Isnin, 15 Ogos 2011

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Elak jaja cerita peribadi

Posted: 14 Aug 2011 04:29 AM PDT

LUPAKAN saja kontroversi yang pernah melanda dirinya kerana dia hanya insan biasa yang mempunyai kelemahan dan kekurangannya sama seperti orang lain.

Bukan saja kontroversi, dia juga ingin mengelak daripada terlalu banyak menjaja cerita peribadi hingga peminat terlupa perkembangan karier seni yang diceburinya, sejak 11 tahun lalu.

Selepas menyepi seketika dari persada hiburan, penyanyi yang juga pemenang tempat ketiga, Malaysian Idol musim kedua, Farah Asyikin kembali lagi untuk menyemarakkan persada seni tanah air.

Dalam pertemuan dengan Rap pada sesi fotografi khas, sempena Ramadan di Studio Balai Berita, Bangsar, baru-baru, pemilik nama sebenar, Farah Asyikin Zukkifli, 32, mengakui dia memang tidak suka dikenali ramai dengan cerita peribadinya semata-mata.


"Saya sedar, ada artis kita yang dikenali dengan cerita peribadi dan kontroversi berbanding perkembangan karier seni mereka. Sebagai artis, saya akui saya memang tidak dapat mengelak bercerita soal peribadi kerana dunia artis memang sentiasa mendapat perhatian orang.


"Begitu juga dengan imej seksi. Sebenarnya, saya ingin lari daripada imej itu tapi nampaknya orang masih label saya sebagai artis yang seksi walaupun saya memakai baju yang sopan seperti baju kurung. Justeru, saya biarkan saja apa tanggapan orang pada saya sekarang," katanya.

Berkongsi cerita mengenai Ramadan pula, kata Farah, tahun ini, dia pastikan mempunyai lebih banyak masa berbuka dan bersahur bersama keluarganya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

"Setakat ini, saya sudah dapat beberapa kali berbuka puasa bersama keluarga di rumah. Ia memang mengeratkan hubungan kekeluargaan sedia ada.

"Antara juadah berbuka kegemaran saya ialah Ayam Panggang, Air Mata Kucing dan kuih Bingka Ubi yang juga air tangan emak yang memang pandai memasak lauk-pauk.

"Selain itu, saya juga sempat menunaikan solat sunat Tarawih bersama adik di masjid berhampiran kediaman kami di Taman Tun Dr Ismail," katanya. Lebaran yang juga hari kemenangan umat Islam turut diraikan secara sederhana oleh Farah dan keluarganya.

"Persiapan raya kami juga sangat sederhana saja sama ada baju mahupun juadah hari raya. Selalunya, saya beli baju kurung yang sudah siap pada saat akhir dan kuih raya kegemaran yang pasti terhidang di meja pada pagi raya ialah Coklat Chips.

"Saya juga beli kuih dari kawan-kawan yang juga rakan artis iaitu Elyana yang menjual coklat. Saya juga selalu buat persiapan pada saat-saat akhir.

"Seperti tahun sebelumnya, saya akan beraya bersama keluarga di ibu negara.
Terus terang, saya tidak berasa sunyi walaupun tiada teman istimewa di sisi kerana saya berasal dari keluarga yang besar. Pada masa sama, saya juga mempunyai nenek sebelah emak di Seremban dan mungkin nenek akan beraya bersama kami di Kuala Lumpur," katanya.

Ditanya soal pengganti pula, Farah mengakui, dia masih belum mempunyai teman istimewa bagi mengisi kekosongan hatinya lagi.

"Hati saya masih belum terbuka untuk bercinta mahupun berkahwin lagi. Saya memang mempunyai ramai kawan tapi semuanya tidak lebih daripada itu. Buat masa ini, biarlah fokus saya pada karier nyanyian dulu kerana saya juga perlu memikirkan masa depan," katanya.

Bernaung di bawah MC Voices & Stars Sdn Bhd

BAGI memastikan karier seninya lebih teratur, Farah kini bernaung di bawah payung pengurusan baru, MC Voices & Stars Sdn Bhd, sejak dua bulan lalu. Ia ditubuhkan bersama rakan kongsinya yang juga pemilik syarikat, Datuk Bernie
Cheah.

"Sebelum ini, saya hanya bergerak sendiri dan berbeza kini karier seni lebih teratur kerana ada pengurusan yang mengatur semuanya.

"Saya pula betul-betul ingin buat 'comeback' dan mengurangkan daripada bercerita terlalu banyak cerita peribadi lagi. Pihak pengurusan juga yang bertanggung-jawab menjaga imej saya dari hujung rambut hingga hujung kaki sekarang," katanya.

Mengenai perkembangan karier seni pula, Farah yang mengungguli anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008 bakal merakamkan lagu raya ciptaan komposer Taja (Meet Uncle Hussain) tidak lama lagi.

"Sebenarnya sudah lama saya nak buat lagu raya tapi baru sekarang ia menjadi
kenyataan. Ini juga kali pertama, saya buat lagu raya sepanjang berkecimpung
dalam bidang seni tempatan. Taja sendiri yang berminat buat lagu raya untuk saya. Liriknya pula ciptaan Tun Teja yang juga pengurus Taja. "Sebelum buat lagu raya, kami berbincang terlebih dulu mengenai konsepnya kerana saya suka konsep retro dan moden sikit. Insya-Allah, jika berjalan lancar, lagu raya ini akan dirakamkan di studio minggu ini," katanya.

Sebagai penyanyi, Farah berharap, lagu raya baru itu akan menjadi 'evergreen' seperti lagu lamanya yang masih meniti di bibir peminat sampai hari ini iaitu lagu Kembali Lagi Di Sisimu yang masih diputarkan di stesen radio tempatan sampai hari ini.

"Selain itu, saya juga bercadang memberi nafas baru pada lagu Kembali Lagi Di Sisimu. Saya juga buat susunan vokal yang lain kerana dulu suara saya masih kebudak-budakan lagi.

"Saya juga merancang untuk jual lagu ini secara 'download' nanti. Dari segi album penuh pula, saya merancang buat single demi single terlebih dulu dan selepas itu barulah bikin album penuh pula," katanya.

PROFIL:

NAMA SEBENAR: Farah Asyikin Zulkifli
TARIKH LAHIR: 11 November 1979
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Penyanyi
STATUS: Solo
PENDIDIKAN: Diploma Pengiklanan dan Penyiaran dari Universiti LimKokWing
ALBUM: Bebas (1999) dan 1000 Penipuan (2007)
PENCAPAIAN: Salem Cool Planet (1999), tempat ketiga Malaysian Idol 2 (2005), tempat kelima One In A Million (2006) dan Artis Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik 2008

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Fran turut jadi mangsa

Posted: 14 Aug 2011 04:19 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KONSERT mega penghibur terkenal 80-an, Francissca Peter atau Fran bertemakan Keunggulan 33 Tahun di Istana Budaya sudah enam bulan berlalu, tetapi siapa sangka ada sesuatu yang berlaku hingga pengarah muziknya, Datuk Ramli MS mahu menyaman penganjurnya yang masih gagal melunaskan bayaran untuk persembahan dua malam iaitu 5 dan 6 Februari lalu.
Kredit: www.hmetro.com.my

Ahad, 14 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kematian wanita jadi misteri

Posted: 13 Aug 2011 09:27 AM PDT

GUA MUSANG: Penemuan mayat seorang wanita berpakaian lengkap berusia 41 tahun, dipercayai dibunuh sebelum dicampak ke dalam longkang di Kilometer 8, Jalan Gua Musang – Kuala Lipis, di sini, menimbulkan tanda tanya apabila seluar dalamnya ditemui tersangkut di ranting pokok berhampiran tempat mayatnya ditemui, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mayat Zainab Che Kob, 41, dari Kampung Tanah Puteh, di sini, ditemui suaminya, Khiri Zam Mohd Naim, 30, selepas 13 jam mangsa menghilangkan diri.


Ibu kepada 12 anak itu dikatakan keluar dari rumah dengan berjalan kaki seorang diri sejak jam 8 malam, Khamis lalu selepas dikatakan merajuk kerana suaminya tidak memberinya wang RM100 seperti diminta.

Menurut Khiri Zam, dia mencari isterinya sejak Khamis lalu tetapi gagal sebelum mencarinya semula awal pagi kelmarin di sekitar kampung dan bandar Gua Musang.


Katanya, ketika menunggang motosikal, dia ternampak selipar dipakai isterinya di tepi jalan dan memberhentikan motosikal.


"Saya tidak sedap hati apabila menemui selipar dipakai arwah di tepi jalan. Saya terus mencarinya dan menemui mayatnya terbujur di dalam longkang dengan kesan kecederaan di belakang kepala.

"Saya baru mendirikan rumah tangga dengan arwah sejak April lalu dan tiga daripada 12 anak arwah hasil perkahwinan dengan suami dulu juga tinggal bersama saya, manakala yang lain tinggal di tempat lain. Tak sangka kami terpisah buat selama-lamanya," katanya.


Khiri Zam mengakui arwah berperangai pelik sejak pagi Khamis lalu apabila berpuasa separuh hari saja sebelum merajuk dan keluar dari rumah, jam 8 malam tanpa memberitahu arah tujuannya.

Katanya, sebelum keluar rumah, arwah meminta wang RM100 dan dia menghulurkan RM50, tetapi isterinya enggan menerimanya dan terus keluar rumah dengan berjalan kaki seorang diri.


"Saya hanya bekerja sebagai buruh membina rumah di Kampung Pulai. Ketika arwah meminta RM100, saya hanya ada RM50 yang diberi majikan untuk membeli barang keperluan.


"Dia (arwah) kerap merajuk dan keluar dari rumah tetapi pulang semula beberapa jam selepas itu, namun kali ini arwah terus pergi buat selama-lamanya," katanya.


Menurut Khiri Zam, penemuan seluar dalam isterinya yang disangkut di kawasan berhampiran, menimbulkan tanda tanya, namun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.


Anak mangsa, Mohd Hazizi Razali, 24, pula berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan ibunya ditemui mati di dalam longkang.


"Saya menemui ibu petang Khamis lalu, tetapi saya lihat keadaan dia biasa saja.


"Tiba-tiba, pagi ini (kelmarin) saya menerima panggilan telefon daripada seorang adik memaklumkan kejadian menimpa ibu sebelum bergegas ke tempat kejadian.


"Saya hanya mampu menangis apabila melihat mayat ibu terbujur kaku di dalam longkang," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.


Katanya, mangsa dipercayai dibunuh dan polis menahan dua lelaki yang ada kaitan dengan keluarga mangsa untuk membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Remaja tak sempat berbuka

Posted: 13 Aug 2011 09:24 AM PDT

PASIR PUTEH: Keriangan tiga sahabat menunggang motosikal secara beriringan sementara menunggu waktu berbuka bertukar tragedi apabila seorang terbunuh selepas motosikal ditunggang bergesel sesama sendiri di Kampung Bukit, Gaal, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian 7 jam malam di Kilometer 6, Jalan Gaal-Kampung Bukit, Mohamad Amirulhafiz Abdullah, 17, dari Kampung Derdap, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah tengkuk.


Difahamkan, sebelum kejadian, Mohamad Amirulhafiz bersama dua rakannya menunggang motosikal dalam keadaan laju.

Apabila tiba di Kampung Bukit, mangsa dikatakan terkejut melihat sebuah motosikal datang dari arah bertentangan, menyebabkan dia cuba mengelak.


Bagaimanapun, tindakan mangsa menyebabkan motosikal ditungganginya bergesel dengan dua motosikal rakan di sebelahnya lalu ketiga-tiganya terjatuh di jalan raya.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, akibat pergeseran itu, mangsa yang tidak memakai topi keledar meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Katanya, dua lagi rakannya berusia 17 dan 20 tahun masing-masing patah kaki dan tangan dan dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut.


"Siasatan awal polis mendapati, kematian mangsa dipercayai akibat patah tengkuk selepas menunggang motosikal terlalu laju sebelum terjatuh, selain tidak memakai topi keledar.

"Malah, siasatan mendapati, mangsa tiada lesen memandu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Bersahur’ di ranjang

Posted: 13 Aug 2011 09:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej 'dangdut sampai sahur' di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.

Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) 'bergetah' sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.

Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman.

Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.


Berdasarkan perbualan bersama seorang pelayan, dia bersetuju dibawa ke mana saja destinasi diingini, asalkan pelanggan sanggup menanti sehingga tamat waktu bekerja dengan bayaran tertentu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

300 masak bubur lambuk

Posted: 13 Aug 2011 09:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 5,000 mangkuk bubur lambuk berjaya dihasilkan oleh 300 sukarelawan pada program Bubur Lambuk 1Malaysia Amal Media anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) Jabatan Pengarang The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Balai Berita, di sini, semalam.

Bubur itu yang mula dimasak seawal jam 8 pagi diagihkan kepada anak yatim, ibu tunggal, warga emas, masjid, surau, polis dan bomba yang dikenal pasti dengan bantuan Kelab Redah 4x4 Wilayah Persekutuan dan Kelab Kembara 4x4 Selangor.


Presiden KKSR Jabatan Pengarang NSTP, Shahiman Sharip berkata, program yang memasuki tahun kelapan itu bertujuan memupuk semangat bergotong-royong di kalangan peserta dalam menghulurkan sumbangan kepada kumpulan sasaran, sekali gus menanam budaya bersedekah pada bulan puasa.

Menurutnya, selain sukarelawan daripada pihak penaja, seramai 60 pelajar dan lapan pensyarah dari Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Seni Kulinari Universiti Taylor turut mengacau bubur terbabit.


"Sebanyak 20 periuk bubur lambuk dihasilkan pada hari ini (semalam) dan sasaran kita adalah menghasilkan sekurang-kurang 150 periuk sepanjang Ramadan tahun ini, termasuk kelab memberi bahan mentah kepada masjid dan surau untuk mereka masak sendiri.


"Kita berterima kasih kepada penaja utama kita, Giant dan lebih 20 penaja lain, antaranya Adabi, Petronas Dagangan, Bernas, Scomi, Proton Holding Berhad, Pos Malaysia, Sime Darby, MSU, Takaful Ikhlas, Adabi, Maggi dan Syabas yang sentiasa menyokong program ini saban tahun," katanya.

Turut mengacau bubur lambuk itu adalah beberapa artis, antaranya Mila Jirin, Kilafairy, Iqa Mentor 5, Shiha Mentor 5, Chomel Fana dan Ad Azhar.


Pelajar antarabangsa Universiti Taylor dari Korea, Jeon Sang Hoon berkata, pembabitannya dalam program itu sedikit sebanyak mendedahkannya kepada budaya kemasyarakatan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia dalam membantu golongan memerlukan.

"Ini kali pertama saya sertai aktiviti sukarelawan di luar kampus sejak belajar di Malaysia. Walaupun cuaca panas, ia sungguh menyeronokkan kerana semua pihak ringan tulang membantu," katanya penuntut Diploma Operasi Hotel itu.


Program itu dirasmikan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib dan sukarelawan lain yang terbabit secara langsung, termasuk Rukun Tetangga Desa Pantai Dalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Model perosak

Posted: 13 Aug 2011 08:05 AM PDT

LONDON: Rusuhan melanda beberapa bandar di England beberapa hari lalu menampakkan kemunculan watak baru sebagai dalang penjarah harta awam.

Jika biasanya perusuh terdiri daripada ahli kumpulan samseng atau penjenayah, kali ini ia turut membabitkan remaja yang pada zahirnya tidak ganas.


Antara individu yang berjaya ditahan ialah model wanita berusia 22 tahun dan dua remaja perempuan.

Model itu, Shonola Smith, kelihatan menyeka air matanya ketika hakim menjatuhi hukuman penjara enam bulan kerana memecah masuk pasar raya di Croydon.


Dia ditangkap bersama adiknya, Alicia, dan rakan mereka Donness Bissessar, 22, ketika polis menyerbu bangunan itu malam Isnin.


Ketika ditahan, Alicia membawa 10 bungkusan gula-gula getah yang dicurinya dari sebuah kedai serbaneka berhampiran.

Ketiga-tiga mereka tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan sebelum ini dan hakim mengarahkan mereka dipenjara enam bulan atas tuduhan menceroboh pasar raya dengan niat mencuri.


Hakim, Robert Hunter, berkata ia satu tragedi apabila seseorang yang memiliki perwatakan baik dan berpelajaran akhirnya dipenjara atas kesalahan jenayah.

"Bagaimanapun, saya tak boleh mengabaikan hakikat bahawa kamu menyebabkan kerugian kepada perniagaan dan penduduk setempat.


"Perbuatan kamu sangat serius dan hanya hukuman penjara layak untuknya. Mudah-mudahan ia menjadi pengajaran kepada yang lain," katanya.


Sementara itu, Hollie Bentley, 19 berdepan hukuman penjara kerana menggunakan Facebook menghasut orang ramai memulakan rusuhan.


Hollie didakwa mengepos catatan "Siapa mahu?" di status Facebook miliknya.


Walaupun tiada rusuhan berlaku di tempatnya di Wakefield, Yorkshire Barat, Hollie tetap ditahan kerana disyaki menggalakkan orang ramai mengganas.


Remaja kedua baru berusia 14 tahun dan berdepan empat tuduhan mencuri pakaian, cakera padat, dan minyak wangi dari beberapa pasar raya sekitar London.


Dia kini diikat jamin sementara menunggu perbicaraan tidak lama lagi. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hollywood dibelenggu masalah pedofilia

Posted: 13 Aug 2011 08:03 AM PDT

LOS ANGELES: Bekas bintang kanak-kanak era hujung 1980-an mendakwa, industri hiburan Hollywood dibayangi ancaman pedofilia.

Mengaku dirinya dikelilingi pemburu seks budak seawal usianya 14 tahun, Corey Feldman berkata, rakannya dalam siri Lost Boys, Corey Haim, adalah antara pelakon yang menjadi mangsa seorang tokoh terkenal Hollywood.


"Saya tidak menyedari kehadiran pedofilia itu sehinggalah saya lebih dewasa dan memahami apa yang mereka mahukan," katanya dalam temu bual untuk laporan khas terbitan televisyen ABC.

Menurut Feldman, kematian sahabatnya, Haim, ketika baru berusia 38 tahun banyak dipengaruhi kesan penderaan seksual dialaminya sebelum ini.


Bagaimanapun, Feldman enggan menamakan tokoh Hollywood dimaksudkannya itu.


"Masalah utama di Hollywood sejak dulu, kini dan selamanya ialah pedofilia tetapi ia dilakukan secara sulit.

"Di sana, ada sekumpulan lelaki tua yang gemar bermesra dengan kumpulan kanak-kanak dan mereka mempunyai kuasa atau hubungan erat dengan tokoh besar dalam industri hiburan," katanya. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Depan Mata: Sultan puji Hasnah

Posted: 07 Aug 2011 07:48 AM PDT

Biar ku bersedih
biar aku merintih
setelah gagal berkasih
lari bersama pedih

ITU antara bait lagu Bersedih yang cukup sinonim dengan penyanyi 60-an, Hasnah Haron. Bertemu dengannya pada 24 Mei lalu di Restoran Puteri, Sungai Penchala, nyata itulah pertemuan pertama dan terakhir.

Dalam usia 64, penyanyi kelahiran Kampung Melayu, Singapura pada 9 November 1946 ini meninggal dunia pada 1 Ogos lalu, jam 8 pagi selepas lima hari dimasukkan ke hospital, Johor Bahru kerana barah pangkal rahim yang dihidapinya lebih dua tahun lalu.

Ketika itu juga, umat Islam seluruh dunia memulakan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Sehari sebelum itu, kebetulan saya menghubungi pemilik Restoran Puteri, Rubiah Suparman dan dimaklumkan Hasnah yang juga kawan baiknya sejak remaja dalam keadaan nazak. Berita itu baru saja disampaikan anak perempuannya, Haslinda Mohd Eunos (Linda).


Sememangnya itulah pertama kali bertemu dengannya tetapi orangnya ramah begitu juga Linda yang sudi bercerita keadaan ibunya. Linda membawa ibunya ke Kuala Lumpur untuk mencuba rawatan cara Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Gombak yang diusahakan pelakon Ashraf Muslim.


Badannya kurus kerana kurang selera makan dan pergerakan juga terbatas dan cepat penat tetapi apabila diminta bercerita mengenai zaman popularitinya sejak menghasilkan album pertama pada 1969, wajahnya nampak ceria.

Malah apabila diminta menyanyikan lagu Bersedih, beliau tidak keberatan begitu juga apabila ditanya lagu popular lainnya, terus menyanyikan lagu Sabar Menanti dan Siti Zubaidah. Suaranya juga tetap merdu.

Linda mengatakan ibunya sering bermuram dan enggan keluar rumah seolah-olah tiada semangat. Bagaimanapun apabila dibawa ke Kuala Lumpur dan bertemu rakan-rakan seangkatan, Datuk A Rahman Hassan dan isteri, Datin Azizah Mohamad, Datuk Jeffrydin dan Datuk Yusni Hamid, wajahnya nampak riang. Mereka diundang Kak Rubiah ke restorannya untuk bertemu.

Linda sempat memohon kalau ada rakan-rakan atau peminat ibunya ingin berjumpa, boleh berkunjung ke rumah mereka. Mungkin cara itu mampu membuatkan ibunya lebih bersemangat untuk terus hidup sekali gus melawan penyakit yang belum ada penawarnya. Malah, dia akan membawa ibunya turun ke Kuala Lumpur lagi jika keadaan kesihatannya mengizinkan.

Kata Linda, ibunya juga tidak suka menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi lagi kerana membuatkan badannya tidak selesa dan menyambut baik saranannya untuk mencuba rawatan Islam.

Selepas bertemu Ashraf, mereka dimaklumkan ada dua benda dalam badan Hasnah. Pertama kanser pangkal rahim tahap tiga dan merebak ke paru-paru dan kedua ada sihir dengan kehadiran 30 jin. Ashraf membekalkannya dengan Surah al-Mukminin dan Surah Hud untuk dibaca setiap hari lepas solat.

Berbual dengan Linda mengenai dirinya sebagai anak penyanyi dan kini memikul tanggungjawab menjaga ibunya bersama adik-beradik lain, katanya, ketika kecil dia dan adiknya Mohd Lufthi tidak pernah tahu ibu mereka bekerja sebagai penyanyi. Mereka juga tidak pernah melihat sendiri ibu mereka menyanyi.

Pernah satu ketika ibu mereka terpaksa membawa anak-anak bekerja, mereka dikunci dalam satu bilik dan tidak dibenarkan keluar sehingga ibunya selesai bekerja, semata-mata tidak mahu anaknya tahu pekerjaannya. Hasnah juga tidak mahu anak-anak mengikut jejaknya menjadi orang seni.

Apabila dewasa, bagi Linda tiada apa yang harus dibanggakan menjadi anak penyanyi. Bagaimanapun, perasaan itu mula berubah apabila bertemu Sultan Johor dan memuji ibunya sebagai wanita yang baik dan menjaga pergaulannya walaupun berada dalam dunia glamor.

Terasa bangga di hatinya apabila ibunya diangkat begitu tinggi dan kini sebagai anak, Linda bertanggungjawab menjaga ibunya bersama adik-adiknya. Hasnah mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Eunos dan tiga anak bersama suami kedua, Syed Murshed.

Sejak sakit dan tidak lagi menyanyi, ibunya banyak menghabiskan masa mengikuti kelas agama di masjid berhampiran rumahnya. Dengan peribadi yang baik dan sentiasa menjaga maruah diri, Hasnah dipanggil Yang Maha Esa pada 1 Ramadan lalu.

Bak kata Linda, ia satu anugerah buat dirinya apabila ibunya pergi dalam bulan Ramadan yang mulia kerana ia menjadi impian semua umat Islam. Ketika hayatnya, Hasnah Haron banyak dilemparkan tohmahan dan pandangan sinis yang dilalui tetapi, semua itu ditelannya dengan sabar walaupun hatinya sedih dan merintih.

Walaupun kehilangan ibu yang melahirkannya dia dan adik-beradik menyambut Aidilfitri tidak lama tanpa ibu, Linda reda dengan pemergian ibunya.

Kini genap seminggu arwah pergi dan bersemadi di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru tetapi suaranya yang mendayu pasti terus berkumandang.

Bait akhir lagu Bersedih, 'Usah lagi dikenang, pada aku yang malang, nanti engkau kan sedu, di sisi jasadku kaku' pasti membuatkan kita mendengar bergenang air mata. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Misi baru Rexy

Posted: 13 Aug 2011 08:45 AM PDT

REXY Mainaky berjanji akan menamatkan kemelut menyelubungi persembahan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong daripada berpanjangan dengan memberi fokus untuk menyiapkan mereka bagi menghadapi Sukan Olimpik, tahun depan.

Kegagalan Kien Keat-Boon Heong yang muncul naib juara di Paris tahun lalu, di suku akhir Kejohanan Dunia, kelmarin, mengundang tekad jurulatih beregu itu untuk merancang semula hala tuju anak didiknya itu.


Sambil mengakui yang pemainnya itu masih kekurangan dari banyak segi, Rexy berkata, masalah utama Kien Keat-Boon Heong adalah ketika berdepan gandingan kedua berbanding pasangan utama negara yang kuat dalam acara beregu.

Menurutnya, Kean Kiat-Boon Heong tidak kisah jika bertemu pasangan utama dari China, Cai Yun-Fu Haifeng, Mathias Boe-Carsten Mogensen (Denmark), Lee Yong Dae-Jung Jae Sung (Korea) kerana mereka berupaya menangani lawan. Jika tewas sekalipun, menurutnya, saingan pasti sengit.


"Masalah mereka mungkin ketahanan mental. Tapi, hakikatnya, beregu kedua itu yang memang sering menimbulkan masalah buat Koo dan Tan. Mereka bagaikan tidak tahu bagaimana hendak menewaskan lawan.


"Itu yang berlaku apabila mereka tidak boleh menewaskan Ko (Shun-hyun) dan Yoo (Yeon Seong) sedangkan mereka sekadar beregu kedua Korea. "Kini, tanggungjawab saya untuk duduk semula dengan semua pihak bagi mencari jalan bagaimana Koo dan Tan boleh keluar daripada masalah ini kerana Olimpik sudah tidak lama lagi," katanya.

Setahun selepas Rexy mengendalikan skuad beregu negara pada 2006, Kien Keat-Boon Heong begitu menyerlah sebelum prestasi merudum pada 2008 dan 2009 dan bangkit semula pada 2010.


Tahun lalu menyaksikan mereka mara ke final Kejohanan Dunia dan Sukan Asia. Walaupun tewas, pencapaian itu boleh dianggap sebagai membanggakan bagi beregu ranking keempat dunia itu.

"Saya juga memerlukan maklum balas daripada Koo dan Tan. Mereka yang beraksi di gelanggang dan seharusnya mereka menjadi orang utama yang dapat membantu dalam memperbaiki permainan masing-masing," katanya.


Sehubungan itu, Rexy menafikan yang kekurangan rakan sepelatih berkualiti menjadi punca utama kepada persembahan kurang mantap Kien Keat-Boon Heong.


"Chong Wei juga tidak mempunyai rakan sepelatih. Tapi, dia masih mampu menyerlah, membuatkan pemain lain gerun dengannya.


"Ketika latihan, kita membuat tiga pemain menentang Koo dan Tan seperti tiga lawan satu yang dilakukan Chong Wei. Cara ini sama berkesannya. Saya tidak nampak jika rakan sepelatih menjadi isu utama di sini. Jika ia antara faktor penyumbang, ya, saya akui.


"Tapi, mungkin juga sebagai jurulatih, saya masih tidak cukup baik untuk mereka, saya tidak tahu. Kita perlu lihat semua sudut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kimbeley silap percaturan

Posted: 13 Aug 2011 08:40 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KIMBELEY YAP hanya ketinggalan lima minit 38 saat di belakang juara lebuhraya 120km wanita dari Korea, Gu Sungeun ketika menamatkan perlumbaan di tempat ke-23.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved