Jumaat, 18 November 2011

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tubuh panas dengar azan

Posted: 17 Nov 2011 12:14 PM PST

KUALA LUMPUR: "Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah," kata Zaki, 34, yang memakai 'susuk kuat sembahyang' kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.

Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.

Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.


Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jual maruah rebut RM600

Posted: 17 Nov 2011 12:14 PM PST

KUANTAN: Hadiah ditawarkan selaku juara hanya RM600 serta sebotol minuman keras, tetapi sudah cukup membuatkan 20 gadis sebahagian besarnya Melayu, tampil menyertai pertandingan separuh bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Beserah, awal pagi semalam.

Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta berusia antara 15 hingga 18 tahun dan berasal dari Maran, Kemaman dan Kuantan itu sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal menentukan sama ada mereka menang atau sebaliknya.

Difahamkan, acara itu pertama kali dianjurkan di pusat hiburan berkenaan sempena 'Lady's Nite' dan setiap peserta dikenakan bayaran RM50.

Peserta yang meraih sorakan paling kuat daripada penonton dan pengunjung pusat hiburan berkenaan berpeluang memenangi pertandingan yang dimulakan jam 12 tengah malam itu.


Peserta juga bebas menari dengan gaya tersendiri, tetapi perlu dalam keadaan seksi dan ghairah sambil diiringi muzik tekno yang dimainkan DJ. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan hanya dibenarkan membuat persembahan selama dua minit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Khamis, 17 November 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Ilham kreatif aksesori butang

Posted: 28 Oct 2011 07:29 AM PDT

MUDAH serta tidak memerlukan banyak masa untuk menghasilkan sesuatu rekaan, itulah yang menjadi pegangan pemilik laman aksesori ber–asaskan butang SNf Craft, Siti Norfathiah Md Afandi, 24.

Paling penting, suai padankan bentuk serta corak butang berkenaan dengan kombinasi warna menarik serta perhiasan tambahan yang digunakan untuk mencantikkan lagi perhiasan dihasilkan.

Untuk aksesori butang, dia banyak menumpukan pada koleksi sepit rambut, cekak dan juga kerongsang. Kelengkapan yang diperlukan untuk proses pembuatannya pula ringkas yang hanya menggunakan tampalan gam pistol dan daya kreativiti kerana ia hanya perlu dilekatkan bagi membentuk corak serta bentuk diingini.

"Masa untuk membuatnya juga tidak lama, malah ia boleh disiapkan dalam masa 15 minit saja tanpa perlu bertungkus-lumus seharian.


"Ia lebih menjimatkan masa memandangkan saya tidak gemar menjahit terutama menggunakan mesin tetapi lebih mudah menjahit tangan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pandan Dalam, Ampang, baru-baru ini.


Idea yang digunakan untuk menyediakan koleksi aksesori berkenaan banyak diperoleh melalui pemerhatian laman aksesori di Internet terutama blog aksesori luar negara.

Pemerhatian sebegitu dijadikan panduan untuk mencipta dan mereka aksesori mudah dan ringkas tetapi masih nampak comel dan sesuai dengan kehendak persekitaran tempatan.

"Kebiasaannya kanak-kanak meminati aksesori kepala sebegini untuk digayakan dan dipadankan dengan busana pilihan. Ia bukan saja ringkas, malah harganya juga berpatutan serta mengikut permintaan pelanggan," katanya.

Walaupun baru memulakan perniagaan aksesori berkenaan secara dalam talian awal Februari lalu, Norfathiah tidak sesekali menjadikannya sebagai bebanan walaupun masih bergelar pelajar.

"Saya hanya memfokuskan pada pembuatan aksesori setiap hujung minggu dan tidak akan mencampuradukkan minat dengan pengajian.

"Kedua-duanya amat penting dan untuk itu, saya akan me–nyeimbangkan masa," katanya.

Untuk melihat lebih banyak lagi koleksi aksesori butang yang dihasilkan Norfathiah, layari itsacrafttime.blogspot.com/ teyare.tumblr.com ataupun sertainya di laman facebook.com/snfcrafttilicious.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


J-Lo guna kelebihan tubuh ‘tambat’ teman lelaki baru

Posted: 16 Nov 2011 08:32 AM PST

LOS ANGELES: Pemuda yang kini menjadi pacar terbaru Jennifer Lopez (J-Lo) mendakwa, penyanyi dan pelakon jelita itu mempunyai selera seks yang sukar dipuaskan.

Menurut Casper Smart, J-Lo memang memiliki tubuh badan awet muda walaupun usianya kini 42 tahun.


"Dengan susuk tubuh menggiurkan itu, dia tidak pernah ragu atau bimbang menggunakannya," katanya.

Bekerja sebagai penari, Smart, 24, menjadi sebahagian daripada anggota rombongan J-Lo mengembara ke serata dunia dalam program konsert jelajah penyanyi terbabit enam bulan lalu.


Bagaimanapun, hubungan mereka semakin intim beberapa minggu lalu dan mula keluar bersama untuk lebih saling mengenali.


Pasangan itu dilihat berpesta di Las Vegas dan pulang ke hotel bersama beberapa hari lalu.

Rakan Smart berkata, penari itu mengagumi bentuk tubuh J-Lo.


"Bagi Smart, J-Lo memiliki bentuk badan jauh lebih baik berbanding mana-mana wanita yang pernah dikenalinya," katanya.

Bagi Smart, kata sumber itu, tubuh J-Lo seperti gadis berusia 20 tahun.


Mengenai hubungan terbaru itu, sumber terbabit berkata, tidak dapat dipastikan sejauh mana J-Lo akan berpacaran dengan Smart.


"Pada dasarnya, mereka berkawan hanya kerana seks, tetapi Smart teruja untuk mencuba nasib memanjangkan hubungan mereka lebih daripada sekadar itu," katanya.


Sumber di pihak J-Lo pula mengesahkan mereka kini berada di tahap "bergembira" dan mula berpacaran.


Sumber berasingan berkata, J-Lo jelas tidak mampu menahan dirinya daripada kekacakan Smart walaupun di antara mereka ada jurang perbezaan 18 tahun, selain tidak banyak persamaan di antara mereka.


"Tetapi tiada siapa perlukan kata-kata apabila fizikal anda mempunyai keserasian?" katanya.


Ibu kepada dua anak, J-Lo berpisah dengan penyanyi Marc Anthony, 43, empat bulan lalu selepas tujuh tahun berumah tangga. - TS

Full content generated by Get Full RSS.

Mariah gugur saman Bieber

Posted: 16 Nov 2011 08:31 AM PST

LOS ANGELES: Wanita yang mendakwa melahirkan anak Justin Bieber semalam menggugurkan tuntutan ke atas penyanyi remaja kelahiran Kanada itu.

Peminat Bieber, Mariah Yeater, 20, mendakwa dia mengadakan hubungan seks dengan artis itu di belakang pentas selepas berakhirnya satu konsert di Staples Center, Los Angeles pada Oktober 2010.


Bieber menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan awal minggu ini menawarkan diri untuk menjalani ujian DNA bagi mengesahkan bahawa bayi Mariah berusia empat bulan itu bukan zuriatnya.

Peguam Mariah sebelum ini berkata, mereka mempunyai "bukti kukuh" bahawa wanita terbabit bercakap benar dalam dakwaannya.


Bagaimanapun, sebuah laman sesawang hiburan AS melaporkan, dua peguam mewakili Mariah, Lance Rogers dan Matt Pare, kini menarik diri daripada mewakilinya.


"Tuntutan itu ditarik semula secara senyap-senyap minggu lalu," katanya.

Difahamkan, Rogers dan Pare menarik diri selepas peguam Bieber, Howard Weitzman, mengancam untuk menyaman Mariah serta pasukan peguamnya kerana membuat tuduhan palsu.


Sejak dakwaan itu timbul, Bieber sentiasa menafikan dia pernah mengadakan hubungan seks dengan Mariah seperti didakwa wanita itu.

Malah, Bieber, 17, juga bertegas mendakwa dia tidak pernah bertemu Mariah.


Pendedahan mengejutkan itu juga mendorong pihak berkuasa memulakan siasatan ke atas Mariah kerana disyaki mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak.


Bieber dianggap masih di bawah umur kerana ketika kejadian, dia berusia 16 tahun.


Dalam temubual baru-baru ini, Bieber berkata, tiada satu pun tuduhan dilemparkan kepadanya oleh Mariah berasas.


"Ia memang gila.


"Setiap kali selepas pertunjukan, saya meninggalkan pentas dan terus ke kereta," katanya. - TS

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Rabu, 16 November 2011

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tanpa emas

Posted: 15 Nov 2011 12:54 PM PST

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) dihambat kontroversi ketika Sukan Sea Indonesia sedang berlangsung.

Mereka hampir melepaskan satu pingat emas berharga apabila memutuskan untuk menggugurkan kuartet 4x400m sebelum disenaraikan semula.


Anak didik K Jayabalan menamatkan drama tercetus sebelum itu dengan bangkit membuktikan mereka berhak mewakili negara apabila menghadiahkan pingat emas selepas mengharungi pelbagai ranjau berliku.

"Kami mahu buktikan yang mereka salah," tegas pelari negara, P Yuvaraaj.


Namun episod itu tidak terhenti di situ dan lebih tragis, kegembiraan barisan pelari membabitkan S Kannathasan, Yuvaraaj, Sehzuan Ahmad Rosely dan Muhammad Yunus Lasaleh tidak dapat diraikan apabila terpaksa pulang ke tanah air pada jam 2 petang semalam ketika majlis kalungan pingat akan dijalankan lewat petang hari yang sama.


Jayabalan bagaimanapun menerima perkhabaran gembira di tanah air yang menyaksikan kehebatan kuartetnya beraksi di Kompleks Sukan Olahraga Jakabaring.

"Saya tidak tahu kenapa kuartet ini digugurkan. Saya menghantar rayuan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan, Datuk Karim Ibrahim selepas tidak disenaraikan dalam senarai terakhir ke Sukan Sea.


"Pada mulanya KOM memberi alasan mereka tidak layak kerana sudah ramai atlet dihantar di bawah kategori B.

"Bagaimanapun selepas merayu, Karim memutuskan mengadakan ujian dan mereka berjaya membuktikan mampu mencatat masa seperti yang diminta.


"Pada 12 November lalu, mereka terbang ke Palembang, dua hari sebelum tarikh pertandingan," katanya.


Usaha keras jurulatih itu akhirnya berbaloi apabila mereka membalas kepercayaan dengan pingat emas menerusi catatan 3.10:49s dan menewaskan Filipina dan Thailand. Kali terakhir kuartet 4x400m menghadiahkan emas adalah di Korat pada 2007 menerusi Mohd Zafril Mohd Zuslani, Muhammad Zaiful Zainal Abidin, S Thipan dan K Amran Raj.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada komplot

Posted: 15 Nov 2011 12:48 PM PST

MAJLIS Sukan Negara (MSN) percaya tidak wujud sebarang komplot atau dalang cuba mensabotaj skuad karate negara yang berjaya menepati sasaran meraih empat pingat emas pada temasya Sukan Sea ke-26 di Jakarta.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong sebaliknya kecewa dengan kenyataan ketua jurulatih, P Arivalagan yang mendakwa ada dalang termasuk dari kalangan pegawai Malaysia sendiri yang menyebabkan anak buahnya gagal menyamai sasaran persatuan, enam emas.


"Saya rasa beliau tidak patut mengeluarkan kenyataan sebegitu kepada media. Jika ada yang tidak disenangi, beliau seharusnya melaporkan kepada persatuan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan MSN. Kita boleh duduk berbincang menyelesaikan masalah ini.

"Mungkin beliau berasa amat kecewa kerana gagal mencapai sasaran persatuan dan peribadi," katanya di Jakarta, semalam.


Skuad karate terlepas peluang menepati sasaran Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) apabila gagal mengungguli kedua-dua acara kumite berpasukan lelaki dan wanita pada hari terakhir pertandingan kelmarin.


Pasukan wanita meraih perak selepas tumpas 1-2 pada final di tangan tuan rumah, Indonesia manakala pasukan lelaki turut kecundang 0-3, juga kepada tuan rumah di separuh akhir.

Lantas, Arivalagan tampil mendedahkan wujud dalang yang berkomplot untuk menjatuhkan skuad negara dengan mendakwa keputusan pengadil tidak banyak memihak kepada peserta negara sebaliknya berat sebelah kepada peserta tuan rumah.


Makaf tidak memperbaharui kontrak Arivalagan awal tahun ini kerana mahu menggantikannya dengan seorang jurulatih dari Iran tetapi selepas didesak atlet negara, mereka bersetuju menyambungnya setahun lagi dan kontrak itu berakhir bulan depan.

Skuad karate menamatkan cabaran pada temasya kali ini dengan empat emas, dua perak dan lapan gangsa berbanding catatan 5-6-2 di Vientiane, dua tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


‘Anje’ belum sedia bercinta

Posted: 15 Nov 2011 06:22 AM PST

PERJALANAN seni yang ditempuh Norliana Samsudin atau lebih mesra dipanggil Yana, 27, mungkin berbeza dengan artis lain. Bermula sebagai penyanyi, Yana mencuba pula dalam bidang lakonan dan waktu sama diberi kepercayaan duduk di kerusi pengarah, satu pencapaian besar buat pelakon.

Selepas lapan tahun pembabitannya dalam bidang seni, kehadiran Yana jarang diberi perhatian walaupun banyak filem yang dibintangi. Bermula sebagai pelakon tambahan, kesungguhan Yana membuahkan hasil apabila kini menjadi antara pelakon kesayangan produser David Teo dan diberi kepercayaan sebagai teraju utama.

Gadis kelahiran Yong Peng, Johor pada 25 September 1984 ini mula diberi peluang memegang watak utama menerusi filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang ditayangkan pada 16 Disember tahun lalu.

Sejak itu, satu demi satu tawaran membintangi filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG) dengan watak utama diberi kepada Yana. Filem Bini-Biniku Gangster (BBG) menyerlahkan lagi nama Yana apabila digandingkan dengan Intan Ladyana dan Shaheizy Sam. Kini beberapa filem lakonannya menanti tayangan seperti 8 Jam, 3 Temujanji, Adnan Semp-it 2 dan Minyak Dagu.


Tidak cukup dengan lakonan, Yana juga dipilih berada dalam senarai Skim 10 Pengarah Muda yang diperkenalkan MIG untuk mencungkil bakat muda apabila diberi peluang mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta.


Ada mengatakan, sambutan terhadap filem pertamanya itu kurang memberangsangkan menyebabkan peluang kedua tidak berpihak kepadanya berbeza dengan pelakon lain yang turut diberi peluang sama seperti Farid Kamil dan Pierre Andre.

Apapun anggapan orang, Yana mengakui dirinya sangat bertuah kerana diberi peluang bekerja di belakang tabir. Katanya, peluang itu memberi pengalaman menarik pada dirinya supaya lebih teliti terhadap proses pembikinan sesebuah filem.

Dalam berkongsi pandangan sendiri di lokasi penggambaran, dia juga masih mengharapkan tunjuk ajar orang lain dan kerjasama kru produksi dalam memastikan sesuatu projek itu berjaya dilaksanakan.

"Sepatutnya saya kembali mengarah filem baru pada tahun lalu tetapi perancangan ini tidak menjadi kerana saya sibuk dengan komitmen berlakon. Saya juga dijadualkan mula mengarah filem kedua akhir tahun ini tetapi sekali lagi ditunda kerana sibuk dengan komitmen lakonan.

"Sejak tahun lalu hingga sepanjang tahun ini, memang saya sibuk dengan komitmen sebagai pelakon. Ketika ini, saya mempunyai lima filem baru yang menanti tayangan iaitu Adnan Semp-it 2; Aku Ada Kau Ada; 8 Jam; 3 Temujanji dan Minyak Dagu.

"Selepas dua tahun berlalu, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya kembali mengarah pada tahun depan," katanya ketika ditemui pada acara Jelajah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) di Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

Walaupun sibuk dengan lakonan fokus pada kerja belakang tabir tetap diberi perhatian. Yana meraih pengalaman pembantu pengarah menerusi filem Syurga Cinta dan V3: Samseng Jalanan. Melebarkan pengalaman seni, dia juga bertindak sebagai penulis skrip filem BBG yang berjaya mencatat kutipan RM4.71 juta.

Di sebalik kejayaan BBG diminati ramai penonton, Yana mengakui tarikan filem itu didukung hero yang menjadi pelakon utamanya, Shaheizy Sam. Dalam BBG, Yana bergandingan bersama Sam dan Intan Ladyana sebagai teraju.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM23 ini menyatakan, dia selesa berlakon bersama Sam yang kini menjadi pelakon paling popular memberi tarikan, Yana kembali bergandingan bersama Sam menerusi Adnan Semp-it 2; Aku Ada, Kau Ada dan 8 Jam.

"Saya tidak bosan berlakon dengan Sam kerana setiap karakter yang kami bawa berbeza. Dalam 8 Jam, kami tampil sebagai pasangan kekasih manakala filem konsep muzikal, Aku Ada, Kau Ada, memberi tarikan baru apabila saya dan dia turut menyanyi bersama.

"Bagi saya, bekerjasama dengan Sam tidak memberi masalah kerana dia seorang yang mudah mendalami karakter dan profesional dalam bekerja," katanya.

Yana juga gembira kerana respons yang diterima terhadap lakonannya dan Sam dalam BBG cukup positif. Menariknya, gelaran 'anje' yang digunakan Sam pada Yana meninggalkan ingatan kuat pada penonton.

Melihat pada pencapaiannya ketika ini, Yana mampu tersenyum bangga atas peluang membawakan watak utama yang diberikan produser. Dia sendiri tidak terkilan melihat kariernya untuk menduduki puncak di kalangan artis popular lambat berbanding rakan seangkatannya, Farid Kamil dan Pierre Andre.

"Mungkin pada masa itu tidak kena tetapi saya anggap bukan rezeki untuk terima tawaran watak utama. Ketika mula berlakon, saya masih belajar dan mungkin jika asyik berlakon, pelajaran terganggu.

"Dalam memberikan komitmen pada kerjaya lakon, saya tidak terlalu memilih antara filem atau drama. Saya beranggapan ia bergantung pada permintaan.

"Pada pandangan penonton, saya lebih popular di layar perak sebaliknya drama turut membantu dalam meluaskan kerjaya seni saya," katanya yang mengidamkan watak superhero.

Dalam sibuk berlakon, Yana mengakui lebih selesa memberi sepenuh perhatian pada komitmen kerja berbanding soal cinta. Di sebalik senyuman manjanya, Yana tidak menolak andai perasaan cinta kembali mengusik jiwanya.

"Ada ketika perasaan itu wujud tetapi apabila memikirkan komitmen pada kerja, saya rasakan ia sukar untuk kembali bercinta. Begitu juga, apa yang saya bimbangkan perasaan itu hanya wujud di satu pihak.

"Buat masa ini, saya belum lagi bersedia berikan komitmen pada cinta. Tahun depan, saya akan muncul dengan lima filem baru dan ini memerlukan sepenuh perhatian untuk saya jayakannya," katanya.

PROFIL:

NAMA SEBENAR: Norliana Samsudin
PANGGILAN: Yana
TARIKH LAHIR: 25 September 1984
UMUR: 27 tahun
ASAL: Yong Peng, Johor
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Seni Layar, UiTM Shah Alam
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan pengarah

FILEM: 7 Perhentian, Mami Jarum Junior, Main-Main Cinta, Histeria, Shh... Dia Datang, Adnan Sempit, Aku Masih Dara, Kongsi dan Bini-Biniku Gangster

DRAMA: E-toyol.com, Bionik, Lu'Lu, Siti Kelembai, 3 Janda dan Suri Bakawali
ALBUM: Yana Ceria (2004)
ARAHAN: Selamat Pagi Cinta

PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-23 (Adnan Sempit)

Full content generated by Get Full RSS.

Jelajah 3 negeri

Posted: 15 Nov 2011 05:53 AM PST

SEARCH bukan nama asing buat peminat muzik dan industri seni negara malah cukup popular di rantau Asia. Sepanjang 30 tahun penubuhannya, pelbagai pencapaian diraih malah pelbagai kisah suka duka ditempuhi kumpulan dianggotai Amy, Yazid Ahmad (dram), Hillary Ang (gitar), Din dan Kid (gitar).

Walaupun dibarisi anggota berusia, kumpulan ini masih aktif berkarya dalam dunia seni selain sering diundang menjayakan persembahan pentas.

Kemunculan band baru serta fenomena muzik indie sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak langsung menjejaskan sokongan peminat terhadap Search.

Justeru dalam usaha mereka menghargai sokongan peminat dan meraikan penubuhan kumpulan itu lebih tiga dekad, Konsert Fenomena 30 tahun Search yang dianjurkan di tiga negeri bermula di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 19 November diikuti Stadium Larkin, Johor Bharu (3 Disember) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).


Bukan hanya dihiburkan dengan himpunan lagu-lagu popular mereka seperti Isabella, Fenomena, Fantasia Bulan Madu, Kejora, Pawana, Isi Dan Kulit, Mentari Merah di Ufuk Timur serta Cinta Buatan Malaysia.


Peminat yang hadir pada konsert itu turut menerima kemeja-T dan berpeluang membawa pulang hadiah lumayan seperti kereta Produa Viva yang disediakan di setiap venue konsert menerusi acara cabutan bertuah.

Amy berkata, tawaran hadiah menerusi konsert itu tidak sama nilai sokongan daripada peminat yang setia menyokong mereka selama ini.

"Kami bersyukur dan bertuah kerana mempunyai peminat yang menyokong kuat pembabitan kami hingga ke usia 30 tahun dalam industri muzik.

"Pelbagai cadangan diajukan sebelum ini untuk menghargai sokongan peminat dan akhirnya penganjur bersetuju menghadiahkan kemeja-T eksklusif untuk semua peminat yang hadir pada konsert itu.

"Sejak dari awal kami ada berbincang bagaimana untuk menyampaikan tanda terima kasih kami kepada peminat, ia bukan hanya sekadar pada ucapan saja, tetapi sesuatu dalam bentuk barangan yang boleh dijadikan kenangan berharga buat peminat.

"Kami mahu peminat tidak perlu memikirkan apa-apa cuma bersantai dan menikmati persembahan. Lebih menarik, peminat bertuah akan pulang bersama kereta Perodua Viva bernilai RM25,300 untuk sesi cabutan bertuah berdasarkan nombor pada tiket mereka," kata Amy pada majlis sidang media di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Konsert berkenaan turut menampilkan persembahan artis dan band jemputan sebagai satu strategi penganjur untuk menarik kelompok peminat menyaksikan konsert itu.

Antaranya komposer dan penyanyi terkenal, Datuk M Nasir di Kuala Lumpur, band pembuka Sofea (Pulau Pinang), Koffin Kanser (Johor) dan Projek Pistol (KL).
Tidak ketinggalan, persembahan band undangan seperti Bittersweet dan Pesawat.

Kehadiran personaliti radio seperti Burn, Nana, Jehan Miskin dan alumni Raja
Lawak seperti Nabil, Angah, Jep (Pulau Pinang) dan Johan (Johor dan KL) sebagai pengacara sampingan dijangka turut menggamatkan suasana.

Bakal mempersembahkan lebih daripada 20 lagu terbaik tanpa sebarang medley, Search menjanjikan persembahan yang berlainan daripada konsert mereka terdahulu.

Sementara itu, Pengarah Aktivasi Oracle Accord, Jerome Lee berkata, tiket untuk menyaksikan konsert itu ditetapkan pada harga berpatutan malah pihak penganjur turut menyediakan pelbagai hadiah menarik. Kadar tiket yang sangat berpatutan bersesuaian dengan konsep penghargaan kepada peminat Search.

Pada majlis itu, penganjur turut mengumumkan sokongan dan penajaan daripada jenama minuman terkenal seperti Lipton, Red Bull, KFC, Pizza Hut, Walls, Garnier, Nut King dan Hard Rock Hotel Penang. Ticket Hotline bertindak sebagai pengedar tiket rasmi manakala Sinar.fm dan Era.fm sebagai radio rasmi.

Tiket boleh dibeli di cawangan Petronas yang mengambil bahagian, Rock Corners dan wakil jualan sah yang tersenarai di www.tickethotline.com.my dan berharga RM59 untuk konsert di Pulau Pinang dan Larkin, manakala harga tiket bagi konsert di Kuala Lumpur adalah RM69. Peminat juga boleh melayari Facebook di www.facebook.com/SEARCH30.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved