Isnin, 14 November 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


2 pokok hempap rumah

Posted: 13 Nov 2011 08:52 AM PST

SUBANG JAYA: "Hujan petang ini (semalam) luar biasa kerana bukan saja disertai ribut petir dan angin kencang, malah turun berserta ketulan seperti air batu," kata S Dhanabalan, 45.

Dalam kejadian jam 3 petang di Jalan USJ 9/4 itu, hujan lebat dengan angin kencang menyebabkan dua pokok tumbang dan menimpa rumah serta kereta Proton Wira milik Dhanabalan di hadapan rumah.


Menurutnya, sebaik melihat pokok menimpa rumah dan kereta, dia mendapatkan isteri dan anak sebelum keluar melalui pintu dapur untuk menyelamatkan diri.

"Saya menghubungi talian kecemasan 999 untuk memaklumkan kejadian kepada bomba selain menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya memutuskan bekalan elektrik kerana pokok yang tumbang menimpa kabel elektrik," katanya yang baru lapan bulan tinggal di rumah itu.


Menurutnya, jumlah kerugian yang dialami RM 15,000 termasuk kos kerosakan rumah dan kereta, tetapi bersyukur tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan menimpa keluarganya.


Dhanabalan berharap kejadian semalam tidak berulang kerana bimbang membabitkan kehilangan nyawa.

"Saya berharap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) segera memotong pokok yang melebihi tinggi tiang elektrik kerana kemungkinan besar pokok berkenaan tumbang jika angin kencang," katanya.


Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2, Azman Mohd Zin, berkata Balai Bomba Subang Jaya dikejarkan ke lokasi sekitar USJ selepas pihaknya menerima laporan kejadian pokok tumbang. Pihaknya turut menerima bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dan MPSJ untuk kerja membersihkan serpihan ranting dan pokok tumbang di sekitar USJ.

Full content generated by Get Full RSS.

Bersanding di zoo

Posted: 13 Nov 2011 08:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelbagai cara dilakukan pasangan pengantin bagi mengabadikan kenangan mahligai dibina dan tidak terkecuali bagi pasangan, Muhamad Syarifuddin Sidik, 30, dan Putri Ernie Suraya Megat Yusop, 27, yang memilih untuk bersanding di Zoo Negara, malam tadi.

Kira-kira 2,000 tetamu, terdiri daripada sanak saudara dan keluarga terdekat memeriahkan majlis perkahwinan unik berkenaan.


Memilih Dataran Datuk Ismail Hutson sebagai lokasi persandingan, kedua-dua mempelai sepakat mengabadikan kenangan indah mereka menerusi konsep alam semula jadi yang mengasyikkan.

Bermula dengan menyusuri laluan disinari cahaya pelita di sepanjang taman haiwan berkenaan, tetamu disambut pengiring berpakaian ala wirawati hutan ditemani burung hantu dan ular sawa.


Bapa pengantin lelaki, Sidik Hassan, 60, berkata mereka sekeluarga memilih Zoo Negara sebagai lokasi majlis bagi memenuhi impian persandingan dalam taman buat anaknya.


"Kami merancang majlis ini sejak setahun lalu dan bersyukur kerana ia berjalan lancar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Istana disewa sempena Olimpik

Posted: 13 Nov 2011 08:00 AM PST

LONDON: Sebuah istana diraja Britain akan disewakan kepada syarikat yang berminat dengan sewa sebanyak 30,000 pound (RM150,000) sehari ketika Sukan Olimpik, tahun depan.

Dalam satu keputusan yang memecah protokol diraja selama 500 tahun, Istana St James akan membuka pintunya untuk syarikat persendirian yang mahu menyewa apartmen mewah ketika Sukan London, nanti.

Ratu Britain sendiri telah memberi kebenarannya untuk membenarkan syarikat persendirian memilih Bilik Throne, Tapestry dan Queen Ann dalam istana itu untuk mengadakan pesta mewah.

Untuk mereka yang mahukan lebih kemewahan, mereka boleh menyewa sebuah istana di utara - Istana Leeds dengan harga 1 juta pound (RM5 juta) ketika sukan Olimpik.


Tetamu di Istana St James akan dapat menikmati lawatan di dalam istana itu sebagai sebahagian daripada sambutan eksklusif.


Mereka juga dapat berada dekat dengan beberapa acara sukan Olimpik, antaranya bola tampar pantai yang diadakan di Horse Guard Paarade dan maraton yang akan bermula dan berakhir di Dataran (Mall).

Acara renang pula akan diadakan di Hyde Park yang terletak berdekatan.

Sumber berkata, "Pihak istana cuba mengeksploitasikan warisan sejarah dan lokasi utama itu. Pegawai istana sudah mula menghubungi firma dan pertubuhan amal yang mungkin berminat untuk menggunakan istana itu.

"Mereka menyasarkan organisasi yang sudah mempunyai hubungan dengan keluarga diraja dan ia termasuk mereka yang mempunyai Waran Diraja," katanya.

Semua tarikh sewa dikatakan telah penuh kerana menerima sambutan luar biasa daripada syarikat yang mahu mengadakan pesta yang hebat.

Istana St James, yang masih menjadi istana rasmi keluarga diraja, biasanya tidak dibuka kepada orang ramai.

Dibawah, rancangan sewa yang baru, firma boleh menjemput tetamu untuk acara yang diadakan di Bilik Tapestry, yang mempunyai pendiang jenis Tudor asli dan beberapa dewangga yang ditenun untuk Raja Charles II dan di bilik Throne yang mempunyai takhta raja yang memerintah.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemandu selamatkan penumpang daripada van terbakar

Posted: 13 Nov 2011 07:57 AM PST

CHINA: Seorang lelaki melompat keluar daripada sebuah van yang terbalik sementara rakannya cuba menyelamatkan seorang penumpang.

Semua tujuh penumpang van itu berjaya keluar sebelum kenderaan itu terbakar.

Van itu dikatakan terbalik selepas asap keluar dari bahagian casisnya.

Pemandu van itu berjaya melepaskan diri dan membantu penumpangnya keluar dari van itu seorang demi seorang.


Tidak ada seorang pemandu lain di jalan raya itu yang memberhentikan kereta mereka untuk membantu mangsa dalam kejadian yang berlaku ketika waktu puncak di waktu pagi di Xi'an.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tebus duka kakak

Posted: 13 Nov 2011 09:30 PM PST

JANJI kepada kakaknya, Jamalliah Jamaludin dipenuhi Shaharudin yang tampil sebagai pemenang pingat emas pertama skuad karate negara pada temasya Sukan Sea di Stadium Tenis Senayan, Jakarta, semalam.

Shaharudin, 23, berasa terluka menyaksikan kakaknya tumbang pada separuh akhir acara kumite lebih 68kg kelmarin dan kehadirannya di arena tidak mengecewakan apabila dia menebus kegagalan itu dengan pingat emas yang ditunggu-tunggu dalam acara bawah 75kg.


"Saya terlalu gembira dan berasa bangga memenangi pingat emas pertama saya pada temasya Sukan Sea. Selepas kakak saya kalah semalam (kelmarin), saya beritahunya saya akan turun untuk merebut pingat emas.

"Kejayaan ini adalah untuk keluarga saya dan buat negara," kata Shaharudin, yang merangkul pingat gangsa di Korat (2007) dan Vientiane (2009). Dia turut memenangi pingat perak acara berpasukan daripada kedua-dua temasya itu.


Kejayaan Shaharudin adalah kerana dia patuh dan mengikuti setiap perancangan permainan diatur jurulatihnya, P Arivalagan.


"Saya masuk ke arena dengan azam kuat untuk melakukan yang terbaik. Saya mengikut arahan dan taktik yang diberikan jurulatih dan saya bangga kerana ia dilakukan dengan sempurna dan menjadi.

Shaharudin menundukkan peserta Vietnam, Nguyen Minh Phung 5-2 pada pertarungan akhir untuk memenangi pingat emas pertamanya pada penampilan ketiganya di Sukan Sea, emas pertama karate dan pertama kontinjen negara dari Jakarta.


Terdahulu, dia mengalahkan peserta Thailand, Sonwut Muntaen 9-1 apabila pengadil memberhentikan pertarungan ketika berbaki satu minit 37 saat sebelum memastikan tempatnya ke perlawanan akhir dengan mengalahkan atlet Filipina, Badil Michael 5-2.

"Saya sudah pernah bertemu atlet Vietnam itu, yang memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Asia tahun ini, tiga atau empat kali sebelum ini dan tidak pernah kalah dengannya.


"Saya berjaya membaca pergerakannya dengan baik dan saya tahu di mana untuk mendapat mata. Mata yang didapatinya adalah apabila dia cuba untuk menyepak pinggang saya tapi terkena tangan.


"Tapi saya sudah mendahului 5-0 ketika itu dan dengan baki 40 saat jadi ia tidak menjadi masalah buat saya," kata Shaharudin.

Full content generated by Get Full RSS.

Tekad Baddrol

Posted: 13 Nov 2011 07:41 AM PST

JARINGAN dua gol ketika membantu Malaysia menewaskan Kemboja 4-1 semalam belum cukup memuaskan hati penyerang, Baddrol Bakhtiar.

Sebaliknya dia bertekad untuk terus meledak dalam pertemuan terakhir Kumpulan A Sukan Sea Indonesia menentang tuan rumah, Khamis ini.


Baddrol yang memikul tugas sebagai kapten bagi penampilan keduanya selepas bersama skuad juara bawah 23 tahun negara di Laos dua tahun lalu berkata, semua pemain harus fokus dan konsisten dalam aksi penentuan kumpulan bagi memastikan slot ke separuh akhir dalam genggaman.

"Saya anggap tugas sebagai kapten ini sebagai satu cabaran dan tidak pernah berasa tertekan. "Setakat ini saya belum berpuas hati sebaliknya pasang tekad bersama rakan sepasukan untuk terus memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Indonesia," katanya yang ditemui selepas tamat perlawanan.


Baddrol, menggegar gawang Kemboja yang dikawal Sou Yaty menerusi rembatan dari jarak 35 pada minit ke-35 sebelum menambah jaringan empat minit kemudian hasil sepakan penalti.


Malaysia turut meraih gol hasil percubaan Izzaq Faris Ramlan (m-8) dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (m-90).

Manakala Kemboja berjaya membolosi gawang negara di m-59 menerusi serangan pantas, Chhin Chhoeun.


Baddrol yang kini mengumpul tiga gol selepas mencipta nama selaku penjaring ketika skuad kendalian Ong Kim Swee menang 2-1 ke atas Thailand mahu semua pemain mengelakkan daripada melakukan kesilapan dalam aksi seterusnya.

"Setiap pemain ada melakukan kesilapan, jadi kami perlu jadikan ia satu pengajaran dan tidak mengulanginya lagi," katanya sebagai mengulas jaringan yang dihasilkan Kemboja.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tarian ghairah buka ‘ritual’

Posted: 13 Nov 2011 09:15 AM PST

MANJUNG: Mereka dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum dikumpulkan di dalam satu dewan besar untuk menjalani satu 'ritual' khas bagi ditauliah menjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.

Itu antara sesi angkat sumpah yang dilalui 307 orang termasuk remaja berusia 17 tahun sebelum ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, 307 individu berusia dari 17 hingga 30 tahun itu berkumpul di resort berkenaan mulai jam 8 malam kelmarin lengkap memakai kemeja-T dengan logo pertubuhan itu.

Berselindung di sebalik program Hari Keluarga, acara itu dikendalikan sekumpulan individu dipercayai ahli kumpulan gengster untuk merekrut ahli baru.


Difahamkan, peserta program itu datang dari seluruh negara untuk menyertai kumpulan berkenaan dan mendaftar masuk di resort bermula jam 3 petang kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu tersentak anak diterkam

Posted: 13 Nov 2011 09:11 AM PST

KUALA LUMPUR: "Saya kenal ayah Nurin (Jazlin Jazimin, 8), malah turut membantu mencari kanak-kanak itu selepas diculik empat tahun lalu.

"Jadi, saya tak mahu kejadian menimpa Nurin berlaku pula pada anak saya," kata Saifuddin Abu Samah, 37, yang membantu polis menahan seorang lelaki warga Kemboja yang dipercaya mahu menculik anaknya, Nur Farihah, enam tahun, malam kelmarin.

Saifuddin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 malam selepas dia bersama isteri, Rohani Abdul Rauf,37 dan empat anak selesai makan di sebuah restoran di Taman Melati Utama, Wangsa Maju, di sini.

Menurutnya, ketika berjalan kaki menuju ke kereta dia berjalan di depan bersama tiga anak sementara Nur Farihah yang juga anak ketiganya berjalan di antara dia dan isteri.


"Isteri saya berada kira-kira satu meter di belakang Farihah dan tiba-tiba muncul seorang lelaki berjalan di tepinya sebelum cuba menerkam Farihah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Empat bulan tak jamah nasi

Posted: 13 Nov 2011 05:25 AM PST

BIARPUN kisah percintaannya lebih mendapat perhatian, namun, pelakon kacak Kamal Adli tidak pernah hilang fokus. Bagi 'hero filem' meningkat naik ini, peribadi dan karier dua perkara berbeza untuk dinilai dengan baik oleh peminatnya.

Apa yang pasti, Kamal mengharapkan perjalanan karier seni yang menonjol.

Ini kerana, dia mahu peminat lebih mengenalinya daripada hasil kerja berbanding kisah peribadi. Ujarnya, soal cinta, cukuplah peminat tahu dengan siapa dia berkasih.

Selebihnya, fokus utama adalah pada karier lakonan. Justeru, penekanan sangat diberikan terhadap penampilannya. Malah, Kamal akui berasa tercabar dengan teguran Ahmad Idham yang memaklumkan tidak mahu mengambilnya berlakon filem kalau dia gemuk.


"Berat badan saya naik mendadak dan sangat ketara ketika berlakon drama Ana Lulu. Oleh itu, sebaik Ahmad Idham menegur mengenainya, saya nekad menurunkan berat badan. Saya tak makan nasi selama empat bulan dan nampaknya, berhasil.


"Saya mula tak makan nasi langsung pada Ramadan lalu. Saya bulatkan tekad dalam diri kerana muak dengan pertanyaan orang ramai yang asyik persoalkan kenapa saya sudah gemuk. Tak dapat dinafikan, berat badan saya ketika itu adalah 83 kilogram (kg).

"Sekiranya tidak menyahut cabaran itu, saya yakin berat pasti bertambah lagi.
Jika badan makin gemuk, tidak gunalah saya merangkul status Hero Remaja 2007/2008. Jadi, saya harus berusaha pakejkan semula bentuk badan ini seperti dulu.

"Kini, saya gembira kerana usaha dilakukan sudah mencapai sasaran dan berhasil seperti yang diharapkan. Saya berjaya memperoleh berat badan terdahulu iaitu 75 kilogram (kg) Penurunan berat sebanyak lapan kg ini, diakui amat bermakna.

"Bukan mudah melakukannya kerana saya berasa cukup tercabar sewaktu meninggalkan nasi pada minggu pertama. Ia amat menyeksakan dan saya hampir tak boleh buat. Namun, saya ingatkan diri bahawa diet penting untuk kesihatan," katanya.

Menurut Kamal, walaupun dia tidak makan walau sebiji nasi tetapi amalan pemakanan sihat diutamakan. Ujarnya, pengambilan hidangan makanan harian dipastikan mencukupi zat dan protein untuk badan. Ini penting supaya tenaga sentiasa ada.

"Diet diamalkan memang sihat kerana saya juga bersukan dengan bermain futsal dan boling padang, tiga kali seminggu. Lagi pun, saya memang seorang kaki sukan kerana segala aktiviti sihat yang dibuat itu untuk keluarkan peluh dalam badan.

"Saya juga tak mengambil sebarang pil atau mengikuti jadual bersenam di gimnasium. Saya mahu kurus secara semula jadi dan sihat. Maka, sekarang baru saya percaya dengan kebenaran boleh kurus tanpa perlu makan nasi.

"Cuma, harus kuatkan semangat untuk mengatasi godaan menjamah nasi walau pun sesuap. Memandangkan nasi adalah makanan sajian utama harian masyarakat di negara ini, tepuk dada tanya selera. Kalau memang mahu peroleh berat
badan menarik, perlu nekad.

"Apapun, disebabkan tujuan saya untuk mendapatkan berat badan yang sesuai sudah berhasil, maka nasi akan dimakan semula selepas ini. Tetapi, diambil pada jumlah yang sedikit. Saya akan memberikan tumpuan pada makanan seperti sayuran dan buah-buahan.

"Harus utamakan makanan yang banyak vitamin supaya ketahanan badan sentiasa kekal. Selain makanan, saya juga akan kekal bersukan seperti diamalkan sekarang. Kini, tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain sudah kembali kurus," katanya.

Berbicara pula mengenai kariernya, Kamal berkata biarpun permulaannya dalam bidang seni menerusi pengacaraan tetapi sekarang tak dinafikan, rezeki berlakon lebih murah. Kamal juga mengikat kontrak sebagai residen artis MIG Productions Sdn Bhd.

Menurut Kamal, hampir tiga tahun membina nama dan tapak dalam industri seni tanah air, dia bersyukur perjalanan kariernya tidak berliku. Katanya, setakat ini semua berjalan lancar seperti diharapkan. Malah, banyak peluang sudah diperolehnya.

Cabaran karakter ustaz dalam Assalamualaikum Cinta

SEHINGGA hujung tahun ini, Kamal memaklumkan dia membintangi lima filem. Malah, yang terbaru pastinya Assalamualaikum Cinta arahan Azhari Zain yang turut diterbitkan MIG Productions. Dalam filem terbaru ini, Kamal melakonkan watak ustaz.

Menurut Kamal, karakter itu satu cabaran besar kepadanya kerana 'ustaz' adalah tokoh agama. Justeru, katavnya, memandangkan situasi diri yang terdedah dengan kehidupan bersosial, maka dia harus berusaha gigih merealisasikan watak itu sebaik mungkin.

"Saya sukakan cabaran dan watak ini pula cukup berat. Apa yang pasti, saya akan berusaha melakonkannya dengan baik mengikut kemampuan diri. Selain itu, filem ini juga bergenre komedi romantik yang sekali gus mempelbagaikan watak pernah saya lakonkan.

"Jadi, bagi lima filem yang sudah dibintangi untuk tahun ini saya melakonkan watak komedi, serius, aksi dan kisah cinta yang memerlukan saya peka mengenai kehendak skrip. Malah, penghayatan watak juga berbeza dan harus difahami dengan baik.

"Apapun, bekerja dengan pengarah seperti Azhari, kami akan sentiasa berbincang. Bahkan, saya bergandingan dengan Diana Amir yang kini bertudung sebagai heroin," katanya memaklumkan pelakon lain Mon Ryanti, Fyza Kadir, Razak Ahmad dan Kay Maria.

Melihatkan Kamal yang sentiasa menunjukkan peningkatan dalam lakonannya, apakah dia kini berusaha ke arah untuk menggenggam anugerah yang mengiktiraf bakatnya, Kamal berkata semua pelakon sepertinya memang menyimpan impian untuk meraih anugerah.

Namun, katanya dia masih terlalu baru dalam bidang lakonan dan banyak yang harus dipelajari serta diperbaiki lagi. Bagaimanapun, untuk menjadi pelakon yang hebat, adalah wajar untuknya mendapat peluang beraksi dengan individu
terbaik dan berpengalaman.

"Setiap pelakon ada peluang untuk mereka meraih anugerah. Jadi, jika mahu impian mendapat pengiktirafan menjadikan kenyataan, perlulah sentiasa meningkatkan usaha. Malah, harus berani menyahut cabaran untuk menonjolkan
lakonan berkesan," katanya.

PROFIL:

NAMA: Ahmad Kamal Ahmad Adli
TARIKH LAHIR: 16 April 1986
UMUR: 25 tahun
ASAL: Pekan, Pahang
KARIER: Pelakon, pengacara
KELUARGA: Anak ketiga daripada tujuh beradik
PENDIDIKAN: Jurusan Penyiaran di Akademi TV3

FILEM: Antaranya Assalamualaikum Cinta, Senario The Movie Ops Pocot, Senjakala, Kembar Siang, Gerimis Mengundang, 3 Temujanji, Pusaka, Senjakala dan Niyang Rapik

DRAMA: Antaranya Impian Sunsilk musim pertama dan kedua, Renjis 2, Bio-Nik, Zati & Mawas, Syah Jihan, Ana Lulu, Aku Ada Kau Ada dan Gemilang

PROGRAM TV: Rentak Juara 2008 di RTM1 dan Pandanganku, Ceritaku di Astro Ria

PENCAPAIAN: Juara Hero Remaja 2007/2008

Full content generated by Get Full RSS.

Cabaran air, darat

Posted: 13 Nov 2011 05:07 AM PST

PENONTON pada masa kini semakin menyukai program televisyen yang bercorak 'game show' kerana tidak dinafikan rancangan seperti itu mampu menghiburkan penonton apatah lagi jika ia ditonton seisi keluarga. Walaupun hanya sebuah rancangan yang sederhana tanpa menyelitkan banyak unsur aksi namun gelagat peserta cukup mencuit hati.

Antara 'game show' yang diminati penonton adalah Wipeout, Amazing Race, Who Wants To Be A Millionaire dan tidak kurang juga 'game show' tempatan seperti Anda Ada 60 Saat, Jangan Lupa lirik dan Roda Impian. Masing-masing mempunyai keistimewaan sehingga mencatatkan 'rating' yang tinggi kerana kebanyakan 'game show' yang dipertontonkan bukan hanya menguji kekuatan fizikal tetapi juga menguji daya kreativiti peserta bagi memenangi permainan itu.

Satu program televisyen baru bercorak 'game show' akan menemui peminat bermula tahun hadapan. Dengan rancangan realiti menerajui bidang hiburan, tidak hairanlah, jika The Biggest Game Show In The World bakal mencatat 'rating' yang tinggi.

Rakaman rancangan ini dijalankan awal November ini di studio yang berkeluasan 3,000 kaki persegi yang dibina di Bukit Kiara Skate Park, digunakan sebagai tapak untuk permainan diadakan. Pelbagai cabaran yang perlu dilalui peserta untuk memenangi 'game show' ini antaranya adalah Human Ocean, Noughts & Crosses dan Head Spinner.


Istimewanya program ini, ia membabitkan empat buah negara iaitu Vietnam, Thailand, Indonesia dan Filipina. Mereka akan bersaing untuk memenangi pertandingan itu dan seterusnya membawa pulang hadiah yang ditawarkan.


Menurut pengasas kepada permainan ini, Yves Launoy, 'game show' ini akan menyambut ulang tahun ke-50 pada tahun hadapan.

Pelopor permainan berbentuk hiburan ini lebih dulu menarik perhatian sebelum Wipeout.

"Permainan ini mula ditayangkan di Perancis dan formatnya disiarkan di lebih 20 negara antaranya Jerman, United Kingdom, Romania, Portugal, China, Russia dan Ukraine.

"Setelah kejayaan selama 50 tahun di Eropah dan 10 tahun di China, saya sangat teruja kerana akhirnya ia sampai di sini.

"Sejak dulu lagi ia menjadi impian saya untuk membawa permainan ini di Malaysia dan akhirnya ia tercapai," katanya dalam satu sidang media.

Malaysia dipilih sebagai hab produksi serantau kerana negara ini mempunyai tahap kemahiran yang tinggi bagi menyediakan tapak permainan yang agak rumit tambahan pula ia adalah rancangan televisyen yang terbesar pernah diadakan di Asia.

Pelbagai halangan yang harus dilalui peserta untuk memenangi pertandingan ini.

Antara cabaran yang harus dilepasi adalah Human Ocean, Head Spinner dan Race With Bicycle. Ia terdiri daripada permainan darat dan air dengan pakaian yang amat melucukan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Ahad, 13 November 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Penoreh maut

Posted: 12 Nov 2011 07:39 AM PST

JASIN: Seorang penoreh getah maut selepas diserang sekumpulan lebah tualang ketika menoreh di kebunnya di Kampung Tanah Pinggir Meriang dekat Asahan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, Ameen Md Tahir, 33, dipercayai diserang ketika baru tiba di kebun getah milik keluarganya yang terletak sembilan kilometer dari kediaman mentuanya di Kampung Pondok Batang, di sini.


Ameen diselamatkan anak saudaranya, Mohd Azri Abdullah, 31, yang tiba di tempat kejadian untuk membantunya menoreh dengan membonceng mangsa untuk membawanya keluar daripada kawasan kebun pada jarak 4.5 kilometer sebelum dibawa menaiki kereta penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Simpang Bekoh, di sini.

Difahamkan, mangsa menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke klinik 15 kilometer dari tempat kejadian.


Menceritakan detik cemas berkenaan, Mohd Azri berkata, sebelum kejadian bapa saudaranya singgah di rumah neneknya di Kampung Abbey, di sini, untuk mengajaknya ke kebun dan dia hanya bertolak lima minit selepas itu.


Katanya, setibanya di kawasan kebun getah yang terletak jauh dari kediaman penduduk itu, dia turut diserang dan dikerumuni serangga berbisa itu lalu memecut ke bahagian atas kebun sebelum ternampak motosikal Ameen.

"Saya nampak di bahagian bawah kebun arwah menyiram badannya dengan air yang diceduk dari tong dram dan saya terus ke arahnya sambil diserang lebah.


"Dalam keadaan panik dan kelam kabut untuk menyelamatkan diri, saya cuba masuk ke dalam tong tetapi airnya sedikit dan masih diserang lebah sebelum mengajak arwah menaiki motosikal untuk meninggalkan tempat itu.

"Saya terus memecut sehingga lebih 500 meter dan ketika itu baru lebah tidak mengejar kami, namun arwah kelihatan lemah.


"Saya meneruskan perjalanan sebelum menahan sebuah kereta dipandu penduduk kampung untuk menghantar bapa saudara saya ke klinik," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.


Mohd Azri berkata, ketika tiba di klinik, dia mendapat tahu bapa saudaranya sudah meninggal dunia.


Katanya, ketika kejadian, lebah terlalu banyak dan saiznya besar dipercayai jenis lebah tualang.


"Saya turut cedera kesan sengatan lebah di belakang, tangan dan kepala," katanya.


Sementara itu, isteri mangsa, Azizah Muhammad, 31, berkata, dia mendapat panggilan daripada kakak iparnya jam 3.50 petang ketika bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dengan memaklumkan suaminya diserang lebah.


Katanya, dia bergegas pulang dan ketika memandu dan tiba di Kampung Parit Keliling, anak saudaranya menghubungi memberitahu suaminya sudah meninggal dunia dan berada di Klinik Kesihatan Simpang Bekoh.


"Saya terus ke klinik dan sempat melihat jenazah suami di situ. Kali terakhir saya menemuinya jam 7.30 pagi sebelum bertolak ke tempat kerja dan ketika itu arwah dengan serius bertanya anak sulung kami, Amylia Nuralissa, 5, siapa paling dia sayang sebelum dia (Amylia) menjawab dia sayang semua.


"Arwah juga sebelum ini kelihatan ceria sejak beberapa hari sebelum kejadian dan sempat makan malam bersama (malam kelmarin)," katanya yang bertugas sebagai kerani kakitangan awam.


Allahyarham Ameen yang juga anak ke-10 daripada 11 adik beradik turut meninggalkan anak bongsu lelakinya, Amsyar Rayyan berusia lapan bulan dan pasangan berkenaan sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.


Jenazah dikebumikan jam 10.30 pagi di Kampung Abbey, semalam.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Katanya, hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas dan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut.

Full content generated by Get Full RSS.

Bapa rayu penceroboh tak rogol anak

Posted: 12 Nov 2011 07:36 AM PST

JEMPOL: Seorang bapa yang tidak mampu bergerak kerana sakit buah pinggang hanya mampu merayu kepada penjenayah yang cuba merogol anaknya dalam kejadian di Ladang Gaddes, di sini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi Jumaat minggu lalu, lelaki berusia 36 tahun itu datang ke rumah keluarga terbabit dan berpura-pura ingin memberitahu perkara penting.


Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, ketika kejadian mangsa berusia 15 tahun berada bersama bapanya berusia 60-an manakala ibunya keluar bekerja.

Katanya, lelaki itu memberitahu ingin berjumpa mangsa, namun gadis itu dikatakan enggan membuka pintu kerana tidak mengenali suspek.


"Bagaimanapun, selepas terpedaya dengan tipu daya lelaki terbabit, mangsa akhirnya membuka pintu rumah sebelum suspek meluru ke arah mangsa dengan cuba memegang tangannya.


"Keadaan itu menyebabkan berlaku pergelutan dan gadis terbabit menolak suspek yang cuba merogolnya," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, bapa remaja itu pula tidak dapat membantu kerana tidak boleh bergerak, bagaimanapun mangsa akhirnya dapat melepaskan diri selepas menjerit.


Mohd Sabri berkata, jeritan itu menyebabkan suspek melarikan diri dan mangsa membuat laporan tidak lama selepas kejadian.

"Polis giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved