Jumaat, 18 November 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Perhentian bas berhawa dingin

Posted: 17 Nov 2011 11:47 AM PST

PUCHONG: Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia dekat Bandar Kinrara yang menjanjikan keselesaan kepada pengguna kini dibuka kepada orang ramai mulai semalam.

Perhentian bas yang beroperasi setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11 malam itu boleh menampung 40 pengguna dalam satu masa manakala penyaman udara di situ beroperasi dari jam 9 pagi hingga 7 malam sebagai langkah penjimatan tenaga.


Pembinaan perhentian bas berhawa dingin pertama yang menelan kos RM83,000 itu ditampung sepenuhnya oleh pemaju butik bersepadu, Trinity Group Sdn Bhd (Trinity Group).

Sebagai langkah keselamatan, perhentian bas di hadapan pejabat Trinity Group di Zest Point, Bandar Kinrara itu turut dilengkapi kamera sistem litar tertutup (CCTV) selain rondaan berkala beberapa pengawal keselamatan yang ditugaskan Trinity Group.


Kos penyelenggaraan perhentian bas itu di bawah tanggungan Trinity Group sepenuhnya dan dianggarkan melebihi RM1,000 setiap bulan.


Pengarah Urusannya, Datuk Neoh Soo Keat, berkata sumbangan berupa prasarana itu diharap memberi keselesaan kepada masyarakat disamping melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya.

Perhentian bas berhawa dingin pertama di Malaysia itu mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) dan penyampaian sijil pengiktirafan itu disampaikan Pengasas merangkap Pengarah Urusan MBR, Datuk Danny Ooi.

Full content generated by Get Full RSS.

Halau ibu

Posted: 17 Nov 2011 11:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak memberi wang RM10, sepasang suami isteri warga emas dihalau anak lelakinya yang berusia 32 tahun dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Merali, di sini, kelmarin.

Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 3 petang itu, anak mangsa yang baru pulang melepak bersama rakannya meminta wang RM10 daripada ibu bapanya untuk berjudi sebelum dinasihatkan tidak melakukan perkara itu.


Katanya, nasihat itu menyebabkan anak lelaki mangsa marah dan mengamuk sebelum memecahkan barangan berharga.

"Sebelum itu, mangsa sudah memberi RM5 ketika anaknya mahu keluar melepak. Sejam kemudian, anak lelakinya pulang semula dan kali ini, meminta tambahan wang RM10 untuk berjudi.


"Permintaan itu tidak dihiraukan menyebabkan anaknya mengamuk," katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, anak lelaki mangsa juga mengugut mahu mencederakan ibu bapanya, namun tidak sempat apabila mangsa mengelak dan mengugut mahu keluar rumah sekiranya perangai anaknya tidak berubah.

Katanya, ugutan itu menambahkan kemarahan anaknya yang menghalau kedua-dua orang tuanya itu.


"Tidak tahan dengan perangai anaknya yang suka meminta wang, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak sejurus kejadian," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Tak marah digosip lelaki bujang

Posted: 17 Nov 2011 08:17 AM PST

HUJUNG minggu lalu (Ahad, 13 November 2011) heboh jadinya apabila akhbar di Indonesia melaporkan penyanyi Sri Rossa Roslaina Handiyani, 33, atau Rossa, melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap.

Gosip itu tercetus apabila gambar penyanyi yang popular dengan lagu Ayat-ayat Cinta itu berdandan rapi siap berkebaya hijau berlengan pendek dengan balutan kain batik coklat dimuat naik dalam laman Twitter oleh Pengurusnya, Gema Sakti.

Justeru, kehadiran Rossa di Kuala Lumpur sempena menjayakan Festival Busana Muslim KL-Jakarta (IFF) pada 15 November lalu, satu pertemuan makan tengah hari diaturkan pihak Suria Records (SRC) bersama Rossa di Restoran Pegaga, di Ukay Boulevard, Ampang.

Dalam pertemuan itu, Rossa mengambil peluang untuk menjelaskan perkara itu.

Katanya, bukan dia yang menikah tetapi adik bongsunya, Hendra. Majlis dilangsungkan di Gedung Islamic Centre, Sumedang.

"Hari itu saya memakai baju kebaya, jadi Gema sengaja mengambil gambar saya dan upload di status Twitter dengan menulis ucapan 'Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan berjalan dengan baik' sehingga mengundang salah faham.

"Sedangkan apa yang ditulis Gema itu sebagai ucapan merujuk perkahwinan adik saya, Hendra. Gara-gara gambar itu ramai yang menelefon. Justeru, ingin saya berterus-terang bahawa berita Rossa berkahwin itu adalah tidak benar," katanya.

Kehadiran Rossa bersama jejaka kacak dengan pakaian sedondon berkemeja putih dipadan seluar kelabu, membuatkan wakil media yang hadir membuat andaian bahawa hati Rossa sebenarnya sudah diisi seseorang.

Ia sekali gus menafikan khabar angin sebelum ini mengatakan Rossa menjalin hubungan dengan individu bergelar VVIP sebagaimana disiarkan Metro Ahad tidak lama dulu. Rossa memperkenalkan lelaki yang menemaninya itu sebagai Fariz dan menggunakan peluang itu untuk menjelaskan gosip itu.

"Saya marah betul dengan gosip mengatakan saya ada hubungan dengan VVIP kerana selain tidak benar, timbul kebimbangan di hati saya. Sebabnya, VVIP itu sudah berkahwin dan saya faham perasaan wanita dan saya tidak mahu gara-gara gosip itu, menggoyahkan hubungan VVIP itu dengan isterinya.

"Kalau digosip dengan lelaki bujang, itu saya tidak marah. Saya tidak nafikan ada dua orang VVIP yang sangat dekat dengan saya tetapi hubungan baik yang terjalin merangkumi isteri dan seluruh keluarga mereka. Justeru, apabila tercetus isu seperti ini saya bimbang hubungan baik kami yang sudah seperti satu keluarga, menjadi dingin.

"Fariz juga sama. Dia kenalan dekat saya malah saya juga rapat dengan seluruh ahli keluarganya sejak setahun lalu. Pakaian sedondon ini kebetulan kerana sewaktu Fariz mengambil saya di lapangan terbang tadi, saya terkejut kerana kita memakai warna baju dan seluar yang sama," katanya.

Rossa yang hidup solo sejak bercerai dengan Surendro Prasetyo (Yoyo Padi) pada 14 Julai 2009 berkata, dia sebenarnya kasihan dan bersimpati dengan teman-teman baiknya terutama lelaki kerana apabila mereka keluar dengannya, pasti akan digosipkan.

"Secara peribadi, saya seorang yang mudah mesra dan manja. Kalau ada yang melihat cara saya, mereka selalunya cepat faham. Pokoknya, kalau Rossa itu jatuh pun barangkali boleh jadi bahan berita," katanya ketawa.

Menyenangkan dan sentiasa ramah, Rossa turut berkongsi kegembiraan atas kemenangannya di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) yang berlangsung Sabtu lalu untuk kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Oleh Artis Luar Negara menerusi Ku Menunggu.

Ini adalah kemenangan ketiga Rossa sekali gus mencatat rekod sebagai penyanyi luar yang paling lama mengungguli kategori itu.

"Saya tidak menyangka sama sekali akan menang kerana dalam kategori itu turut membariskan nama seperti Maher Zain. Barangkali kemenangan berpihak kepada Ku Merindu kerana lagu itu diminati. Kekuatannya kerana ia sebuah karya mesra pendengar, kanak-kanak juga mudah untuk menghafalnya.

"Dari segi nyanyian, ia biasa saja dan tidak begitu mencabar seperti lagu-lagu yang pernah saya nyanyikan sebelum ini. Cuma melodinya dan susunan muziknya indah.

"Apapun, kemenangan ini satu penghargaan besar buat saya sekali gus membuktikan hasil kerja keras selama ini bersama syarikat rakaman SRC, karier saya diterima masyarakat Malaysia. Semestinya juga ia dibantu pihak media termasuk pencinta (peminat) Rossa di sini," katanya.

Rossa kini menunggu hari melancarkan album The Best of Rossa yang akan dipasarkan di seluruh cawangan KFC, Indonesia, pada 30 November ini. Memuatkan 14 lagu antaranya Tak Sanggup Lagi, Jangan Ada Dusta yang pernah dipopularkan Broery Marantika dan Dewi Yull serta single terbaru, One Night Lover duet bersama Joe Flizzow.

"Kenapa saya memilih KFC untuk menjadi pengedar album The Best Of Rossa kerana restoran makanan segera itu ada di mana-mana saja, sekalipun di pelusuk kampung. Saya lihat pasarannya lebih meluas berbanding diletakkan di kedai CD dan kaset.

"Mengenai kerjasama dengan Joe pula, Fariz adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kami. Sewaktu kami bertemu, dia memperdengarkan beberapa lagu ciptaannya dan dua daripadanya cukup menarik perhatian saya.

"Salah satunya One Night Lover. Lagu ini bagus sekali dan ia menonjolkan 'different side of me' (sisi lain saya). Konsep muzik yang ditampilkan adalah 'house'. Manakala Jangan Ada Dusta diberi nafas baru oleh Adirianto selaku penggubah muzik," katanya.

Sebuah lagi album turut direncanakan Rossa dan dijangka melewati pasaran tahun depan, adalah projek duet bersama penyanyi lelaki rantau Asia membabitkan Anuar Zain (Malaysia), Taufik Batisah (Singapura), Reco Blancho (Filipina), Afgan (Indonesia) dan penyanyi dari China yang belum ditemui calon sesuai.

Rossa mengakui bukan mudah untuk mendapatkan Anuar yang diketahui ramai seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan.

"Ya Allah, dia (Anuar Zain) itu baik sekali sama saya. Saya berjumpa dengannya sebaik saja selesai konsert di Stadium Putra, Bukit Jalil tahun lalu. Anuar sepatutnya datang menyaksikan konsert tetapi dia ada hal. Hanya kak Ziana yang hadir.

"Sebaik selesai konsert itu, saya bertemunya di luar dan sempat tanya kalau-kalau dia mahu berduet dengan saya dan dia mengatakan ia sebagai tanda setuju. Lebih mengharukan, hampir semua lagu saya dia hafal," katanya.

Untuk 2012, Rossa yang menguruskan perniagaan Diva Family Karaoke di Jakarta bersama teman-temannya, bukan saja mahu memperluaskan cawangan karaoke itu tetapi juga menyasarkan konsert di Istana Budaya (IB) tahun depan.

Katanya, banyak perancangan untuk 2012 tetapi tidak semuanya boleh dikongsi.
Bagaimanapun katanya, salah satu impiannya ialah untuk mengadakan konsert di IB.

"Usaha memasuki IB pernah dilakukan namun tidak berhasil. Namun, waktu itu Tuhan menjanjikan rezeki yang lebih buat saya apabila dapat beraksi di Stadium Putra, Bukit Jalil.

"Saya sukakan konsep persembahan di IB yang lebih 'intimate', seperti di Esplanade Singapura baru-baru ini. Peminat berpeluang melihat persembahan saya secara dekat," katanya.

Tahun depan juga, Rossa sekali lagi tampil sebagai juri Indonesian Idol selepas kehadirannya tahun ini memberi impak besar kepada program itu. Rossa bakal digandingkan sekali lagi dengan penyanyi Anang sebagai juri tetap.

PROFIL:

NAMA PENUH: Sri Rossa Roslaina Handiyani
NAMA PENTAS: Rossa
TARIKH LAHIR: 9 Oktober 1978
TEMPAT LAHIR: Sumedang
ZODIAK: Virgo
PENDIDIKAN: Sarjana Komunikasi, Universitas Indonesia

DISKOGRAFI:

  • 2009 Album Rossa
  • 2007 Album Ost. Ayat Ayat Cinta
  • Album The Best Of Rossa, Yang Terpilih
  • Album Kembali
  • Album Kini Repackage
  • Album Kini
  • Album Hati Yang Terpilih
  • Album Tegar
  • Album Nada Nada Cinta
  • Album Untukmu Sahabat

    ANTARA ANUGERAH:
    2011Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 16), Artis Luar Negara Menyanyikan Lagu Bahasa Melayu Terbaik - Lagu Ku Menunggu

    2009 Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 16), Artis Luar Negara Menyanyikan Lagu Bahasa Melayu Terbaik - Lagu Ayat Ayat Cinta dari album OST Ayat Ayat Cinta.

    2008 Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 15), Artis Luar Negara Menyanyikan Lagu Bahasa Melayu Terbaik - Lagu Terlalu Cinta dari album Yang Terpilih.

    2008 AMI Awards, Bidang Pop Artis Solo Wanita Terbaik - Lagu Ayat Ayat Cinta.

    Platinum Awards untuk album OST. Ayat Ayat Cinta (di Indonesia)

    2006 Double Platinum Awards untuk album Kembali (di Malaysia)

    AMI Awards, Artis Solo Wanita Terbaik

    2005 Double Platinum Awards untuk album Kembali (di Indonesia)

    2004 Platinum Awards untuk album Kembali (di Indonesia)

    2004 Double Platinum Awards untuk album Kini Repackage (di Indonesia)

  • Full content generated by Get Full RSS.

    Raja Azmi tak hormati majlis

    Posted: 17 Nov 2011 08:04 AM PST

    "KELAKAR, kelakarlah penganjur sendiri boleh menang anugerah. Tak fahamlah festival filem ini," tempik penerbit, Raja Azmi Raja Sulaiman di depan hadirin dan tetamu terhormat, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis perasmian Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), malam kelmarin.

    Majlis di Panggung Anniversary, Tasik Perdana, Kuala Lumpur itu menyaksikan penerbit filem ...Dalam Botol itu memekik seolah tidak puas hati dengan keputusan Pengarah Harapan dimenangi Jurey Latiff Rosli menerusi filem Libas, hingga beredar dari majlis.

    Difahamkan, rasa tidak puas hati Raja Azmi ini kerana Jurey adalah Presiden Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Induk FFFM24 menang pada malam itu.

    Raja Azmi turut dilihat membebel tidak berpuas hati ketika berselisih dengan Jurey ketika turun mengambil anugerah.


    Apakah rasa tidak puas hati Raja Azmi itu kerana Khir Rahman yang berentap kategori itu melalui filem terbitannya, ...Dalam Botol tidak menang.


    Tindakan Raja Azmi itu juga tidak menghairankan kalangan karyawan filem kerana sering menimbulkan rasa tidak puas sebelum ini.

    Mereka sifatkan tindakan Raja Azmi itu tidak wajar dan tidak menghormati majlis kerana meluahkan rasa tidak puas hati di depan tetamu terutamanya Timbalan Perdana Menteri yang melihat kejadian itu.

    Dalam hal ini, Jurey menegaskan, kemenangannya malam itu tiada kena-mengena dengan jawatan dan fungsinya dalam organisasi penganjuran FFM24.

    Selain berkali-kali menegakkan filem arahannya, Libas terbitan MDAG Marketing Sdn Bhd memang layak bertanding mengikut kriteria yang ditetapkan, Jurey tidak sedikit pun marah sebaliknya hanya pasrah dengan pihak yang tidak berpuas hati.

    "Jika ada individu atau mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan, ia bermakna mereka mempertikaikan kredibiliti barisan juri yang sudah mengangkat sumpah menjalankan tanggungjawab mereka secara telus. Bagi saya, mempertikaikan keputusan juri umpama penghinaan terhadap mereka.

    "Libas memang layak bertanding kerana memenuhi syarat termasuk menerima tarikh wajib tayang bertepatan dengan syarat.

    "Saya juga bekerja dengan produksi itu, jadi apa hak saya menolak pencalonan ini malah walaupun sudah mengarahkan banyak drama, Libas adalah arahan pertama untuk layar lebar.

    "Saya serta jawatankuasa lain tidak masuk campur dalam penjurian kerana kita sudah ada juri profesional dan segala maklumat juga sulit.

    "Ikhlas saya menggalas tanggungjawab penganjuran FFM24 meskipun tidak langsung dilapik dengan sebarang ganjaran sebaliknya tidak henti saya dihentam dengan kritikan dan kutukan sejak awal mengemudi. Namun semuanya saya telan dan menerima dengan hati yang terbuka.

    "Justeru dakwaan mengatakan kemenangan ini berkaitan kedudukan saya dalam FFM 24 tidak masuk akal," katanya.

    Majlis pembukaan FFM24 berjaya mengubah segala-galanya buat graduan jurusan Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nadiyatul Nisaa' Kamaruddin apabila namanya diumumkan pemenang Pelakon Harapan Wanita menerusi lakonan hebatnya dalam filem Cun sentuhan sutradara Osman Ali.

    Nadiya, 26, menyifatkan kemenangan itu sebagai pembuka mata kepada pihak lain melihat bakatnya dan memberikan ruang terbaik memperkenalkan namanya semula di gelanggang komersial.

    Ini juga kejayaan berganda buat Nadiya kerana baru saja menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2011(ASK2011) yang berlangsung 4 November lalu.

    "Alhamdulillah saya tidak menyangka apabila diumumkan pemenang kerana pencalonan yang diterima sudah cukup memberi kepuasan kepada saya.

    "Maklumlah lebih lima tahun berlakon, pengiktirafan sebegini sudah memadai membayar kesungguhan dan komitmen saya sebagai seorang pelakon baru.

    "Filem Cun adalah satu percubaan terbaik saya di depan kamera komersial yang sekali gus meletak nama saya di fasa yang lebih tinggi. Mana tidaknya, lekas bakat dan nama saya disebut-sebut walaupun sebelum ini saya sudah membintangi beberapa filem termasuk Dukun yang gagal ditayangkan dan Karaoke yang hanya dihasilkan untuk festival filem antarabangsa.

    "Apapun dengan adanya trofi dan penghargaan seperti ini, saya akan kembali mencatur langkah perjalanan seni saya.

    "Saya berharap akan lebih banyak pihak yang nampak bakat saya serta percaya dengan apa yang mampu saya berikan," katanya.

    Nadiya yang baru saja menjadi ibu kepada anak lelaki, Omar, dua bulan lalu, melihat pengiktirafan FFM24 mampu memimpin bintang baru sepertinya untuk mencipta nama lebih kemas dan sempurna.

    Baru selesai penggambaran filem terbaru lakonannya, Bara Jiwa, Nadiya yakin dan percaya penganjuran FFM24 adalah satu usaha terbaik yang dilakukan bagi memartabatkan industri perfileman tanah air.

    Turut dicalonkan untuk kategori ini ialah Mimie (One Nation Emcees) menerusi filem Klip 3GP, Sheera Ayob (Karak) dan Sara Ali (Penunggu Istana).

    Bertemakan 'Gemilang Filem Malaysia', majlis perasmian FFM 24 malam kelmarin, dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    FFM 24 membuka tirai pengiktirafannya dengan Malam Anugerah Gemilang Cipta mengumumkan 10 kategori yang dipertandingkan iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Harapan Lelaki, Lagu Tema Asal Terbaik, Pengarah Harapan, Filem Pendek Terbaik, Filem Animasi Terbaik dan Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik.

    KRU Studios mendominasi keputusan malam itu apabila membolot tiga trofi menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik (Yusry Abdul Halim) dan Lagu Tema Asal Terbaik (Sedetik Lebih) nyanyian Anuar Zain ciptaan Edry Abdul Halim.

    Turut mencatat kenangan manis, bintang muda yang membuktikan lakonan hebat dalam filem Hantu Bonceng, Taiyuddin Bakar untuk Pelakon Harapan Lelaki manakala bintang cilik, Mia Sara Nasuha dinobatkan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem Sekali Lagi.

    Acara kemuncak FFM24, Malam Anugerah Gemilang Perdana bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad ini, jam 9 malam yang disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Tubuh panas dengar azan

    Posted: 17 Nov 2011 12:14 PM PST

    KUALA LUMPUR: "Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah," kata Zaki, 34, yang memakai 'susuk kuat sembahyang' kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.

    Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.

    Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

    Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.


    Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Jual maruah rebut RM600

    Posted: 17 Nov 2011 12:14 PM PST

    KUANTAN: Hadiah ditawarkan selaku juara hanya RM600 serta sebotol minuman keras, tetapi sudah cukup membuatkan 20 gadis sebahagian besarnya Melayu, tampil menyertai pertandingan separuh bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Beserah, awal pagi semalam.

    Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta berusia antara 15 hingga 18 tahun dan berasal dari Maran, Kemaman dan Kuantan itu sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal menentukan sama ada mereka menang atau sebaliknya.

    Difahamkan, acara itu pertama kali dianjurkan di pusat hiburan berkenaan sempena 'Lady's Nite' dan setiap peserta dikenakan bayaran RM50.

    Peserta yang meraih sorakan paling kuat daripada penonton dan pengunjung pusat hiburan berkenaan berpeluang memenangi pertandingan yang dimulakan jam 12 tengah malam itu.


    Peserta juga bebas menari dengan gaya tersendiri, tetapi perlu dalam keadaan seksi dan ghairah sambil diiringi muzik tekno yang dimainkan DJ. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan hanya dibenarkan membuat persembahan selama dua minit.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Arena

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Arena


    Posted:

    [unable to retrieve full-text content]
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Posted:

    [unable to retrieve full-text content]
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Khamis, 17 November 2011

    Harian Metro: Hati

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Hati


    Ilham kreatif aksesori butang

    Posted: 28 Oct 2011 07:29 AM PDT

    MUDAH serta tidak memerlukan banyak masa untuk menghasilkan sesuatu rekaan, itulah yang menjadi pegangan pemilik laman aksesori ber–asaskan butang SNf Craft, Siti Norfathiah Md Afandi, 24.

    Paling penting, suai padankan bentuk serta corak butang berkenaan dengan kombinasi warna menarik serta perhiasan tambahan yang digunakan untuk mencantikkan lagi perhiasan dihasilkan.

    Untuk aksesori butang, dia banyak menumpukan pada koleksi sepit rambut, cekak dan juga kerongsang. Kelengkapan yang diperlukan untuk proses pembuatannya pula ringkas yang hanya menggunakan tampalan gam pistol dan daya kreativiti kerana ia hanya perlu dilekatkan bagi membentuk corak serta bentuk diingini.

    "Masa untuk membuatnya juga tidak lama, malah ia boleh disiapkan dalam masa 15 minit saja tanpa perlu bertungkus-lumus seharian.


    "Ia lebih menjimatkan masa memandangkan saya tidak gemar menjahit terutama menggunakan mesin tetapi lebih mudah menjahit tangan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pandan Dalam, Ampang, baru-baru ini.


    Idea yang digunakan untuk menyediakan koleksi aksesori berkenaan banyak diperoleh melalui pemerhatian laman aksesori di Internet terutama blog aksesori luar negara.

    Pemerhatian sebegitu dijadikan panduan untuk mencipta dan mereka aksesori mudah dan ringkas tetapi masih nampak comel dan sesuai dengan kehendak persekitaran tempatan.

    "Kebiasaannya kanak-kanak meminati aksesori kepala sebegini untuk digayakan dan dipadankan dengan busana pilihan. Ia bukan saja ringkas, malah harganya juga berpatutan serta mengikut permintaan pelanggan," katanya.

    Walaupun baru memulakan perniagaan aksesori berkenaan secara dalam talian awal Februari lalu, Norfathiah tidak sesekali menjadikannya sebagai bebanan walaupun masih bergelar pelajar.

    "Saya hanya memfokuskan pada pembuatan aksesori setiap hujung minggu dan tidak akan mencampuradukkan minat dengan pengajian.

    "Kedua-duanya amat penting dan untuk itu, saya akan me–nyeimbangkan masa," katanya.

    Untuk melihat lebih banyak lagi koleksi aksesori butang yang dihasilkan Norfathiah, layari itsacrafttime.blogspot.com/ teyare.tumblr.com ataupun sertainya di laman facebook.com/snfcrafttilicious.

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    J-Lo guna kelebihan tubuh ‘tambat’ teman lelaki baru

    Posted: 16 Nov 2011 08:32 AM PST

    LOS ANGELES: Pemuda yang kini menjadi pacar terbaru Jennifer Lopez (J-Lo) mendakwa, penyanyi dan pelakon jelita itu mempunyai selera seks yang sukar dipuaskan.

    Menurut Casper Smart, J-Lo memang memiliki tubuh badan awet muda walaupun usianya kini 42 tahun.


    "Dengan susuk tubuh menggiurkan itu, dia tidak pernah ragu atau bimbang menggunakannya," katanya.

    Bekerja sebagai penari, Smart, 24, menjadi sebahagian daripada anggota rombongan J-Lo mengembara ke serata dunia dalam program konsert jelajah penyanyi terbabit enam bulan lalu.


    Bagaimanapun, hubungan mereka semakin intim beberapa minggu lalu dan mula keluar bersama untuk lebih saling mengenali.


    Pasangan itu dilihat berpesta di Las Vegas dan pulang ke hotel bersama beberapa hari lalu.

    Rakan Smart berkata, penari itu mengagumi bentuk tubuh J-Lo.


    "Bagi Smart, J-Lo memiliki bentuk badan jauh lebih baik berbanding mana-mana wanita yang pernah dikenalinya," katanya.

    Bagi Smart, kata sumber itu, tubuh J-Lo seperti gadis berusia 20 tahun.


    Mengenai hubungan terbaru itu, sumber terbabit berkata, tidak dapat dipastikan sejauh mana J-Lo akan berpacaran dengan Smart.


    "Pada dasarnya, mereka berkawan hanya kerana seks, tetapi Smart teruja untuk mencuba nasib memanjangkan hubungan mereka lebih daripada sekadar itu," katanya.


    Sumber di pihak J-Lo pula mengesahkan mereka kini berada di tahap "bergembira" dan mula berpacaran.


    Sumber berasingan berkata, J-Lo jelas tidak mampu menahan dirinya daripada kekacakan Smart walaupun di antara mereka ada jurang perbezaan 18 tahun, selain tidak banyak persamaan di antara mereka.


    "Tetapi tiada siapa perlukan kata-kata apabila fizikal anda mempunyai keserasian?" katanya.


    Ibu kepada dua anak, J-Lo berpisah dengan penyanyi Marc Anthony, 43, empat bulan lalu selepas tujuh tahun berumah tangga. - TS

    Full content generated by Get Full RSS.

    Mariah gugur saman Bieber

    Posted: 16 Nov 2011 08:31 AM PST

    LOS ANGELES: Wanita yang mendakwa melahirkan anak Justin Bieber semalam menggugurkan tuntutan ke atas penyanyi remaja kelahiran Kanada itu.

    Peminat Bieber, Mariah Yeater, 20, mendakwa dia mengadakan hubungan seks dengan artis itu di belakang pentas selepas berakhirnya satu konsert di Staples Center, Los Angeles pada Oktober 2010.


    Bieber menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan awal minggu ini menawarkan diri untuk menjalani ujian DNA bagi mengesahkan bahawa bayi Mariah berusia empat bulan itu bukan zuriatnya.

    Peguam Mariah sebelum ini berkata, mereka mempunyai "bukti kukuh" bahawa wanita terbabit bercakap benar dalam dakwaannya.


    Bagaimanapun, sebuah laman sesawang hiburan AS melaporkan, dua peguam mewakili Mariah, Lance Rogers dan Matt Pare, kini menarik diri daripada mewakilinya.


    "Tuntutan itu ditarik semula secara senyap-senyap minggu lalu," katanya.

    Difahamkan, Rogers dan Pare menarik diri selepas peguam Bieber, Howard Weitzman, mengancam untuk menyaman Mariah serta pasukan peguamnya kerana membuat tuduhan palsu.


    Sejak dakwaan itu timbul, Bieber sentiasa menafikan dia pernah mengadakan hubungan seks dengan Mariah seperti didakwa wanita itu.

    Malah, Bieber, 17, juga bertegas mendakwa dia tidak pernah bertemu Mariah.


    Pendedahan mengejutkan itu juga mendorong pihak berkuasa memulakan siasatan ke atas Mariah kerana disyaki mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak.


    Bieber dianggap masih di bawah umur kerana ketika kejadian, dia berusia 16 tahun.


    Dalam temubual baru-baru ini, Bieber berkata, tiada satu pun tuduhan dilemparkan kepadanya oleh Mariah berasas.


    "Ia memang gila.


    "Setiap kali selepas pertunjukan, saya meninggalkan pentas dan terus ke kereta," katanya. - TS

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved