Khamis, 21 Julai 2011

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Nasha Aziz tak dimakan usia

Posted: 20 Jul 2011 07:08 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SETIAP kali muncul dalam mana-mana acara permaidani merah atau majlis membabitkan selebriti tempatan, pasti kelibat model dan pelakon terkenal Nasha Aziz yang mencuri tumpuan ramai.

Ziarah idea asal saya: Mazlan

Posted: 20 Jul 2011 06:35 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PERSAMAAN jalan cerita dalam filem atau drama memang sering berlaku dan menjadi perkara biasa.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Malaysia lawan sukar

Posted: 20 Jul 2011 09:24 AM PDT

"KAMI akan berdepan perlawanan yang sukar kerana mereka (Malaysia) pasti mahu menang ke atas Chelsea dan akan bermain bermati-matian," kata penyerang Blues, Nicolas Anelka menjelang pertembungan dengan skuad pilihan Malaysia dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Walaupun secara realitinya kelab Liga Perdana Inggeris itu memiliki ramai pemain bintang, Anelka, 32, memilih untuk berhati-hati bagi mengelak daripada ditimpa kejutan skuad kendalian Ong Kim Swee dalam kunjungan ketiga mereka ke Malaysia selepas 2003 dan 2008.


"Chelsea akan berusaha untuk menang perlawanan ini dan akan memberikan yang terbaik kerana pertemuan kali ini lebih sukar. Pasukan yang beraksi lebih baik akan menang," katanya yang ditemui pemberita selepas sesi klinik bola sepak Chelsea di Damansara Damai semalam.

Ini kali kedua pemain Perancis itu menyertai Jelajah Asia Chelsea selepas mencipta nama selaku penjaring ketika menumpaskan Malaysia 2-0 pada 2008 di Stadium Shah Alam.


Anelka yang menyertai Chelsea pada 2008 dan membantu mengekalkan trofi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge pada musim 2009/10 gembira dapat menyertai rombongan 26 pemain Chelsea bersama pengurus baru Andre Villas-Boas ke Malaysia sebagai persiapan pra musim mereka.


"Cuaca di sini agak panas tapi saya sudah menjangkakan keadaan ini kerana pernah datang ke sini sebelum ini. Saya amat gembira datang ke sini untuk bertemu peminat dan menentang pasukan Malaysia.

"Kami mempunyai pengurus baru yang sangat bagus dan kami menjalani latihan keras bersamanya. Setakat ini kami sudah menang dua perlawanan (Wycombe Wanderers 3-0 dan Portsmouth 1-0) dan berharap rentak kemenangan ini dapat diteruskan sepanjang persiapan pra musim bagi mengharungi musim baru nanti," katanya.


Mengulas mengenai kedudukannya dalam skuad selepas kehadiran bintang Sepanyol Fernando Torres serta tonggak utama Didier Drogba, dia bersedia ersaing bagi memastikan tempat dalam kesebelasan utama.

"Saya sukakan cabaran, bila anda bermain dengan kelab besar seperti Chelsea sudah pastinya terpaksa bersaing untuk mendapat tempat. Saya akan cuba yang terbaik dan terpulang kepada pengurus untuk membuat keputusan," kata Anelka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Sakit masih terasa’

Posted: 20 Jul 2011 09:19 AM PDT

SEBESAR mana peluang untuk negara menikmati kejuaraan pertama Kejohanan Dunia di London Ogos depan masih tidak diketahui selepas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengakui belum 100 peratus bebas daripada kecederaan belakang yang dialaminya di Sirkit Kebangsaan Terbuka Kedah minggu lalu.

Chong Wei yang ditemui selepas menandatangani perjanjian pelantikannya sebagai Duta Kolej KDU di Damansara bagaimanapun berkata kecederaan yang dialaminya itu tidak serius.


"Persiapan ke Kejohanan Dunia tidak terganggu walaupun saya belum pulih sepenuhnya. Tapi masih ada rasa sakit belakang dan memerlukan rawatan dan pemantauan rapi," kata Chong Wei yang dilantik sebagai duta Kolej KDU selama dua tahun bermula bulan ini.

"Apapun saya harap sakit belakang ini segera pulih sebelum ke Universiti Bath, United Kingdom (UK)." Dalam pada itu Chong Wei mendedahkan mula merasai kesakitan belakang pada aksi di Terbuka Indonesia tapi enggan menjejaskan status kejohanan Siri Super Premier itu dengan menarik diri.


"Sebenarnya saya sakit ketika di Jakarta lagi dan tindakan saya menyertai Terbuka Kedah semata-mata untuk menjalani latihan dan memberi peluang pemain remaja menentang saya. Sebab itu saya menarik diri di separuh akhir selepas rasakan tidak mampu untuk memaksa diri lagi," kata Chong Wei.


Chong Wei mengakui pengalaman terakhir menewaskan Lin Dan di final Seluruh England Mac lalu tidak boleh menjadi ukuran.

"Saya jangka dapat menentangnya di final Terbuka Indonesia tapi tak menjadi. Kekuatan saya ataupun dia di Seluruh England tidak boleh dijadikan ukuran kerana pasti banyak peningkatan yang dicapainya dalam tempoh empat bulan ini.


"Saya hanya mahu tumpukan pada permainan saya sambil jurulatih dan pihak Institut Sukan Negara (ISN) akan menilai permainan Lin Dan pada pusingan awal Kejohanan Dunia." Chong Wei enggan terlalu memberi perhatian kepada Lin Dan kerana baginya pemain bukan pilihan seperti Kazushi Yamada dan Sho Sasaki dari Jepun boleh mencipta kejutan.

Malah dia enggan terpedaya dengan rekod cemerlang sepanjang tahun ini yang menyaksikan hanya satu kekalahan di alami iaitu di Terbuka Korea.


Acara menandatangani perjanjian itu dibuat antara Chong Wei dengan Pengerusi Eksekutif KDU Datuk Teo Chiang Quan sambil disaksikan Timbalan Presiden BAM Datuk Mohamad Al Amin Ab Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif KDU, Datin Teh Geok Lian.


Sementara itu, Chiang Quan berkata, pelantikan Chong Wei sebagai duta semata-mata untuk memberi inspirasi kepada pelajar kolej itu melakar kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan 'Raja Siri Super' itu tidak akan dibebani dengan tugas mempromosi program pelajaran kolej itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Rabu, 20 Julai 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Teknik warna 3D makin digemari

Posted: 20 Jul 2011 08:36 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SERAMAI 10 pendandan rambut mencipta gaya tersendiri apabila melakukan teknik dandanan paling menyerlah dengan sentuhan elegan dan klasik.

Tanggal solekan dalam seminit

Posted: 20 Jul 2011 08:17 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PERNAHKAH anda membayangkan betapa mudahnya untuk menanggalkan solekan dalam hanya beberapa saat?
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Seludup dadah guna kurier

Posted: 19 Jul 2011 09:36 AM PDT

SEPANG: Sindiket penyeludupan dadah antarabangsa kini menggunakan Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyeludup dadah ke negara ini kerana dikatakan lebih mudah dan murah.

Taktik dikesan semakin meningkat sejak kebelakangan ini, malah sehingga 18 Julai lalu sebanyak 15 rampasan direkodkan, membabitkan kira-kira 64 kilogram (kg) dadah terutama jenis sintetik termasuk syabu, ketamin, eramin 5, ganja dan heroin dengan nilai RM5.62 juta.

Berbanding tahun lalu, hanya ada 25 kes rampasan berjumlah 75.7kg dadah bernilai RM11.9 juta, manakala pada 2009, 17 kes dilaporkan, membabitkan 167kg pelbagai jenis dadah bernilai RM23.94 juta.

Terbaru, Bahagian Penguat kuasa Kastam Diraja Malaysia KLIA merampas dua jenis dadah dipercayai ketamin dan syabu seberat 7kg bernilai hampir RM1 juta dalam dua kes berasingan pada 13 dan 16 Julai lalu di pusat itu.


Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden berkata, kes pertama, sindiket didapati mengirimkan bungkusan dari China menggunakan perkhidmatan pos laju (EMS) kepada dua penerima di Sepang dan Subang Jaya, Selangor.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki dikelar 2 rakan terima 39 jahitan

Posted: 19 Jul 2011 09:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun terpaksa menerima 39 jahitan di seluruh badan selepas kedua-dua tangan, kaki kiri dan belakang badan dikelar dengan pisau oleh dua lelaki juga kenalannya kerana gagal melunaskan hutang, petang Jumaat lalu.

Difahamkan, mangsa meminjam wang daripada suspek sebanyak RM13,000 dan sehingga kini, sudah membayar RM5,000.


Ketika membuat pinjaman berkenaan beberapa bulan lalu, mangsa turut mencagarkan rim kereta berharga RM4,000 dan motosikal jenis skuter jenama Gilera bernilai RM9,000 kepada suspek.

Namun, suspek yang berusia 20-an dikatakan tidak berpuas hati apabila mangsa gagal melunaskan hutang seperti ditetapkan menyebabkan mereka datang ke rumah mangsa di Taman Datuk Senu, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, untuk bertemu sebelum dipaksa membayar RM30,000 kepada mereka.


Sumber polis berkata, sebaik tiba di rumah mangsa, seorang daripada mereka meminta izin daripada bapa mangsa untuk bertemu anaknya itu. Bapa mangsa membenarkan dua suspek terbabit masuk ke dalam rumahnya sebelum keluar bekerja.


"Sebaik menemui mangsa yang sendirian di rumah, suspek merampas telefon bimbit dan komputer riba milik mangsa. Mereka kemudian memaksa mangsa masuk ke dalam sebuah kereta jenis Myvi dan dibawa meninggalkan rumahnya," katanya.

Beliau berkata, ketika dalam kereta berkenaan, seorang daripada suspek menutup mata mangsa menggunakan kain hitam.


"Kain yang menutup mata mangsa hanya dibuka selepas dia dibawa ke sebuah bilik (lokasi tidak pasti). Seorang daripada suspek kemudian mengarahkan mangsa membayar RM30,000 wang yang dipinjam mereka.

"Ketika itu, mangsa hanya mampu menggelengkan kepala kerana dia dikatakan hanya membuat pinjaman sebanyak RM13,000," katanya.


Sumber berkata, seorang daripada suspek kemudian mengelar kedua-dua tangan, belakang badan dan kaki kiri mangsa manakala rakannya pula meletakkan parang di lehernya.


"Ketika itu, mangsa hanya mampu menahan kesakitan. mangsa sekali lagi dipaksa membayar hutangnya.


"Jika enggan, suspek akan bertindak membakar lori milik bapa mangsa selain menyerang tempat keluarganya berniaga," katanya.


Katanya, selepas puas 'didera', mangsa dibawa ke sebuah stesen bas di Cheras, di sini, sebelum ditinggalkan di kawasan berkenaan selepas suspek merampas kad ATM miliknya.


Difahamkan, dua suspek terbabit akan berjumpa semula dengan mangsa kira-kira jam 10 pagi, keesokan harinya untuk menuntut hutang selain geran motosikal yang dicagarkan kepada mereka.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini, kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya.


Mangsa yang dibawa ke hospital dilapor menerima 39 jahitan akibat kesan kelar berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Taring Harimau tumpul

Posted: 19 Jul 2011 10:36 AM PDT

SELEPAS tersingkir, Taiwan sengaja mencetuskan kehangatan pertembungan Malaysia dengan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dengan melabel permainan skuad Harimau Malaya kurang mantap dan tidak matang.

Kenyataan dikeluarkan jurulatih Taiwan, Tee Tae Ho itu dibuat berdasarkan perbandingannya dengan Singapura yang menewaskan pasukannya 3-2 dalam aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar semalam.


"Singapura lebih mantap berbanding Malaysia yang sedikit goyah permainannya dan tidak matang," kata Tae Ho dalam kenyataan yang disiarkan laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Singapura.

Pengendali berasal dari Korea Selatan itu berkata: "Penyerang Singapura berpengalaman dan bermain dengan tersusun." Perlawanan antara Singapura dan Taiwan itu dianggap persiapan pasukan tuan rumah bagi berdepan anak buah Datuk K Rajagobal, Sabtu ini.


Taiwan pula sudah mengucapkan selamat tinggal pada kempen kelayakan Piala Dunia kali ini selepas dikecewakan dengan peraturan gol di tempat lawan apabila terikat agregat 4-4 dengan Malaysia.


Dalam dua perlawanan itu Malaysia menang 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum tumpas 3-2 di Taipei. Namun jurulatih Taiwan ketika itu adalah Lo Chih-Tsung.

Dalam pertemuan Singapura dan Taiwan, skuad kendalian Radojko Avramovic itu meraih gol menerusi dua jaringan 'awang import' Aleksandar Duric sebelum penyerang gantian, Fazrul Nawaz menyumbang satu lagi. Gol pasukan pelawat pula disumbang Lo Chih An dan Hiang Shih Lu. Ternyata kemenangan itu mencetuskan keyakinan Radojko atau turut dikenali Raddy menjelang pertembungan dengan skuad juara Asia Tenggara, Malaysia.


"Masih ada perkara yang perlu diperbaiki dan ada juga perkara positif daripada perlawanan dengan Taiwan ini. Kami mencipta banyak peluang dan hantaran. "Saya gembira dengan persembahan pasukan dan lebih baik pemain-pemain belajar daripada kesilapan ini daripada melakukan kesilapan ketika menentang Malaysia," katanya.

Singapura yang mendapat bye pada pusingan pertama akan bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai bagi aksi kedua.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tekad Lampard

Posted: 19 Jul 2011 09:36 AM PDT

TIGA kali Frank Lampard ke Malaysia bersama kelab gergasi Inggeris Chelsea, pemain tengah itu hadir dengan pengurus berbeza.

Dalam tempoh sembilan tahun sejak 2003, bintang England itu tampil dengan Claudio Ranieri, Luiz Felipe Scolari (2008) dan terbaru, pengurus muda dari Portugal, Andre Villas-Boas.


Biarpun kerusi panas sejak era pemerintahan jutawan Russia, Roman Abramovich sering bertukar ganti namun sasaran, Lampard, 33, tetap sama mahu terus menghadiahkan trofi untuk kelab yang disertai pada 2001.

"Dalam era Abramovich kami menikmati enam atau tujuh tahun penuh gemilang dan ia perkara biasa apabila anda tidak boleh menjadi juara setiap tahun.


"Sasaran memang tinggi, namun anda tidak boleh gagal dengan kualiti yang dimiliki. Kami terima hakikat Manchester United berhak menang Liga Perdana musim lalu dan saya tidak fikir ada yang tidak bersetuju Barcelona berhak menang Liga Juara-Juara.


"Jadi kami kena ambil iktibar daripada kegagalan itu dan kami mempunyai kualiti dalam pasukan ini untuk berjaya. Adalah penting untuk kami terus fokus.

"Kami mengalami kemerosotan dalam beberapa bulan musim lalu dan anda tidak sepatutnya melakukannya dan kami perlu berwaspada agar ia tidak berulang kembali," katanya yang membantu Chelsea menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada musim 2004/05, 2005/06 dan 2009/10.


Lampard bersama dengan barisan bintang Chelsea termasuk kapten, John Terry, penyerang Fernando Torres dan Didier Drogba menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil sambil disaksikan lebih 30,000 peminat setia The Blues.

Anak buah Villas-Boas itu akan turun menentang skuad pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee sempena Jelajah Asia 2011, esok.


Ini kali ketiga Chelsea, naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu bertemu skuad negara di mana pada 2003 mereka menang 4-1 dan 2-0 pada 2008.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Mengapa hanya saya?

Posted: 19 Jul 2011 06:32 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]DIAM tidak diam, sudah lima tahun Zarina Anjoulie Lavocah atau Anjou bergelar artis.

U-Wei masih perlukan RM5 juta

Posted: 19 Jul 2011 06:12 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KEHEBATAN pengarah U-Wei Shaari bukan saja tergambar pada karya arahannya di layar perak, tetapi juga mampu dipindahkan ke dalam medium seni lain yang bersifat artistik, metafora dan penuh simbolik.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Ambil nyawa kami dulu’

Posted: 19 Jul 2011 11:27 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA TERENGGANU: “Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.

Tinggal bayi atas but kereta

Posted: 19 Jul 2011 09:59 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KOTA TINGGI: Panik apabila terpaksa melahirkan anak luar nikahnya sebelum sempat sampai di hospital, seorang wanita sekadar melahirkan bayi itu di ladang kelapa sawit Felda Air Tawar 3 di sini, sebelum meninggalkan bayi itu di atas but kereta penduduk kampung.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved