Selasa, 2 Ogos 2011

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


25 mayat dalam bot

Posted: 01 Aug 2011 08:41 AM PDT

ROME: Dua puluh lima mayat ditemui dalam bot yang membawa 296 pendatang Afrika yang belayar dari Libya dan tiba di Pulau Lampedusa di Laut Sicily semalam.

Penumpang yang terselamat berkata, mangsa bersesak-sesak dalam bahagian kargo bot berkenaan dan mati akibat asap enjin, lapor agensi berita Ansa.


Pegawai pelabuhan bagaimanapun berkata, punca kematian belum dapat dipastikan dan ujian perubatan sudah dilakukan.

Bot itu yang membawa pendatang dari Sahara, Afrika, meninggalkan Libya tiga hari lalu.


Beribu-ribu orang yang melarikan diri dari negara utara Afrika yang dilanda kekacauan itu belayar ke Itali dengan menggunakan bot usang sejak beberapa bulan lalu.


Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (UNHCR) berkata, satu daripada setiap 10 pendatang yang melarikan diri dari Libya menerusi jalan laut berdepan dengan kematian akibat lemas, kebuluran atau keletihan yang dialami ketika pelayaran itu. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

15 tahun span dalam tubuh

Posted: 01 Aug 2011 08:40 AM PDT

SYDNEY: Seorang wanita Australia yang hidup lebih 15 tahun dengan span sebesar saiz buah limau gedang yang dijahit di dalam tubuhnya selepas menjalani pembedahan di perut akan menyaman doktor terbabit atas kecuaian, lapor akhbar, semalam.

Helen O'Hagan mendakwa span itu ditinggalkan dalam perutnya oleh pakar bedah, Samuel Sakker ketika rawatan kolektomi pada 1992, menurut laporan Sydney Morning Herald.


Helen mengalami kekejangan, demam dan hilang kawalan perkumuhan tetapi menyangka ia disebabkan oleh masalah kesihatan apabila kerap dimasukkan ke hospital, dan tidak mengetahui mengenai kewujudan span itu hingga Oktober 2007 lalu selepas melakukan x-ray. Ketika itu, span berkenaan sudah diseliputi tisu dalam pundi cecair, lapor akhbar itu. Ia dibuang oleh pakar bedah lain pada hari sama ia ditemui.

Helen berhak menyaman Sakker atas kecuaiannya atau salah laku dalam menjalankan tugas ekoran insiden itu, walaupun pakar bedah itu kini sudah bersara dan meminta kes itu digugurkan kerana Helen mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan undang-undang.


Hakim Leonard Levy menerima keadaan tidak menentu kesihatan Helen yang dimasukkan ke hospital sebanyak 23 kali sejak 1970. Dia tidak menanyakan bagaimana span itu boleh berada dalam tubuhnya. Penangguhan itu disebabkan pakar bedah yang membuang span berkenaan dihantar ke tempat lain selama tiga tahun dan tidak memberitahu Helen span itu ditinggalkan Sakker hingga ia didedahkan pada Mei lalu.


Kes itu akan dibawa ke mahkamah minggu ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Pulih moral pemain

Posted: 01 Aug 2011 10:59 PM PDT

KEKECEWAAN disingkirkan Singapura minggu lalu mahu dipadamkan terus dari memori pemain Harimau Malaya apabila ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal mencari 'mangsa' untuk membangkitkan kembali moral anak-anak buahnya.

Satu perlawanan persahabatan antarabangsa diatur dengan Oman-salah satu pasukan yang layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia-akan ditentang Harimau Malaya pada Rabu depan di gelanggang lawan diikuti satu lagi perlawanan namun tarikh sebenar dan pasukan mana masih belum diputuskan lagi.


Kapten Harimau Malaya, Mohd Safiq Rahim mengharapkan keputusan yang positif dapat dicapai walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan.

"Moral rakan-rakan agak rendah ketika ini namun kekecewaan itu (disingkirkan Singapura) perlu dilepaskan dan kami perlu bergerak ke depan. Kita tidak boleh mengubahnya, cuma apa yang boleh dilakukan sekarang adalah membaiki kekurangan yang ada untuk membina sebuah pasukan yang mantap.


"Anggaplah ia sebagai satu proses pembelajaran dan pengalaman yang berguna," katanya mengenai kekalahan agregat 6-4 Harimau Malaya ke Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.


Untuk kem latihan pusat yang bermula esok, Rajagobal memanggil sejumlah 25 pemain termasuk beberapa muka baru seperti dua pemain Kuala Lumpur, Norazlan Razali dan Mohd Shahrom Abdul Kalam selain beberapa pemain berpengalaman yang beraksi cemerlang ketika menentang Chelsea tempoh hari iaitu Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Farizal Marlias dan Joseph Kalang Tie.

Tujuh pemain Olimpik negara disisihkan -Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli, K Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani dan Izzaq Faris Ramlan -yang berkemungkinan besar bakal menyertai latihan pusat di bawah bimbingan jurulatih Ong Kim Swee di Slovakia dalam masa terdekat.


Turut tersisih dalam kem pusat kali ini adalah dua tonggak utama Harimau Malaya iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang masih mengalami kecederaan selain penjaga gol ketiga negara, Mohd Nasril Nourdin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Seladang buru tiga penyerang

Posted: 01 Aug 2011 09:27 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SKUAD Seladang dijangka menggunakan khidmat pemain daripada pasukan Perlis, Harimau Muda dan Universiti Sains Malaysia bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang dijadualkan bermula 9 September ini.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Tangguh keluar album baru

Posted: 01 Aug 2011 06:06 AM PDT

SELEPAS tampil cemerlang membuktikan dirinya tidak sekadar bersandar pada wajah menerusi pementasan teater, anak muda yang tidak lekang senyum, Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi berjalan lagi tanpa henti dalam mengorak percaturan kerjaya seninya.

Kali ini, bintang muda berusia 23 tahun ini disambar pula sebagai duta dan jurucakap istimewa restoran Istana Bambu sepanjang Ramadan ini.

Meskipun sedikit janggal, anak kelahiran Kuala Lumpur ini tetap melihat peluang yang diberi satu kelebihan buat dirinya dalam melebarkan lagi sayap seninya.

Bertemu di majlis pelancaran dan perkenalan dirinya selaku duta di Restoran Istana Bambu, Hulu Klang, baru-baru ini, memberikan masa untuknya berkongsi sedikit rasa.


"Alhamdulillah kerana hingga kini, rezeki dan peluang yang datang tidak pernah henti. Semua ini adalah berkat kesungguhan dan keikhlasan dalam saya bekerja.


"Bukan mudah memancing kepercayaan orang namun kerana berpegang pada prinsip dan disiplin yang lama saya amalkan, akhirnya banyak pihak membuka mata.

"Saya sifatkan undangan menjadi duta khas sepanjang Ramadan bagi mempromosikan juadah berbuka puasa di restoran ini adalah satu platform terbaik untuk mendekatkan diri dengan peminat serta melakukan sesuatu yang berfaedah di bulan mulia.

"Apapun, saya tidak semudah itu menerima setiap tawaran sebagai duta melainkan saya sendiri percaya dengan produk yang ingin saya promosi.

"Namun bersama restoran Istana Bambu dan segala juadah makanannya, saya yakin ia satu pilihan terbaik buat sesiapa saja yang ingin mencuba masakan istimewa sepanjang Ramadan nanti," katanya.

Dafi juga bintang teater Kenangan Mengusik Jiwa...60-an (KMJ) dan Dreamgirls ini tidak sekali mempersoalkan setiap undangan dan tawaran yang datang buatnya sebaliknya semua rezeki yang menghimpit tanpa henti dilihat pemangkin semangat dan ruang terbaik untuknya memperbaiki mana yang perlu.

"Jika ada pihak datang memberi jemputan dan undangan sebegini, ia adalah satu penghargaan terutamanya buat bintang baru seperti saya.

"Justeru, saya tidak sekelumit berasa janggal untuk mempromosikan juadah berbuka puasa seperti ini sebaliknya ia adalah satu lagi tanggungjawab yang menarik dan berbeza kepada saya.

"Fungsi saya adalah untuk membuat persembahan dalam beberapa tarikh yang sudah dipersetujui selain bersembang bersama pelanggan yang datang berbuka di sini nanti.

"Saya sendiri tidak sabar untuk menghiburkan peminat dan pelanggan nanti kerana saya sudah pun menyediakan beberapa buah lagu selain gimik istimewa buat mereka nanti.

"Peranan selebriti jauh lebih luas daripada apa yang dilihat. Lantas saya mengambil kesempatan dengan menggunakan status yang ada bagi membuka jalan kepada masyarakat atau khalayak untuk mencuba sesuatu yang mungkin melangkaui imaginasi sendiri," katanya.

Majlis sidang media dan pelancaran bufet berbuka puasa restoran Istana Bambu itu turut dihadiri beberapa selebriti lain termasuk Ifa Raziah, Haida, Saida AF, juara program realiti Pilih Kasih musim pertama, Iqbal Mazlan dan pengacara manis, Fida.

Menyentuh persiapannya menjelang Ramadan tidak lama lagi, bingkas bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim kelima ini menyusun cerita mengenai kerjaya seninya dan beberapa projek lain yang bakal menyusul.

Sejurus selesai tanggungjawabnya memikul watak C.C White dalam teater muzikal Dreamgirls, si empunya wajah manis ini terus meletak sepenuh fokus kepada lapangan nyanyiannya kembali.

"Ramadan kali ini akan memperlihatkan kesibukan saya dalam menguruskan beberapa perkara penting dalam kerjaya seni. Selain sibuk mempromosikan juadah berbuka puasa di restoran Istana Bambu yang mana saya akan hadir sebanyak lapan kali di sini dan membuat persembahan istimewa, saya juga akan kembali menyusun strategi dalam menerbitkan album terbaru.

"Jelas peminat dan sesiapa yang mengikuti perkembangan seni saya pasti boleh lihat yang kini wajah saya lebih banyak mewarnai drama televisyen dan teater.
Bukan kerana tiada undangan nyanyian atau sudah mahu melupakan hasrat menjadi
seorang penyanyi sebaliknya rezeki dalam lapangan lakonan datang mencurah.

"Tidak mungkin saya menolak undangan sebegini kerana jauh dalam hati saya ada juga minat yang mendalam untuk berlakon dan beraksi di pentas teater.

"Memang lama-kelamaan saya lihat teater juga memberi kepuasan yang tersendiri.

"Perasaannya lain dan jiwa seni itu juga berubah jauh apabila seseorang pendatang baru seperti saya berjaya merealisasikan sesebuah watak di pentas teater.

"Namun semua itu adalah selingan dan satu penghargaan buat saya. Bagaimanapun minat terhadap nyanyian masih utama dan saya sendri akan cuba mencari masa untuk meletak sepenuh fokus dalam pembikinan album penuh terbaru nanti.

"Sebelum ini saya pernah memberitahu yang album terbaru nanti akan diterbitkan selewat-lewatnya Oktober namun kini ia terpaksa ditangguhkan kerana beberapa perancangan yang perlu didahulukan.

"Namun ia tidak langsung berkaitan dengan sebarang masalah lain kerana bila difikirkan semula, tiada apa yang perlu digesa-gesa. Biarlah saya mengambil masa sendiri dan ruang secukupnya bagi mendapatkan kualiti terbaik untuk album nanti.

"Sekarang pun lagu Euphoria masih rancak diputarkan di radio dan biarlah saya cari masa yang sesuai untuk melancarkan album itu nanti.

"Malah, saya juga ingin mengadakan persembahan jelajah seluruh Malaysia bagi bertemu peminat yang setia menyokong kerjaya nyanyian saya sejak di AF lagi.
Insya-Allah jika tepat apa yang dirancangkan, semuanya akan berlaku dalam awal tahun depan," katanya tersenyum.

Bertanyakan soal perancangan Aidilfitri nanti, lekas Dafi menyahut yang dirinya langsung belum sempat memikirkan soal itu kerana semuanya masih jauh dan terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat.

"Semuanya belum sempat saya fikirkan kerana kebiasaannya keluarga yang akan sibuk menguruskan semua benda. Tapi ayah dan ibu serta keluarga lain sudah pun menempah baju raya tahun ini dengan memilih rona hijau sebagai warna tema kami sekeluarga. Namun yang lainnya masih belum saya rancangkan.

"Mungkin jika ada rezeki saya akan cuba untuk memenuhi setiap undangan yang datang selain menziarahi saudara-mara yang mungkin tidak berkesempatan untuk kami lawati tahun lalu," katanya.

PROFIL:

Nama Penuh: Gadaffi Datuk Seri Ismail Sabri
Tarikh Lahir: 14 Disember 1988
Umur: 23 tahun
Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Pendidikan: Diploma Profesional, Bunyi dan Muzik dari Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya
Pencapaian: Finalis Akademi Fantasia 5 (AF5) dan Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007
Album: Seumur Hidup (KRU Studios Sdn Bhd)
Filem: Sayang U Can Dance
Drama: Hotel Mania, Waris
Iklan: Aiskrim Walls, Brands, Silky For Men, kempen 60 Earth Hour dan TM Everyone Connect

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tradisi singgah sahur diteruskan

Posted: 01 Aug 2011 05:52 AM PDT

SEMPENA kedatangan 1 Ramadan bersamaan 1 Ogos semalam, stesen TV3 tidak ketinggalan mengatur pelbagai aktiviti menarik khusus untuk penonton setia mereka.

Membawakan tema Sesuci Fitrah, peranan TV3 bukan saja tertumpu pada program berkonsep hiburan semata-mata. Malah, apa yang menarik perhatian program terbitan sendiri atau 'in house' memberi peluang pada penonton turut serta.

Menerusi program Singgah Sahur yang disiarkan pada tengah malam semalam menyaksikan kru program ini berkunjung ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Episod pertama yang disiarkan selama sejam ini turut ditonton secara langsung.

Produser, Syarida Shariff atau Sherry berkata, program ini masih memberi fokus pada pendekatan meraikan masyarakat menerusi aktiviti bersahur bersama.

Untuk episod pertama, program ini berkesempatan meraikan kakitangan hospital termasuk pesakit serta tetamu jemputan dari pihak pengurusan TV3, rakan artis dan Puteri Umno.

Memeriahkan suasana, ia dihadiri tetamu istimewa, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bersama Pengerusi Media Prima Berhad (MPB), Datuk Johan Jaaffar dan Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, MPB, Ahmad Izham Omar.

"Ini adalah kunjungan julung kali program ini ke hospital ini. Segala kerja produksi berjalan lancar dan komitmen yang diberikan pihak hospital di sini sangat positif.

"Menariknya, episod pertama ini turut mengadakan lintas langsung dengan mengambil suasana di wad kecemasan, berjumpa bayi yang baru lahir pada 1 Ramadan, bersembang dengan doktor pakar mengenai diet berpuasa dan berkongsi pengalaman kerja kakitangan hospital.

"Pelepasan kembara program ini juga dilakukan menerusi konvoi 25 ahli Kelab Motor TV3 yang diketuai Datuk Seri Farid Ridzuan. Kembara ini akan berkunjung ke empat negeri di lapan lokasi berbeza antaranya, Chow Kit, Ipoh dan Kubu Gajah, Perak, Hulu Langat, Penjara Kajang, Hospital Kusta, Sungai Buloh dan bersama masyarakat Bidayuh dan Kenyah di Sarawak.

"Pada peringkat awal memilih hospital sebagai lokasi pertama program ini, ia sudah memberi kelainan untuk musim ketujuh. Walaupun mungkin ada beranggapan lokasi ini tidak sesuai kerana faktor bising tetapi program ini membawa niat baik," katanya ketika dihubungi.

Sepanjang tujuh tahun program ini bersiaran, Sherry berpandangan program ini semakin dikenali dan diminati ramai. Menariknya, kematangan program ini dilihat dari aspek pemilihan lokasi dan aktiviti yang dijalankan.

"Meskipun lokasi persinggahan di sekitar Lembah Klang tetapi penceritaan yang disampaikan harus mantap. Apabila memasuki musim baru, kami tidak mahu program ini sekadar aktiviti pemberian sumbangan.

"Apa yang penting, kami mahu melihat bagaimana program ini memberi impak pada penonton untuk insaf dan mendalami subjek atau cerita itu sendiri," katanya.

Untuk episod kedua bersiaran pada 3 Ogos, ia meraikan insan gelandangan di sekitar Chow Kit. Sebanyak tujuh produser terbabit dalam sembilan episod musim kali ini.

Mulai 5 Ogos, program ini bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu jam 12.35 tengah malam manakala siaran ulangan pada Sabtu dan Ahad jam 5 petang bermula 6 Ogos. Untuk episod akhir pada 28 Ogos, program ini akan mengambil lokasi di Hentian Puduraya.

Usaha TV3 mengadakan program ini sebagai kesinambungan musim lalu yang mendekati kumpulan atau individu kurang bernasib baik. Menariknya, kunjungan ini disertakan menerusi pemberian sumbangan termasuk aktiviti bersahur bersama.

Pengacara berpengalaman, Ally Iskandar masih diberi kepercayaan mengendalikan program ini bersama rakan penyampai TV3 yang lain antaranya, Nor Azzura Azizul Azman, Fiza Sabjahan, Nurul Syuhada, Azizah Ariffin, Teh Syuhaida, Ahmad Fedtri Yahya, Hazrena Kassim, Zainal Ariffin, Hazlin Hussain, Syarida Sharif dan Aidid Marcello.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Isnin, 1 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tidur di kaki lima pejabat imigresen

Posted: 31 Jul 2011 09:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rata-rata pekerja asing yang hadir ke Jabatan Imigresen Pusat Bandar Damansara, dekat sini, berputih mata apabila tidak dapat mendaftar menggunakan sistem biometrik walaupun menunggu empat hari di luar pintu masuk pejabat jabatan itu.

Tinjauan Harian Metro mendapati, ribuan pekerja asing mengerumuni kawasan itu dengan berasak-asak sehingga kadang-kadang berlakunya kekecohan akibat tindakan tolak-menolak dan potong barisan.


Kebanyakan pekerja asing itu dibawa majikan masing-masing dan tidak diketahui puncanya, proses yang sepatutnya selesai dalam tempoh beberapa minit bertukar beberapa hari.

Warga Indonesia, Sittina Kas, 36, berkata dia berulang-alik dari rumah sewanya di Datuk Keramat selama empat hari untuk melakukan proses itu, namun sehingga kini masih gagal.


"Setiap hari saya duduk di luar menunggu giliran nama saya dipanggil, tetapi pegawai masih tidak berbuat demikian.


"Hal itu menyebabkan saya menunggu dari seawal jam 9 pagi sehingga 10 malam. Lebih mengecewakan, ada di antara kami yang tidak dilayan seadilnya apabila ramai pekerja asing yang baru sampai dengan tiba-tiba boleh berbaris dan tidak lama selepas itu mereka melakukan proses berkenaan," katanya.

Zainol, 30, pula berkata dia dan isterinya tidak berani berganjak dari tempat duduk untuk pergi ke tandas apatah lagi membeli makanan.


"Kami takut kalau-kalau nama dipanggil, tetapi tidak mendengarnya lalu menyebabkan kami terlepas peluang untuk laksanakan proses ini dengan cepat.

"Walaupun pejabat dibuka 24 jam, hal ini tetap berterusan dan tidak tahu mengapa mereka (pegawai bertugas) tidak memanggil nama saya dan isteri," katanya yang turut membawa anaknya yang berumur enam tahun.


Difahamkan, selain menunggu dari jam 1 hingga 3 pagi, kebanyakan pekerja asing tidur di luar pejabat dan kaki lima premis perniagaan bersebelahan semata-mata mahu yang pertama berbaris untuk keesokan harinya.


Walaupun mereka tahu tempoh pendaftaran proses berkenaan dilanjutkan, mereka masih mahu menunggu kerana khuatir berlakunya sebarang pindaan selepas ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penyelia ditipu bomoh tilik nasib diburu along

Posted: 31 Jul 2011 09:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 33 tahun bukan saja kerugian RM37,000, malah dia kini diburu along sejak enam bulan lalu gara-gara terpedaya tipu helah seorang lelaki menyamar bomoh tilik nasib hanya kerana mahu mendapatkan nombor ramalan.

Mangsa yang juga penyelia di sebuah kilang mendakwa ghairah untuk menjadi jutawan selepas terpedaya dengan bomoh berasal dari Thailand berusia lewat 40-an itu sehingga dia sanggup meminjam wang daripada along, mencagar barang kemas isterinya selain menggunakan wang simpanannya bagi membayar khidmat lelaki terbabit.


Padahnya, mangsa kini bukan saja kesempitan wang, malah dia dan keluarga diburu along kerana gagal melunaskan hutang pinjamannya RM10,000.

Tidak tahan dengan ancaman along, mangsa membuat laporan di Balai Polis Semenyih, di sini, Jumaat lalu.


Menurut sumber, mangsa yang berada di rumahnya di Semenyih, dekat Kajang, tertarik untuk menghubungi suspek selepas terbaca kertas iklan dalam peti surat di rumahnya itu, baru-baru ini.


"Sebaik menghubungi 'tok guru' terbabit, suspek mendakwa mangsa akan mendapat tuah selain bakal bergelar jutawan selepas diberikan satu nombor ramalan sebelum diminta memasukkan wang ke dalam akaunnya untuk bayaran perkhidmatan.

"Disebabkan terpengaruh, mangsa memasukkan RM110 ke dalam akaun suspek sebagai deposit. Selepas beberapa kali berjumpa suspek di kawasan rumahnya, mangsa yang terpedaya janji suspek diminta membayar sehingga RM37,000," katanya.


Sumber berkata, mangsa mencagar barang kemas isterinya selain membuat pinjaman along.

"Namun, selepas memberikan wang diminta suspek, mangsa berputih mata apabila lelaki terbabit menghilangkan diri," katanya.


Katanya, sejak enam bulan lalu, keselamatan mangsa dan keluarganya terancam kerana diganggu along kerana dia gagal melunaskan pinjamannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


England bertuah

Posted: 31 Jul 2011 10:16 AM PDT

RIO DE JANEIRO: Tuah nyata memihak kepada England pada undian kelayakan Piala Dunia 2014 kelmarin ketika juara bertahan, Sepanyol dan pemenang edisi 1998, Perancis diundi dalam satu kumpulan untuk saingan pemburuan tempat ke pusingan akhir di Brazil.

England, salah satu pasukan pilihan, diundi bersama seteru di saingan Euro 2012, Montenegro, Ukraine, Poland, Moldova dan San Marino di Kumpulan H.


Jika England gagal pada pusingan kelayakan, mereka perlu melalui perlawanan kalah mati untuk menempah satu daripada empat tiket ke pusingan akhir, namun England dijangka mudah untuk sekurang-kurangnya menghuni tangga kedua peringkat kumpulan.

"Saya yakin," kata pengurus England, Fabio Capello yang akan melepaskan jawatannya itu selepas Euro 2012.


"Tapi ia bukan mudah. Ukraine dan Montenegro pasti akan memberi saingan sengit." katanya.


Ketika juara edisi 1966 itu boleh menarik nafas lega, lain pula kisahnya dengan Perancis yang diundi bersama juara Eropah dan Dunia, Sepanyol serta Belarus, Georgia dan Finland dalam Kumpulan I.

"Tiga tahun adalah tempoh yang lama dan 2014 bukannya berlaku sekarang. Sepanyol ketika ini adalah pasukan terbaik dunia tetapi kita semua tidak tahu adakah situasi sama akan berlaku dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi," kata jurulatih Perancis, Laurent Blanc.


Selaku tuan rumah, Brazil layak secara automatik tetapi berjuta peminat di seluruh dunia yang menyaksikan hasil undian itu mengharapkan nasib lebih memihak kepada pasukan kesayangan masing-masing.

Scotland diundi bersama Wales yang baru-baru ini mengalami penurunan dalam kedudukan ranking dunia di bawah Faroe Islands. Kedua-dua pasukan itu juga diundi bersama Croatia, Serbia, Belgium dan Macedonia dalam Kumpulan A.


Di Eropah, naib juara dunia, Belanda diundi bersama Turki yang dibimbing oleh Guus Hiddink, Hungary, Romania, Estonia dan Andorra dalam Kumpulan D.


Juara dunia empat kali, Itali di dalam Kumpulan B bersama Denmark dan Republik Czech, Bulgaria, Armenia dan Malta.


Sementara juara dunia tiga kali, Jerman mengetuai Kumpulan C dan dijangka mendapat saingan daripada Sweden dan Ireland serta tiga lagi pasukan iaitu Austria, Kepulauan Faroe serta Kazakhstan.


Kumpulan E pula dihuni oleh Norway, Slovenia, Switzerland, Albania, Cyprus dan Iceland sementara Kumpulan F menyaksikan Portugal diundi bersama tuan rumah Piala Dunia 2018, Russia, Israel, Ireland Utara, Azerbaijan dan Luxembourg. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peluang terakhir

Posted: 31 Jul 2011 08:59 AM PDT

EMPAT atlet menjadi taruhan Taekwondo Malaysia (TM) untuk cuba melepasi pusingan kelayakan Sukan Olimpik di Bangkok, Thailand pada 4 hingga 6 November depan.

Diketuai atlet senior Elaine Teo, tiga lagi atlet yang bakal memikul tugas berat itu ialah Nurul Nadia Mahamat, Ryan Chong Wy Lunn serta Mohd Afifuddin Omar Sidek dengan masing-masing bertanding menerusi kategori berbeza.


Selepas gagal menghantar wakil ke pusingan kelayakan pertama di Azerbaijan awal bulan ini, ketua jurulatih, R Dhanaraj berharap keempat-empat atlet terbabit dapat menggunakan peluang diberikan sebaik-baiknya kerana Thailand adalah medan terakhir untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

"Saya harap setiap atlet tidak mensia-siakan peluang ini kerana pusingan kelayakan peluang terbaik mereka menimba pengalaman.


"Bagaimanapun, tentu sekali saya mengharapkan mereka melepasi pusingan kelayakan sekali gus layak ke London tahun depan.


"Namun, berdasarkan prestasi semasa, saya jangka Elaine dan Ryan akan melepasi pusingan kelayakan, tetapi tidak mustahil juga bagi Nurul dan (Mohd) Afifuddin melepasinya," katanya.

Pada awal bulan ini, TM tidak menghantar atlet ke pusingan kelayakan pertama di Azerbaijan kerana wakil tunggal mereka Elaine, mengalami kecederaan lutut kanan pada final Kejohanan AKF di Kemboja, April lalu yang menyaksikannya berjaya meraih pingat emas.


Berdasarkan barisan empat atlet yang menjadi taruhan TM untuk layak ke Sukan Olimpik, hanya Elaine yang mempunyai pengalaman luas dan pernah beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu iaitu pada edisi 2004 di Athens dan empat tahun selepas itu di Beijing.

Andai atlet berusia 30 tahun itu berjaya melepasi pusingan kelayakan di Thailand, November ini, Elaine mencipta sejarah selaku atlet taekwondo pertama berjaya beraksi di Sukan Olimpik tiga kali berturut-turut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved