Sabtu, 5 November 2011

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Bini hujung minggu

Posted: 04 Nov 2011 02:54 PM PDT

JOHOR BAHRU: Kemaruk ingin hidup mewah menyebabkan segelintir wanita tempatan menggadai maruah melalui 'pakej abang Singapura' ditawarkan pelancong lelaki negara berkenaan yang bersedia memenuhi apa saja permintaan 'gundik' mereka termasuk menyediakan rumah dan kereta selain elaun ribuan ringgit setiap bulan.

Kewujudan pakej maksiat itu didedahkan bekas kerani dikenali sebagai Rita, 28, hasil pengalamannya mendapatkan wang secara mudah dengan menjadi teman termasuk menyerahkan tubuh kepada lelaki hidung belang dari republik berkenaan setiap kali mereka berkunjung ke sini, terutama pada hujung minggu.

Rita mendakwa pembabitannya dalam kegiatan itu bermula daripada perkenalan dengan seorang lelaki dari Singapura menerusi laman web sosial yang dikenali sebagai Sam yang juga kontraktor.

Menurutnya, pada awalnya dia menganggap Sam rakan biasa, namun hubungan mereka semakin rapat hingga pada satu hari lelaki itu menawarkan pakej untuk dia memperoleh wang dengan mudah dan hidup mewah.


"Sam yang sudah berkeluarga menyatakan dia mencari teman kerana kesunyian setiap kali berurusan di bandar raya ini pada setiap hujung minggu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Buat, jual senjata

Posted: 04 Nov 2011 02:54 PM PDT

SLIM RIVER: Seorang peneroka Felda mengejutkan polis apabila dikesan memiliki kemahiran menghasilkan senapang kayu berbahaya sebelum dijual secara haram kepada orang ramai.

Senjata buatan sendiri itu yang dijual pada harga RM350 setiap laras mampu mengundang maut berikutan menggunakan tabung angin bertekanan tinggi untuk menembak laju peluru guli yang digunakan.

Kegiatan menyalahi undang-undang itu berjaya dipatahkan selepas peneroka berusia 66 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim, yang menyerbu rumahnya di Felda Gunung Besout, di sini.

Dalam operasi jam 3.40 petang Jumaat lalu, suspek yang juga seorang tukang kayu dikesan menjadikan bahagian belakang rumahnya sebagai 'kilang' untuk menghasilkan senapang kayu berkenaan.


Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Md Tahir Kasim, berkata siasatan mendapati suspek memulakan perniagaan menjual senapang itu sejak awal tahun ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Ambil iktibar

Posted: 04 Nov 2011 10:59 AM PDT

TIDAK ada gangguan luaran dialami skuad Bawah 23 Tahun negara apabila mula menjalani latihan pertama selepas tiba di Jakarta, kelmarin.

Bagaimanapun itu tidak bermakna pemain boleh bersantai sebaliknya jurulatih negara, Ong Kim Swee menegaskan tumpuan kepada perlawanan pertama Kumpulan A menentang Singapura di Stadium Gelora Bung Karno, Isnin ini, harus diletakkan di tahap tertinggi jika mahu misi mempertahankan pingat emas di Sukan Sea Indonesia berjalan lancar.


Menurutnya, semua pemain harus mengambil iktibar kekalahan skuad senior di tangan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia, Julai lalu bagi mengelak mimpi buruk itu berulang kembali.

"Setakat ini semuanya berjalan dengan baik, tidak ada gangguan untuk kami menjalani latihan petang ini (semalam) melainkan kesesakan jalan raya di sini saja.


"Saya mahu pemain semua kekal fokus dengan misi kita apatah lagi akan berdepan musuh tradisi Singapura. Pemain perlu mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku kepada skuad kebangsaan di pusingan kelayakan Piala Dunia sebelum ini.


"Saya fikir, Singapura seperti mempunyai tenaga tambahan apabila bertemu Malaysia dan saya mahu semua pemain lebih bersedia dan memberi aksi lebih daripada biasa," katanya ketika dihubungi Arena Metro di Jakarta semalam.

Menurut Kim Swee, semua 20 pemain menjalani latihan penuh semalam kecuali pemain perancang, Mohd Irfan Fazail yang melakukan latihan ringan bersama jurulatih fizikal, Rastislav Bozik.


Ketika ditanya mengenai kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada aksi pembukaan menentang skuad kendalian Robin Chitrakar itu, beliau mengaku sudah mempunyai bayangan awal termasuk bahagian serangan.

"Di bahagian serangan, saya mempunyai Izzaq Faris Ramlan, A Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim dan juga Baddrol Bakhtiar. Saya akan fikirkan pemain mengikut kesesuaian perlawanan itu sama ada saya memerlukan ketinggian ataupun kepantasan pemain," katanya.


Malaysia selaku juara bertahan selepas mengungguli temasya di Laos dua tahun lalu turut diundi bersama Thailand, Kemboja dan tuan rumah, Indonesia dalam apa yang disifatkan sebagai 'Kumpulan Maut'.

Full content generated by Get Full RSS.

Mampu raih 50-55 emas

Posted: 04 Nov 2011 10:43 AM PDT

Oleh Aziman Rosdi, Mohd Hilmie Hussin, Azlan Muhammad Zain dan Saiful Affendy Sapran
sukan@hmetro.com.my

JIKA Majlis Sukan Negara (MSN) menetapkan sasaran sekitar 40 hingga 45 pingat emas mampu dicapai kontinjen negara di Sukan Sea Indonesia, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pula membuat perkiraan sebaliknya.

Menurut Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, beliau yakin Malaysia yang menghantar 608 atlet untuk menyertai 38 acara mampu membawa pulang 50 hingga 55 emas berdasarkan kemampuan semasa atlet negara.


"Saya berpendapat kontinjen negara boleh meraih antara 50 hingga 55 pingat emas kerana selepas Sukan Komanwel 1998, dunia sukan tanah air terus menunjukkan peningkatan.

"Sejak itu kita tidak pernah meraih emas kurang 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pingat ditawarkan di Sukan Sea. Pencapaian terburuk dicatatkan adalah di Sukan Sea Singapura pada 1983 iaitu sebanyak 16 emas atau kira-kira 7.2 peratus daripada keseluruhan pingat.


"Namun prestasi itu berlaku sebelum Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur dan selepas itu kutipan emas kita kekal 10 peratus ke atas. Kali ini di Indonesia, sebanyak 545 pingat emas ditawarkan dan jika kita mencatat kutipan sekurang-kurangnya 9 hingga 11 peratus, kita boleh membawa pulang 50 hingga 60 emas.


"Namun sasaran 60 emas hanya diletakkan oleh pengurus pasukan Sukan Sea, bagi MOM kita mampu meraih emas sekitar 50 hingga 55 emas kali ini," katanya.

Menurutnya, sasaran itu bukan berdasarkan statistik semata-mata tapi turut disokong peningkatan taraf sukan tanah air.


Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengumumkan sasaran 40 hingga 45 emas buat kontinjen negara bagi temasya sukan dwi tahunan yang akan berlangsung di Palembang dan Jakarta.

Menurut Shabery, sasaran itu mengambil kira kemampuan atlet negara, kekuatan atlet negara lain serta beberapa faktor kecederaan dan persaraan penyumbang emas negara sebelum ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


‘Ibu bayi’ Bieber boleh didakwa

Posted: 04 Nov 2011 12:29 PM PDT

LOS ANGELES: Dakwaan Mariah Yeater bahawa Justin Bieber adalah bapa bayinya mungkin menyebabkan wanita itu berdepan dengan masalah undang-undang.

Mariah, 20, kini boleh disoalsiasat oleh polis Los Angeles atas tuduhan 'merogol budak bawah umur.'

Bieber hanya berusia 16 tahun jika benar mereka mengadakan seks sehingga menyebabkan Mariah melahirkan anak.

Ini bermakna, Bieber ketika itu adalah bawah umur.


Semalam, seorang pegawai kanan polis Los Angeles berkata, pihaknya mungkin menyiasat dakwaan Mariah.


Menurut undang-undang, sesiapa yang mengadakan seks dengan seseorang yang bawah umur, yang tidak sampai tiga tahun lebih tua atau tiga tahun lebih muda dengan pelaku, adalah bersalah kerana melakukan kesalahan kecil.

Ketika kejadian itu didakwa berlaku, Mariah baru saja mencapai usia 19 tahun.

Menurut Associated Press, Komander Andrew Smith berkata, tidak ada laporan diterima mengenai kejadian itu yang didakwa berlaku Oktober tahun lalu di Staples Centre.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna polis tidak akan mengambil tindakan memandangkan terdapat laporan Mariah sudah mengemukakan saman terhadap bintang pop remaja itu.

Mariah mahu Bieber menjalani ujian DNA bagi mengesahkan secara saintifik bahawa dia adalah bapa bayinya yang berusia tiga bulan, lapor majalah Star di Amerika Syarikat.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan Isnin lalu, Mariah juga menuntut Bieber menyediakan penyaraan secukupnya untuk anak itu.

Bayi berkenaan, Tristyn Anthony Markhouse Yeater, dilahirkan 6 Julai lalu.

Wanita kelahiran California itu mendakwa, sebelum melakukan seks, penyanyi itu memberitahunya, ia kali pertama dia melakukannya sebelum Bieber dikatakan bergegas menanggalkan pakaiannya dalam sebuah bilik air di belakang pentas.

Mariah juga mendakwa, kejadian itu berlaku begitu pantas, hanya kira-kira 30 saat.

Menurut Mariah, mereka mengadakan seks pada 25 Oktober 2010 selepas konsert Bieber di Staples Centre di Los Angeles. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Sindiket kasut kokain berjaya ditumpas

Posted: 04 Nov 2011 12:14 PM PDT

MADRID: Polis semalam berkata, mereka berjaya menumpaskan rangkaian dadah yang menyeludup kokain dari Colombia berbentuk kasut berjenama wanita dengan harga 50,000 euros (RM207,000) sepasang.

Polis menahan lelaki yang disyaki ketua kumpulan Colombia itu dan isterinya berusia 24 tahun selepas menjejaki mereka di Gorliz, bandar tepi laut di utara Sepanyol.


"Siasatan yang dilakukan menunjukkan mereka yang ditahan itu menyeludup kokain dalam bentuk kasut wanita sejak dua dua tahunlalu," menurut kenyataan yang dikeluarkan polis.

Kasut itu digelar 'Manolos' oleh kumpulan berkenaan, merujuk kepada pereka kasut terkenal Sepanyol, Manuel "Manolo" Blahnik Rodriguez, yang harga sepasang kasut tumit tingginya mencecah ribuan euro.


Bagaimanapun, harga kasut kokain itu lebih mahal, 50,000 euro sepasang.


Polis berkata, ketua kumpulan berkenaan dan isterinya mencari penumpang untuk membawa dadah itu dari Cali, Colombia dengan pelbagai cara, termasuk kasut berjenama palsu.

Dadah itu kemudian akan dijual di Bilbao di Basque dan kawasan sekitar oleh tiga rakan, seorang warga Sepanyol berusia 29 tahun dan dua rakyat Colombia, berumur 28 dan 38 tahun.


Pegawai antidadah menahan enam suspek itu dalam beberapa siri serbuan selepas mengetahui ketua kumpulan berkenaan akan menerima penghantaran terakhir dadah itu sebelum berlepas pulang ke Colombia bersama isteri. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Jumaat, 4 November 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Unsur vintaj tonjol keperibadian

Posted: 04 Nov 2011 09:42 AM PDT

JENAMA pakaian terkenal Esprit bermula apabila pasangan Susie Russell dan Doug Tompkins bertemu ketika aktiviti memanjat gunung pada 1963 lalu mendirikan rumah tangga.

Kegemaran Susie yang sewaktu kecil berpakaian cantik dan anggun mendorongnya menghasilkan rekaan menggunakan jenama Plain Jane.

Selesa, kemas, cantik dan menyerlah menyebabkan rekaannya mendapat permintaan ramai. Pada 1980-an, jenama Esprit dengan fesyen berwarna-warni dan kasual dihasilkan khusus untuk remaja perempuan manakala suaminya, Tompkins menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran sehingga tercetusnya rekaan untuk lelaki dan wanita berkerjaya.

Kini jenama ini berkembang di hampir seluruh negara di dunia. Rekaan yang pada mulanya terhad semakin diminati ramai, memenuhi cita rasa semua golongan usia.


Sebagai tanda terima kasih dan sokongan kepada peminat, Esprit merasmikan pembukaan gedung kedua terbesar di Mid Valley Megamall, Lembah Klang, sekali gus melancarkan koleksi musim luruh dan sejuk 2011, baru-baru ini.


Koleksi Esprit kali ini bukan saja memberi tumpuan kepada perincian halus pada corak, tetapi juga mengamalkan gaya fesyen 50-an hingga 70-an yang semakin diminati ramai. Rekaan ini mengetengahkan unsur vintaj dan trendy bagi menonjolkan keperibadian seseorang.

Rekaan wanita menawarkan gaya feminin dengan himpunan 'classy' pada padanan skirt, seluar, blaus, kemeja dan jaket sama ada untuk gaya kasual atau sporty.
Setiap padanan tampil lebih moden menerusi potongan unik serta selesa.

Wanita akan tampil lebih bergaya walau di mana mereka berada. Bagi mereka yang ingin mewarnai gaya musim sejuk, tambahan ponco pada leher tampak lebih versatil.

Himpunan musim luruh dan sejuk didatangkan dalam pelbagai warna semula jadi seperti krim, coklat, kuning, hijau, khaki, hitam, putih dan kelabu dengan sedikit sentuhan rona segar yang pastinya memberikan impak menawan dan anggun kepada si pemakai.

Untuk kanak-kanak, rekaan sinonim dengan dewasa bagi memberikan imej moden dan bergaya sesuai cita rasa mereka. Himpunan terkini Esprit 2011 boleh didapati di semua rangkaian gedung beli-belah Esprit di seluruh negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Argan bukan minyak sembarangan

Posted: 04 Nov 2011 08:22 AM PDT

SECRETLEAF International Sdn Bhd adalah syarikat pertama membawa masuk argan, iaitu 'minyak yang boleh dimakan paling mahal di dunia'.

Produknya, Pure Oil Series 01 (POS01) dengan 100 peratus minyak argan asli memberi manfaat kepada pengguna di negara ini.

Kelebihan minyak argan turut digunakan syarikat komestik antarabangsa lain, tetapi Secretleaf International mengekalkan POS01 satu-satunya produk yang hanya mengandungi minyak argan tanpa pengawet, pewarna, pewangi atau mana-mana ramuan lain.

Ia mengekalkan bau yang sama seperti yang anda boleh peroleh apabila melawat negara asal pengeluar.


Minyak argan adalah minyak yang dikeluarkan daripada pokok argan yang hanya didapati di Maghribi, utara Afrika.


Zoubida Charrouf, ahli kimia dan pengkaji di Universiti Mohammed V, Maghribi yang membuat kajian mengenai argan mengakui, minyak itu membantu menyerlah rahsia kecantikan dan kesihatan wanita.

Minyak argan kaya dengan Omega 3, 6 dan 9, Vitamin E dan A serta antioksida yang baik untuk antipenuaan.

Kajian klinikal Zoubida turut mendapati lelaki yang meminum 25ml minyak argan setiap hari dapat merendahkan kandungan kolesterol buruk dan menaikkan tahap kolesterol baik dan Vitamin E.

Begitu juga kajian yang dibuat terhadap wanita yang menopaus, menghasilkan keputusan yang sama.

Malah, Zoubida mendapati kandungan kelembapan bertambah dan terdapat kekura-ngan pada kedutan berbanding sebelumnya.

Seorang pengguna, Nur Ainatul Mardhiah Salleh, berkata dia menggunakan minyak itu untuk merawat jerawat di muka.

"Selepas beberapa kali menggunakan POS01 bersama sabun Secretleaf, saya mendapati parut jerawat yang kehitaman dan seakan-akan kudis menjadi pudar serta hilang," katanya.

Bagi Nur Atiqah Md Adnan, 25, dari Kuala Lumpur, dia baru sebulan menggunakan Pure Oil 01 dan Mosturizing Facial Soap dan mendapati kulitnya lebih anjal dan cerah.

"Malah, kesan jerawat dan jeragat hilang. Kulit lebih bersih dan licin," katanya.

Selain membantu pengguna kelihatan anggun, produk Secretleaf International
turut memberi pendapatan tambahan kepada orang ramai.

Bagi Kelly Wong daripada Petaling Jaya, dia jatuh hati dengan Pure Oil 01 kerana minyak itu membuat kulitnya cerah and licin.

Maklumat lanjut, layari laman http://www.facebook.com/mysecretleaf untuk
melihat testimoni dan kegembiraan mereka yang menggunakan produk kami atau hubungi 016-2273815/3817/3832, 016-6626604 atau talian bebas tol 1800-88-3818 (Isnin-Jumaat 10 pagi-5 petang). Produk Secretleaf dijual di semua cawangan rangkaian Farmasi Alpha, Farmasi Multicare, Farmasi Healthlane dan Farmasi Ehsan (Pantai Timur), selain di farmasi bebas di seluruh negara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


5 GRO dalam rak

Posted: 03 Nov 2011 01:24 PM PDT

KUALA LUMPUR: Lima wanita berhimpit di dalam rak selama sejam semata-mata takut dicekup polis dalam serbuan di dua pusat hiburan di Taman Puchong Mesra, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, tempat persembunyian itu dihidu sebelum mereka menyerah diri.


Operasi dilancarkan Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas mendapat maklumat dan kerjasama orang awam yang membongkar aktiviti pelacuran di pusat hiburan terkenal itu. Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu, seramai 55 wanita warga asing berusia 22 hingga 35 tahun dipercayai pelacur ditahan.

Siasatan awal terhadap 40 wanita warga China dan 15 warga Vietnam mendapati mereka menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar untuk memasuki negara ini.


Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mat Isa, berkata pusat hiburan itu pernah diserbu lebih tujuh kali sepanjang tahun ini, namun masih tidak serik dan terus beroperasi. "Semua wanita terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sebelum diserahkan ke Jabatan Imigresen," katanya. Beliau berkata, tindakan turut akan diambil terhadap pemilik premis hiburan terbabit kerana menjalankan kegiatan haram.

Full content generated by Get Full RSS.

Pesta belasah drebar trak tunda

Posted: 03 Nov 2011 01:21 PM PDT

KAJANG: Seorang pemandu trak tunda berdepan detik cemas apabila dikepung 20 lelaki sebelum lapan daripada mereka memukulnya dengan kayu dan rotan hingga pengsan gara-gara tidak puas hati mangsa cuba 'merebut' pelanggan mereka yang terbabit kemalangan di Taman Tanming Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 malam itu, mangsa mendapat panggilan mengatakan sebuah kereta terbabit kemalangan sebelum mangsa bergegas ke tempat kejadian untuk menunda kereta berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu pemilik kereta dan berbincang untuk menunda keretanya ke bengkelnya di Kajang.

Katanya, ketika mangsa memasang alatan untuk menunda kereta berkenaan, tiba-tiba 20 lelaki menaiki beberapa kereta datang menghampiri mangsa.


"Seorang daripada mereka menghampirinya dan mempersoalkan tindakan mangsa menunda kereta di kawasan yang didakwa milik mereka.


"Mangsa yang terpinga-pinga meminta suspek bertenang dan berbincang secara baik," katanya.

Ab Rashid berkata, suspek yang berang dengan alasan diberikan mangsa mengambil kayu dan memukul badan mangsa berulang kali.


Beliau berkata, tujuh lagi rakan suspek memukul mangsa menggunakan kayu dan rotan yang disimpan di dalam kereta dan memukul mangsa beberapa kali di bahagian badan.

"Mangsa merayu tidak diperlakukan sebegitu dan meminta suspek berhenti memukulnya kerana tidak tahan menanggung kesakitan.


"Rayuan mangsa tidak dipedulikan suspek, malah dipukul hingga pengsan," katanya.


Beliau berkata, suspek yang terkejut melihat mangsa pengsan melarikan diri.


Orang awam yang melihat suspek yang terbaring di tepi jalan memberikan bantuan dan membawanya ke Hospital Serdang (HS) untuk rawatan lanjut.


Mangsa kini dilaporkan stabil dan sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas doktor mengesahkan dia tidak cedera serius.


Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Jangan sampai emas terlepas

Posted: 03 Nov 2011 02:56 PM PDT

SESUKAR mana sekalipun peluang skuad bawah 23 tahun negara untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak di Sukan Sea Indonesia, mereka tidak mempunyai pilihan selain memastikan 'ibu segala emas' itu dibawa pulang ke tanah air.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, skuad negara yang dibimbing jurulatih Ong Kim Swee diharap dapat mengulangi pencapaian ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal di Laos dua tahun lalu, sekali gus membantu sasaran kutipan 40 hingga 45 pingat emas pada temasya dwi tahunan itu kali ini.


"Pingat emas acara bola sepak sangat istimewa dan menjadi rebutan semua negara bertanding. Kita sebagai juara bertahan tidak boleh meletakkan sasaran yang rendah sebaliknya perlu mempertahankannya.

"Di atas kertas, Kim Swee mempunyai skuad yang bagus kerana ada pemain yang beraksi dua tahun lalu masih bersama seperti Baddrol Bakhtiar, Asraruddin Putra Omar dan Mahali Jasuli.


"Malah pemain baru juga cukup berpengalaman kerana turut beraksi dalam skuad kebangsaan serta mendapat pendedahan di Slovakia," katanya.


Skuad sukan Sea negara berlepas ke Jakarta hari ini dalam misi penuh mencabar itu apabila diundi dalam 'Kumpulan Maut' bersama tuan rumah Indonesia, Thailand, Singapura dan Kemboja.

Menurut Zolkples, selaku juara bertahan, pemain negara tidak perlu gentar dengan situasi sukar itu sebaliknya membuktikan segala pelaburan diberikan kerajaan dalam membentuk pasukan itu berbaloi.


"Jangan fikir sangat kita dalam 'Kumpulan Maut' kerana pasukan lain yang sepatutnya takut kerana diundi bersama juara bertahan, Malaysia. Kerajaan sudah banyak membantu, termasuk pelbagai insentif selepas memenangi emas Sukan Sea Laos dan Piala Suzuki AFF lalu, jadi pemain kena lakukan yang terbaik," katanya.

Di sebalik keyakinan itu, beliau mengingatkan agar barisan pemain muda dapat mengawal emosi di hari perlawanan.


"Masalah pemain kita tak boleh kawal emosi dan kadang-kala panik tak tentu hala. Kita bermain bagus apabila menentang pasukan kuat seperti bertemu Liverpool dan Chelsea tempoh hari, tapi bila lawan dengan Indonesia, Singapura kita tertekan," kata Zolkples.


Malaysia yang diketuai pemain tengah Baddrol akan memulakan kempen Kumpulan A dengan menentang Singapura di Stadium Gelora Bung Karno, Isnin ini, pada jam 5 petang waktu Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Penguasaan Sekolah Sukan Bukit Jalil berterusan

Posted: 03 Nov 2011 02:56 PM PDT

JUARA tahun lalu Sekolah Sukan Bukit Jalil, terus unggul dengan mengekalkan kejuaraan Pesta Bola Jaring Antarabangsa Universiti Sains Malaysia-Penang 2011 menerusi wakilnya BJSS Arawanas yang menewaskan Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail, SSTMI A.

Diperkuat hampir kesemua pemain kebangsaan, BJSS Arawanas tidak menghadapi banyak masalah ketika menewaskan SSTMI A, 16-7.

SSBJ juga turut menjuarai kategori Bawah 18 tahun apabila BJSS Sharks bersaing sengit sebelum berjaya menewaskan satu lagi wakilnya, BJSS Piranha dengan kiraan 9-5.

Bagi kategori lelaki juara milik pasukan Cobra Alpha setelah berjaya menumpaskan juara bertahan pasukan Royale dengan mata 12-10.


Sementara itu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya menguasai kategori bawah 12 tahun apabila wakilnya Remaja MBPJ A menewaskan MSSN Negeri Sembilan.


Manakala SSTMI B pula muncul juara bawah 15 tahun setelah menewaskan G-Rians A.

Bagi kategori IPT, juara lelaki milik Universiti Malaya diikuti naib johan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kategori Wanita Universiti Sains Malaysia (USM) dimenangi pasukan USM KK B dan kedua pasukanTrident Girl manakala Kategori Lelaki, USM dimenangi pasukan Daimond USM KK dan naib johan pasukan, Real Steel.

Kejohanan kali ke-21 ini disertai 134 pasukan berlangsung di Stadium USM dari 22 hingga 23 Oktober lalu, disempurnakan oleh isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Majimor Shariff yang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pertandingan itu dikendalikan sepenuhnya oleh Mahasiswa USM dengan sokongan Pusat Sukan dan Reksreasi USM bertujuan memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman mengendalikan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Jejak tempat nenek bermanja

Posted: 03 Nov 2011 01:51 PM PDT

CHUKAI: "Nenek (Natrah Maarof) tidak pernah menceritakan kisah silamnya kepada cucu-cucunya. Hanya ibu yang rajin bercerita mengenai kisah dia di Malaysia.

"Semua diceritakan ibu membuatkan saya sentiasa ingin datang ke negara ini dan kini saya amat gembira apabila hasrat itu terlaksana." Demikian kata Sasha Van Gastel, 18, cucu Natrah atau nama sebenarnya, Maria Bertha Hertogh yang dibawa oleh Tourism Malaysia (TM) Terengganu ke negeri ini untuk melihat tempat pernah didiami neneknya lebih 60 tahun lalu. Menerusi program dinamakan Building Bridges (BB) dilaksanakan dengan kerjasama TM di The Hague, Belanda, Sasha bersama sepupunya, Romy Elizabeth Marian Smol, 17, dijadualkan berada di negeri ini selama empat hari bermula semalam.


"Sukar diceritakan bagaimana perasaan saya apabila dapat melihat kawasan yang pernah didiami nenek satu ketika dulu," katanya.

Dua bersaudara itu semalam dipertemukan dengan Rokayah Yusof, 65, anak saudara angkat kepada Natrah di kediamannya di Kampung Mak Chili Paya di sini.


Sasha, anak kepada pasangan Carolein Van Gastel dan Jan Van Gastel berkata, dia dan Romy hanya dimaklumkan mengenai pertemuan dengan Rokayah kira-kira seminggu sebelum berlepas ke negara ini.


"Sejak itu, pelbagai gambaran bermain di fikiran saya dan berasa amat gembira apabila dilayan dengan mesra," katanya yang terharu dengan layanan keluarga Rokayah.

Seperti Sasha, Romy, anak kepada pasangan Frans dan Carla Wolkenfelt, turut berkongsi perasaan gembira dengan pertemuan dengan Rokayah serta keluarganya.


"Sebelum ini, saya hanya melihat keindahan dan keunikan Malaysia melalui pembacaan, Internet dan (cerita) ayah. Namun, program ini peluang keemasan untuk saya lebih mengenali keluarga angkat nenek di Malaysia walaupun kami tidak pernah bersua muka.

"Lebih membuat saya terharu, layanan mereka berikan terhadap saya dan Sasha. Mereka amat mesra dan melayan kami seolah-olah pernah bertemu sebelum ini.


"Walaupun pertemuan hanya sekitar empat jam, ia meninggalkan banyak kenangan manis. Malah, layanan mesra yang mereka berikan kepada kami membuatkan saya faham mengapa nenek begitu dekat dengan budaya dan adat Melayu," katanya yang menggemari makanan pedas di Malaysia.


Bagi Rokayah pula, pertemuan dengan dua cucu Natrah adalah satu perkara yang tidak pernah terlintas di fikirannya selama ini.


"Saya tidak menyangka akan bertemu semula dengan waris Natrah dan selama ini menganggap perhubungan dengan keluarga Natrah sudah terputus," katanya.


Rokayah, anak kedua daripada lapan beradik, adalah anak kepada Kamariah yang menjadi adik-beradik angkat dengan Natrah ketika wanita Belanda itu dibesarkan Che Aminah Mohamad di Terengganu pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.


Menurut Rokayah, pertemuan itu sememangnya tidak dijangka apatah lagi selepas ketiadaan ibu saudaranya (Natrah) yang meninggal dunia pada 9 Julai 2009.


"Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan berkesempatan bertemu dengan tiga generasi dalam keluarga Natrah sendiri.


"Jika diikutkan, tidak banyak kenangan antara saya dan Natrah apatah lagi ketika itu saya masih kecil. Namun, ikatan kekeluargaan yang ada menyebabkan rasa kasih dan sayang itu tidak pernah putus.


"Bayangkan, saya hanya bertemu Natrah pada 1998 iaitu selepas 46 tahun kami terpisah. Ia satu pertemuan yang penuh bermakna sebelum dua anak Natrah, Carolein dan Silvia bersama pasangan masing-masing melawat kami awal Januari lalu.


"Kini, tanpa disangka dua cucunya pula datang. Lebih membuatkan saya tersentuh apabila memandang wajah Sasha yang mirip neneknya (Natrah)," katanya yang juga pesara guru.


Menurutnya, kehadiran dua gadis remaja itu seakan-akan rahmat dan hadiah bermakna sempena sambutan Aidiladha, Ahad ini.


"Pertemuan bukan saja mengeratkan hubungan dua negara tetapi ikatan kekeluargaan yang tidak terputus walaupun berlainan agama dan budaya.


"Apa yang diharapkan, hubungan kekeluargaan ini akan berkekalan. Malah, saya turut menyimpan hasrat untuk melawat keluarga Natrah di Belanda," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Hidung dedah rahsia

Posted: 03 Nov 2011 01:51 PM PDT

SEGAMAT: Pada 26 Ogos lalu, seorang lelaki mendakwa menemui seorang bayi ditinggalkan di depan sebuah pasar raya di bandar ini dan Selasa lalu, dia ditahan selepas siasatan polis mendapati suspek adalah bapa bayi malang itu.

Tindakan bijak pegawai penyiasat kes yang meminta lelaki berusia 21 tahun itu untuk menyerahkan sampel asid deoxyribonucleic (DNA) selepas mendapati hidung bayi serta lelaki terbabit serupa akhirnya berjaya membongkar penipuan berkenaan.


Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, hasil ujian DNA dilakukan Jabatan Kimia diperoleh pihaknya Selasa lalu, suspek terus ditahan di kediamannya di Felda Selancar untuk membantu siasatan.

"Kami menahan suspek yang bekerja sendiri pada jam 10 pagi, dia tidak mengakui melakukan kegiatan terkutuk itu, tetapi keputusan DNA membuktikan sebaliknya.


"Kami berhempas pulas menyelesaikan kes ini kerana tidak puas hati dengan sikap mereka yang membuang bayi, syukur kerana tindakan bijak pegawai penyiasat dibantu dengan pegawai juga anggota lain berjaya membongkar penipuan itu," katanya, semalam.


Pada masa sama, menurut Majid, pihaknya turut menahan teman wanita suspek yang berusia 18 tahun yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Genuang, kerana disyaki melahirkan bayi perempuan berkenaan.

Hasil siasatan awal, remaja perempuan terbabit mengaku melahirkan serta membuang bayi itu di depan pasar raya berkenaan.


"Kedua-dua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 kerana membuang bayi, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, pada tarikh berkenaan, seorang lelaki mendakwa menemui bayi di dalam kotak diletakkan di depan pasar raya berkenaan pada jam 5 pagi ketika mahu bersahur.


Lelaki berkenaan kemudiannya mendakwa membawa pulang bayi itu ke kediamannya untuk dibersihkan dan diberikan pakaian baru sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.


Bayi itu kini ditempatkan di pusat jagaan Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang untuk tempoh dua tahun sementara menunggu tindakan susulan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved