diburu bagi mendapatkan tanduknya yang dipercayai mempunyai pelbagai khasiat perubatan. - AFP

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Semarak cinta negara

    Posted: 17 Jun 2011 10:11 AM PDT

    PENAMPILAN penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memakai seragam beruniform Askar Wataniah tampak segak. Siti yang dikenali dengan penampilan sopan, tetap kelihatan anggun memakai pakaian celoreng.

    Biarpun tanpa seragam lengkap, gaya bintang pujaan ramai itu seolah-oleh seperti sebahagian daripada platun tentera yang mengikuti kursus latihan.

    Siti yang ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, mengetuai barisan selebriti yang juga kumpulan pertama diterima dalam kelompok Selebriti Dalam Askar Wataniah.

    Penampilannya cukup bersemangat dan ceria, apatah lagi ketika digandingkan dengan penyanyi muda, Ana Raffali yang mula dikenali melalui lagu Tolong Ingatkan Aku dan kini popular dengan lagu duet Kalau Berpacaran bersama Sohaimi Meor Hassan dan Altimet.


    Turut dipilih dalam program itu, penyanyi Aizat Amdan, pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana serta Kapten Mohd Nor. Tidak ketinggalan menyahut cabaran dalam program khas itu, produser Metrowealth (MIG), David Teo serta Nurul Hidayah Zahid Hamidi yang juga bekas pengacara Inspirasi Ramadan di RTM.


    Siti mahupun kelompok selebriti yang dipilih, kelihatan segak sebagai anggota tentera. Tindakan mereka menyertai pasukan berkenaan mampu dicontohi semua pihak.

    Dalam pertemuan ketika majlis penyerahan pakaian celoreng oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Siti dan Ana mengakui tidak sabar dan teruja untuk memulakan latihan pertama di bawah Askar Wataniah.

    Kata Siti, penyertaannya dalam Askar Wataniah itu bagi menyemarakkan semangat cintakan negara selain program latihan yang sesuai untuk membina ketahanan dari aspek mental dan fizikal.

    "Sebelum ini saya pernah menyertai latihan ketenteraan dan aktiviti lasak menerusi satu program televisyen. Jadi, tiada masalah untuk menyertai Askar Wataniah dan tiada masalah dari segi jadual latihan kerana mendapat kelonggaran disebabkan kesibukan dengan aktiviti seni.

    "Saya percaya setiap orang mempunyai minat yang terpendam, begitu juga saya. Sejak di bangku sekolah lagi, saya berminat untuk menjadi tentera atau polis. Ada juga yang tanya jika saya tidak menjadi artis, pasti saya memilih kerjaya beruniform. Memang saya meminati kerjaya beruniform dan suka melakukan aktiviti lasak.

    "Apabila bertemu rakan artis yang mempunyai minat sama, justeru saya tidak teragak-agak untuk menyatakan persetujuan menyertai Askar Wataniah. Selepas diberi taklimat termasuk beberapa kelonggaran sedikit ini, lebih memudahkan pembabitan kelompok selebriti.

    "Sememangnya apabila menyebut mengenai tentera, pasti ada yang membuat gambaran latihan keras dan memerlukan ketahanan kuat dari segi fizikal serta mental.
    Sebenarnya, ia tidak seteruk yang disangkakan. Dengan latihan yang lebih fleksibel, saya yakin bukan mustahil untuk menarik minat lebih ramai selebriti menyertainya," katanya.

    Tambahnya, keghairahannya bukan saja mencuba semua aktiviti dan latihan lasak malah peluang memegang senjata. Lebih seronok apabila peminat juga turut menyertai Askar Wataniah.

    Sementara itu, Ana mengatakan, penyertaannya dalam pasukan beruniform itu secara tidak langsung memberi pengetahuan mengenai ketenteraan serta membawa tanggungjawab besar kepada negara.

    "Saya berasa sangat bertuah kerana mendapat pelawaan daripada pihak kementerian pertahanan sebagai perintis program ini. Alhamdulillah, pihak kementerian juga cukup memahami dan memberi kelonggaran kepada kami untuk menyertai kumpulan ini.

    "Memang saya cukup berminat menyertai latihan ketenteraan dan saya sendiri pernah menyertai pasukan kadet ketika sekolah menengah dulu.

    "Walaupun berdepan masalah kesihatan seperti asma, ia tidak menghalang untuk saya turut serta dalam program ini. Pada saya, cabaran dari segi fizikal dan mental ada di mana-mana saja cuma terpulang kepada kita bagaimana untuk mengatasinya. Saya akan cuba menyahut cabaran menamatkan program latihan ini," katanya.

    Selebriti popular tanah air bukan hanya diminati ramai malah menjadi ikon bagi generasi muda. Penampilan mereka menjadi contoh selain dapat memberi galakan kepada golongan belia.

    Penyertaan selebriti juga dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada Badan Kesenian Mindef. Bukan hanya membabitkan hiburan malah pelbagai aspek pengetahuan membabitkan kepakaran masing-masing.

    Berbanding 240 jam yang perlu diselesaikan oleh peserta Askar Wataniah kelompok selebriti yang mengambil bahagian hanya perlu menamatkan 39 jam latihan khas yang ditetapkan.

    Sementara itu, Zahid berkata, penyertaan selebriti dalam askar wataniah adalah sebagai memberi pendedahan mengenai aktiviti, latihan dan tugas-tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Selain itu, kehadiran mereka turut memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat generasi belia. Askar Wataniah yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum, bangsa dan agama menyuntik semangat kekeluargaan yang kental dan saling menghormati.

    "Tidak keterlaluan jika kita katakan Askar Wataniah adalah lapisan kedua dalam pertahanan negara. Kini terdapat beberapa kumpulan yang menyertai Askar Wataniah. Antaranya, Platun Media Siber seperti wakil dari pengamal media dari Harian Metro, Berita Harian, News Straits Times, Utusan Malaysia, Bernama, Astro dan Kementerian Penerangan.

    "Ini satu perkembangan positif dan relevan bagi merealisasikan impian negara dalam memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sekat muat turun percuma

    Posted: 17 Jun 2011 09:30 AM PDT

    ISU cetak rompak yang membelenggu karya seni tempatan umpama barah yang tiada penawar. Permasalahan ini berterusan tidak kira produk muzik atau filem menjadi mangsa pada pihak tidak bertanggungjawab.

    Jika suatu ketika dulu, cetak rompak hanya membabitkan filem atau album lagu tiruan, kini selari dengan perkembangan teknologi maklumat, muat turun lagu secara haram di Internet makin berleluasa.

    Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim berkata, masalah ini perlu dibendung lebih serius dengan usaha kerajaan melakukan sekatan pada laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan pada pengguna untuk dimuat turun lagu tempatan secara percuma.

    Katanya, peranan RIM mengadakan sidang media khusus ini sebagai tanda sokongan persatuan terhadap usaha kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap penjenayah alam siber ini.


    "Kami mohon kerajaan melakukan sesuatu terhadap kewujudan laman sesawang ini kerana masalah yang berlaku memberi kesan pada pembangunan industri hiburan.


    "Tidak dinafikan perkembangan jalur lebar begitu pesat dan ia memberi cabaran pada penggiat seni berdepan masalah seperti cetak rompak.

    "Ketika ini, Akta Hakcipta masih dalam pindaan menerusi bacaan kedua di Parlimen. Begitu juga, satu arahan dikeluarkan SKMM pada minggu lalu untuk menyekat bahan hiburan secara haram ini.

    "RIM sendiri ada membuat aduan terhadap laman sesawang, jiwang.org agar ia disekat. Apa yang dilakukan laman web ini sebenarnya satu bentuk penganiayaan dan menjadi mangsa adalah artis sendiri," katanya.

    Norman berkata, selepas arahan dikeluarkan wujud beberapa pihak menentang termasuk kumpulan Anonymous disertai 12,000 pengguna di facebook. Apa yang membimbangkan, kumpulan ini bermatlamat menggodam laman web milik kerajaan sebagai tanda protes.

    "Di luar negara seperti Belgium, Kanada, Perancis dan Itali, usaha menyekat ini sudah lama dilakukan. Jika kita memulakan langkah ini, bermakna kita menjadi negara Asia pertama yang mengambil inisiatif ini.

    "Ada laporan yang kami baca, usaha sebegini dikatakan melanggar hak asasi manusia tetapi RIM mahu rakyat negara ini faham apa yang dilakukan bukan atas alasan itu.

    "Saya percaya jika kita mahu menjadikan negara ini berpendapatan tinggi, inilah caranya kita harus menyekat laman sesawang ini. Kewujudan laman sesawang seperti ini mengakibatkan kerugian pada negara.

    "Setakat ini kita hanya mendapat perolehan pendapatan sebanyak RM100 juta berbanding RM300 juta setahun pada 1996. Sepatutnya negara kita terus maju dan lagu tempatan bukan lagi dimuat turun percuma," katanya.

    Dari 84 laman sesawang yang menyediakan produk tempatan ini, 10 laman sesawang dikenal pasti terbabit dalam masalah cetak rompak ini. Buat masa ini, laman sesawang jiwang.org masih belum disekat.

    "RIM tidak tahu bila sekatan ini akan dilakukan dan cadangan mengenakan tindakan pada pengguna ini dikenali '3 Steps Rule' sudah digunakan negara luar seperti Perancis, Korea Selatan dan New Zealand. Pengguna ini diberi peringatan pertama dan kedua seterusnya disekat perkhidmatan jika terus berdegil," katanya.

    Pada acara itu, hadir sama beberapa rakan artis yang menyatakan sokongan antaranya komposer Ad Samad, penyanyi Ana Raffali, pelakon Lisa Surihani dan Produser Metrowealth (MIG) Pictures, David Teo.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Jumaat, 17 Jun 2011

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Mahu jejantas

    Posted: 16 Jun 2011 01:42 PM PDT

    KLANG: Lebih 100 orang termasuk ibu bapa, guru dan pelajar daripada tiga sekolah di Jalan Kapar, di sini, berkumpul secara aman menuntut pembinaan jejantas di kawasan berkenaan berikutan banyak kes kemalangan kecil membabitkan pelajar sekolah di kawasan itu, sejak tiga tahun lalu, kelmarin.

    Tiga sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kapar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Idris Shah dan Sekolah Menengah Perempuan Kapar bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kumpulan Tindakan Alternatif diketuai pengerusinya, B Kalai Vanar mendesak pihak bertanggungjawab membina jejantas bagi mengelak kejadian sama berlaku.


    Semua peserta demonstrasi aman berkenaan berkumpul lebih dua jam di kawasan itu bermula jam 6 petang.

    Menurut Kalai, demonstrasi itu dilakukan bertujuan menyelamatkan nyawa pelajar berikutan risiko tinggi terpaksa ditanggung apabila terpaksa menyeberangi jalan yang sibuk setiap hari.


    "Malah, kajian kami mendapati lebih 10 kemalangan kecil berlaku di kawasan ini sejak sebulan lalu membabitkan pelajar.


    "Insiden ini perlu dijadikan pedoman pihak terbabit bagi mengelakkan kejadian lebih serius berlaku," katanya ketika ditemui di sini.

    Kalai berkata, pihak terbabit tidak boleh memandang ringan perkara ini kerana pelajar bakal pemimpin negara masa depan.


    "Jangan sampai berlaku kemalangan maut baru hendak membuka mata. Oleh itu, pihak terbabit perlu memandang serius perkara ini," katanya.

    Pelajar yang mahu dikenali sebagai Asmah, 15, berkata dia dan rakan memberanikan diri melintas jalan setiap hari walaupun tahu risiko kemalangan kerana ketiadaan jejantas.


    "Malah, saya dan rakan nyaris dilanggar kereta awal bulan lalu ketika melintas. Saya berharap pihak terbabit menyediakan jejantas kerana takut untuk melintas.


    "Jika tidak memikirkan mengenai pelajaran, saya dan rakan tidak mungkin datang ke sekolah selepas insiden itu kerana takut," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    YDP PBT wanita pertama di Selangor

    Posted: 16 Jun 2011 01:39 PM PDT

    SHAH ALAM: Ahli Institut Perancang Malaysia, Noraini Roslan, 46, dilantik Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), berkuat kuasa 1 Julai depan, menjadikan beliau wanita pertama menjawat jawatan YDP di Selangor.

    Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia juga menunjukkan komitmen kerajaan negeri terhadap kesamaan jantina dan keupayaan wanita.


    "Noraini menerima tawaran sebagai YDP MDKS minggu lalu dan yakin beliau akan menjalankan tugas dengan cekap, telus dan bertanggungjawab.

    "Pelantikan ini berdasarkan pengalaman beliau sebagai Pengarah Perancang Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selama 21 tahun serta kelayakan pendidikan beliau," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, semalam.


    Sementara itu, Noraini ketika dihubungi mengakui terkejut, namun berjanji akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.


    "Saya belum menerima surat rasmi daripada pejabat Menteri Besar, cuma diberitahu secara lisan mengenai pelantikan ini," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    ‘Jangan kacau mereka’

    Posted: 16 Jun 2011 02:02 PM PDT

    "JANGAN ada pihak mengatakan pemain skuad Harimau Malaya atau Olimpik terbabit dengan rasuah. Kami sudah menjaga mereka dengan elok selama ini"

    Luahan itu disuarakan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang juga pengurus skuad senior negara, Datuk Subahan Kamal yang menafikan sekeras-kerasnya selepas terdapat laporan mengatakan gejala tidak bermoral itu merebak sehingga membabitkan pemain negara.


    "Mungkin apa yang berlaku sekarang adalah kes terpencil. Jangan kata ia membabitkan pemain negara. Saya memohon pihak media tidak mengaibkan skuad negara atau Olimpik yang berjuang habis-habisan untuk negara," katanya pada satu sidang media di Wisma FAM bersempena pelancaran tiket khas untuk aksi Harimau Malaya menentang Arsenal pada 13 Julai ini.

    Tambahnya, FAM kini dalam proses membina kembali semula skuad negara untuk disegani di pentas antarabangsa selepas kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 dan pingat emas Sukan Sea 2009.


    "Saya harap perkara ini tidak akan menyebabkan pemain berputus asa dan lebih banyak lagi kejayaan yang badan induk bola sepak negara rancang bagi meraih kegemilangan lebih tinggi," katanya.


    Skuad senior negara di bawah bimbingan ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal kini menjalani latihan pusat bagi persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun ini menentang Taiwan manakala skuad Olimpik yang bersaing merebut tiket ke temasya London 2012 di bawah kendalian Ong Kim Swee pula berdepan Lubnan pada perlawanan pertama pusingan kedua Ahad ini.

    Sementara itu, Subahan turut menganggap kedatangan tiga kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (Arsenal, Liverpool dan Chelsea) pada bulan depan adalah satu penghormatan kepada skuad Harimau Malaya kerana sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.


    "Saya menaruh keyakinan kita mampu menewaskan salah satu daripada tiga lawan ini kerana yakin dengan kemampuan pemain muda yang dimiliki selain prestasi semasa dan sekiranya berlaku ia akan menjadi kebanggaan negara ," katanya.

    Selepas mengharungi pusingan kedua Piala Dunia di tempat lawan pada 3 Julai, anak-anak buah Rajagobal akan memulakan aksi menentang tiga kelab Inggeris itu bermula dengan Arsenal (13 Julai), Liverpool (16 Julai) dan Chelsea (21 Julai).

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Rashid puji Daren

    Posted: 16 Jun 2011 01:58 PM PDT

    JURULATIH elit perseorangan, Rashid Sidek menaruh harapan tinggi terhadap Liew Daren, satu daripada dua pemain Projek 2010-2012 yang tinggal dalam skuad negara ketika ini.

    Daren dan Chong Wei Feng adalah dua daripada 14 pemain dalam Projek 2010-2012 yang dibentuk suatu masa dulu yang masih bertahan biarpun belum berjaya menembusi kelompok 20 pemain terbaik dunia.


    Begitupun Rashid menganggap ada harapan menyinar daripada permainan Daren, 24, di Terbuka Singapura sebelum dia tunduk di tangan bekas juara Olimpik, Taufik Hidayat kelmarin.

    "Jika dilihat daripada gaya permainan Daren ketika menentang Taufik, saya rasa dia masih ada harapan cerah untuk menjadi pemain yang baik," kata Rashid ketika dihubungi.


    "Dia masih muda, ada kemampuan untuk bermain pantas dan lebih penting berdisiplin mengikut strategi yang dirancang dalam setiap perlawanan." Ketika tewas di tangan Taufik 22-24, 21-12, 21-18, Daren mempamer corak menyerang di set pertama dan banyak menguasai permainan jaring di set ketiga.


    Malah Rashid menganggap anak didiknya itu kekurangan pengalaman berbanding Taufik yang sering tenang.

    "Memang sudah banyak kejohanan yang disertai tapi dia jarang mendapat peluang menentang pemain ternama, itu saja kecetekan pengalaman Daren.


    "Saya rasa jika dia terus bermain dengan keazaman tinggi serta yakin dengan kemampuan diri, dia akan pergi lebih jauh." Selepas ini, Daren akan menyertai Datuk Lee Chong Wei beraksi di Siri Super Premier Terbuka Indonesia, minggu depan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Album dipasarkan musim panas

    Posted: 16 Jun 2011 08:06 AM PDT

    BIJAK...Yuna turut melakukan penyelidikan sebelum menghasilkan lagu.
    BIJAK...Yuna turut melakukan penyelidikan sebelum menghasilkan lagu.

    SEORANG penyanyi mesti bijak. Itulah yang sering ditegaskan Meastro industri muzik tempatan, Datuk Ramli MS, setiap kali dijemput menjadi pengkritik mahupun juri rancangan realiti TV pencarian bakat dalam bidang nyanyian.

    Bagi Ramli, perkara itu akan memberi kelebihan untuk mereka mencipta nama dan pergi jauh. Contoh terbaik diberikan Ramli ada pada bintang muda bakal mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Yunalis Zarai atau Yuna.

    Ramli memuji penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Dan Sebenarnya itu mampu menghasilkan melodi yang mudah, tetapi dengan susunan instrumen sangat bagus.

    Karya dihasilkan jauh ke depan, namun pada waktu sama, ia mudah diterima telinga dan sesuai pelbagai peringkat umur. Kebijaksanaan itu jarang ada pada seorang penyanyi.


    Perkara itu turut diakui ramai penggiat industri muzik tempatan, media mahupun peminat. Buktinya, sebaik muncul dengan album pertama, Demo, pelbagai pengiktirafan diterima penyanyi yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah itu. Bagaimana seorang penyanyi dan pemuzik semuda Yuna boleh menghasilkan karya begitu baik?


    Peluang bertemu Yuna sewaktu sesi fotografi khas sempena pelantikannya selaku duta Canon, membuka ruang untuk mendapatkan 'buah fikiran' bagaimana seorang penyanyi muda sepertinya memperoleh kebijaksanaan yang diperkatakan itu.

    Kata Yuna, setiap karya yang dihasilkan itu harus datang dengan sendiri dan proses menghasilkan lagu tidak ubah seperti proses seorang ibu mengandung dan melahirkan anak.

    "Idea itu ibarat anak dan sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk anak dikandung dan bakal dilahirkan. Lebih penting pada saya adalah keikhlasan dan jujur dengan hasil kerja dilakukan.

    "Pada pandangan saya, perkara itu tidak lagi wujud apabila kebanyakan pengkarya lebih memikirkan soal keuntungan. Apabila pencipta lagu atau penyanyi terlalu memikirkan duit, keseronokan dalam berkarya tidak lagi ada. Malah ia akan membuatkan kita berasa tertekan apabila setiap kali menghasilkan lagu. Apabila perkara ini berlaku, apa yang kita dapat hanyalah mutu lagu yang lebih kurang saja," katanya.

    Yuna kini berada di tanah air selama dua minggu sebelum kembali ke Amerika untuk menyambung kerja pembikinan album barunya. Katanya, keseronokan dalam berkarya dan percaya dengan apa yang dilakukan menjadi kunci utama yang membolehkan seorang pemuzik atau penyanyi itu melangkah jauh.

    "Selebihnya tawakal, percaya setiap daripada usaha secara jujur juga ikhlas akan diberkati Allah dan didatangkan rezeki lebih besar.

    "Selain itu, setiap kali menghasilkan lagu, proses diambil agak panjang bermula dengan melakukan penyelidikan dengan meneliti apa yang bagus dan digemari pendengar selain menilai tahap penerimaan peminat.

    "Saya mendengar semua jenis muzik, bermula dengan rock kapak sehinggalah kepada balada nyanyian Datuk Siti Nurhaliza. Selain itu, saya juga mendengar muzik dari luar antaranya Iron Maiden, Nirvana dan Aerosmith.

    "Saya juga dengar Britney Spears, Christina Aguilera dan Lady Gaga. Rujukan besar membolehkan saya cuba mencipta melodi yang dirasakan sesuai dengan cita rasa saya dan peminat tempatan," katanya.

    Mengenai usahanya menawan pasaran Amerika, jelas Yuna yang bernaung di bawah syarikat rakaman bertapak di Los Angelas, Fader Label, kini albumnya sudah 80 peratus siap dan dijangka akan mula dipasarkan pada musim panas nanti.

    "Tidak dinafikan pada waktu sama timbul juga kegusaran, kerana tidak tahu bagaimana penerimaannya nanti. Menerusi kontrak ditandatangani, album itu nanti hanya akan dipasarkan di AS.

    "Setakat ini, syarikat rakaman sudah mula mempromosikan album bakal dipasarkan dengan mengadakan temu bual bersama media di sana. Setakat ini Alhamdulillah, perkembangannya positif. Mereka lebih menumpukan soal lagu dihasilkan berbanding latar peribadi," katanya.

    Setakat ini jelas Yuna, pengurusan Fader Label gembira dengan perkembangannya. Apatah lagi dengan sikapnya yang bersahaja dalam menangani sebarang situasi.

    "Hendak diikutkan, industri di Amerika dan Malaysia sama saja, cuba mereka besar lima kali ganda. Takut memanglah ada bagaimanapun saya lebih teruja kerana banyak pengalaman yang diperoleh.

    "Apatah lagi menerusi album dihasilkan saya menjalinkan kerjasama dengan Farell. Peluang ini jarang diperoleh. Pada saya tidak salah kalau kita ambil peluang yang datang. Jika tidak berjaya, kita boleh menggunakan pengalaman berharga itu untuk melakukan perkara lain," katanya.

    Sebaik menerima lamaran Fader Label, Yuna kini lebih banyak menghabiskan masanya di Los Angeles berbanding Malaysia. Perkara ini sudah tentu menimbulkan kerisauan di hati peminat, bimbang mereka akan dilupakan.

    Bagaimanapun kata Yuna, perkara itu tidak mungkin berlaku apatah lagi dia sudah menganggap peminat seperti rakan baiknya.

    "Setiap perkembangan saya akan ceritakan dalam laman sosial twitter mahupun blog yang saya wujudkan. Jadi, mereka tidak akan ketinggalan. Malah sewaktu pertama kali bertemu Farell, saya kongsi kegembiraan itu dengan mereka.

    "Memang hendak diikutkan memang mencabar kerana harus menumpukan perhatian kerjaya di sini mahupun di Amerika namun saya sudah biasa. Waktu belajar dulu pun keadaan saya sama apabila menjalani rakaman album sulung dan promosi dalam waktu sama menghadapi peperiksaan akhir.

    "Setiap kali pulang ke tanah air saya akan melakukan semua kerja yang harus dilaksanakan, terutama dalam memastikan peminat di sini tidak rasa terpinggir. Malah saya juga sudah menyiapkan single untuk mereka. Saya tidak akan berubah sama sekali. Saya dan peminat sebenarnya sama, mengembangkan kerjaya ke luar tidak bermakna saya akan berubah dan menjadi orang lain," katanya.

    Kata Yuna, dia seperti juga gadis Melayu yang lain, mempunyai angan dan cita-cita jadi tidak salah jika dia berusaha mencapai apa yang diimpikan itu. Baginya dia mahu membuktikan kepada peminat impian itu boleh digapai andai disusuli dengan usaha dan kerja keras. Tiada perkara yang mustahil jika Allah mengizinkan apa yang dilakukan.

    Yuna kini dilantik menjadi duta jenama kamera terkenal Canon dan kontrak ditandatangani selama setahun. Gadis yang terkenal dengan imej turban ini sangat gembira dengan perkembangan itu apatah lagi mengambil gambar sudah menjadi minatnya sejak dulu.

    Selaku duta, Yuna turut diberikan kamera khas iaitu Canon Mark 2 dan nyata ia memudahkan Yuna berinteraksi dengan peminat kerana boleh meletakkan setiap gambar yang diambil dalam blog. Menerusinya, secara tidak langsung peminat akan tahu perkembangan Yuna.

    "Saya memang menggunakan Canon sejak zaman belajar di kolej lagi. Segalanya bermula apabila mereka menaja rancangan Yuna Inspired diterbitkan Hitz.TV. Mereka suka dengan perkembangan itu dan melamar saya menjadi duta mereka.

    "Saya pernah menggunakan Canon 5D Mark dan gambar diambil memang mengagumkan. Bukan itu saja, saya pernah menghasilkan klip video sendiri menggunakan kamera sama. Sewaktu menggunakan Canon 5D Mark, banyak perkara mengenai proses mengambil gambar yang saya belajar," katanya.

    PROFIL

    Nama sebenar: Yunalis Zarai
    Komersial: Yuna
    Usia: 25 tahun
    Tarikh lahir: 14 November 1986
    Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
    Hobi: Menonton filem
    Idola: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990).
    Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
    Album: Demo dan Yuna EP
    Pencapaian: Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17), Lagu Terbaik menerusi Dan Sebenarnya (AIM17), Lagu Pop Terbaik menerusi Dan Sebenarnya (AIM17), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi Deeper Conversation (AIM17), Naib Juara Keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-24 menerusi Dan Sebenarnya, Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009), Penyanyi Wanita Popular (ABPBH 2010)

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Boleh raih RM11 juta

    Posted: 16 Jun 2011 07:51 AM PDT

    JIKA bapanya, Datuk Yusof Haslam pernah mendapat gelaran 'Six Million Dollar Man' kerana kejayaan filem Sembilu lakonan Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain pada era 90-an, apakah pula agaknya gelaran yang sesuai untuk pengarah muda berbakat, Syamsul Yusof?

    Ini kerana dalam tempoh tujuh hari tayangan untuk filem baru arahannya, KL Gangster, berjaya melakar sejarah filem Melayu dengan jumlah kutipan RM8 juta. Filem kelima arahan Syamsul yang mula ditayangkan di pawagam sejak 9 Jun lalu mencatat kejayaan awal dengan kutipan RM1.5 juta pada hari pertama tayangan.

    Malah diramalkan filem dijayakan Syamsul, Aaron Aziz dan Ady Putra ini akan mencatat sejarah baru bagi kutipan filem Melayu dengan angka RM10 juta. Sebelum ini, kutipan paling tinggi dipegang Ngangkung dengan jumlah RM8.3 juta manakala filem Syamsul sebelum ini, Khurafat mencecah RM8.1 juta begitu juga Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan kutipan lebih RM8 juta.

    Kejayaan ini ternyata membuatkan Yusof sangat bersyukur dan gembira. Ketika dihubungi Harian Metro semalam, Yusof selaku penerbit filem itu di bawah produksi miliknya, Skop Production Sdn Bhd memaklumkan jumlah kutipan diperoleh itu turut meliputi tayangan di pawagam bebas sejak 9 Jun lalu.


    Malah, dengan kutipan konsisten filem itu RM1.5 juta sehari di hampir 90 panggung membuatkan pihak panggung yakin kutipannya mampu mencecah RM11 juta sehingga Ahad ini.


    Kata Yusof, hingga kini sambutannya masih hangat walaupun dengan kehadiran filem baru, 3,2,1 Cinta bermula Khamis (semalam).

    "Saya sangat bersyukur dengan kejayaan KL Gangster. Lebih membanggakan apabila pihak pawagam sendiri meramalkan kutipannya sehingga Ahad ini, Insya-Allah mampu mencatat hingga RM11 juta. Apapun, semuanya bergantung pada sambutan penonton.

    "Lebih membanggakan kerana apa yang saya tahu filem ini ditonton pelbagai kaum. Bukan hanya penonton Melayu, tetapi Cina dan India turut ke pawagam menonton. Bahkan, kata pihak pawagam ada juga yang datang menonton berulang. Oleh itu, selama empat hari berturut-turut, mereka ramalkan mampu mencatat RM1.5 juta setiap hari.

    "Saya bersyukur dengan kejayaan diraih Syamsul. Sebagai bapa, saya memang yakin dengan kemampuannya dalam pengarahan filem berikutan kejayaan beberapa filem pernah dihasilkannya sebelum ini. Karya Syamsul sentiasa menunjukkan prestasi," katanya.

    Menyentuh majlis kesyukuran yang akan dianjurkan sempena kejayaan filem itu di Restoran Haslam miliknya, malam ini, Yusof berkata beliau turut mengundang Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) untuk berbincang.

    Katanya, kontroversi yang berlaku baru-baru ini tercetus atas dasar salah faham. Jadi, katanya sebagai sesama Islam beliau yakin perkara itu mampu diselesaikan dengan cara baik berdasarkan perbincangan. Katanya, ia tidak perlulah diperbesarkan.

    "Saya sebenarnya ramai juga rakan dalam Pekida. Malah, mereka pun memaklumkan perkara itu tidak membawa sebarang masalah. Bagaimanapun, saya sedar perlu juga ambil kira pandangan orang lain dan salah faham yang berlaku ini harus diselesaikan.

    "Syukur apabila saya mengundang mereka untuk hadir ke majlis ini, ia diterima dengan baik. Oleh itu, saya mengharapkan kontroversi yang tercetus secara kebetulan ini dapat diselesaikan dalam keadaan baik, aman dan tenteram," katanya.

    Pada 11 Jun lalu, Pekida Wilayah Persekutuan memberi tempoh selama seminggu kepada penerbit dan pengarah filem KL Gangster serta Kongsi (Metrowealth (MIG Pictures) untuk tampil meminta maaf secara umum kerana filem berkenaan dipercayai mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan itu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Cabul gadis ‘suci dosa’

    Posted: 16 Jun 2011 02:24 PM PDT

    IPOH: Seorang guru agama berusia 50-an yang mengajar tarekat memilih gadis muda bagi proses menyucikan dosa selain menentukan darjat di sisi Tuhan sebelum mencabul mangsa dengan kejadian terbaru membabitkan gadis 20-an yang mengikuti ajaran sesat lelaki terbabit bersama bapanya.

    Namun, melucukan apabila lelaki dan wanita tua tidak perlu melalui proses itu kerana guru terbabit mendakwa pengikut terbabit sudah suci secara semula jadi, tetapi setakat ini gadis 20-an itu dipercayai menjadi mangsa.

    Guru tarekat yang beroperasi di satu daerah di utara Perak itu dipercayai menggunakan alasan penentuan darjat seseorang yang paling hampir dengan Allah SWT atau 'maqam' untuk mencabul gadis yang menjadi muridnya.

    Menurut sumber, kejadian terbaru membabitkan gadis berusia 20-an itu ketika dia bersama bapanya mengikuti aktiviti tarekat terbabit, baru-baru ini.


    "Berdasarkan maklumat, sebelum kejadian gadis itu melakukan proses bersuluk (bersendirian dalam tempoh masa tertentu) dan selepas bersuluk, mangsa diarah berjumpa guru terbabit untuk menentukan maqam dan ketika itu mangsa dicabul," katanya di sini, semalam.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Isteri derita

    Posted: 16 Jun 2011 02:19 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Seorang wanita terpaksa menderita berikutan kemaluannya dijangkiti kuman, didakwa akibat kecuaian pihak hospital tertinggal kain pencuci di dalam anggota sulitnya selepas bersalin anak sulung pada 19 Mei lalu.

    Wanita itu yang melahirkan anak sulung lelaki di sebuah hospital di Selangor pada mulanya tidak berasa apa-apa perubahan malah turut dibenarkan keluar selepas dua hari berada di wad.

    Bagaimanapun, selepas pulang dia berasa sakit di kemaluan malah air kencingnya turut berbau busuk menyebabkan mangsa mengesyaki sesuatu.

    Suaminya, Kamaruddin Mohamad Ali, 29, berkata, isterinya mengadu sakit di bahagian itu, namun pada mulanya dia menyangka perkara itu normal kerana baru bersalin.


    Menurutnya, dia menghantar isterinya pulang ke kampung di Pulau Pinang pada 24 Mei lalu supaya dijaga keluarganya.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved