Rabu, 19 Oktober 2011

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Nicki, patung ‘Barbie kulit hitam’

Posted: 18 Oct 2011 06:18 AM PDT

TIBA-TIBA saja nama 'rapper' wanita ini menjadi sebutan. Semuanya gara-gara imej dan lagunya, Super Bass mendapat perhatian penggemar muzik di Barat.

Kalau Lady Gaga artis berkulit putih yang sinonim dengan gaya solekan yang pelik-pelik, dia pula penyanyi kulit hitam yang membawa imej patung mainan Barbie. Orangnya bernama Nicki Minaj, wanita kacukan India dan Afrika.

Lihat saja koleksi gambar di sini. Dengan rambut pelbagai warna, ia sudah cukup membuatkan Nicki, 27, tampak berani dalam soal fesyen.

Ada sesetengah pihak menganggap Nicki Minaj cuba meniru Lil Kim, kuat membuat gimik dan seorang artis yang palsu.


Namun ia tidak pernah mematahkan semangat Nicki untuk meneruskan impiannya agar dikenali ramai peminat seperti mana Mariah Carey.


Pemilik nama sebenar, Onika Tanya Maraj ini menyifatkan warna kulit bukan lagi faktor penghalang untuk mengembangkan kerjayanya. Hakikat ini kerana orang pada zaman ini semakin telus dan bijak menilai seseorang artis itu bukan kerana warna kulit.

Pada peringkat awal dulu, Nicki selalu mengiringi penyanyi rap lain di pentas. Antara kerjasama Nicki dengan Guci Mane menerusi lagu Slumber Party. Ia berjaya mengangkat namanya sebagai penyanyi rap wanita.

Namun Nicki benar-benar berada di puncak kejayaan pada 2009. Selepas membuat beberapa persembahan yang mengagumkan, akhirnya dia dilamar syarikat rakaman Young Money Entertainment untuk dijadikan artis mereka. Lalu dia berkolaborasi dengan dua nama besar dalam industri nyanyian iaitu Kanye West dan Rihanna.

Pada 19 November tahun lalu, barulah Nicki melancarkan album penuhnya, Pink Friday yang semakin melonjakkan namanya sehingga sibuk membuat promosi di sana sini. Selain itu, dia juga menjadi 'rapper' wanita pertama yang tujuh lagunya berjaya masuk ke Carta Top 100 Billboard.

"Sebelum saya melancarkan album lagi, saya sudah ada 'single' pertama iaitu Massive Attack yang mendapat sambutan positif dari seluruh dunia. Kemudian, saya menghasilkan pula 'single' kedua berjudul Your Love.

"Lagu itu dihasilkan untuk membuktikan saya mampu menyanyi dan pada masa sama membuat 'rapping'. Ia menjadi salah satu lagu terbaik dalam Top 100 Carta Billboard. Saya sangat bersyukur.

"Pada 2010 iaitu selepas sebulan album pertama saya dilancarkan, saya menjadi 'rapper' wanita pertama yang tujuh lagu berjaya disenaraikan dalam Carta Billboard," katanya.

Pada minggu pertama Pink Friday berada di pasaran, hasil jualan sudah mencecah 350,000 unit. Ini membuktikan aura Nicki semakin kuat dalam industri hiburan dan dia tidak mengambil masa yang lama untuk mengukuhkan namanya.

Malah ketika mengadakan siri jelajah bagi mempromosikan album Pink Friday, peminatnya sanggup berkhemah di luar hotel tempat dia menginap semata-mata menunggu peluang untuk melihat sendiri wajahnya itu.

"Dulu, saya memang mahukan kemasyhuran tapi apabila saya sudah merasainya, ia tidaklah begitu seronok. Seperti orang lain, saya masih ada kehidupan peribadi yang perlu saya simpan daripada pengetahuan umum. Walaupun saya semakin dikenali tapi tidak semua perkara saya mahu kongsi dengan semua orang," katanya.

Mengakui dia ada beberapa 'identiti diri', salah satu identiti Nicki adalah Roman Zolanski yang menurutnya, 'adik kembarnya' yang menyanyi bersamanya untuk beberapa lagu dalam album Pink Friday. Terbaru, Nicki memberikan kenyataan bahawa dia mencipta dua lagi identiti diri iaitu Nicki Teresa dan Rrrosa (Rosa).

Bagaimanapun, perkara ini bukanlah sesuatu yang janggal dalam industri seni kerana kepelbagaian peribadi ini sering dilakukan beberapa penyanyi di Amerika Syarikat seperti Beyonce Knowles, Rihanna dan Lady Gaga. Penyanyi rap terkenal, Eminem turut bersetuju mereka mempunyai identiti tersendiri bagi menyokong persembahan mereka di atas pentas.

Sebagai seorang penggiat seni, Nicki dikenali sebagai seorang penyanyi yang mampu menghasilkan pelbagai suara. Kemampuannya melakukan 'raping' juga sangat baik ketika menyanyi. Dalam satu lagu, Nicki mampu menghasilkan lima atau enam suara berbeza.

Di sebalik kejayaan yang dikecapinya kini, tiada siapa menyangka kehidupan Nicki sebelum bergelar penyanyi sangat menyedihkan. Zaman kanak-kanaknya tidak seperti orang lain yang penuh dengan gelak tawa dan kasih sayang daripada ibu bapa. Pada usia lima tahun, Nicki terpaksa berdepan dengan keadaan keluarga yang kucar-kacir.

Ibu bapanya sering bertengkar dan satu-satunya cara Nicki menghilangkan tekanan yang dihadapinya adalah dengan mencipta karakter baru dan berfantasi bahawa karakter itu tidak seperti dirinya.

Mencari ketenangan diri, Cookies adalah identiti dirinya selama beberapa tahun sebelum beralih menjadi Harajuku Barbie dan seterusnya identiti terkini, Nicki Minaj.

Ayah Nicki seorang penagih dadah dan sering meminta wang daripada ibunya bagi memuaskan ketagihannya itu. Detik cemas melanda Nicki dan ibunya apabila ayahnya cuba membakar rumah mereka. Ketika itu, Nicki dan ibunya sedang berada di dalam rumah itu.

Selepas terselamat daripada kejadian itu, ibu Nicki terpaksa menjadi ketua keluarga sehingga dia habis persekolahan di LaGuardia High School, sebuah sekolah berprestij dalam bidang lakonan.

"Kehidupan masa lalu saya sangat menyedihkan. Saya terpaksa membantu ibu saya dengan melakukan pekerjaan yang tidak saya sukai. Selepas selesai bekerja, pada sebelah malam saya akan mengenakan pakaian yang cantik dengan harapan
mereka akan melihat bakat saya.

"Pada sebelah malam, saya adalah artis tapi apabila siang, saya adalah seorang 'hamba'. Apabila mengenang masa lalu, saya mahu cakap sesuatu pada mereka yang pernah menjadikan hidup saya umpama dalam neraka, "Adakah kamu melihat saya sekarang ini? Ini adalah hasil cacian kamu!" katanya.

PROFIL

NAMA SEBENAR: Onika Tanya Maraj
TARIKH LAHIR: 8 Disember 1984
TEMPAT LAHIR: Saint James, Trinidad & Tobaggo
PEKERJAAN: Rapper dan penulis lagu
ANUGERAH: Penyanyi Hip-Hop Wanita Terbaik (2008 - Anugerah BET), Penyanyi Baru Terbaik (2008 - Anugerah BET), Anugerah People's Champ (2010 - Anugerah Hip Hop BET), Klip Video Terbaik (2011 - Anugerah UK Asian Music), Klip Video Rap Terbaik (2011 - Anugerah MTV Video Music)

Full content generated by Get Full RSS.

...Dalam Botol ke Hong Kong

Posted: 18 Oct 2011 06:07 AM PDT

KUNJUNGAN produser sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman ke Jakarta Indonesia bagi memenuhi Festival Filem Q! (FFQ!), yang mempertaruhkan karya sensasi dan kemanusiaan, baru-baru ini, bagaikan pembuka jalan apabila filem ...Dalam Botol menarik perhatian pengusaha filem Hong Kong.

Difahamkan, ...Dalam Botol terbitan Pengedaran JAS Sdn Bhd dan arahan Khir Rahman adalah satu-satunya filem yang diundang memeriahkan Hong Kong Lesbian and Gay Film Festival yang akan dilangsungkan pada 21 November hingga 1 Disember depan.

"Saya agak terkejut apabila diberitahu ada anugerah dinamakan 'Hong Kong Lesbian and Gay Film Festival'. Tetapi saya tidak mahu begitu ambil pusing mengenai nama anugerah itu.

"Sebaliknya berharap di sana nanti penganjur lebih menekankan soal mesej dan kesan di sebalik isu gay, lesbian dan transeksual kepada individu dan masyarakat.


"Saya juga mahu menggunakan kesempatan itu untuk melihat bagaimanakah bentuk penganjuran festival itu selain memanfaatkan peluang menayangkan filem ...Dalam Botol.


"Saya berharap, filem saya dapat memberi persepsi yang berbeza kepada peserta acara itu kelak kerana ...Dalam Botol dihasilkan bukan untuk memberi galakan tetapi pengajaran buat mereka," katanya.

Raja Azmi menambah, pemergiannya itu kemungkinan besar disertai Khir Rahman serta barisan pelakonnya, Diana Danielle, Arja Lee dan Wan Raja.

"Filem ini akan dialih suara ke bahasa Mandarin yang dibuat sendiri penganjur. Mereka mengalih bahasa menggunakan 'subtitle' Inggeris yang terdapat dalam filem," katanya.

Seperti yang kita tahu, sambutan filem ....Dalam Botol, mungkin tidak sehebat filem komersial yang lain, barangkali kerana intipati dan genre yang diketengahkan menerusi karya berkenaan masih asing serta belum dapat diterima masyarakat sepenuhnya.

Namun, sebuah filem yang baik ternyata punya tempat di peringkat antarabangsa dan hal ini pernah dibuktikan Allahyarhamah Yasmin Ahmad apabila filem arahannya seperti Mukhsin dan Rabun menjadi perhatian di majlis festival filem antarabangsa.

"Saya tidaklah terlalu kecewa dengan sambutan diberikan penonton tempatan terhadap ...Dalam Botol kerana saya sedar konsep filem sebegitu masih baru selain masyarakat kita belum terbuka walaupun ramai yang sedar isu seperti ini benar dan berlaku di sekeliling mereka.

"Berbeza dengan masyarakat luar kerana mereka cukup terbuka dan kerana itu apabila filem ...Dalam Botol diundang ke Festival Filem Q! (FFQ!) di Jakarta mereka menyambut baik dan positif memandang karya ini.

"Jarang sekali saya mendapat pujian apabila filem ini dipertontonkan di Malaysia, namun ketika di Jakarta, reaksi yang diberikan cukup berbeza. Mereka bukan saja menyentuh soal lakonan, pengarahan tetapi juga sukakan mesej yang diketengahkan dan ini membuatkan saya benar-benar terharu," katanya.

Sementara itu, ...Dalam Botol kini sedang dipertandingkan dalam Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) bersama 40 filem cereka lain. FFM24 tahun ini dianjurkan Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim).

Sepintas lalu, ...Dalam Botol mengisahkan Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus adalah pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identitinya kepada Ruby.

Bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukan Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun, Ghaus tidak dapat menerima Ruby dalam keadaan fizikal seperti seorang wanita, sekali gus menyingkirkan Ruby daripada hidupnya.

Keadaan bertambah sulit apabila hormon lelaki dalam tubuh Ruby kembali menyerlah dan dia ingin kembali menjadi seorang lelaki. Malah, Ruby mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi.

Namun, Ruby sedar jasadnya bukan lagi seperti seorang lelaki tulen kerana dia telah membuang alat sulitnya dan hidup bertuhankan nafsu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Penyu berbisa

Posted: 18 Oct 2011 01:57 PM PDT

DUA jaringan berharga Abdul Manaf Mamat pada separuh masa pertama memastikan Terengganu selangkah ke pentas final Piala Malaysia 2011 sekali gus hampir memadam "Misi 33"yang membara di kalangan pemain Selangor.

Kemenangan 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi memberikan kelebihan selesa kepada skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim bagi menghadapi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.


Kealpaan dan kelalaian pemain Selangor yang diketuai pemain pertahanan kiri, P Gunalan dalam merantai gerakan lawan jelas menghukum tuan rumah sehingga membolehkan pelawat menguasai sebahagian besar permainan.

Malah semangat membara Selangor yang mendapat sokongan 25,000 penyokong tersentak ketika perlawanan hampir memasuki minit pertama apabila penyerang sensasi Terengganu, Abdul Manaf membuka jaringan buat juara Piala FA itu.


Belum sempat barisan pemain Selangor mengemaskan permainan, Abdul Manaf sekali lagi menghukum anak-anak buah P Maniam menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-32 untuk mengecewakan penjaga gol Selangor, G Jeevananthan buat kali kedua.


Dua jaringan itu menceriakan kira-kira 5,000 penyokong Terengganu dan jelas mengganggu perancangan awal Maniam yang menggunakan pemain tengah, Azidan Sarudin sebagai penyerang sehingga terpaksa memasukkan Rudie Ramli pada minit ke-36 untuk menguatkan jentera serangan.

Ketiadaan kapten berpengaruh, Mohd Amri Yahyah yang mengalami kecederaan jelas mengganggu rentak Selangor apabila gerakan mereka sering kali berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan sehingga menyaksikan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli jarang diuji.


Malah gandingan beberapa pemain tengah berpengalaman diketuai Mohd Safiq Rahim gagal merencanakan serangan berbahaya Selangor ke kubu lawan sebaliknya lawan tenang menguasai permainan.

Walaupun cuba meningkatkan rentak permainan, Selangor masih gagal mencari sebarang gol sebagai bekalan untuk dibawa ke Kuala Terengganu sekali gus menyaksikan mereka terpaksa mencari tiga gol tanpa bolos sekiranya mahu menempah tiket ke final.


Kemenangan itu membolehkan naib juara Liga Super yang menyingkirkan juara bertahan, Kelantan pada suku akhir minggu lalu semakin hampir untuk menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dijulang mereka pada 2001.

Full content generated by Get Full RSS.

Stander, Nathalie pamer penguasaan

Posted: 18 Oct 2011 01:47 PM PDT

PELUMBA Afrika Selatan, Burry Stander dan Nathalie Schneitter dari Switzerland menguasai peringkat pertama maraton merentas desa dalam kategori masing-masing pada saingan hari pertama Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2011.

Dalam aksi penamat yang cukup dramatik membabitkan dua pelumba ranking terbaik dunia yang berada dalam kelompok hadapan, Stander berjaya menewaskan pelumba Jerman, Karl Platt dari pasukan Team Bulls untuk melepasi garisan penamat dengan catatan 2 jam 24 minit 20.5 saat di Stadium Langkawi. Stander menduduki ranking keenam dunia diiringi oleh bapanya, Charles nyata gembira dengan permulaan yang cemerlang itu.


"Pada babak awal perlumbaan cukup sukar untuk saya tapi ini adalah satu perlumbaan hebat dengan laluan yang menarik. Ia satu perlumbaan yang baik dan penamat yang dinantikan.

"Biarpun masih lagi keletihan akibat penerbangan dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang sama seperti berlumba di altitud tinggi namun penguasaan hari pertama adalah sesuatu yang menakjubkan," kata Stander merangkul kejuaraan Cape Epic di Kejohanan Afrika dan kejohanan kebangsaan Afrika Selatan awal tahun ini.


Juara tiga kali Cape Epic, Platt dari Jerman yang menduduki ranking ketujuh dunia dalam kategori elit maraton ketinggalan satu roda di belakang Stander diikuti bekas juara Eropah dari Perancis, Thomas Dietsch di tempat ketiga dengan catatan 2:26.12.2s.


Sementara itu pasukan Colnago Fabre Sudtirol membuka saingan dengan cemerlang menerusi pelumbanya, Nathalie yang menjuarai kategori wanita dan menewaskan rakan sepasukan, Vivienne Meyer.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Selasa, 18 Oktober 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Saat satukan ibu dan anak

Posted: 18 Oct 2011 11:44 AM PDT

KELETAH manjanya memikat sesiapa saja. Berwajah bulat dengan mata galak bersinar ditambah alis mata yang panjang dan lentik, si comel ini mudah didekati serta tidak takut berhadapan orang ramai. Buktinya ketika di pentas, Puteri Nurkamilia Nuwairah Al Atrash Isfizal menunjukkan aksi bersahaja. Sambil memegang buku, dia teruja melihat gambar penuh berwarna.

Gelagatnya yang penuh berkeyakinan inilah memikat juri, sekali gus dinobatkan sebagai bayi paling comel dan sihat dalam pertandingan Bayi Johnson 2011 menewaskan 19 peserta lain.

Ketika diumumkan pemenang, ibunya, Nurnahdatul Salwa Muhamad Zaki, 32, dan ayah, Isfizal Al Atrash Md Idris, 35, insan paling gembira apabila puteri kesayangan mereka yang kini mencecah usia sembilan bulan diumumkan sebagai pemenang, sekali gus menerima wang tunai RM15,000 serta hamper Johnson bernilai RM1,000.

Menurut Nurnahdatul, dia langsung tidak menaruh harapan atas kemenangan ini kerana menganggap penyertaannya hanya sekadar suka-suka. Lagipun ini bukan kali pertama dia menghantar penyertaan untuk Puteri (panggilan manja anak kesayangan mereka) kerana sudah kali kelima dan hanya pernah memenangi tempat ketiga.


"Saya memang suka menyertai pertandingan bayi comel untuk Puteri sekadar suka-suka dan memenuhi masa lapang. Tidak pernah terlintas untuk mendedahkannya kepada dunia glamor, sebaliknya cara ini memberi keyakinan kepada Puteri berhadapan dengan ramai orang. Saya tidak sangka penyertaan kelima ini membuahkan hasil. Ini semua rezeki Puteri," katanya yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Taman Rakan Cheras, Selangor.


Bercerita mengenai anak sulungnya ini, menurut Nurnahdatul, Puteri bayi yang cergas dan aktif. Dia yang dilahirkan pada 28 Disember 2010, senang dijaga dan tidak banyak kerenah.

Sejak kecil Puteri sudah didedahkan dengan bahan bacaan menyebabkan dia gemar melihat buku dan membaca dalam bahasa tersendiri. Apabila melihat gambar, mulutnya tidak putus-putus bersuara. Puteri juga suka melihat cermin dan akan membuat aksi dan mimik muka apabila melihat wajahnya sendiri.

Anaknya juga suka mendengar muzik dan akan menari mengikut alunan lagu.
Mungkin kecenderungan ini ada kaitan dengan Nurnahdatul yang juga guru muzik di sekolah.

"Selain meminati buku dan muzik, saya juga sering membawa Puteri keluar ke mana saja. Ini bagi mendedahkan dia dengan orang ramai, suasana bising dan panas supaya dia tidak kekok dan yakin. Sebab itu dia tidak takut dan mudah mesra dengan sesiapa saja," katanya.

Bagi mendapatkan anak yang cerdas dan pintar, ketika dalam kandungan, Nurnahdatul mengamalkan membaca al-Quran serta surah Yasin kerana amalan ini diakui sangat baik untuk perkembangan bayi.

"Walaupun dia sudah berusia sembilan bulan, saya masih mengamalkannya sehingga kini. Setiap pagi sebelum menghantarnya ke rumah pengasuh, saya akan membacakan surah Yasin terlebih dulu," katanya.

Menurut Nurnahdatul lagi, Puteri langsung tidak mempunyai iras ibu dan bapanya tetapi banyak mengikut wajah neneknya iaitu Sharifah Johra Syed Rastan (sebelah suami) yang berdarah kacukan Arab dan Pakistan serta ibunya sendiri, Noridah Hanim Abdullah.

Kedua-dua mereka adalah insan paling gembira apabila cucu kesayangan mereka memenangi pertandingan ini.

Ditanya mengenai hadiah wang tunai yang dimenanginya, Nurnahdatul memberitahu, semua wang itu akan disimpan untuk pelaburan masa depan anaknya termasuk pembiayaan pengajian. Seperti ibu yang lain, besar harapan Nurnahdatul agar Puteri Nur Kamilia membesar menjadi anak yang sihat dan cergas serta membahagiakan ibu bapanya.

Pemenang kedua, Millen Teo Yuen Yee, 2, cahaya mata kepada Beh Fern Fern dan John Teo Jee Ghen memenangi hadiah wang tunai bernilai RM8,000 dan hamper Johnson RM800.

Beh mengetahui pertandingan ini menerusi rakan memandangkan dia sering menyertai pertandingan bayi comel sebelum ini.

Millen yang dilahirkan pada 6 Ogos 2009 sangat suka menari dan bermain silang kata bergambar. Dia juga sangat suka membaca buku dan gemar dibawa ke kedai buku.

"Sejak kecil saya sudah biasakan dia dengan kedai buku dan sering membacakan buku sebelum tidur. Tabiat ini terbawa-bawa sehingga sekarang," katanya.

Seperti ibu lain, Beh sangat prihatin pada pemakanan anaknya dan hanya memberi makanan berkhasiat agar dia kekal cergas sepanjang masa.

"Millen makan apa saja tetapi saya akan pastikan makanannya mengandungi nutrisi lengkap dan mengambil buah-buahan setiap hari. Dia juga gemar makan dadih serta nasi ayam bersama sup," jelasnya yang menyimpan semua hadiah wang tunai untuk pembelajaran Millen pada kemudian hari.

Tempat ketiga dimenangi Koemi Ooi Lee Yern, 2. Ibu kepada bayi comel yang berasal dari Kedah ini, Teow Sooi Yee menerima wang tunai RM5,000 serta hamper Johnson RM500.

Di samping itu, tujuh bayi antara 10 peserta akhir turut menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta hamper RM200. Bagi peserta separuh akhir, setiap mereka menerima hadiah wang tunai RM500 dan hamper RM100.

Menurut Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Malaysia, Soo Woon Yee, pertandingan bayi Johnson kali ini adalah meraikan ciri-ciri terbaik setiap bayi bukan saja mencari bayi paling comel tetapi mengutamakan ciri keseimbangan seperti kesihatan dan kecergasan.

Bayi yang berjaya mendapat tempat pertama diperiksa rapi pakar kanak-kanak dan pemilihan mereka berdasarkan kesihatan, kebijaksanaan berdasarkan tahap umur dan perkembangan mereka.

"Tiga pengadil dipilih dan mereka melihat kualiti khas seperti kelebihan pada senyuman yang menawan serta pergerakan menarik bayi," jelasnya.

Tambahnya, pertandingan ini menjadi platform bagi ibu bapa berkongsi rasa dengan si manja mereka. Ini kerana komitmen serta kesibukan ibu bapa menjejaskan kualiti bersama anak.

"Pertandingan ini adalah peluang keemasan bagi ibu bapa yang sibuk untuk meluangkan masa dengan anak. Kami berharap ketika mengambil gambar, ibu dan bayi akan bersama dan berseronok bagi mengeratkan kasih sayang antara mereka," kata Soo.

Digelar pertandingan bayi paling berprestij di Malaysia, pertandingan Bayi Johnson 2011 mendapat sokongan menggalakkan sejak bermula 19 tahun lalu. Untuk tahun ini, pertandingan berkonsepkan sentuhan kerabat diraja memandangkan setiap anak adalah putera dan puteri di mata ibu bapa. Oleh itu, Johnson Bayi memberi gelaran Putera dan Puteri bagi bayi bergelar juara.

Berkongsi pendapat mengenai pertandingan pada tahun hadapan, jelas Soo, bagi meraikan ulang tahun pertandingan ke-20, Johnson berharap lebih ramai ibu bapa serta bayi akan menyertai pertandingan ini.

Bayi yang akan memenangi Bayi Johnson 2012 nanti akan mencerminkan pencapaian Johnson dalam mengeratkan perhubungan antara ibu dan bayi Malaysia sejak 20 tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Manisan panna cotta

Posted: 18 Oct 2011 09:10 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]BAGI mereka yang ingin mencari kelainan, apa kata mencuba manisan panna cotta bersama mangga berkaramel yang enak dan lazat.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Luluh hati lihat jasad suami

Posted: 17 Oct 2011 09:31 AM PDT

MELAKA: "Luluh hati saya ketika tiba ke tempat kejadian dan melihat tubuhnya terbujur kaku ditutup dengan plastik hitam. Malah, lebih mengecewakan apabila mengenangkan arwah tidak sempat melihat anak ketiganya yang bakal lahir.

"Sebelum ini, dia pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga koma dan menyatakan sekiranya sekali lagi terbabit kemalangan, nyawanya akan terancam kerana kepalanya sensitif," kata isteri kepada mangsa kemalangan maut, Shahrul Hisham Daud, 22.

Norhanisah Nordin, 21, yang baru disahkan mengandung sebulan berkata, ketika kejadian suaminya baru menghantarnya bekerja di pasar raya di Cheng jam 2.45 petang sebelum terbabit dalam kemalangan jam 3.30 petang itu.

"Sebelum ini, dia tidak pernah menghantar saya sehingga ke kaunter tempat bekerja, namun hari ini (kelmarin) dia beriya-iya mahu ikut hingga ke kaunter, tetapi saya tidak menghiraukan permintaannya.


"Malah, sejak kebelakangan ini, suami lebih banyak berdiam diri sehingga kami jarang berbual dan saya tidak sangka perubahan itu petanda suami meninggalkan kami selamanya," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Lari tinggal 2 anak

Posted: 17 Oct 2011 09:26 AM PDT

PETALING JAYA: Seorang wanita terpaksa berpisah dengan dua anaknya selepas melarikan diri akibat tidak tahan dibelasah suami di kediaman rakannya di Damansara Damai, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 32 tahun menumpang di rumah rakannya itu selama lebih dua minggu selepas melarikan diri bersama dua anaknya akibat tidak tahan dipukul suaminya.


Menceritakan semula kejadian, sumber berkata, kejadian berlaku jam 2 pagi selepas mangsa mendapat panggilan telefon daripada suaminya menyuruh dia turun berjumpa dengannya.

Mangsa akur dan turun bertemu suaminya dengan membawa bersama dua anak mereka sebelum berlaku pertengkaran kecil. Ketika itu, suami mangsa yang naik marah menumbuk perut dan menampar mukanya.


"Suaminya turut mencekik mangsa sebelum wanita itu menolaknya dan melarikan diri meninggalkan kedua-dua anaknya bersama lelaki itu," katanya. Menurutnya, sebelum kejadian, keluarga suami mangsa pernah datang ke rumah berkenaan dua minggu lalu dan mengugut akan 'menyemadikan' mangsa sambil melontarkan kata-kata kesat kepadanya.


"Bapa mentua mangsa turut memberi amaran supaya tidak mendekati suaminya lagi berikutan lelaki itu sudah beristeri baru dan hidup bahagia," katanya.

Sehubungan itu, mangsa yang melarikan diri ke rumah seorang lagi rakannya di Jinjang, dekat sini, membuat laporan di Balai Polis Jinjang sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Taisyan tuntut kembali janji Bob

Posted: 17 Oct 2011 06:07 AM PDT

MENZAHIRKAN perkara yang tidak pernah dilihat dengan mata kasar tidak mudah, apatah lagi memainkan peranan sebagai Syaitan. Sebagai pelakon, sudah pasti cabaran itu yang dicari Ahmad Azhar Othman atau Awie dan Khairulizam Abdul Rahman (Khir Rahman) dalam berkarya.

Watak berat seperti itu bukan selalunya datang. Harus diingatkan bahawa syaitan bukan hantu, melakonkan watak hantu mudah tetapi menggambarkan syaitan di mata umum menuntut imaginasi tinggi.

Watak seperti itu memberikan kepuasan dan peluang itu diberikan kepada mereka oleh pengarah prolifik, Mamat Khalid sewaktu menghasilkan karya terbaru, Rentaz @ Lebuh Raya Ke Neraka.

Menampilkan tema kerohanian, Rentaz mengisahkan Bob yang membesar dalam keadaan tidak sempurna dalam keluarga bermasalah, kerana mahu hidup senang, dia bersekongkol dengan syaitan.


Begitupun ada syarat yang perlu dipatuhi. Syaitan menjelma dalam watak Taisyan menuntut kembali janji-janjinya sewaktu Bob mengalami kemalangan dan berada dalam keadaan koma.


Awie berkata, pada peringkat awal Mamat Khalid mempelawa membintangi filem itu, dia tertarik dengan watak Taisyan yang diibaratkan watak terbaik.

"Memang saya mahukan watak Taisyan kerana ia cukup mencabar. Bagaimanapun, atas sebab tertentu saya terpaksa menolaknya dan Mamat menawarkan saya memainkan watak Bob.

"Saya menolak melakonkan watak itu kerana status saya sebagai Duta Persekutuan Seruan Islam Perak, sudah tentu tidak manis jika apa yang dilakukan kelak memberi kesan kepada pertubuhan itu," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran Rentaz di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sebagai ganti, ada beberapa nama dicadangkan, namun mereka dirasakan tidak cukup kuat untuk memainkan peranan Taisyan, sehinggalah Awie sendiri memberikan nama Khir Rahman kepada Mamat Khalid.

Kata Awie, selepas menjalani proses pembacaan skrip dan pemahaman watak ternyata Khir Rahman adalah pelakon paling sesuai. Selepas menjalani penggambaran, Awie akui bakat dimiliki Khir Rahman juga besar dan keserasian antara mereka senang untuk diwujudkan.

"Melakonkan watak itu, dia perlu lebih berhati-hati agar tidak berlebih-lebihan dan sentiasa berada di atas landasan yang sudah ditetapkan pengarah.

"Watak Taisyan memang besar dan dia boleh menjadi apa saja kerana dia adalah jelmaan syaitan. Kerana itu apabila beraksi depan kamera, saya sentiasa bersedia apa yang hendak dilakukan Khir Rahman terhadap permainan wataknya dan memberikan lakonan apa yang sepatutnya dilakukan," katanya.

Bercerita lanjut mengenai Rentaz, ia bukan filem hantu atau seram tetapi berkonsepkan 'thriller'. Ia juga bukanlah filem ketuhanan, sebaliknya lebih kepada kerohanian.

Kata Awie, sepanjang menjalani penggambaran filem itu yang diadakan di utara tanah air, berlaku juga perkara yang agak menyeramkan terutama sewaktu berada di dalam hutan bersempadan dengan negara jiran, Thailand.

"Waktu itu kami sedang mengadakan penggambaran membabitkan babak mengusung keranda. Waktu itu ada beberapa orang mengambil gambar dan sewaktu kami melihat kembali foto diambil kelihatan entiti asing.

"Perkara itu membuatkan semua pelakon dan kru berasa seram. Bagaimanapun, syukur tiada perkara buruk berlaku sepanjang proses penggambaran Rentaz dijalankan," katanya.

Bagi Khir Rahman pula, dia berterima kasih atas cadangan Awie dan pelawaan Mamat Khalid sendiri untuk dia membintangi Rentaz dan memegang watak besar sebagai Taisyan.

"Hendak diikutkan tidak bagus sekiranya saya mahu membanggakan watak
syaitan ini dan ia bukan sesuatu yang bagus untuk direbut. Namun, tidak dinafikan ia sangat besar. Untuk menzahirkan watak ini, pendekatan yang saya gunakan adalah realism atau menonjolkan benda nyata," katanya.

Katanya, sebagai manusia kita tidak pernah melihat syaitan itu secara nyata jadi sudah pasti cabarannya besar. Malah, apa yang dilakukan, sebagai pelakon Khir Rahman secara jujur menjelaskan ia tidak pasti sama ada ia betul ataupun tidak.

"Kalau salah percaturan boleh bercanggah dengan iman. Jadi untuk menjayakan watak syaitan ini, saya cuba membawanya dalam pendekatan mekanikal. Kalau terlalu memikirkan mengenainya takut pula nanti lakonan nampak begitu teknikal," katanya.

Bercerita mengenai pengalamannya bekerja dengan Awie, Khir Rahman menyifatkan penyanyi utama kumpulan 'otai' Wings itu sebagai jujur dan sentiasa berpegang kepada intipati watak.

"Sebagai syaitan, saya boleh menggambarkan watak saya dengan sebebas-bebasnya tapi berbeza dengan Awie, dia harus mengawal lakonannya. Begitupun keserasian banyak membantu untuk menunjukkan apa yang dilakonkan itu nampak baik dalam layar," katanya lagi.

Biasanya sebagai pelakon yang pernah mengarah, mereka mempunyai tafsiran sendiri terhadap watak yang mahu dilakonkan. Sedangkan pengarah pula mahukan watak itu dilaksanakan dalam caranya sendiri. Tidakkah perkara itu akan menimbulkan konflik?

Mengenai perkara itu, kata Khir yang sebelum ini mengarahkan filem ... Dalam Botol menjelaskan, apabila berlakon dia akan meletakkan disiplinnya sebagai pelakon, iaitu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pengarah.

PROFIL KHIR RAHMAN

Nama Penuh: Khairulizam bin Abdul Rahman
Panggilan: Khir Rahman
Tarikh Lahir: 12 Mac 1973
Umur: 38 tahun
Tempat Lahir: Johor Bahru, Johor
Kerjaya: Pelakon, komposer, pengarah, jururunding skrip dan penyanyi.
Arahan: Dalam Botol

Filem: Puteri Gunung Ledang, Hikayat Merong Mahawangsa, Kapoww!!, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Los Faun, Cuci, Gubra, Rock, Pontianak Harum Sundal Malam 2, Potret Mistik dan Rentaz.

Drama: Kasih Ke Syurga, Cahaya, Mingguan Lelaki, Pabila Larut Malam dan Oh Yeah!

PROFIL AWIE:

Nama Penuh: Ahmad Azhar Othman
Panggilan: Awie
Tarikh Lahir: 28 November 1968
Umur: 43 tahun
Asal: Datuk Keramat, Selangor
Kerjaya: Penyanyi dan pelakon
Album Solo: Satu, Otak, Unplugged, Awie, Rentap dan Santai.

Filem: Pemburu Bayang, Sembilu, Sembilu II, Tragedi Oktober, Merah, Maria Mariana II, Nafas Cinta, Bara, Getaran, Iskandar, Baik Punya Cilok, Diva Popular, Zombie Kampung Pisang, Sumolah, Cuci, Duyung, Antoo Fighter, Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Anugerah: Pelakon Terbaik Anugerah The 8th Annual BOH Cameronian Arts Awards (Cuci The Musical), Penghibur TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1995, Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1996.

Full content generated by Get Full RSS.

Permulaan meyakinkan

Posted: 17 Oct 2011 05:52 AM PDT

PERMULAAN yang meyakinkan. Begitulah dapat disaksikan pada konsert minggu pertama program realiti terbaru VOKAL - Bukan Sekadar Rupa (VBSR) yang membuka tirai dari Sri Pentas 2, Shah Alam, semalam. Sudah ada kejutan yang bakal menjadikan program ini popular seperti Mentor.

Menampilkan lima peserta, program malam kelmarin diadili juri tetap, komposer Azmeer dan Erra Fazira manakala Datuk Siti Nurhaliza diundang sebagai juri jemputan.

Antara matlamat utama program ini cuba mengubah perspektif masyarakat agar melihat suara dulu selepas rupa.

Kejutan bermula sejak awal apabila peserta pertama, Mafarikha Md Akhir atau Mafa, 19, muncul mendendangkan lagu Rolling in the Deep nyanyian Adele yang berjaya memukau penonton dan juri.


Namun peserta kedua, Muhd Fakhrullah Mohd Yusoff atau Epiit, 21, gagal memikat juri. Dia kedengaran meyakinkan ketika intro lagu Bila Cinta nyanyian Filianti Vlee. Bagaimanapun, suaranya tidak konsisten ketika bahagian korus menjadi punca utama kegagalannya pada malam itu.


Tiga lagi peserta iaitu Norhasmidar Ahmad atau Asmidar 22, mendendangkan lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor, Azmarul Azuan Harun atau Azmarul, 27, (Sedetik Lebih) dan Mohd Janizam Jamaluddin atau Boby, 26, (Selalu Mengalah, turut berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Menariknya ketika setiap peserta menyanyi pada awal kemunculan, juri dan penonton hanya mendengar vokal. Kemudian selepas pemilihan atau penolakan dibuat, barulah mereka muncul di depan pentas.

Boby boleh dianggap sangat bertuah kerana pada saat dia ditolak Erra Fazira, Azmeer dan Siti tampil menyelamatkannya atas alasan mahu memberikan dia peluang.

Ditemui pada sidang media selepas itu, Azmeer menjelaskan berpuas hati dengan kemampuan mereka kecuali Epiit yang disifatkan tidak menyanyi dalam satu pakej serta hilang 'mood' pada bahagian korus.

"Keputusan terpaksa dibuat kerana ia pertandingan dan bukan lagi uji bakat.
Kami kena tegas dalam perkara ini. Azmarul ada suara yang bagus. Walaupun nyanyiannya masih mirip Anuar Zain, dia tidak buat kesilapan. Dia boleh belajar untuk membentuk nyanyian dengan gaya sendiri selepas ini.

"Segala komen yang dilontarkan saya adalah ikhlas. Kalau saya tak tegur, siapa lagi nak tegur mereka? Kalau tanya ibu bapa mereka, semua akan cakap nyanyian anak mereka bagus," katanya.

Mengulas isu dia lebih senang membahasakan dirinya sebagai 'aku' kepada peserta, Azmeer anggap ia tidak kasar.

"Aku dan kau tak ada masalah kalau nak digunakan. Malah ia juga ganti nama yang kita pakai apabila kita bersolat. Bagi saya bukan sebab hendak pandang rendah tapi cara saya mendekatkan diri dengan mereka dan membentuk kasih sayang sesama manusia," katanya.

Menjelaskan sikap serius yang boleh membuatkan peserta jadi gerun sehingga hilang fokus, Azmeer berkata, sekiranya mereka penyanyi yang baik, mereka perlu belajar menangani segala tekanan.

"Kalau mereka penyanyi yang baik, mereka tak akan gerun dengan saya. Bagaimana kalau mereka hendak menyanyi di depan Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri kalau ada rasa gerun yang sukar dikawal?" katanya.

Erra pula menyambut peluang daripada TV3 yang mahukan dia menjadi juri dengan hati yang terbuka selepas dia berjaya memenangi Mentor.

"Saya tahu ramai lagi artis lain yang lebih berpengalaman berbanding saya tapi saya yakin TV3 ada sebab tersendiri memilih saya. Ini satu tanggungjawab besar. Saya ingin mencurahkan segala pengalaman yang ada untuk menilai bakat baru yang boleh digilap menjadi penghibur," katanya.

Menjelaskan mengenai pemilihan Azmeer sebagai juri dalam kebanyakan program realiti TV di TV3, penerbit VBSR, Suffian Isa berkata, mereka tahu keupayaan komposer itu dalam menilai bakat baru.

"Kami sudah banyak kali bekerjasama dan yakin dengan kredibiliti Azmeer.
Minggu depan, lagi lima peserta akan bertanding. Mereka yang berjaya akan dibimbing penasihat yang sudah disediakan pihak kami. Pada minggu ketiga barulah ada undian SMS iaitu 50 peratus juri dan 50 peratus penonton.

"Mengenai lagu yang dinyanyikan, ia adalah pilihan peserta sendiri tapi kami akan menapis terlebih dulu. Penasihat akan tengok kesesuaian lagu itu dengan mereka," ujarnya.

Sementara itu, Epiit menganggap dia tiada rezeki untuk melangkah ke pusingan seterusnya. Dia sudah mencuba yang terbaik namun terpaksa akur dengan keputusan juri pada malam itu.

"Saya tak pasti sebab kenapa saya tak terpilih. Apapun saya pasrah kerana ini antara pencapaian paling jauh pernah saya lalui. Saya bangga kerana terpilih antara 10 terbaik daripada 2,000 yang mencuba nasib," katanya yang tidak akan serik mencuba lagi dalam pertandingan lain.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kelar bayi dalam asrama

Posted: 17 Oct 2011 09:50 AM PDT

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.


"Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kereta ‘terbang’

Posted: 17 Oct 2011 09:49 AM PDT

SEREMBAN: "Apabila tiba di lampu isyarat itu, saya terkejut mendengar bunyi dentuman kuat dan ternampak sebuah kereta Proton Iswara 'terbang' menghempap bumbung kereta lain," kata Rizal Adnan, 20, saksi kemalangan membabitkan lapan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Emas, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang dan terkejut menyaksikan kejadian ngeri itu.


Rizal berkata, dia bergegas ke tempat kejadian dan melihat pemandu kereta Mercedes Benz yang merempuh deretan kenderaan itu tersepit di tempat duduk pemandu.

"Saya bersama orang awam lain cuba mengeluarkannya, namun kehadiran bomba di tempat kejadian tepat pada masanya," katanya.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, pemandu Proton Iswara itu bagaimanapun terselamat daripada maut walaupun keretanya rosak teruk.


Kemalangan itu turut membabitkan enam kereta, sebuah van sekolah dan sebuah lori.

Kenderaan berkenaan berada di laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta jenis Mercedes Benz terbabit dipercayai dipandu laju dari Jalan Seremban-Tampin, di sini.


Difahamkan, akibat kesan hentaman kuat itu, lima mangsa di dalam kereta berasingan cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk menerima rawatan.

Berikutan kemalangan terbabit, laluan Senawang ke Seremban berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini sesak sepanjang tiga kilometer.


Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku dari arah Senawang menghala ke Seremban membabitkan 19 mangsa berusia 20-an hingga 40-an.


Difahamkan, 14 mangsa lain yang turut berada di dalam kenderaan tidak cedera.


"Siasatan awal mendapati Mercedes Benz dipandu lelaki berusia 62 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam kenderaan lain," katanya.


Menurutnya, kejadian itu menyebabkan enam kenderaan lain tidak sempat menekan brek berikutan jarak antara kenderaan terlalu dekat dan terkejut melihat sebuah kereta melambung tinggi sebelum 'terbang' ke atas dua kereta lain di laluan bertentangan.


Katanya, pemandu kereta Mercedes Benz itu tersepit di tempat duduk pemandu dan orang ramai terus menghubungi balai bomba berdekatan.


Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Seremban, S Gunaselan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.33 pagi.


"Tiga jentera bomba dari Balai Bomba Seremban bersama 18 anggota dan pegawai tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.


"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit mengeluarkan mangsa tersepit berikutan kenderaan bertindih dengan sebuah kereta Proton Iswara," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved