Rabu, 17 Ogos 2011

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Usah kritik Chong Wei

Posted: 16 Aug 2011 09:12 AM PDT

KETIKA Kejohanan Badminton Dunia sudah melabuhkan tirai Ahad lalu, masih ada cakap- kurang senang menyalahkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kerana kegagalannya menggenggam gelaran juara dunia selepas tumbang kepada Lin Dan pada aksi final.

Mengkritik memang mudah, namun bagi individu yang sentiasa bersama dengan pemain nombor satu dunia itu iaitu jurulatihnya, Tey Seu Bock, tidak seharusnya anak buahnya itu menerima kritikan sebegitu.


"Kita tak boleh salahkan siapa-siapa termasuk Chong Wei sendiri atas kegagalan ini kerana dia sudah berusaha semampu yang boleh.

"Tinggal lagi seperti saya katakan sebelum ini, tuah tidak memihak kepadanya, mungkin satu dua peratus ia (tuah) lebih memihak kepada Lin Dan.


"Mata penamat adalah saat-saat paling penting dan Lin Dan berani mengambil risiko ketika situasi genting itu berbanding Chong Wei," katanya merujuk kepada kegagalan Chong Wei menamatkan permainan di set penentuan meskipun mempunyai dua peluang terhidang.


Begitupun, Seu Bock menegaskan, Chong Wei kini berjaya mengetepikan rasa rendah diri ketika bertemu jaguh China itu berbanding beberapa tahun lalu.

Ditanya adakah kekurangan Chong Wei kerana tidak mempunyai rakan sepelatih yang bagus sehingga menjejaskan persiapannya menjelang satu-satu kejohanan utama, Seu Bock tidak menafikan perkara itu.


"Serba sedikit mungkin ada, tapi apa yang saya nampak tanpa sparring (rakan sepelatih) pun dia masih boleh mengekalkan prestasinya. Dalam erti kata lain ia bukan satu masalah besar kepadanya," katanya.

Meskipun Chong Wei sedang diulit kekecewaan ketika ini, Seu Bock menjangkakan anak buahnya itu tidak akan terbawa-bawa untuk tempoh yang panjang.


"Kami akan memberi cuti selama seminggu kepadanya sebelum kembali meneruskan latihan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘Pastikan emas Olimpik tidak terlepas’

Posted: 16 Aug 2011 08:50 AM PDT

PERIT kekalahan di final Kejohanan Badminton Dunia ketika sudah berada di ambang kejuaraan wajar dijadikan iktibar kepada jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Ketika Chong Wei masih boleh mencuba nasib pada kejohanan dunia 2013 untuk mengakhiri kemarau gelaran itu, pemain nombor satu dunia itu harus menyedari betapa dia tidak boleh mengulangi kesilapan sama apabila menggalas misi lebih penting di Sukan Olimpik London tahun depan.


Dengan usianya bakal menjangkau 29 tahun Oktober ini, pemain kelahiran Pulau Pinang itu kini dihambat waktu untuk menggenggam pingat emas pertama Olimpik kerana mustahil baginya untuk terus bertahan empat tahun lagi.

Menurut Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yakin kekalahan Chong Wei kepada musuh tradisi dari China, Lin Dan di final kejohanan dunia tempoh hari tidak sama sekali menghancurkan semangat jaguh negara itu.


"Semua sudah berakhir. Chong Wei dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) perlu memandang ke depan. Bagi saya biarlah kita kalah tahun ini asalkan kita menang tahun depan (Sukan Olimpik London).


"Mungkin kita boleh cakap nasib tidak menyebelahi Chong Wei tapi kekalahan itu perlu dikaji dengan teliti kerana kita tidak mahu ia berulang di Sukan Olimpik dengan Chong Wei menjadi sandaran utama negara untuk menyumbang emas.

"Kejohanan dunia diadakan tiap-tiap tahun dan Chong Wei boleh cuba lagi selepas ini tapi Sukan Olimpik hanya empat tahun sekali, nak tunggu Sukan Olimpik 2016 pula amat sukarlah, tambahan pula ketika ini tidak ada pemain muda yang boleh diharapkan selepas Chong Wei," katanya.


Penantian Malaysia selama 34 tahun untuk melihat pemain Malaysia bergelar juara dunia buat kali pertama tidak kesampaian apabila Raja Siri Super, Chong Wei tersungkur di peringkat akhir di tangan Lin Dan, 22-20, 14-21 dan 21-23 yang merangkul gelaran keempat selepas 2006, 2007 dan 2009.

Berdasarkan prestasi semasa ketika ini, Chong Wei adalah harapan realistik negara untuk membawa pulang emas pertama Sukan Olimpik biarpun mempunyai beberapa atlet lain berkemampuan seperti atlet terjun, Pandalela Rinong dan Mohd Azizulhasni Awang, lumba basikal.


Malah Chong Wei juga adalah pemenang perak Olimpik Beijing 2008 apabila kalah di final kepada Lin Dan.


Bagi Kok Chi, jaguh utama negara itu mempunyai sebab tersendiri untuk menebus kekecewaan selepas ini.


"Jurang antara Chong Wei dan Lin Dan sudah tidak banyak beza dan saya yakin semangat Chong Wei pasti lebih hebat berbanding Lin Dan untuk menang di Olimpik London nanti. Malah sekelip mata Chong Wei boleh bergelar jutawan kerana bakal menerima RM1 juta jika menang pingat emas Olimpik," kata Kok Chi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


4 parah diserang pelajar guna besi

Posted: 16 Aug 2011 10:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Empat pelajar sekolah menengah parah selepas diserang lebih 30 pelajar sebuah sekolah menengah lain yang sebahagiannya bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, semalam.

Kejadian berlaku ketika waktu pulang sekolah kira-kira jam 1.15 tengah hari di pekarangan sebuah sekolah di Bukit Nanas, di sini.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati antara dua kumpulan pelajar terbabit.

"Empat pelajar yang cedera itu berusia 17 tahun. Seorang cedera di kepala, seorang retak tangan kanan manakala dua lagi cedera di beberapa anggota badan.


"Mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Misi mengerang, pesakit tertiarap

Posted: 16 Aug 2011 10:18 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]MELAKA: “Sebaik menghampiri ambulans, jururawat wanita itu mengerang kesakitan dan meminta tolong lalu saya mengangkatnya dengan berhati-hati ke tepi jalan,” kata anggota penyelamat pantai sambilan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Tan Bun Han, 40, saksi kejadian kemalangan membabitkan ambulans dan teksi, di Jalan Tun Abdul Razak menghala ke Plaza Tol Ayer Keroh, malam kelmarin.
Kredit: www.hmetro.com.my

Selasa, 16 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Along kena bunuh

Posted: 15 Aug 2011 11:42 AM PDT

PETALING JAYA: Padah menimpa seorang ceti haram (along) yang mahu menuntut hutang apabila dia dipercayai dibunuh pemilik sebuah pusat karaoke berhampiran Petaling Jaya Commercial Centre (PJCC), PJS5/30, di sini.

Difahamkan, mangsa pergi ke premis tiga tingkat milik suspek yang menjalankan perniagaan kopitiam dan pusat karaoke itu petang semalam untuk menuntut hutang daripada lelaki terbabit.


Malangnya mangsa dikenali Phua Wei Loon, 25, dipercayai dibunuh suspek dalam tandas pusat karaoke yang beroperasi di tingkat satu premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa ditemui tertiarap dan berlumuran darah oleh seorang rakannya yang datang untuk mencari mangsa selepas dia gagal dihubungi.


"Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, rakan mangsa yang berusia 24 tahun itu naik ke tingkat atas premis dan menemui mangsa dengan keadaan berlumuran darah dalam tandas.


"Rakannya bertindak menghubungi polis sebelum sepasukan penyiasat tiba ke tempat kejadian dan melakukan pemeriksaan pada mayat mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, malam tadi.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Banting dekat sini, dipercayai maut akibat kesan tetakan dan kecederaan parah di badan serta kepalanya.


"Hasil siasatan awal kita dimaklumkan rakan mangsa terbabit, mangsa datang ke premis berkenaan untuk berjumpa dengan pemiliknya bagi tujuan menuntut hutang.

"Malah, pemeriksaan polis turut mendapati ada kesan pergelutan namun, tiada senjata ditemui di tempat kejadian," katanya.


Arjunaidi berkata, pihaknya percaya mangsa dibunuh pemilik premis itu yang juga rakyat tempatan dan usaha memburu suspek sedang dijalankan.


Selain itu, premis berkenaan baru beroperasi dan belum mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Menurutnya, ketika kejadian premis terbabit dipercayai tidak beroperasi dan tiada pekerja namun tidak menolak kemungkinan suspek lebih daripada seorang.


"Premis ini dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) namun tidak menghala ke arah tempat mangsa dipercayai dibunuh. Namun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan waktu kejadian.


"Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Keluarga mangsa juga sudah dimaklumkan berhubung kejadian itu," katanya.


Beliau berkata, sehingga kini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Edar 1,000 Jalur Gemilang

Posted: 15 Aug 2011 09:48 AM PDT

HULU LANGAT: Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang diedarkan kepada pengguna jalan raya menerusi Kempen Kibar Jalur Gemilang dan agihan bubur lambuk di Pekan Batu 14, di sini, kelmarin.

Kempen anjuran Sekretariat 1 Malaysia Parlimen Hulu Langat itu mengagihkan 1,000 bungkus bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di persimpangan lampu isyarat di pekan berkenaan.


Pengerusi sekretariat itu, Datuk Markiman Kobiran, berkata Kempen Kibar Jalur Gemilang diadakan sempena menyambut bulan kemerdekaan, manakala agihan bubur lambuk dibuat sebagai aktiviti sepanjang Ramadan ini.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri berkata, kempen itu turut bertujuan menggalakkan pengguna jalan raya dan penduduk kawasan ini mengibarkan Jalur Gemilang sebagai persediaan menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan turun padang ke kawasan Parlimen Hulu Langat, Ahad ini. Kempen kibar Jalur Gemilang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz memasang bendera Malaysia pada kenderaan yang berhenti di persimpangan lampu isyarat di pekan ini, di samping mengagihkan bubur lambuk kepada pemandu dan penumpangnya.


Turut serta, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kawasan Kajang, Lee Ban Seng yang dibantu ahli Kelab Sri Nilam, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Hulu Langat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Batu 13 Hulu Langat dan anggota Balai Polis Batu 14 Hulu Langat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Paris Hilton hilang 2 ipad

Posted: 15 Aug 2011 08:39 AM PDT

MANILA: Pewaris rangkaian hotel yang juga selebriti, Paris Hilton kehilangan dua tablet iPad setibanya di ibu negara Filipina ini malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Lapangan Terbang Manila, Edwin Llubrera berkata, Paris serta merta memaklumkan kehilangan itu kepada Syarikat Penerbangan Emirate setibanya di lapagan terbang itu.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua iPad itu hilang ketika dalam penerbangan atau di lapangan terbang itu.

Paris akan berada di Filipina selama lima hari untuk membantu mereka pusat peranginan di bandar Paranaque dan merasmikan butik miliknya di Manila. Dia juga akan mengunjungi rakannya, juara tinju Filipina, Manny Pacquiao dan isteri, Jinkee. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sebulan dibuai mimpi

Posted: 15 Aug 2011 08:35 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]LONDON: Seorang pelajar semalam menceritakan bagaimana dia terlepas menyambut hari jadinya dan peperiksaan universiti kerana tidur.
Kredit: www.hmetro.com.my

Isnin, 15 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Ada orang jaga’

Posted: 14 Aug 2011 09:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peniaga di Jalan Petaling, di sini, yang sinonim dengan jolokan 'syurga' barangan tiruan seolah-olah 'kebal' daripada tindakan apabila menjual barangan itu secara terbuka walaupun kegiatan mereka sudah lama diketahui umum.

Tinjauan Harian Metro di sekitar lokasi berkenaan mendapati hampir semua peniaga di situ menjual pelbagai barangan 'berjenama' tidak kira barangan jenama tempatan atau antarabangsa dengan harga amat rendah dengan mendakwa kualitinya serupa barangan tulen.


Ketika ditanya berhubung kegiatan itu, peniaga terbabit berkata, orang ramai mencari pelbagai barangan berjenama terutama pakaian dan kasut kerana tidak mampu membeli di tempat lain kerana harganya mahal di samping kualiti barangan itu hampir sama.

"Serupa saja sama ada barang 'ori' atau yang ini (tiruan), malah beli barangan tiruan lagi untung, harga murah, boleh jimat duit. Kalau pakai pun bukan orang nak tengok tulen ke tak yang penting ada jenama," katanya.


Ada juga peniaga menyalakan pemetik api dan cuba membakar kulit barangan terbabit untuk meyakinkan orang ramai barangan tiruan itu setanding barangan berkualiti.


Lebih mengejutkan, peniaga itu mendakwa pihak berkuasa tidak berani mengadakan operasi membanteras kegiatan penjualan barangan tiruan berikutan tempat itu ada 'orang jaga' dan mereka perlu berurusan dengan individu terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan, Mohd Mokhtar Yeop, berkata tiada istilah kebal dalam melaksanakan undang-undang dan peniaga terbabit tidak terlepas tindakan pihak berkuasa.


Katanya, dakwaan kononnya peniaga terbabit kebal daripada tindakan tidak benar kerana pihaknya kerap mengadakan operasi barang tiruan di sekitar kawasan terbabit dan mengambil tindakan kepada peniaga yang gagal mematuhi undang-undang.

"Mereka tidak kebal cuma mereka degil walaupun ratusan kali operasi diadakan dan dikenakan denda. Kami percaya ada dalang di sebalik kegiatan ini yang membekalkan barangan itu supaya mereka meneruskan perniagaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Anak didakwa ugut ibu

Posted: 14 Aug 2011 09:21 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang anak mengugut ibunya menggunakan pisau selepas dipercayai khayal menghidu gam di hadapan sebuah rumah di Tapak Perpindahan Tok Adis, di sini, pada 10 Ogos lalu membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan melakukan ugutan jenayah.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved