Rabu, 12 Oktober 2011

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Farah rindu suami di Chiang Mai

Posted: 11 Oct 2011 07:12 AM PDT

PELUANG mendekati jiwa dan personaliti Farah Diana Anuar sepanjang mengikuti penjelajahannya di negara Gajah Putih minggu lalu membuka ruang melihat kematangan dan kebahagiaan yang tidak mampu disorok lagi si empunya senyuman manis ini.

Meskipun bicaranya halus dan sesekali menyusun berhati-hati cerita yang ingin dikongsi, bintang popular yang lahir dari program Akademi Fantasia musim kedua ini sudah berani untuk berkongsi saat bahagianya sejak bergelar isteri, tiga bulan lalu.

Belum sempat soal pengalaman dan perkembangan seninya diungkap, lekas episod indahnya memimpin kebahagiaan hidup berumah tangga menjadi topik utama disembangkan terutama apabila terpaksa berjauhan dengan insan tersayang, Johan Johari hampir sebulan bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengantara program Rasa Halal di Laos dan Thailand.

Jelasnya, itulah pengorbanan dan bukti persefahaman antara mereka kerana segala-galanya adalah tuntutan kerjaya yang mustahil diketepikan meskipun jauh di lubuk hatinya, terdetik perasaan rindu yang tidak mampu digambarkan.


"Dulu ketika mengendalikan Rasa Halal sepanjang lima musim, saya tidak perlu fikirkan sesiapa kerana masih sendiri. Namun kini apabila mendapat saja jadual penggambaran, saya terus memikirkan suami yang akan saya tinggalkan sementara.


"Saya bersyukur kerana Johan sentiasa memahami dan dia sendiri yang menyuruh untuk saya kekal mengacarakan program itu.

"Memang saya akui fikiran saya melayang merindui suami namun alhamdulillah setiap hari kami akan berhubung dan bertanya khabar.

"Namun ia bukanlah sesuatu yang baru atau pelik bagi kami kerana sejak bercinta lagi, memang kami berdua jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kerja dan kebetulan Johan tinggal bersama keluarga serta bekerja di Pulau Pinang, saya pula di Kuala Lumpur.

"Apapun manisnya, Johan datang membuat kejutan kepada saya pada awal Oktober lalu ketika saya bersama tenaga kerja berada di Bangkok. Sempat juga dia meluangkan masa selama tiga hari untuk bertemu saya dan menghabiskan masa bersama. Itu sudah cukup menghilangkan rasa rindu saya kepadanya," katanya yang menetap bersama suami dan keluarga mentuanya di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Ditanya pula pengalaman dan rutin hariannya sepanjang bergelar isteri, anak ketiga daripada enam beradik yang juga kelahiran Kuala Lumpur ini seronok menceritakan gelagatnya yang kini gigih belajar untuk menyediakan masakan kegemaran suaminya iaitu udang masak sambal.

Meskipun terikat dengan jadual kerja dan percaturan seni yang bagai tiada akhirnya, Farah yang turut mengacarakan program bual bicara Nasi Lemak Kopi O
di TV9 menyifatkan rasa penat yang dirasainya dalam mengukuhkan lagi ikatan
kasih sayang dalam perkahwinan adalah satu kepuasan yang sukar di gambarkan.

"Kelakar juga apabila saya mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda seperti ini kerana masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari.

"Bagaimanapun, saya tidak menyesal dan suami pula sentiasa di belakang menyokong. Mujur ibu mentua dan keluarga suami juga begitu akrab dengan saya dan mereka juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

"Sebenarnya sepanjang bercinta, kami bukanlah seperti pasangan biasa yang setiap hari bertemu sebaliknya hanya beberapa kali saja kami sempat dating kerana begitu sibuk ketika itu.

"Lantas keputusan kami berkahwin ini adalah untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan terus menyulam rasa cinta antara kami selain menguatkan lagi keserasian yang ada.

"Setakat ini, segala kelengkapan dan keperluan suami baik untuk kerja dan peribadinya sudah mampu saya uruskan sendiri.

"Malah, saya sendiri sudah cekap menyediakan masakan kari buatnya. Cuma jika ada kelapangan, saya akan duduk bersama ibu mentua untuk belajar cara memasak dan bagaimana untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

"Sekarang saya memang sedikit sibuk berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur memandangkan saya masih terikat mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O setiap Jumaat dan undangan persembahan," katanya yang mengakui tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada rezeki.

Jika ada yang tertanya mengapa si pemilik wajah manis dengan raut pesona anggun masih kekal mengendalikan program Rasa Halal sepanjang enam musim, mungkin perlu memberi peluang memerhati komitmen dan kesungguhannya di lokasi penggambaran.

Letak ke tepi soal penat dan letih kerana sentiasa terkejar-kejar dengan kesuntukan masa, Farah hanya menyifatkan disiplin adalah kunci utama bagi menghidupkan apa saja tugas dan tanggungjawab yang diberi.

"Bayangkan saya terpaksa menyiapkan semua 13 episod Rasa Halal dalam masa kurang dari sebulan dengan menjelajah beberapa negara yang tidak semudah ditonton di televisyen.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tenaga kerja program ini sudah bagaikan keluarga yang mana saya tidak berasa janggal untuk berbincang atau memberi pandangan.

"Sudah enam musim Rasa Halal bersama saya dan memang dapat saya rasakan hubungan itu. Ia begitu dekat kepada saya dan sentiasa memberikan pengalaman baru.

"Tidak setakat berpeluang pergi melawat ke negara orang, malah saya juga
punya ruang terbaik bagi mengenali budaya, masyarakat dan jenis makanan mereka.

"Bagi musim keenam, saya akan menyuntik beberapa pembaharuan dan kelainan. Saya akan cuba berkongsi maklumat secara santai dan bersahaja selain lebih cenderung mempamerkan budaya dan komuniti Islam di sana. Insya Allah, penonton akan melihat perbezaan dan kelainan bagi musim baru ini," katanya.

Selepas mengembara mengenali pelbagai cara penyediaan makanan halal dan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi ke beberapa negara termasuk Hong Kong, China dan Vietnam, Rasa Halal Laos dan Thailand. Musim baru ini akan disiarkan setiap Selasa, jam 7.30malam mulai 6 Disember di Astro Oasis.

PROFIL:

NAMA SEBENAR: Farah Diana Anuar
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1985
UMUR: 26 Tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak ketiga dari enam adik-beradik
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Johan Johari
PENDIDIKAN: Jurusan Seni Persembahan (Muzik dan Vokal) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)
JURUCAKAP PRODUK: Power Roots, Intimate, Syahirah

PROGRAM: Fulus Mania (Durian Runtuh) Di Astro Ria, Rasa Halal Orient (Astro Oasis) Musim 1 Hingga 6, Generasi Asli @ 1Malaysia dan Nasi Lemak Kopi O

ALBUM: Antara Dua dan Fantasia
DRAMA: Popular dan Akademi
FILEM: Man Laksa

PENCAPAIAN: Artis Harapan Terbaik AIM ke-12, Hadiah Penghargaan Top 10 New Singers Prize Di Festival Muzik Asia, Shanghai 2005, Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2005

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada lagi alunan Lembaran Terakhir

Posted: 11 Oct 2011 06:56 AM PDT

HUJAN pagi semalam seakan membawa khabar sedih pemergian Biduan Negara, Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais, jam 9.20 pagi.

Allahyarham yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam pada 1 Oktober lalu akibat sesak nafas, meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Ambang Sore, Budi Setahun Segunung Intan dan Azizah itu mula dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor kerana mengadu penat selepas menjayakan satu persembahan Aidilfitri di Matic, Jalan Ampang pada 9 September sebelum dipindahkan ke DEMC kerana mempunyai rekod perubatan di situ.

Dalam usia emas, Allahyarham mempunyai penglihatan yang baik dan lebih suka memandu kereta sendiri biarpun pada malam hari kerana tidak percaya kalau orang lain yang memandu.


Ke mana pun pergi, lebih yakin memandu sendiri dan hidup sendirian selepas kematian isteri, Datin Mas Alilah Mas Nayin pada 22 Jun 2009.


Allahyarham juga tidak mengamalkan amalan tertentu untuk menjaga suara kerana baginya suara adalah anugerah Tuhan.

Namun, katanya, sejak kecil ibunya tidak membenarkan dia minum ais batu.

Katanya, ais itu sejuk di luar tapi panas di dalam. Dia tidak pernah menyentuhnya sejak sekolah rendah lagi kerana mengikut kata-kata ibunya yang dipegang sehingga hayatnya.

Walaupun dipanjat usia dan keadaan kesihatan kurang sihat, Allahyarham tetap bersemangat menyanyi. Ketika menjayakan Konsert Terima Kasih Harian Metro pada 26 Mac lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Allahyarham berganding dengan artis generasi baru, Bunkface untuk lagu popularnya, Umpan Jinak Di Air Tenang dan persembahan mereka disaksikan 100,000 penonton.

Pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada industri seni tanah air.
Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengakui sebagai anak seni yang sama-sama berjuang dengannya, pemergian Ahmad Jais amat dirasai.

"Saya pernah menjayakan beberapa persembahan bersama arwah dan menyifatkan beliau seorang individu yang ceria dan gembira. Tidak pernah saya melihat dia dalam 'mood' yang tak baik sebaliknya muncul dengan wajah riang. Seorang yang mesra dan mudah didekati.

"Malah, arwah juga seorang yang sentiasa menjaga penampilannya. Setiap kali muncul di pentas, beliau pasti tampil kemas dalam gaya tersendiri. Kali terakhir saya bersua serta beraksi di pentas sama dengannya sekitar Jun lalu.

"Saya kagum kerana arwah anak seni sejati yang aktif dalam bidang seni sepanjang hayatnya.

"Saya yakin dengan keikhlasan dan ketelusan arwah menghiburkan masyarakat, beliau disayangi ramai orang dan peminat yang sentiasa menyokongnya," katanya.

Jamal Abdillah menyifatkan beliau seorang yang begitu merendah diri dan tidak pernah menunjukkan kesusahan dalam kepayahan dialaminya.

"Arwah sentiasa mengukir senyuman dan tampil dengan wajah gembira. Saya juga tidak pernah mendengar beliau merungut mengenai apa-apa pun berkaitan industri hiburan tanah air.

"Bagaimanapun, industri hari ini (semalam) kehilangan seorang artis yang memiliki suara tiada tandingan dan galang gantinya. Kini tiada lagi suara lemak merdu dan meruntun jiwa dapat menghiburkan pendengar dengan dendangan lagu Melayu asli yang hebat, mantap dan bertenaga. Usia tidak menjadi penghalang arwah menampilkan persembahan terbaik," katanya.

Penyanyi Aishah yang juga popular dengan lagu Bahtera Merdeka menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang suka berterus-terang.

Katanya, dalam satu persembahan arwah pernah bertanya kepadanya mengapa suka sangat mendendangkan lagunya.

"Ketika itu, kami baru beraksi di pentas sama, jadi saya terkejut. Sebenarnya arwah mahu memuji saya kerana dapat menyanyikan lagu Bahtera Merdeka dengan baik.

"Saya masih ingat kata arwah yang beliau pun tidak pernah terfikir menyanyikan lagu itu dengan lenggok.

"Pernah beberapa kali membuat persembahan bersama, arwah yang sering melihat saya membawa anak di belakang pentas, menegur mengatakan tidak tahu bagaimana saya mampu menguruskan anak dan menyanyi dalam masa yang sama.

"Sebagai seorang yang mengambil berat, jika saya tidak membawa anak bersama, beliau akan tanya juga. Begitulah sikap arwah yang ceria, peramah dan sangat suka berterus-terang. Apa saja yang beliau suka atau tidak suka, pasti diluahkannya," katanya.

Dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada 28 Mac 1936, Allahyarham berhijrah ke Singapura pada 1959 dan sering menyertai pertandingan menyanyi dan menjadi juara pertandingan Lagu Asli Singapura pada 1959 dan 1960 hingga tidak dibenarkan bertanding pada 1961.

Tidak patah semangat, Ahmad Jais menyertai Lagu Pop Singapura dan menjadi juara pada 1961 lalu kembali menyertai Lagu Asli Singapura pada 1962 dan menjadi juara.

Sewaktu membuat persembahan di Panggung Victoria bersama kumpulan Seriwarna, kehebatan suaranya menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

Panggung Victoria juga menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan hingga ramai membuka mata dengan kemerduan suaranya.

Album pertama dirakamkan pada 1965 dengan lagu Kucupan Azimat dan Ahmad Jais merakamkan lebih 100 lagu dan menghasilkan 15 album.

Antara lagu popularnya, Bunga Ku Puja Di Petik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah, Bahtera Merdeka, Harapan Kecewa, Kau Pergi Tanpa Relaku dan Lembaran Terakhir.

Selain menyanyi solo, Allahyarham juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang menerusi lagu Juwitaku Sayang dan lagu Budi Setahun Segunung Intan duet dengan Kartina Dahari yang dimuatkan dalam filem Aksi Kucing.

Setiap kali menyambut Aidilfitri, alunan suaranya untuk lagu Selamat Hari Raya menjadi kemestian menjelang Syawal.

Kemuncak kariernya dalam bidang seni hadir pada 23 Mac 2007 apabila mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Sepanjang kariernya, Allahyarham turut berlakon filem Aksi Kucing, Dara Kula dan Si Badul. Pada 2001 menerima anugerah Artis Sepanjang Zaman Papita dan Anugerah Biduan Veteran di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 (ABPBH 2002).

Allahyarham menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda ke-63 pada 2006.

Al-Fatihah...semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang dikasihi Allah...amin.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Gergasi Merah kian membara

Posted: 11 Oct 2011 10:14 AM PDT

PERAK berdepan tugas lebih berat menjelang suku akhir kedua Piala Malaysia, Jumaat ini apabila jurulatih Selangor, P Maniam menjangkakan prestasi pemainnya akan terus meningkat bagi memastikan tiket ke separuh akhir berada dalam genggaman.

Pengendali berusia 43 tahun itu menjelaskan terdapat peningkatan dalam permainan dipamer barisan Merah Kuning terutama selepas mencalar rekod tanpa kalah Perak pada peringkat kumpulan apabila menang 3-1 di Stadium Shah Alam, kelmarin.


"Jika anda lihat, mereka sudah meningkat sejak menewaskan PDRM (4-1) dan Kuala Lumpur (2-1) pada peringkat kumpulan sebelum ini. Pemain beraksi dengan penuh semangat bagi memastikan kemenangan.

"Selain kelibat beberapa pemain di barisan depan yang menyerlah dan mengancam kubu lawan, saya turut puas hati dengan kekentalan benteng pertahanan yang diketuai (Mohd) Nasriq (Baharom) dan (Mohd) Asraruddin (Putra Omar)," katanya yang pernah menyuarakan kebimbangan mengenai dua posisi terbabit sebelum ini.


Malah Maniam berkata, juara 32 kali Piala Malaysia itu akan terus menggunakan corak permainan sama apabila beraksi di Ipoh.


"Apabila turun beraksi dalam aksi suku akhir kedua, saya harap pemain tidak menganggap sudah mempunyai kelebihan sebaliknya bermain untuk mencatatkan kemenangan walaupun sukar," katanya.

Namun beliau tetap mengingatkan anak buahnya terhadap tentangan Perak kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar yang pasti mempunyai strategi tersendiri selain kehadiran semula lima tonggak Seladang yang digantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.


Dua jaringan menerusi sepakan percuma menarik Mohd Safiq Rahim pada setiap babak memastikan Selangor selesa mendahului sebelum Mohd Amirulhadi Zainal tenang meledak gol ketiga bagi memastikan kemenangan tuan rumah dengan Failee Ghazali menjaringkan gol sagu hati pelawat.

Full content generated by Get Full RSS.

Padah gagal kawal emosi

Posted: 11 Oct 2011 10:03 AM PDT

KEMENANGAN bergaya Terengganu menewaskan Kelantan 3-1, malam kelmarin, terpaksa dibayar dengan harga tinggi apabila dua pemain utamanya yang juga pemain kebangsaan, Mohd Zubir Azmi dan Ismail Faruqi Ashari dilayangkan kad merah.

Derita sama juga dialami pelawat apabila pengadil Mohd Nafeez Abd Wahab turut memerintahkan tiga pemain Kelantan, Mohd Syakir Saari, Daudsu Jamaluddin dan Aziz Ismail keluar padang kerana menerima kad merah.


Jurulatih Irfan Bakti Abu Salim berkata, perlawanan yang bermula rancak bertukar menjadi sedikit tegang pada pertengahan babak pertama yang menyaksikan pemain kedua-dua pasukan gagal mengawal emosi sekali gus menyaksikan lima kad merah dilayangkan pengadil.

"Jika pemain kedua-dua pasukan berjaya mengawal emosi, insiden layangan kad merah mungkin dapat dielakkan. Pertembungan dua finalis Piala FA musim ini memang amat dinantikan peminat dan sudah dijangka sengit, apatah lagi dua pasukan itu berjiran dan seharusnya pemain mampu mengawal emosi masing-masing serta bermain dengan penuh semangat kesukanan," katanya.


Bagaimanapun, secara keseluruhan jurulatih berasal dari Kelantan itu bangga dengan corak persembahan pemain yang berjaya mengambil peluang terhidang untuk membawa bekalan selesa pada perlawanan suku akhir kedua di Kota Bharu, Jumaat ini.


"Biarpun perlawanan agak panas dan ditambah insiden kad merah dan kuning, secara jujurnya saya puas hati dengan persembahan pemain yang berusaha keras memburu jaringan untuk menewaskan lawan," katanya.

Pada perlawanan itu, Terengganu berjaya mendahului Kelantan hasil jaringan Ismail Faruqi pada minit ke-43 sebelum diikat Mohd Badri Radzi menerusi sepakan penalti m-78.


Tuan rumah kemudian menambah dua gol lagi menerusi sepakan penalti Abdul Manaf Mamat m-88 sebelum kapten, Mohd Mazuki Yusof menambah derita pelawat untuk gol ketiga.

Ditanya peluang Terengganu untuk layak ke separuh akhir, jurulatih berusia 60 tahun itu yakin anak buahnya mampu memperagakan aksi bertenaga pada perlawanan kedua kelak.


"Andai aksi yang dipamerkan malam itu (kelmarin) menjadi ukuran, saya percaya Terengganu mampu melangkah ke separuh akhir biarpun bakal menerima tentangan sengit di Kota Bharu.


"Saya juga percaya ketiadaan Ismail dan Zubir tidak akan menjejaskan rentak pasukan kerana kita mempunyai pemain lain untuk menggantikan tempat mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Selasa, 11 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Drebar nyaris maut ditembak peragut

Posted: 10 Oct 2011 10:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu berusia 25 tahun nyaris maut apabila dia ditembak di leher kirinya dalam kejadian ragut, semalam.

Difahamkan, mangsa mahu menghantar majikannya yang juga doktor Klinik Kita, Wangsa Maju, di sini, pulang selepas tamat waktu kerja.


Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Farid menyandang sebuah beg sebelum dia dihampiri seorang lelaki berusia 20-an dan meragut begnya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek terbabit bergelut beberapa minit sebelum suspek melepaskan tembakan dari jarak dekat dan terkena kiri leher mangsa.


"Akibat tembakan itu, mangsa rebah dan suspek melarikan diri dengan beg mangsa ke arah seorang lagi rakan suspek yang menunggang motosikal tidak jauh dari tempat kejadian.


"Beberapa kakitangan klinik berkenaan yang menyedari kejadian itu keluar dan menghulurkan bantuan kepada mangsa sebelum ambulans tiba," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.


Katanya, suspek melarikan diri ke Jalan Wangsa Maju dengan menaiki sebuah motosikal dipercayai Yamaha 125Z.

Zakaria berkata, usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Full content generated by Get Full RSS.

Tebuk kedai emas

Posted: 10 Oct 2011 10:32 AM PDT

KUALA SELANGOR: Dua penjenayah bukan saja memanjat siling sebuah pasar raya, di sini, malah berani mengambil masa hingga lebih lima jam menebuk dinding sebuah kedai emas dan peti besi sebelum melarikan barang kemas bernilai lebih RM500,000.

Pelakuan penjenayah lelaki berusia 25 hingga 30-an terbabit dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya berkenaan.


Rakaman menunjukkan dua suspek menceroboh pasar raya itu bermula jam 12.05 tengah malam Sabtu lalu sebelum menggerudi dinding kedai emas berkenaan dan keluar membawa beg berisi barang kemas yang dicuri jam 5.29 pagi, kelmarin.

Sumber polis berkata, pada mulanya dua suspek itu memanjat siling pasar raya berkenaan sebelum menceroboh masuk ke sebuah butik.


"Butik berkenaan terletak bersebelahan kedai emas berkenaan. Suspek yang membawa beg berisi mesin gerudi menggunakan alatan itu untuk menebuk dinding yang tepat menembusi di kedudukan peti besi kedai emas itu.


"Suspek mengambil masa agak lama sebelum peti besi itu ditebuk dan melarikan barang kemas," katanya.

Menurutnya, mungkin akibat keletihan suspek melarikan diri membawa barangan berharga itu dengan meninggalkan alatan penebuk berkenaan di tempat kejadian.


Kejadian, katanya, disedari pekerja pasar raya ketika mahu memulakan tugas jam 8 pagi kelmarin sebelum terlihat dinding itu ditebuk. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes berkenaan setakat ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk bangunan pada waktu malam.

Menurutnya, polis melancarkan gerakan memburu bagi memastikan suspek terbabit diberkas.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Emak gian jual 4 anak

Posted: 10 Oct 2011 11:07 AM PDT

CHUKAI: Bukan saja tergamak 'menjual' empat daripada tujuh anaknya kepada keluarga lain untuk dijaga, seorang wanita yang terdesak mendapatkan sumber kewangan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira empat tahun lalu, tergamak memperdagangkan tubuhnya bagi mendapatkan wang untuk menyara keluarganya.

Sumber berkata, lebih menyedihkan apabila ibu tunggal berusia 37 tahun terbabit yang turut menagih pelbagai jenis dadah bertindak keterlaluan apabila menurunkan ilmu dan pengalamannya menjual tubuh kepada anak gadisnya yang berusia 16 tahun.

"Selain mengajar anak perempuannya menjual tubuh, wanita terbabit menjadikan gadis itu yang berhenti sekolah ketika di tingkatan satu sebagai rakan penagih apabila mereka melepaskan gian dadah bersama ketika di rumah.

"Sebagai jalan mudah mendapatkan bekalan dadah, dua beranak terbabit menerima bahan terlarang itu sebagai menggantikan bayaran perkhidmatan seks ketika bersama pasangan masing-masing," kata sumber itu.


Kegiatan dua beranak terbabit terbongkar apabila rumah mereka diserbu sepasukan anggota polis yang menjalankan Ops Tapis di Kampung Dusun Nyior, dekat sini, hujung minggu lalu.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah, berkata serbuan ke atas kediaman milik wanita itu di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Dusun Nyior dilakukan pada jam 2 petang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

10 hari derita didera bapa tiri

Posted: 10 Oct 2011 11:02 AM PDT

ALOR GAJAH: Keji dan tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan layak dihamburkan kepada seorang bapa tiri yang dipercayai mendera anak tirinya menggunakan besi panas dan seterika sepanjang 10 hari ibu kanak-kanak itu dirawat di hospital selepas melahirkan anak.

Selain kedua-dua tapak kaki kanak-kanak itu berlubang, dipercayai terkena besi panas atau seterika, ada juga kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh mangsa.

Mohd Firdaus Mat Dan, 6, dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah (HAG), di sini, jam 4.30 petang semalam dan riak wajahnya ketika itu seolah-olah menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Bapa tiri berusia 37 tahun itu menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital selepas membawa isterinya berusia 41 tahun pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Sebang, dekat sini, sebaik wanita itu dibenarkan keluar dari hospital.


Menurut sumber, mangsa yang bertubuh kurus diberikan bantuan kecemasan hampir satu jam oleh pegawai perubatan sebaik dibawa ke HAG, tetapi kanak-kanak itu gagal diselamatkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


‘Saya bukan tiru Yuna’

Posted: 10 Oct 2011 06:22 AM PDT

DIA mengagumi Yuna dan menganggapnya antara penyanyi wanita berbakat pernah hadir di negara ini.

Justeru, sukar untuk Imratul Najwa Abdul Latif atau lebih dikenali sebagai Najwa Latif menafikan Yuna sebagai ikon atau inspirasi dalam perjalanan muziknya.

Pun begitu, jika dikatakan dia mahu menjadi klon Yuna, gadis berusia 16 tahun dan popular dengan lagu Cinta Muka Buku ini kurang bersetuju kerana dia percaya muzik mereka jauh berbeza.

Bagi Najwa, tidak adil dirinya dianggap klon Yuna jika kesamaan itu diukur melalui penampilan mereka yang bertudung.


"Saya akui amat mengagumi Yuna terutamanya pencapaian beliau dalam bidang muzik tempatan dan juga antarabangsa. Saya kagum dengan kemampuannya dalam bidang penghasilan lagu selain Yuna juga memiliki vokal yang baik.


"Harus saya akui, imej bertudung yang menjadi identiti Yuna membuatkan saya serta peminatnya yang lain bertambah kagum dengannya. Namun mengagumi tidak bermakna meniru.

"Genre muzik kami sangat-sangat berbeza. Malah, kalau ada yang menganggap imej bertudung ini sebagai meniru bagi saya itu tidak adil. Saya sudah lama memakai tudung

"Dari segi berfesyen, saya begitu tertarik dengan gaya diperkenalkan Hana Tajima. Pakaian dan gaya tudung cukup ranggi, tetapi masih memelihara kesopanan seseorang wanita Muslim. Saya percaya Yuna orang yang bertanggungjawab mempopularkan fesyen Hana Tajima di Malaysia," kata gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini.

Perjalanan karier muzik Najwa bermula apabila dia mengambil pendekatan memperkenalkan muziknya menerusi laman Youtube sebagaimana dilakukan Zie Avie menerusi lagu Kantoi, Yuna (Dan Sebenarnya) dan Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku).

Tanpa disedari, lagu Cinta Muka Buku yang dicipta olehnya sementara sentuhan lirik oleh kakanya, Syafika mendapat perhatian pelayar laman itu sehingga akhirnya dilamar NAR Records.

"Melodi menjelma di kepala sewaktu saya sedang bermain gitar di bilik. Saya merakamkannya ke dalam MP3 dan memaklumkan pada kakak yang saya dapat melodi menarik.

"Kebetulan masa itu kakak sedang melayari laman sosial, Facebook (FB).

Kalau tidak silap, ada kawan baru kahwin dan mereka berkenalan melalui FB.

Jadi, kakak rasa topik perkenalan dalam FB sesuai dijadikan lirik untuk dipadankan lagu saya.

"Tambahan pula, FB laman sosial yang banyak manfaat jika digunakan secara betul dan sesiapa pun termasuk kanak-kanak juga ada FB. Justeru, ia berkait dengan gaya hidup masa kini," katanya.

Sesudah kejayaan Cinta Muka Buku, Najwa kini dalam perancangan menghasilkan single kedua diberi judul Carta Hati.

Apa yang menarik lagu ini masih mengekalkan Syafika sebagai penulis lirik.

"Ada orang tanya apakah saya tidak mahu menggunakan khidmat penulis lirik profesional atau yang sudah ada nama? Saya bukan jual mahal atau tidak mahu cuba, tetapi saya percayakan bakat kakak menulis lirik walaupun dia masih baru.

"Usia kakak dengan saya cuma beza enam tahun dan kami berdua masih remaja jadi lirik-lirik yang dikarang oleh kakak bersesuaian dengan lagu dan perjalanan hidup saya sendiri," katanya.

Mula bermain gitar sejak di tingkatan dua, Najwa yang mengikuti kelas muzik di Yamaha di Batu Pahat pernah dihadiahkan gitar oleh bapanya ketika dia memperoleh keputusan 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Barangkali ada yang terlepas pandang berita kejayaan Najwa yang dipilih sebagai pemenang Anugerah Bakat Muda Selangor dalam bahagian muzik kategori solo menumpaskan dua finalis lain iaitu Amanda Imani dan Amirah Ali pada 17 September lalu.

Najwa sama sekali tidak menyangka memperoleh pengiktirafan berkenaan memandangkan penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat ini sendiri merasakan ia terlalu awal.

Malah, katanya, dia belum bersedia menghadapi cabaran anak seni dan sangat bimbang serta takut sekiranya namanya dipalit gosip yang tidak membina.

"Saya takut sebenarnya, tapi dalam masa yang sama saya menceburi bidang nyanyian ini kerana ingin memperkenalkan muzik saya. Tetapi sekarang saya sedang belajar memahami permainan dunia seni.

"Kalau boleh saya ingin orang respons pada muzik saya saja, tetapi saya tahu ia mustahil. Sekarang ini pun orang sudah mula kenal, kalau keluar bersiar-siar ada yang menegur. Saya harap tidak lupa diri dan mahu kekal bersederhana seperti mana sekarang," katanya.

Cinta Muka Buku

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooh..
Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu oohh..
Benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo...
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo...
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

PROFIL

NAMA PENUH: Imratul Najwa Abdul Latif
NAMA KOMERSIAL: Najwa Latif
TARIKH LAHIR: 23 Mei 1995
TEMPAT LAHIR: Batu Pahat, Johor
STATUS: Pelajar SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor
HOBI: Menghasilkan lagu dan bermain peralatan muzik gitar, dram dan piano
LAMAN SOSIAL: http://www.najwalatifs.blogspot.com/
FACEBOOK FANPAGES: najwalatif
TWITTER: @njwalatif
YOUTUBE: www.youtube.com/najwa595

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan sia-sia bakat!

Posted: 10 Oct 2011 06:13 AM PDT

PENAMPILAN kumpulan Sepah menerusi program realiti Raja Lawak musim ketiga pada 2008 mencetus fenomena tersendiri.

Trio yang dianggotai Mohd Nazdri Zainal Abidin atau Jepp, Shahmira Muhammad (Shuib) dan Mohd Noor Murad (Mamat) antara lain dilabel antara generasi pelapis berbakat.

Apatah lagi gandingan mereka dengan jenaka dan aksi spontan merangkul gelaran juara sulung Maharaja Lawak, baru-baru ini.

Selepas beberapa kali desas-desus mengenai perpecahan kumpulan itu menjadi bualan ramai, akhirnya Jepp dan Shuib tampil menjelaskan persoalan itu.


Tampil dengan kumpulan baru, Sepahtu tanpa kehadiran Mamat, Jepp memaklumkan keputusan berkenaan terpaksa dibuat biarpun berat hati untuk melakukannya.


Difahamkan keputusan itu dibuat selepas Mamat dikatakan berdepan masalah disiplin dan tidak dapat memberi komitmen kepada kumpulan.

Perpecahan kumpulan berkenaan turut mendapat maklum balas pelbagai daripada peminat dan karyawan seni.

Pelakon dan pelawak, Zainal Ariffin Abd Hamid atau Zaibo pernah mengeluarkan pelbagai kenyataan dan teguran kepada kumpulan itu ketika menilai setiap aksi persembahan pada program Raja Lawak.

Zaibo turut berasa sedikit kecewa dengan krisis yang melanda kumpulan berbakat besar itu.

"Saya pernah memaklumkan kepada mereka ketika salah satu minggu persembahan Raja Lawak bahawa adalah satu dosa besar kalau Sepah berpecah. Kenyataan menyindir itu mempunyai maksud yang mendalam kerana saya percaya bakat dan keistimewaan yang ada pada setiap anggota kumpulan itu.

"Memang bakat mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Saya akui tidak begitu rapat dengan mereka. Saya juga tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka sebenarnya.

"Tidak dinafikan, setiap artis terutama apabila berkumpulan mempunyai pelbagai perangai dan ragam masing-masing. Terpulang kepada kita untuk mengatasi dan menyelesaikan setiap perkara serta masalah yang dihadapi," katanya.

Sebagai insan seni senior, Zaibo memaklumkan kehidupan artis bagaikan satu putaran roda kadang kala di atas dan kadang kala di bawah.

Walaupun berdepan konflik, Zaibo memuji kesungguhan mereka untuk tidak mempersia-siakan bakat dan peluang yang ada.

Bagi aktivis teater dan pelakon terkenal, Fauziah Nawi memaklumkan isu yang membabitkan kumpulan itu adalah ibarat satu masalah rumah tangga yang tidak diketahui banyak pihak.

Masing-masing sudah pasti tahu mengenai kesan yang akan berlaku kepada perjalanan karier seni mereka pada masa depan.

"Mereka sudah dewasa dan tahu apa yang dilakukan. Apa yang lebih penting, selagi ia tidak menjejaskan minat dan kecenderungan mereka untuk terus mencipta nama dalam dunia seni.

"Mereka berjaya membuktikan kemampuan dengan kejayaan merangkul dua gelaran pada program realiti. Bukan hanya bersandar pada nasib, malah dengan bakat yang ada berjaya meletakkan mereka pada satu tahap yang tinggi. Ternyata mereka mempunyai keistimewaan dan tarikan tersendiri," katanya.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman bekerja dengan trio itu, Fauziah mengakui kumpulan itu berpotensi besar dalam dunia seni.

Senada dengan rakan artis, Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, Sepah dikenali sebagai trio, justeru, jika ia dibubarkan sudah pasti satu perkara yang agak menyedihkan.

Bagaimanapun, situasi itu tidak pernah menghalang pihak Astro untuk menutup ruang kepada sesiapa saja tampil menerusi program mereka.

"Sebagai salah satu daripada peserta Raja Lawak 2008 dan Maharaja Lawak musim ini, memang kami mengakui bakat mereka. Kami sentiasa menyarankan kepada mereka untuk tampil dengan kertas kerja masing-masing. Jika ia sesuai dan menarik, sudah pasti kami terima.

"Keutamaan kami adalah kepada pelanggan. Jika program itu menarik dan mendapat sambutan sudah pasti kami akan terus menyiarkannya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bedah untuk jadi Superman

Posted: 10 Oct 2011 07:41 AM PDT

MANILA: Seorang lelaki yang begitu taksub dengan Superman menjalani pembedahan dalam usaha mengubah dirinya menjadi wira komik itu.

Herbert Chavez, 35, menjalani pembedahan plastik berulang kali sepanjang 16 tahun lalu untuk membolehkannya mendapatkan dagu lekuk dan hidung Superman, menurut laporan televisyen ABS-CBN.


Dia juga menyuntik silikon untuk menebalkan bibir dan menjalani implan pada paha supaya kelihatan lebih tegap dan berotot.

Usaha AFP untuk menghubunginya gagal semalam tetapi dalam laman Facebooknya, terkandung puluhan gambar dan mesej yang menerangkan alasannya untuk menjadi superhero itu.


"Saya mengambil keputusan menjadi Superman kerana sejak kecil saya mahu menjadi sepertinya. Saya sedar dengan kelihatan seperti Superman akan menggembirakan saya dan saya berpuas hati selagi saya tidak mencederakan sesiapa," menurut satu mesej dalam laman Facebook Chavez.


Dia juga menulis, meskipun tidak mempunyai kuasa istimewa seperti Superman, dia berharap dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai bahawa mereka boleh mencapai impian masing-masing dengan bekerja keras.

Gambar Chavez sebelum dia menjalani pembedahan menunjukkan dia berkulit gelap, jauh berbeza dengan penampilannya sekarang.


Dia bagaimanapun tidak mendedahkan kerjanya. Watak Clark Kent yang menjadi Superman ialah wartawan akhbar. Menurut ABS-CBN, Chavez bekerja sebagai jurulatih ratu cantik.

Dalam laman Facebooknya, Chavez juga berkata dia melakukan kerja kebajikan dan muncul dalam televisyen beberapa kali.


Kisah Chavez mendorong pelbagai kritikan pada laman Facebooknya. Seorang pengunjung menulis dia kelihatan seperti patung pakaian.


Yang lain berkata, Chavez tidak kelihatan langsung seperti Christopher Reeve, pelakon yang memainkan watak Superman pada 1980-an atau Brandon Routh, yang mengambil alih peranan itu pada 2006.- AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Muka matador robek ditanduk lembu

Posted: 10 Oct 2011 07:36 AM PDT

ZARAGOZA: Gambar menunjukkan seorang matador ditanduk seekor lembu jantan menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk pada mukanya.

Tanduk haiwan seberat 679 kilogram itu menembusi muka Juan Jose Padilla, dari rahang bawah hingga ke lesung matanya dan timbul di sebelah biji matanya yang tersembul.


Lebih 20,000 penonton melihat kejadian ngeri itu sambil lembu berkenaan mengangkat naik Padilla dengan tanduknya yang tersangkut pada muka matador itu.

Kejadian berlaku selepas Padilla tergelincir ketika melakukan persembahan di gelanggang di Zaragoza, Sepanyol.


Dia dikejarkan ke hospital dengan mukanya berlumuran darah sambil dia meraung: "Saya tidak boleh melihat. Saya tidak nampak apa-apa." Padilla, 39, menjalani pembedahan selama lima jam selepas cedera teruk pada mata, tulang, otot dan kulit muka.


Doktor, Simon Sanz dan Nadal Cristobal berkata, pakar bedah menggunakan kepingan titanium dan jejaring untuk membentuk semula muka matador itu.

Pembantu gelanggang, Vincente Yesteras berkata, Padilla bernasib baik kerana tanduk lembu itu tidak menembusi otaknya. - DM

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Gegaran Safiq

Posted: 10 Oct 2011 09:38 AM PDT

"MISI 33" Selangor semakin membara apabila membenam cabaran Perak di Stadium Shah Alam dengan mencatatkan kemenangan 3-1 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia semalam.

Dua jaringan perancang tengah yang disisihkan skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim memastikan Merah Kuning membawa bekalan selesa apabila bertandang ke Stadium Ipoh, Jumaat ini selepas pelawat hanya mampu menjaringkan gol sagu hati menerusi Failee Ghazali pada minit ke-76.


Mohd Safiq mempamerkan kemampuannya menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke-13 dengan menewaskan penjaga gol Perak, Kamarul Effendi dan sekali lagi mengulanginya pada minit ke-58 sebelum seorang lain pemain kebangsaan yang tidak mendapat panggilan baru-baru ini, Mohd Amirulhadi Zainal meledak jaringan pada minit ke-63.

Pertembungan dua gergasi Pantai Timur di antara juara Piala FA, Terengganu dan juara Liga Super, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu berlangsung sengit dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 3-1.


Tiga kad merah dilayangkan pengadil perlawanan pada separuh masa pertama kepada dua pemain Kelantan, Mohd Syakir Saari dan Daudsu Jamaluddin dalam tempoh lima minit serta penjaring gol Terengganu pada minit ke-45, Ismail Faruqi Ashari yang turut dilayangkan kad merah selepas itu.


Gol penyamaan yang ditunggu juara bertahan Piala Malaysia itu akhirnya terhasil menerusi jaringan penalti kapten The Red Warriors, Mohd Badri Radzi bagi memastikan keputusan 1-1 pada minit ke-80 namun ia hanya bertahan sembilan minit apabila Abdul Manaf Mamat menjaringkan gol kedua tuan rumah juga menerusi sepakan penalti sebelum kapten Terengganu, Mohd Marzuki Yusof memastikan kemenangan mutlak anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim pada masa kecederaan.

Jaringan tunggal Farderin Kadir pada minit ke-58 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya pula memastikan Felda United mengejutkan finalis Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan.


Sementara itu perlawanan di Stadium Likas menyaksikan Sabah bangkit daripada ketinggalan untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Justin Ganai pada minit ke-46 selepas T-Team mendahului tuan rumah menerusi Indraputra Mahayuddin pada minit ke-35.

Tanpa menunggu lawan tuan rumah yang dikendalikan Justin Ganai menyamakan kedudukan menerusi Alto Linus seminit selepas babak kedua bermula namun ia tidak cukup untuk menghalang kemenangan Bagaimanapun T-Team menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 menerusi Indraputra untuk mencatatkan kemenangan 2-1.

Full content generated by Get Full RSS.

Naim tidak gusar

Posted: 10 Oct 2011 09:24 AM PDT

ISU yang berbangkit menjelang temasya Sukan Sea Indonesia-Palembang mengenai venue pertandingan yang masih belum siap tidak menggusarkan Chef de Misson, Datuk Naim Mohamad.

Katanya, beliau meyakini kemampuan tuan rumah, Indonesia untuk menganjurkan sukan itu demi maruah mereka dan semestinya penganjuran itu akan tetap berlangsung seperti yang dijadualkan pada 11 November ini.


"Memang media mereka mempertikai dan mempersoalkan persiapan Sukan Sea dengan menggambarkan sama ada terlaksana atau tidak. Tapi seperti mana-mana temasya sebelum ini, majlis olimpik mereka akan memastikan ia dianjurkan demi maruah negara. "Kita ambil contoh Sukan Komanwel di New Delhi. Ramai yang mempersoalkan masalah serupa namun mereka tetap berjaya menganjurkannya dengan meriah," katanya. Justeru di Indonesia, Naim yakin tiada apa yang boleh menggagalkan usaha Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi 200 juta untuk menganjurkan temasya berprestij di Asia Tenggara. Naim yang ditemui ketika sesi lawatan persiapan barisan skuad bowling negara berkata, kerajaan Indonesia pastinya tidak akan mengabaikan tanggungjawab dan oleh kerana itu beliau yakin Sukan Sea ke-26 akan tetap berlangsung melainkan berlakunya sesuatu di luar jangkaan seperti gempa bumi atau bencana alam yang lain.

Sementara itu, skuad bowling negara meletakkan sasaran tiga pingat emas di temasya itu menerusi acara berpasukan dan beregu lelaki. Naim berkata, skuad negara akan beraksi dalam lima acara perseorangan, beregu, trio, lima sepasukan serta Masters dan akan berlepas ke Jakarta seminggu lebih awal untuk membiasakan diri dengan venue pertandingan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved