Khamis, 3 November 2011

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Bahasa tubuh berkata sesuatu?

Posted: 02 Nov 2011 06:39 AM PDT

MANJA dan mesra. Demikianlah gambarannya bahasa tubuh dua pelakon utama Lemak Kampung Santan, Hans Isaac dan Noor Neelofa Mohd Noor atau Lofa, sewaktu Rap menjenguk lokasi penggambaran filem terbaru terbitan Tall Order Productions itu di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), baru-baru ini.

Semacam ada ikatan hati di antara Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac dengan pelakon jelita yang juga penyandang juara Dewi Remaja 2010 itu.

Apabila diminta bergambar berdua, mereka sesekali berbisik dan ketawa.
Saat-saat manis itu sempat dirakamkan Rap buat tatapan peminat. Aksi mereka berdua itu seakan-akan mahu mengiakan gosip yang ditimbulkan sebelum ini mengatakan Hans dan Lofa sedang hangat bercinta.

Sewaktu ditemu bual pula, Hans dan Lofa saling menyokong antara satu sama lain terhadap setiap kenyataan yang diberikan. Jelas mereka sependapat dan memiliki pandangan serupa.

Dengan berterus terang, Hans menyatakan mereka belum sampai ke tahap bercinta.
Katanya, setakat ini mereka hanya rakan setugas dan menghormati satu sama lain.

Mereka berdua hairan bagaimana gosip percintaan boleh tersebar seperti virus
selesema.

Mungkinkah ia sebahagian gimik untuk membantu promosi awal terhadap filem lakonan mereka, Lemak Kampung Santan? Filem itu diarahkan Hans sendiri yang juga filem arahan keduanya selepas Cuci.

Kata Hans, dia tidak sempat membaca akhbar sewaktu gosip mereka tersebar sehinggalah Lofa menghubunginya sendiri memberitahu hal itu.

"Memang saya tidak sempat baca, sebaliknya saya minta Lofa memberitahu apa yang ditulis wartawan. Saya memang tidak selalu membaca gosip di akhbar pada hujung minggu kecuali ruangan prebiu filem. Saya tidak ada banyak masa untuk membelek akhbar dan tidak tahu apabila ada gosip mengatakan kami dilihat berdua-duaan
di satu pusat beli-belah sambil berpegangan tangan," katanya.

Namun, kata Hans, dia tetap melihat perkara itu dari sudut positif kerana sekurang-kurangnya wartawan memperkatakan mengenai perkembangan filem terbaru arahannya itu walaupun ada kesan yang kurang baik.

"Sebagai pembuat filem, menjual gosip cinta untuk publisiti adalah cara kurang bagus kerana ia akan membuatkan 'usia' sesebuah filem itu di pawagam tidak panjang. Saya kalau, boleh mahu filem ini ditayangkan di pawagam sehingga empat minggu dan bukannya seminggu dua.

"Bayangkan bagaimana kalau orang pergi ke panggung semata-mata tertarik kepada gosip cinta dan bukan sebab karya yang dihasilkan. Bimbang juga gosip terbabit akan membuatkan orang berasa geli dan mual. Dalam situasi sekarang orang ramai ke panggung kerana mahu menonton filem yang bukan sekadar memberikan eleman hiburan semata-mata, tetapi juga karya yang berkualiti," katanya.

Sebagai produser dan pengarah Lemak Kampung Santan berkonsepkan komedi romantik, Hans memilih Lofa sebagai pelakon wanita utama kerana wanita itu ada ciri-ciri ideal bagi watak Atiqa.

"Selain itu komitmen yang ditunjukkan Lofa juga menyebabkan saya yakin dengan kemampuannya. Sebenarnya, pengarah filem Azura (versi baru), Aziz M Osman yang menyarankan saya mengambil Lofa berlakon. Peringkat awal saya memang tidak kenal Lofa dan hanya pernah melihat gambarnya sekali dua di akhbar.

"Bagaimanapun, sebaik dihubungi, dia datang untuk uji bakat. Apabila diminta membaca skrip dan mendengar lontaran suaranya itu, saya dan rakan produksi terus tertarik seolah-olah Lofa sudah ada banyak pengalaman.

"Selain itu disiplin ditunjukkan juga membuatkan kami senang bekerja dengannya.
Bayangkan apabila saya memberikan 'call time' jam 7.30 pagi dia antara orang pertama sampai di lokasi. Sikap begitu jarang ditemui pada pelakon baru sekarang," puji Hans.

Sementara itu Lofa pula menjelaskan dia menerima lamaran Hans kerana tahu pelakon dan pengarah itu selalu menghasilkan filem bermutu dan tidak mengecewakan. Apatah lagi dalam filem ini dia berpeluang bergandingan dengan pelakon berpengalaman lain seperti Awie dan Khir Rahman.

"Saya rasa bertuah kerana dapat bekerja dengan mereka yang ada pengalaman luas dalam dunia lakonan. Saya mengambil peluang ini untuk belajar daripada mereka.
Selain itu saya seronok kerana keserasian bukan saja wujud antara pelakon tapi juga kru terbabit.

"Disebabkan itu juga saya setiap hari tidak sabar-sabar untuk ke lokasi Lemak Kampung Santan. Sudah lama saya tidak merasai situasi seperti itu. Kali terakhir saya merasainya sewaktu terbabit dengan penggambaran filem Azura," katanya.

Menyentuh mengenai gosip cintanya dengan Hans, kata Lofa perkara itu tidak pernah berlaku dan dia sendiri hairan bagaimana ia timbul.

"Hendak kata ia ditimbulkan semata-mata kerana kami digandingkan dalam Lemak Kampung Santan tidak juga kerana sebenarnya kami tidaklah benar-benar bercinta dalam filem ini. Ia bukanlah cerita 'cinta bagai nak rak' sehingga kami perlu berdua-duaan dan intim. Malah, tiada kata cinta pun terbit dalam dialog antara saya dan Hans.

"Kemesraan kami pun hanyalah dari jauh kerana dalam filem ini watak Ridzwan lakonan Hans meminati Atiqa. Pada waktu yang sama dia juga sudah ada kekasih.
Pada permulaan cerita pula, kami digambarkan sebagai tidak menyukai antara satu sama lain," katanya.

Sebagai mengukuhkan lagi kenyataan mereka tidak bercinta, Lofa berkata dia masih terlalu mentah dalam bidang hiburan dan sedang membina kerjaya. Baginya apa yang digosipkan itu hanyalah sekadar usikan nakal.

PROFIL HANS ISAAC:

Nama penuh: Gerald Hans Isaac
Panggilan: Hans
Tarikh lahir: 20 Ogos 1971
Usia: 40 Tahun
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Pelakon, pengacara, pengarah, Pengarah Urusan Tall Order Productions Sdn Bhd

Filem: Filem Ringgit Kasorrga, Amok, Scoop, Child's Play, Hanya Kawan, Gemilang, Laila Isabella, Dee & Moon, City Shark, Buli, Cinta Luar Biasa, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Pesona Non Grata, Qabil Khusry Qabil Igam, Los & Faun, Cuci, Langgar, Lemak Kampung Santan

Drama: Sephia, Cinta.Com, Kutub Utara, Kutub Selatan, Simbiosis, 7 Gerhana

Pencapaian: Pembantu Pelakon Terbaik Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-19 (2006 - Buli Balik, Artis Bukan Melayu popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 & 2003

PROFIL NEELOFA:

Nama penuh: Noor Neelofa Mohd Noor
Panggilan: Neelofa atau Lofa
Tarikh lahir: 10 Februari 1989
Usia: 22 Tahun
Asal: Pasir Mas, Kelantan
Keluarga: Anak ketiga daripada sembilan beradik

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Selangor

Iklan: Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree
Klip Video: Kau Bukan Aku nyanyian Tilu

Filem: Azura (versi baru), Lemak Kampung Santan, Pak Pong, Saya Amat Mencintaimu (SAM)

Drama: Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, Lara & Jiwa.
Pengacaraan: Paparazzi, Sekolahku Hebat, Nona
Pencapaian: Juara Dewi Remaja 2010

Full content generated by Get Full RSS.

Rashid hargai Pak Uda

Posted: 02 Nov 2011 06:11 AM PDT

PENAMPILAN pelakon veteran, arwah Zami Ismail, 67, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Uda menerusi watak sitkom televisyen popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu ,menarik perhatian.

Aksi bersahaja dengan lawak jenaka tersendiri membuatkan dia antara pelakon veteran yang menjadi pilihan ramai penerbit dan pengarah. Dia membuktikan bakat lakonannya tidak hanya kepada watak komedi sebaliknya tampil dalam beberapa drama dengan mendukung watak serius.

Ternyata ketiadaan Zami cukup dirasai karyawan seni dan seluruh ahli keluarga serta kenalan terdekatnya. Zami menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 19 Jun lalu.

Biarpun hampir enam bulan arwah menyahut seruan Ilahi, bakat seni dan karyanya terus dihargai dan dikenang. Sebagai antara barisan pelakon drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir, arwah dilihat antara guru dan contoh terbaik dalam dunia lakonan.


Malah, sumbangan terakhir arwah menjayakan Tanah Kubur musim kedua yang kini disiarkan menerusi Astro Oasis (saluran 106) masih meninggalkan kesan. Rashid juga mengambil peluang mengadakan majlis tahlil buat arwah ketika pelancarannya, baru-baru ini.


Hadir sama pada majlis itu, wakil Astro Oasis, Azlin Reza Azmi, barisan pelakon dan kru produksi drama serta Opie Zami (anak arwah) serta kenalan terdekat.

Katanya, walaupun penampilan Allahyarham (Zami Ismail) hanya secara kebetulan menerusi drama ini, lakonannya turut memberi impak besar bagi menonton. Ramai yang memberi maklum balas yang positif untuk episod itu.

"Drama bersiri ini mempunyai tarikan tersendiri. Ia memberi pengajaran dan menunjukkan bagaimana balasan bagi mereka yang melakukan perkara yang dilarang mengikut hadis dan Al-Quran," katanya.

Siri yang mencatat rating tertinggi di kalangan drama di Astro Oasis itu dilanjutkan untuk musim kedua. Masih mengekalkan teraju utamanya, Nasir Bilal Khan drama bersiri itu disiarkan setiap Jumaat, jam 7.30 malam bermula 4 November ini.

Menurut Rashid, cerita yang disampaikan menerusi drama itu tidak bertujuan menakutkan mana-mana pihak sebaliknya memberi mesej di sebalik semua perbuatan negatif yang dilakukan seseorang itu.

"Untuk musim baru, pelbagai kisah menarik dipaparkan pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w dan zaman sekarang seperti menuduh sesama Muslim sebagai munafik, balasan mencuri duit surau, mayat tidak diterima bumi kerana bunuh diri, bapa yang merogol anak gadis sendiri, angkara tidak berlaku adil dalam poligami dan tidak membayar zakat.

"Isu yang dikupas menerusi drama ini berdasarkan kajian, bacaan buku dan kisah benar. Paling penting, drama ini mendapat kelulusan sepenuhnya daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.

Sementara itu, Azlin yang juga Pengurus Saluran Astro Ria memaklumkan, pihaknya sangat berbesar hati dengan sambutan dan maklum balas penonton sejak drama berkenaan disiarkan.

"Sejak disiarkan, program ini mendapat respon yang positif daripada penonton.
Ini membuktikan sokongan penonton terhadap usaha Astro Oasis dalam menyuntik elemen dakwah menerusi drama siri yang sarat dengan pengajaran," katanya.

Drama disiarkan sebanyak 13 episod itu menceritakan pengalaman penggali kubur, Tok Adi lakonan Nasir yang melalui peristiwa aneh ketika menguruskan jenazah yang pasti menyentuh hati serta mampu membuka minda pelbagai lapisan penonton.

Drama ini turut menampilkan lakonan Talha Harith, Jasmin Hamid, Amyza Aznan dan Zulkefli Zain.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Belum muktamad

Posted: 02 Nov 2011 08:57 AM PDT

"IRFAN Bakti sendiri yang menyatakan hasrat untuk menjadi jurulatih Selangor, bukannya kami yang menghubunginya. Bagaimanapun perkara ini masih di peringkat perbincangan," kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai kedudukan bekas jurulatih Terengganu itu untuk bersama pasukan Gergasi Merah musim depan.

Katanya, keputusan sama ada Irfan mengikat kontrak bersama Selangor akan diketahui dalam tempoh terdekat ini.


"Sebenarnya sudah lama Irfan mahu menjadi jurulatih Selangor, malah bukan beliau seorang saja, tapi ada beberapa lagi jurulatih yang turut berminat. "Tapi perbincangan antara Irfan dan Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad sedang dijalankan dan akan diumumkan hujung minggu ini atau awal minggu depan," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman skuad bawah 23 tahun negara semalam.

Irfan yang membawa Terengganu menduduki tangga kedua Liga Super, juara Piala FA sebelum tewas di tangan Negeri Sembilan 2-1 di pentas final, Sabtu lalu membuat kejutan apabila enggan menyambung kontrak bersama skuad Penyu.


Mengulas mengenai sejauh mana peluang Irfan untuk menggantikan tempat jurulatih Selangor sekarang, P Maniam, Hamidin sekadar menjawab: "Segala-galanya mungkin." Katanya secara peribadi Irfan adalah antara jurulatih terbaik di Malaysia.


"Sepuluh tahun dulu lagi beliau sudah berminat dengan Selangor. Bagi saya beliau sekarang sudah cukup matang dan antara jurulatih terbaik tempatan ketika ini dan jika benar Irfan berminat, kami juga tiada masalah menerimanya dengan tangan terbuka," kata Hamidin lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

PSM tawar RM40,000

Posted: 02 Nov 2011 08:52 AM PDT

SEGALA persiapan rapi dengan menamakan barisan terbaik dan pendedahan di pentas antarabangsa sudah mencukupi bagi membolehkan barisan pemain sepak takraw negara berada dalam situasi terbaik menggalas cabaran di Sukan Sea Indonesia yang membuka tirainya minggu depan.

Bagi menyemarakkan semangat pemain negara agar tidak pulang ke tanah air tanpa menggenggam pingat emas, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menawarkan ganjaran RM40,000 sekiranya bergelar jaguh di rantau Asia Tenggara ini.


Habuan terbabit akan diberikan sekiranya skuad negara bergelar juara acara berpasukan manakala RM20,000 menanti lima pemain negara yang menggalas cabaran dalam acara antara regu diikuti RM15,000 untuk acara beregu yang disertai skuad wanita. Langkah PSM dianggap bertepatan berikutan harapan tinggi diletakkan peminat sukan negara yang amat dahagakan kejayaan pada temasya dwi tahunan terbabit selepas kali terakhir memenanginya di Manila, Filipina pada 2005 selain hasrat untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas.

Ganjaran itu disambut baik Jamaluddin yang turut menjadi jurulatih ketika kejayaan 2005 dengan menganggapnya sebagai satu rangsangan kepada anak buahnya yang berdepan misi getir.


"Namun insentif ini perkara berlainan kerana yang penting pada masa ini adalah imej sepak takraw dipulih dan pemain perlu memikul tanggungjawab untuk mengembalikan semula sokongan dan kepercayaan rakyat," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan skuad kebangsaan semalam.


Untuk acara antara regu, Malaysia diundi bersama Vietnam, Laos dan Singapura dalam Kumpulan B manakala Thailand mengetuai Kumpulan A bersama Filipina, Brunei dan tuan rumah, Indonesia. Acara berpasukan hanya disertai skuad negara, Thailand, Indonesia dan Myanmar.

"Kita tidak mempunyai pilihan lain selain muncul juara kumpulan bagi mengelak daripada bertemu Thailand yang dijangka menguasai Kumpulan A. Tiada pasukan boleh dipandang rendah dalam peringkat kumpulan kerana saya tidak mahu keputusan mengejut dialami skuad negara pada beberapa kejohanan sepanjang tahun ini berulang," katanya.


Skuad negara menamakan 12 pemain iaitu pengumpan (apit kiri) diketuai Farhan Adam, Faizul Hairy Osman dan Muqlis Borhan diikuti pelibas (apit kanan) Mohd Helmi Ismail, Norshahruddin Mad Ghani, Fadzli Roslan, Arif Busu serta Hanafiah Dolah manakala Noor Azman Abdul Hamid, Mohd Syazwan Husin, Ahmad Sufi Hashim dan Mohamad Fazil Asri sebagai tekong.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bieber dah jadi bapa?

Posted: 02 Nov 2011 08:21 AM PDT

LOS ANGELES: Selebriti remaja, Justin Bieber dilapor disaman oleh seorang peminat dengan tuduhan dia adalah bapa kepada bayi yang dilahirkannya.

Wanita California berkenaan dikatakan mendesak penyanyi berusia 17 tahun itu menjalani ujian DNA bagi mengesahkan secara saintifik bahawa dia adalah bapa bayi yang dilahirkan tiga bulan lalu, lapor laman web RadarOnline dan majalah Star.

Bagaimanapun, jurucakap Bieber menafikan dakwaan itu.

Matthew Hiltzik berkata: "Walaupun kami belum menerima saman itu, adalah mengecewakan ada seseorang sanggup melakukan fitnah dan membuat dakwaan palsu.


"Kami akan bertindak mengikut semua saluran undang-undang untuk mempertahan dan melindungi Bieber daripada tuduhan itu."


Wanita itu, Mariah Yearter, 20, didakwa membuat akuan bersumpah bahawa dia berusia 19 tahun apabila mengadakan seks dengan penyanyi warga Kanada itu di Los Angeles tahun lalu.

Saman itu dikatakan difail di sebuah mahkamah di California pada 31 Oktober.

Mariah meminta mahkamah memaksa Bieber 'memberi saraan secukupnya untuk bayi saya,' lapor Star.

Bieber yang menjadi terkenal dengan lagu hitnya, Baby, kini berpacaran dengan bintang remaja, Selena Gomez.

Selena menerima ancaman bunuh daripada beberapa peminat penyanyi itu selepas pasangan berkenaan mengumumkan secara terbuka hubungan mereka tahun lalu.

Bieber sebelum ini menyelar seks bebas dengan berkata: "Saya tidak fikir anda perlu mengadakan seks dengan sesiapa kecuali anda mencintai mereka."

Dan baru-baru ini dia mendedahkan hasratnya untuk menjadi bapa apabila berusia 25 tahun.

"Saya ingin menjadi bapa ketika usia muda. Menjelang usia saya 25 atau 26 tahun, saya ingin berkahwin dan mula berkeluarga," katanya. — DM

Full content generated by Get Full RSS.

Rayuan Assange halang ekstradisi ditolak

Posted: 02 Nov 2011 08:16 AM PDT

LONDON: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange (gambar) semalam kalah dalam rayuannya untuk menghalang pengekstradisiannya ke Sweden bagi menghadapi tuduhan rogol dan serangan seks.

Warga Australia berusia 40 tahun itu ditangkap di Britain Disember lalu dan merayu di Mahkamah Tinggi di London terhadap keputusan sebuah mahkamah lebih rendah Februari lalu yang memutuskan dia boleh diekstradisi ke Sweden.


"Mahkamah menolak rayuan itu," menurut keputusan hakim.

Assange mendakwa, kerana Waran Tangkap Eropah terhadapnya dikeluarkan oleh seorang pendakwa raya, bukan mahkamah, ia tidak sah.


Tetapi hakim memutuskan, perkara itu kini di bawah penelitian kehakiman bebas di Sweden.


Mereka juga menolak kenyataannya bawa tuduhan dua wanita yang menuduhnya melakukan pencabulan seksual dan merogol tidak akan ditafsirkan sebagai kesalahan menurut undang-undang Britain.

Seorang wanita berkenaan mendakwa Assange mengadakan seks tanpa perlindungan dengannya ketika dia tidur dan hakim menolak hujah peguam pengasas WikiLeaks itu bahawa kerelaan mengadakan seks dengan syarat kondom digunakan kekal sebagai kerelaan walaupun kondom tidak digunakan. - AP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Rabu, 2 November 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Seluar denim berteknologi Jepun hanya RM31!

Posted: 02 Nov 2011 07:28 AM PDT

PERASAAN memang teruja ketika menghadiri pembukaan gedung pakaian Uniqlo terbesar dunia di 5th Avenue, New York. Ia bukan hanya disebabkan terpikat dengan ribuan pakaian yang disusun rapi mengikut ton warna dan rekaan menarik di dalamnya, tetapi melihat kesanggupan ratusan penduduk kota metropolitan itu beratur panjang dalam hujan gerimis untuk bersama-sama merasakan kemeriahan di gedung baru itu.

Apa yang menarik sangat sehingga ramai sanggup berhujan? Semuanya. Sebagai gedung terbesar dengan keluasan 8,268 meter persegi (89,000 kaki persegi), ia membariskan semua produknya dalam pelbagai ton warna pada harga mampu milik.
Sebut saja produk Uniqlo yang anda ingini, semuanya ada di sini. Kemeriahan itu mungkin dirangsang dengan kehadiran pelakon terkenal, Susan Sarandon pada majlis perasmian.


Dari tingkat satu, tangga bergerak akan terus membawa pengunjung terus ke tingkat tiga. Dalam perjalanan singkat ini pengunjung dihidangkan dengan deretan patung yang boleh berpusing - menggayakan pakaian Uniqlo. Di tepi dinding, dalam lif kaca diletakkan patung bergaya yang akan turun naik secara bergilir-gilir - dan menariknya ia juga boleh dilihat dari luar.

Menurut Pengurus Pemasaran Rantau Eropah, Jean-Emmanuel Shein, rekaan hiasan dalaman yang mendapat sentuhan pelbagai pakar termasuk perunding gaya penyanyi tersohor Lady Gaga, Nicola Formechitti, itu bertujuan memberikan ilham kepada pengunjung cara kreatif menggayakan barangan Uniqlo.

Namun, tentu saja, semua orang bebas mencipta gaya tersendiri mengikut cita rasa, kesesuaian acara dan cuaca di negara masing-masing. Pakaian yang dikenakan pada patung hanya sebagai panduan kerana ramai bertanya cara menggayakan jenama Uniqlo walaupun rekaannya sesuai untuk semua peringkat umur.

Antara tarikan utama ke gedung itu adalah tawaran seluar denim berteknologi Jepun lelaki dan perempuan yang dijual pada harga RM31 saja! Pun begitu yang paling menarik adalah rangkaian produk Heattech terutama jaket Ultra Light Down yang sangat ringan (hanya seberat 199 gram setiap helai) atau bersamaan dengan berat tiga biji telur.

Walaupun ia boleh digulung kecil (sehingga sebesar payung yang boleh dilipat) dan sangat ringan, ia mampu memanaskan badan khususnya pada penghujung musim luruh apabila suhu menjadi semakin sejuk antara 10 hingga 15 darjah Celsius.

Fabriknya lembut dan sangat selesa. Ia berfungsi dengan 'menyimpan' udara dan haba dari badan supaya badan si pemakai akan kekal hangat. Ia sangat sesuai untuk dibawa ketika mengembara atau bercuti pada musim yang agak sejuk.

Heattech adalah revolusi tekstil Jepun untuk mengatasi rasa tidak selesa akibat suhu sejuk. Produk Heattech direka menggunakan fabrik akrilik rayon dan poliester dengan teknologi mampu menyimpan haba di celah helaian benangnya.

"Heattech adalah kejayaan terbesar kami setakat ini. Ia mendapat sambutan hangat di semua cawangan Uniqlo di seluruh dunia sejak diperkenalkan pada 2005.
Setiap dua tahun kami akan perbaiki teknologi Heattech untuk meningkatkan kualiti supaya ia lebih mudah diterima.

"Bagi di negara yang beriklim panas, ada produk kami yang sesuai contohnya kemeja-T. Ia menggunakan fabrik bermutu tinggi yang dapat menyerap peluh dengan baik dan cepat kering. Malah ia juga sesuai dipakai oleh orang yang aktif bersukan," kata Pengurus Rekaan dan Penyelidikan Pembangunannya, Yuki Katsuda.

Untuk mereka yang gemar melancong ke luar negara pada musim yang agak sejuk, bolehlah menimbangkan untuk memiliki baju panas Kashmir yang didatangkan dalam 25 spektrum warna. Kashmir adalah benang bulu kambing yang sangat halus berukuran 14.5 hingga 16.5 mikron dan lebih halus daripada rambut (80 mikron).
Sifat inilah yang membolehkan ia memerangkap udara dan memanaskan badan, tetapi lebih penting, ia dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Pada pembukaan gedung baru ini juga Uniqlo memperkenalkan produk yang sangat menarik di bawah Projek Innovasi Uniqlo (UIP) terdiri daripada jaket Block Tech Mountain Parka, kemeja-T Warm Effect Dry Half Zip dan seluar Warm Effect Dry (untuk perempuan) dan jaket Sport Body Warm Lite Down Parka; seluar pendek Warm Up dan Seluar Warm Effect Dry untuk lelaki - direka khusus bagi mereka yang aktif, kata Katsuda.

Produk UIP (18 produk untuk wanita dan 16 produk untuk lelaki) ini memberi penekanan kepada prestasi fabrik supaya ia bukan sekadar lasak tetapi selesa dipakai dan dapat diterima dengan baik di seluruh dunia. Jaket parka wanita contohnya dibuat daripada fabrik khas Block Tech di mana lapisan luar dilapik dengan lapisan kalis angin dan air tetapi pada masa sama tidak menyimpan lembapan.

Zip pada Track Full Zip Long Sleeve Hoodie pula sangat istimewa kerana ia bukan saja kalis air tetapi boleh direntap kuat untuk membukanya.

"Oleh kerana ia kalis air, maka ia sangat sesuai dipakai untuk aktiviti lasak seperti mendaki gunung atau masuk hutan. Ia juga sesuai digunakan oleh ahli sukan kerana tahan lasak.

"Memang Uniqlo ada banyak teknologi menarik yang dibangunkan daripada teknologi sebelumnya. Kami cuba memperkenalkan sesuatu yang baru dengan memperbaiki dan menukar teknologi sedia ada namun rekaan produk kami masih berteraskan kepada konsep ringkas.

"Saya fikir Uniqlo boleh menjadi asas atau saluran untuk semua orang mencipta gaya sendiri. Mereka boleh gabungkan produk kami dengan jenama lain dan inilah sebabnya rekaan Uniqlo perlu ringkas supaya ia boleh menjadi pelengkap kepada produk lain. Malah kalau bijak memadankan pakaian, ia boleh menceriakan penampilan," katanya lagi.

Selain itu penggunaan tangga LED yang bertukar cahaya dari semasa ke semasa dan skrin iklan Uniqlo turut menjadikan gedung baru ini unik serta lebih ceria.
Buat pertama kalinya, alat pengesan mudah alih diperkenalkan untuk mengetahui stok yang ada apabila ketiadaan saiz tertentu di rak jualan dan cara ini membuatkan pelanggan tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan barang dikehendaki.

Seminggu selepas pembukaan gedung di 5th Avenue, Uniqlo membuka cawangan kedua terbesar di dunia di 34th Street - dua lokasi beli-belah terkemuka di dunia selepas kejayaan cawangan di Soho yang dibuka pada 2006.

Untuk dua gedung ini, Uniqlo mengambil 1,300 pekerja sejak April lalu dan 50 daripadanya diterbangkan khas ke Jepun untuk dilatih sebagai pengurus dan mendalami 'jiwa' syarikat pakaian yang mula beroperasi pada 1984 itu.

Ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif Uniqlo Amerika Syarikat, Shin Odake cabaran besar untuk memastikan syarikat itu terus berada di hadapan ialah mempunyai tenaga kerja terlatih, cekap dan mesra pelanggan.

Harapan Uniqlo untuk membuka 20 cawangan setahun di Amerika dan menjadikannya jenama pilihan keluarga bukanlah satu angan-angan apatah lagi dengan adanya pelbagai produk berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Malah ia turut menjadi pilihan sebagai pakaian harian kegemaran Susan Sarandon yang terus terang menyenangi jenama Uniqlo.

Full content generated by Get Full RSS.

Kesan semula jadi, dramatik

Posted: 02 Nov 2011 06:54 AM PDT

AURA dan keyakinan diri pasti terserlah dengan kemewahan koleksi warna solekan terbaru daripada Enuca.

Koleksi terbaru Eye Essential Quad, Nourishing Lipcolor SPF18 dan Royal Shine Lip Gloss itu menampilkan palet warna edisi terhad untuk mata, gincu dan pengilat bibir.

Rangkaian warna menarik itu dihasilkan bagi memberi kesan solekan yang lebih semula jadi dan boleh menjadi dramatik serta tampak begitu mewah
di mata orang ramai.

Timbalan Presiden Kajian, Pembangunan dan Akademi Enuca Sdn Bhd, Julie Wong, berkata penggunaan koleksi berkenaan berkesan menonjolkan kelebihan wajah dan sekali gus menenggelamkan kekurangan diri.

"Contohnya, mata akan kelihatan lebih bermaya dengan olesan pembayang mata warna lembut dan terang pada kelopak mata.

"Selain itu, mata yang sepet akan tampak galak bersinar dengan paduan warna solekan mata 'smokey' atau hanya dengan menerusi sapuan bayangan saja, wajah yang bulat akan terlindung menjadi lebih bujur," katanya.

Menurut Julie, koleksi warna solekan itu sesuai untuk semua jenis kulit, tidak kira gelap mahupun cerah.

Untuk solekan mata, palet warna menampilkan gabungan empat rona pembayang mata dalam satu bekas menarik sesuai digunakan untuk solekan seharian, majlis makan malam atau rasmi.

"Untuk solekan seharian seperti ke pejabat contohnya, anda boleh menggabungkan rona pembayang mata berwarna coklat dan keemasan dalam palet Sunset yang mampu menyerlahkan lagi mata supaya tampak cantik, semula jadi dan lebih bermaya.

"Lebih menyerlah, gunakan pemerah pipi koleksi Velvety Blush Duo, yang datang dalam dua palet Peach dan Rosy.

"Harus diingat rona pemerah pipi yang lebih gelap perlu dipakai di hujung tulang pipi manakala warna lembut di sekitar tulang pipi," katanya.

Untuk mendapatkan solekan bibir yang lebih menawan pula, terdapat enam rona menarik boleh dicuba iaitu Honey Bunny, Coral Craze, Cool Coco, Berry Blush, Mega Melon dan Raspberry Rich. Ia mengandungi vitamin E dan kolagen yang bertindak melembutkan bibir sekali gus membuatkan bibir kelihatan lebih mungil.

"Sebelum mengakhiri solekan, jangan lupa menyapu pengilat bibir kerana ia membantu melindungi, melembapkan serta mengekalkan solekan bibir supaya tahan lebih lama.

"Pengilat bibir Enuca ini boleh didapati dalam enam rona iaitu Priceless Pink, Red Carpet, Wine Dine, Never Nude, Golden Glow dan Coco Haven," katanya.

Ikuti panduan mudah langkah demi langkah solekan ringkas seharian yang lebih semula jadi bagi menampakkan mata lebih bermaya menggunakan koleksi terbaru Eye Essential Quad, Nourishing Lipcolor SPF18 dan Royal Shine Lip Gloss daripada Enuca.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Gempar pawagam terbakar

Posted: 01 Nov 2011 03:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, gempar selepas satu kebakaran berlaku di lorong kecemasan dalam sebuah pawagam di pusat itu, tengah hari semalam.

Kebakaran pada jam 1.20 tengah hari itu bermula dari lorong kecemasan di dalam pawagam berkenaan sebelum api merebak ke kawasan lain.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hamid Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.22 tengah hari sebelum sebuah jentera dengan 11 anggota dihantar ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi enam minit kemudian didapati api sudah dipadam, tetapi masih berasap tebal.


Menurutnya, ketika kejadian, pawagam berkenaan kosong.


Setakat ini, punca kejadian masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Full content generated by Get Full RSS.

2 lelaki ditahan

Posted: 01 Nov 2011 03:15 PM PDT

KAJANG: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes samun sebuah kedai runcit di Bandar Mahkota Cheras, di sini, kelmarin.

Kedua-dua suspek terbabit ditahan di Bandar Damai Perdana, di sini pada jam 7.45 malam selepas menerima laporan daripada seorang warga Nepal yang cuba disamun suspek pada jam 6 petang.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kedua-dua suspek berusia 15 dan 17 tahun ditahan bersama sebuah motosikal yang dipercayai digunakan untuk melakukan samun di kedai berkenaan.

Ketika ditahan, suspek menggunakan motosikal milik bapa seorang daripada mereka dengan nombor pendaftaran dipatahkan bagi mengelirukan polis.


"Polis turut merampas dua topi keledar milik suspek yang diubah suai dengan meletakkan besi di kiri dan kanan topi keledar berkenaan dipercayai digunakan untuk memukul mangsa mahupun memecahkan cermin kereta.


"Mangsa dan ahli keluarganya diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk membuat pengecaman suspek hari ini (semalam) selain polis mengambil keterangan berhubung kes berkenaan," katanya.

Ab Rashid berkata, polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan dan percaya dengan penahanan suspek, beberapa kes samun dan ragut di Kajang diselesaikan.


Suspek kini direman tiga hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata.

Harian Metro semalam melaporkan tiga beranak yang mengusahakan sebuah kedai runcit di Bandar Mahkota Cheras ditetak bertubi-tubi oleh tiga lelaki menggunakan parang, Rabu lalu.


Akibat tetakan itu, pemilik kedai berusia lewat 40-an menerima 10 jahitan di kepala, isterinya berusia awal 40-an menerima lapan jahitan di kedua-dua tangan manakala anak lelakinya berusia 19 tahun menerima enam jahitan di kepala.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Kris hanya kejar populariti

Posted: 01 Nov 2011 02:24 PM PDT

LOS ANGELES: Meskipun baru saja mengumumkan dia memfailkan tuntutan cerai semalam, Kim Kardashian sudahpun muncul di khalayak ramai tanpa cincin tunang dan kahwinnya.

Bintang rancangan realiti televisyen berusia 31 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Los Angeles (LAX) untuk ke Australia dengan kelihatan letih dan berpakaian kemeja-T, seluar jeans dan berjaket kulit.

Ketika suaminya, Kris Humphries dilapor 'kecewa' dengan pengumuman yang tidak memeranjatkan itu selepas khabar angin mengenai masalah yang menimpa rumah tangga mereka sejak beberapa minggu lalu, pihak Kim mendakwa, suaminya itu lebih berminat mengejar populariti.

Menurut laman web TMZ, apabila perceraian itu ditimbulkan, Kris bercakap untuk menjenamakan nama Kris Humphries pada minyak wangi dan muncul di kelab malam.


Kim juga dilaporkan berang selepas Kris menggunakan khidmat 'pegawai publisiti Hollywood,' menurut laman web gosip itu.


Tindakan Kris dipersoalkan oleh adik Kim, Khloe Kardashian sebelum perkahwinan mereka, 20 Ogos lalu.

Sementara itu, laporan mula tersebar bahawa keseluruhan perkahwinan mereka, yang didakwa membolehkan pasangan itu meraih sehingga AS$18 juta (RM54 juta) adalah satu penipuan, menurut Radaronline.com.

Satu sumber memberitahu laman web berkenaan: "Ia perkahwinan yang sudah diatur sejak mula lagi. - DM

Full content generated by Get Full RSS.

Bunuh anak untuk halau hantu

Posted: 01 Nov 2011 02:21 PM PDT

MOSCOW: Sepasang suami isteri semalam dibicarakan atas tuduhan mengeluarkan isi perut anak perempuan mereka berusia 26 tahun dan kemudian memijaknya hingga mati, kononnya untuk mengusir hantu.

Penyiasat berkata, Sergei Koshimbetov, 49, pemandu teksi dan isteri, Elena Antonova, guru berusia 50 tahun, menyiksa anak mereka selama beberapa jam sebelum membunuhnya pada 7 Januari, hari penganut Kristian Ortodoks Russia menyambut Krismas. Elena dikatakan mengeluarkan isi perut mangsa dengan tangannya. - AP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Lupakan ganjaran

Posted: 01 Nov 2011 02:13 PM PDT

"TIDAK ada ganjaran sama ada bonus atau insentif lain daripada kerajaan negeri," kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang bagaikan kecewa dengan kegagalan skuad Penyu menjulang Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Ahmad yang juga peminat setia bola sepak berkata, kejayaan Terengganu menempah tiket ke final dianggap sebagai kejayaan besar dan ia sememangnya patut diberi imbuhan.


"Tetapi ia bukan daripada kerajaan negeri, terpulang pada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menguruskannya kerana mereka juga dapat habuan (kutipan jualan tiket) daripada perlawanan itu," katanya ketika ditemui selepas majlis Perasmian Perarakan Bot Berhias sempena Program Sukan Rakyat Mega Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu di Pengkalan Perahu Jeram, Sungai Nerus, Kuala Terengganu, kelmarin.

Mengulas keputusan Irfan Bakti Abu Salim mengundur diri daripada menjadi jurulatih Terengganu, Ahmad akui terkejut kerana tidak menyangka keputusan itu dibuat selepas kecemerlangannya membawa skuad Penyu ke pentas akhir Piala Malaysia 2011.


Beliau secara jujur berpuas hati dengan khidmat diberikan Irfan Bakti berdasarkan beberapa rekod kejayaannya menjulang nama Terengganu sebagai sebuah pasukan bola sepak digeruni di negara ini. Ahmad berkata, beliau akan menghubungi PBSNT untuk mengetahui punca sebenar jurulatih itu menarik diri daripada terus mengendalikan skuad Penyu untuk bersama Selangor musim depan.


Katanya, sebelum ini, PBSNT memaklumkan akan menyambung kontrak Irfan Bakti dua musim lagi.

"Kita tidak tahu apa berlaku dan saya tidak mendapat maklumat jelas mengenai perkara itu, saya akan tanya pengurusan PBSNT nanti.


"Biarpun saya bukan jawatankuasa PBSNT, sebagai pemerhati perkembangan bola sepak negeri saya berharap Irfan Bakti menilai semula keputusan dan kekal bersama kita," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Irfan tak gentar

Posted: 01 Nov 2011 02:09 PM PDT

SELANGOR pasti memburu piala dalam saingan Liga Malaysia musim depan bagi memartabatkan semula kedudukan gergasi Lembah Klang itu agar kembali berada dalam status elit.

Apatah lagi dengan kegagalan Merah Kuning untuk menggenggam sebarang piala yang dipertandingkan musim ini walaupun membariskan sejumlah pemain tempatan yang berstatus bintang. K Devan pula disingkirkan selaku ketua jurulatih sebelum saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia tamat dengan penolongnya, P Maniam mengambil alih tugas sehingga membimbing Selangor mara ke separuh akhir.


Namun cabaran besar dalam meraih piala sedia disambut pengendali berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim (gambar) dan tidak sedikitpun menggentarkan dirinya yang sudah membuktikan kredibilitinya apabila menjadikan Terengganu sebagai sebuah pasukan yang digeruni musim ini. "Harapan Selangor sememangnya tinggi. Sebagai seorang jurulatih saya perlu menghadapinya," kata jurulatih kelahiran Kelantan berusia 60 tahun itu yang sudah menyatakan keputusannya tidak menyambung kontrak bersama Terengganu bagi menyahut cabaran baru musim depan. Beliau membimbing skuad Penyu muncul juara Piala FA serta naib juara Liga Super dan Piala Malaysia musim ini selain membentuk pasukan yang mantap terutamanya trio berbisa yang diketuai Ashaari Shamsuddin sekali gus menjadikan Terengganu antara skuad yang digeruni dan dihormati lawan.

Situasi sebaliknya berlaku kepada Selangor musim ini apabila gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah dan Liga Super apabila sekadar menduduki tempat ketiga serta kekecewaan dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved