Ahad, 20 November 2011

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tuah Fakri

Posted: 19 Nov 2011 09:00 AM PST

MISI mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia skuad bola sepak bawah 23 tahun negara terus membara apabila berjaya melangkah ke final selepas Ahmad Fakri Saarani muncul wira menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Myanmar pada aksi separuh akhir semalam.

Kejayaan itu memastikan Malaysia, juara lima kali bakal tampil di final ke-11 sejak temasya ini bermula pada 1959.


Skuad negara beraksi di Stadium Gelora Bung Karno tanpa jurulatih, Ong Kim Swee yang digantung satu perlawanan dan hanya menyaksikan perlawanan dibangku penonton sambil tugasnya diambil alih penolong, Hassan Sazali Waras.

Biarpun Myanmar, naib juara Kumpulan B lebih banyak mengawal bola pada babak pertama namun skuad negara mencipta beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol.


Malaysia terlepas peluang keemasan apabila sepakan lambung Irfan Fazail berjaya dibaca penjaga gol Myanmar, Thihasthu di minit keempat.


Pemain sayap kanan, Ahmad Fakri berpeluang meletakkan skuad negara di depan namun tandukannya gagal menepati sasaran pada m-15.

Babak pertama berakhir 0-0 selepas sepakan percuma kapten, Baddrol Bakhtiar di m-36 sekadar melewati palang gol manakala serangan Myanmar yang diterajui Kyaw Ko Ko gagal menembusi benteng negara.


Bersambung babak kedua, Malaysia bermula garang menerusi rembatan leret Syahrul Azwari yang melakukan larian di sebelah kanan.

Bagaimanapun kemasukan Izzaq Faris Ramlan di m-72 menggantikan Syahrul Azwari Ibrahim membuahkan hasil apabila hantarannya berjaya ditolak masuk Fakri bagi gol kemenangan Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Idam 60 pingat emas

Posted: 19 Nov 2011 08:56 AM PST

"SASARAN baru kita ialah 60 pingat emas. Kalau berjaya, ia dianggap kejayaan baru untuk Malaysia," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengulas kejayaan atlet Malaysia mengumpul 40 pingat emas dalam pelbagai acara Sukan Sea ke-26 2011 yang berlangsung di Palembang, Indonesia.

Menurutnya, perbincangan bagi sasaran baru itu akan dibuat bersama pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan Chef de Mission (CDM) bagi memastikan ia menjadi kenyataan. "Saya akan berkomunikasi dengan dua pihak itu yang berada di Indonesia, petang ini (semalam) mengenai sasaran 60 pingat emas berkenaan. "Kalau berjaya, ia kejayaan baru kerana banyak lagi acara sukan yang kita boleh buat taksiran seperti sukan ski air dan lawan pedang yang belum ada perkiraan sebelum ini," katanya.


Kelmarin, bekas pelumba Formula Satu (F1), Alex Yoong menghadiahkan pingat ke-40 kontinjen negara di Sukan Sea Indonesia sekali gus melengkapkan sasaran minimum yang disasarkan MSN dan kejayaan itu turut didedikasikan kepada sukan pemotoran dunia.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Pelancong ajak masuk bilik

Posted: 19 Nov 2011 11:19 AM PST

PULAU TIOMAN: Berwajah unik, muda, seksi, sasa dan mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, itulah kelebihan pekerja pantai khususnya golongan lelaki sekitar pulau ini hinggakan ada pelancong wanita yang cair dengan penampilan mereka.

Digelar beach boy atau budak pantai, kehadiran golongan itu nyata menjadi daya penarik kepada pelancong asing terutama wanita namun ada kalanya kurang disenangi penduduk setempat yang melihat ia ancaman kepada budaya dan sosio ekonomi masyarakat di situ.


Seorang budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Aju, 20, berkata sejak tiga tahun terbabit dalam aktiviti pelancongan di pulau itu, sudah dua wanita meminta dia menjadi teman di bilik tidur mereka dan kedua-duanya pelancong asing.

"Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka yang meminta saya ke bilik.


"Apapun perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara sedar atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali kedua di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras. "Ia bukannya pesta atau majlis tertentu sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba menjadi seakan pesta apabila semakin ramai pengunjung tiba," katanya.


Ditanya mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju berkata, dia hanya menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran itu sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara.

"Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing," katanya.


Seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24, berkata kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya mempunyai sebab atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya membabitkan pelancong bajet atau backpacker.

"Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang, mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakannya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap.


"Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak kata orang situasi menang-menang," katanya.


Sementara itu, orang lama yang pernah bertugas sebagai budak pantai di situ yang mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata amalan gaya hidup Barat dalam kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana pelbagai agensi kini memantau aktiviti golongan itu.


"Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman, iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau.


"Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil terutama di Salang (kampung).


"Kebanyakan budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai pulau bebas cukai," katanya.


Sementara itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua pelancong asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata untuk menetap di sesuatu tempat secara percuma atau murah.


"Ia sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan tertarik dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat di tempat asalnya di Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan antara lelaki perempuan dibawa ke bilik tidur. "Itupun berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah negara berbeza dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin perkara itu untuk mengelak kesulitan di masa depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Majlis RM15 juta

Posted: 19 Nov 2011 11:19 AM PST

SELEPAS puas mencari cinta sejati, akhirnya Nur Shid'la Ahmad Kamarudin (Syella), 26, bertemu jodoh dengan ahli perniagaan. Cinta mereka berputik tanpa dirancang kerana sebelum itu Syella menyulam kasih dengan orang lain.

Menurut Syella yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan, dia berkenalan dengan suaminya pada 2006 yang mana ketika membuat persembahan pada suatu majlis amal. "Perkenalan saya dengannya bermula selepas selesai majlis amal itu apabila dia antara penganjur program itu ingin membayar duit persembahan.


"Selain mengusahakan butik dan kedai makan, saya juga terbabit dalam perniagaan pembinaan, teknologi maklumat, gas dan minyak serta beberapa cabang perniagaan lain. Lalu kami bekerjasama dan dalam melicinkan urusan perniagaan itu, saya lebih menganggap dia sebagai bos saya.

"Saya banyak kali putus cinta kerana kebanyakan lelaki yang saya temui tidak jujur mencintai saya. Pada masa sama, ramai yang masuk meminang sehingga membuatkan emak risau kerana semua pinangan itu saya tolak. "Emak kata, kalau saya terus menolak pinangan yang datang, dia bimbang saya terus tak kahwin. Jadi emak mahu carikan sendiri calon suami untuk saya kerana dia mahu saya dapat suami yang baik selepas banyak kali ditipu lelaki.


"Sudah tentu saya tak mahu. Perkara itu amat merunsingkan saya lalu pada April lalu saya mengerjakan umrah. Ketika berada di Tanah Suci itu setiap hari saya berdoa semoga dapat suami yang baik, beriman, boleh menjaga saya dan keluarga saya. Di samping itu saya juga mengerjakan solat hajat dan istiqarah. Setiap kali saya solat istiqarah, wajah suami saya sekarang yang sering muncul dalam mimpi.


"Untuk menguatkan lagi jodoh dengannya, sekembalinya dari umrah, saya dapat tahu teman lelaki saya curang. Suami pula meluahkan isi hatinya yang dia sukakan saya," katanya yang meminta media menghormati permintaannya supaya gambar, status dan siapa suaminya itu dirahsiakan daripada umum.

Menurut Syella, dia boleh dapat rasakan yang orang itu sukakan dia atau tidak termasuklah perasaan suaminya terhadapnya. "Saya bukanlah bodoh sangat untuk menilai orang tetapi saya tak mahu terlalu memikirkannya kerana sibuk dengan kerja. Tetapi kalau sudah jodoh, ia akan bertemu juga. Sebab itu saya tak rasa pelik ketika wajah suami muncul dalam mimpi ketika di Makkah kerana saya tahu dia sukakan saya. "Emak pun merestui niat baik suami kerana emak tahu dia lelaki yang baik. Emak kasihankan saya yang bekerja keras untuk menyara keluarga. Lantaran dengan restu keluarga, kami diijabkabulkan pada September lalu. Majlis resepsi baru saja diadakan pada 11 hingga 13 November lalu di rumah emak di Cheras.


"Dia lelaki yang baik dan sangat menjaga solat. Kami selalu solat berjemaah dan mengaji bersama-sama. Saya rasa sangat bahagia kerana mendapat suami sepertinya. Dia juga mahu saya duduk di rumah saja, biar adik-beradik yang menguruskan perniagaan butik dan kedai makan yang saya usahakan selama ini," katanya.

Selepas bernikah, mereka terus berbulan madu selama dua minggu di Eropah dan selepas majlis resepsi ini, Syella mahu mengerjakan umrah sekali lagi bersama suami dan membawa ibu bapanya bersama.


"Saya bersyukur kerana doa saya dimakbulkan Allah SWT. Selepas balik umrah juga rezeki saya semakin murah. Dalam mencari calon suami, saya bukan cari yang berharta, yang penting adalah hati budi dan agamanya.


"Sebelum ini ramai yang kata saya berkawan dengan VIP, Tan Sri dan Datuk. Memanglah dalam urusan perniagaan saya berjumpa dengan golongan macam itu tetapi saya tidak pernah 'berkawan' dengan mereka.


"Orang kata setiap apa yang orang cakap itu adalah doa dan akhirnya memang betul saya ditemukan dengan suami saya ini," katanya.


Jangan terkejut kerana majlis perkahwinan Syella menelan belanja RM15 juta termasuk nilai barang hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Sebagai tanda kasih suaminya, pada hari berbahagia itu Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.


Tambah Syella, semua barang mewah dan mahal itu bukan dia minta tetapi atas kerelaan suaminya sendiri sebagai bukti cinta buatnya.


"Semua persediaan perkahwinan, saya dan suami sediakan sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak. Saya sendiri keluarkan belanja RM800,000 dan selebihnya daripada suami. Saya tak kisah berhabis kerana perkahwinan ini adalah sekali seumur hidup," katanya. Pada majlis resepsi itu Syella mengenakan dua pasang gaun rekaan Hatta Dolmat yang setiap satunya berharga RM60,000. Ditanya mengapa dia seolah-olah menyembunyikan perkahwinannya itu, Syella berkata, dia tidak pernah berniat untuk berbuat begitu. Jelasnya, memang majlis pernikahannya diadakan dalam majlis tertutup, tetapi majlis resepsinya baru-baru ini dihadiri hampir 3,000 tetamu.


"Saya bukan tidak mahu maklumkan kepada pihak media tetapi rasa saya serba-salah. Saya ini bukannya penyanyi popular, tiba-tiba mahu jemput wartawan datang ke majlis perkahwinan saya, seganlah.


"Sebab itulah saya jemput saudara-mara, rakan-rakan dan jiran-jiran saja. Lagipun majlis itu bukan untuk untuk saya seorang, tetapi turut meraikan perkahwinan dua adik saya ,Efa dan Ijam yang bernikah Oktober lalu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Rahsia biseksual Demi

Posted: 19 Nov 2011 09:08 AM PST

HOLLYWOOD: Aktres Demi Moore mengakhiri perkahwinan enam tahunnya bersama Ashton Kutcher, kelmarin selepas laporan mengenai kecurangan suaminya itu terbongkar tetapi terdapat kisah sebenar yang lebih rumit di sebalik perkahwinan mereka.

Dipercayai Demi dan Kutcher menjalani perkahwinan secara terbuka apabila Demi, 49, dikatakan mengamalkan biseksual. Satu sumber memberitahu Star: "Demi tertarik kepada wanita sama seperti dia sukakan lelaki, jadi dia tidak mendapat kepuasan daripada Kutcher." Bercakap mengenai persetujuan mereka menjalankan perkahwinan terbuka, sumber itu turut berkata: "Semua orang di Hollywood tahu mengenai persetujuan itu, tetapi mereka berjaya meneyembunyikannya daripada pengetahuan umum.


"Dia tidak kisah Kutcher mempunyai hubungan sulit. Namun, mereka berjaya menyembunyikan hal itu daripada umum dan menjalani kehidupan suami isteri seperti biasa. Kedua-duanya saling menghormati kerana mereka seronok dengan cara demikian. Bagaimanapun, semuanya berubah apabila hubungan sulit Kutcher terbongkar.

Pelawak Chelsea Handler seolah-olah turut mengiyakan kenyataan itu dalam wawancara program Simply Shocked bersama Piers Morgan di CNN.


Walaupun dia mengakui tidak mengenali Demi dan Kutcher secara peribadi tetapi menurutnya, Demi dan Kutcher adalah pasangan yang mengamalkan perkahwinan terbuka.


"Saya rasa sudah banyak kali mereka berseronok dengan seorang lagi wanita...jelas mereka melakukan hubungan seks bertiga. Mungkin apabila Demi tiada, Kutcher hanya melakukannya bersama orang lain dan ia mengundang kepada perceraian mereka," katanya. Sementara itu, wanita yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Kutcher pada September tahun lalu, Brittney Jones turut mendakwa pasangan pelakon terbabit mengamalkan perkahwinan terbuka. Brittney semalam memberitahu TMZ: "Walaupun perceraian adalah sesuatu yang menyedihkan tetapi saya rasa ia wajar dilakukan. "Selama ini, orang ramai menyangka saya berbohong dan mereka cerita mengenai hubungan intim bersama Kutcher, tetapi sebenarnya saya hanya diperalatkan. "Kutcher memberitahu saya, dia dan Demi mengamalkan hubungan seks terbuka dan dia tidak berbohong mengenainya," katanya.

Brittney sebelum ini, mengakui melakukan hubungan intim bersama Kutcher. Bagaimanapun, aktor itu mengancam akan menyamannya dan menjelaskan dakwaan Brittney itu tidak benar sama sekali.


Kutcher dan Demi berkahwin pada September 2005. Rumah tangga pasangan itu dilaporkan mula mengalami keretakan selepas Kutcher dikatakan mengadakan hubungan seks bersama Sara Leal, 22, di Hotel Hard Rock San Diego. - LT

Full content generated by Get Full RSS.

2 wanita buang bayi dituduh membunuh

Posted: 19 Nov 2011 09:04 AM PST

HONG KONG: Polis Hong Kong mendakwa dua wanita rakyat asing dipercayai warga Indonesia dengan kes pembunuhan, semalam selepas mereka membuang bayi yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah di pusat kutipan sampah.

Polis mengenal pasti dua wanita berusia 26 dan 32 tahun itu sebagai pekerja asing. Laporan media tempatan awal minggu ini memetik kenyataan polis sebagai berkata mereka adalah pembantu rumah warga Indonesia.


"Wanita berusia 26 tahun itu yang melahirkan anak 16 November lalu membuang bayinya di pusat kutipan sampah Ying Lung Wai dengan bantuan rakannya," kata kenyataan polis.

Wanita itu dikatakan melahirkan bayi perempuan di kediamannya dan memasukkan bayi itu ke dalam plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Sabtu, 19 November 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Demi, Kutcher umum berpisah

Posted: 18 Nov 2011 08:17 AM PST

LOS ANGELES: Aktres Demi Moore secara rasmi menamatkan rumah tangga berprofil tingginya dengan Ashton Kutcher semalam, selepas suaminya itu berlaku curang dengan wanita jauh lebih muda.

Pengesahan itu dibuat selepas beberapa bulan media melaporkan masalah dihadapi pasangan selebriti terbabit yang berkahwin pada 2005.


Ketika berumah tangga secara rasmi, Demi berusia 42 tahun dan Kutcher 27.

Sebelum Kutcher, Demi berkahwin dengan Bruce Willis dan rumah tangga itu bertahan 13 tahun.


Dalam kenyataan dikeluar melalui ejennya, Demi berkata, semalam adalah hari amat menyedihkan.


"Dengan hati berat saya membuat keputusan menamatkan perkahwinan dengan Kutcher sejak enam tahun lalu," katanya.

Sebagai wanita, ibu dan isteri kata Demi, ada nilai tertentu serta ikrar tertentu yang dianggap mulia.


Melalui semangat itulah, katanya, dia memilih untuk meneruskan hidup dengan apa yang ada.

Kutcher, 33, baru-baru ini mengisi tempat ditinggalkan Charlie Sheen dalam siri televisyen Two and a Half Men, berkata dia akan sentiasa mengingati detik manis bersama Demi selama ini.


"Perkahwinan antara perkara paling sukar dalam dunia dan malangnya, kadang-kadang ia runtuh," katanya dengan pilu melalui Twitter.


Selain dikenali sebagai pasangan popular, Demi dan Kutcher dianggap pelopor penggunaan media sosial, terutama Twitter.


Akibat perceraian itu, Demi - antaranya diingati kerana wataknya dalam Ghost (1990), A Few Good Men (1992) dan Indecent Proposal (1993) - perlu mencari nama baru dalam laman sesawang blog mikro itu.


Ketika ini Demi menggunakan nama @mrskutcher.


Khabar angin mengenai masalah rumah tangga pasangan itu bertiup kencang beberapa minggu lalu selepas Kutcher didakwa mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita berusia 22 tahun dari Texas, Sara Leal.


Insiden itu berlaku ketika dia mengunjungi San Diego pada 24 September lalu - tarikh dia sepatutnya menyambut ulang tahun perkahwinan keenam dengan Demi. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Benetton turun poster iklan cetus kontroversi

Posted: 18 Nov 2011 08:14 AM PST

ROME: Poster kempen komersial memanipulasi imej Pope Benedict XVI dan Imam Masjid al-Azhar di Mesir, Sheikh Sheikh Ahmed el-Tayeb ditarik balik semalam selepas mendapat kecaman keras Vatican.

Iklan itu dikeluarkan syarikat pakaian Benetton melalui kempen UNHATE turut menggunakan imej pelbagai pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Canselor Jerman, Angela Merkel.


Vatican dan Sheikh Ahmed berselisih faham selepas Universiti al-Azhar menggantung dialog antara agama dengan pihak berkenaan awal tahun ini selepas Benedict menggesa penganut Kristian Mesir diberi lebih banyak perlindungan.

Gereja Katolik mengecam iklan Benetton itu sebagai provokasi yang "tidak boleh diterima" Ekoran bantahan keras itu, beberapa iklan yang dipasang di Milan, New York, Paris, Tel Aviv dan Rome diturunkan segera semalam. - DM

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Pacak’ hingga ke hospital

Posted: 18 Nov 2011 10:27 AM PST

IPOH: Penggemar 'kopi pacak' atau dikenali kopi campuran pil perangsang tenaga batin yang didakwa pengeluarnya mampu memberikan tenaga tambahan ketika beraksi di ranjang dinasihatkan berhati-hati kerana produk berkenaan boleh mengancam nyawa berikutan kandungan kimianya membahayakan kesihatan sekiranya diambil berterusan.

Ini berikutan kes terbaru membabitkan seorang lelaki warga emas yang dikejarkan ke hospital di utara tanah air akibat sesak nafas selain mengalami serangan jantung selepas meminum kopi berkenaan, bulan lalu.

Warga emas berusia 60-an terbabit, bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas diberi rawatan kecemasan dan hospital mengesahkan ia berpunca daripada pengambilan kopi berkenaan.

Perkara itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berikutan kemunculan semula produk minuman kopi maut yang dicampurkan kimia berbahaya atau racun berjadual.


Menurutnya, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memandang serius maklumat terbaru itu dan menghantar 10 sampel produk kopi campuran berlainan untuk dianalisis di makmal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Duit jatuh dari langit

Posted: 18 Nov 2011 10:27 AM PST

SUNGAI SIPUT: Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.

Kejadian 'hujan duit' yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit.

Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.


Menurutnya, dia kemudian keluar ke pekarangan rumah sebelum melihat beberapa keping duit syiling bertaburan di permukaan jalan dan lantai tempat letak keretanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Idam peranan lebih serius

Posted: 18 Nov 2011 05:32 AM PST

BAGAI stigma yang terus melekat pada pemilik wajah manis dengan senyum meleret, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al Yahya atau Scha, 28, setiap kali muncul di layar lebar mahupun televisyen, lakonannya masih bernafas atas paksi yang sama.

Namun setiap kali itu juga Scha membalas dengan senyum untuk terus optimis dan menyifatkan semua itu adalah satu kritikan yang akhirnya menyuntik seribu semangat.

Hakikatnya, Scha akui sukar melepaskan dirinya dari terus terperangkap dengan watak Dania dalam drama siri popular yang memperkenalkan nama dan bakatnya sebelum ini, Awan Dania.

Jelas watak yang dihidupkan, gadis lasak yang kasar namun punya perasaan sayang jauh tersembunyi melekat terus di hati peminat hingga sukar buatnya untuk lari. Tidak sekadar itu, perwatakan dan personalitinya juga bagai sudah sinonim dan selari hingga watak yang ditawarkan buatnya tidak banyak berubah.


Katanya, semua itu adalah rezeki dan ketentuan yang tersurat buatnya sebagai pendatang baru yang masih gigih membina nama. Biar ada yang cuba memalit gelaran 'streotype' kepadanya, ia tetap disifatkan penghargaan hingga ramai pihak yang menabur rasa percaya untuk memberinya watak sebegitu.


"Bukan sehari dua saya ditanya sebegini namun jawapan yang ada masih sama.
Watak Dania begitu kuat dan ia adalah titik permulaan memperkenalkan nama dan bakat saya. Justeru tidak mustahil ia kekal menjadi satu pesona seorang pelakon kepada saya.

"Namun ia tidak bermakna saya tidak mampu mencuba yang lain sebaliknya rezeki yang datang belum boleh menggerakkan saya ke fasa yang berbeza.

"Saya sendiri memang mengidamkan watak lebih serius dan banyak bermain dengan emosi dalaman.

"Lakonan Nasha Aziz dalam Trauma umpamanya banyak memberikan saya inspirasi untuk tampil sebegitu satu hari nanti jika diberi peluang.

Insya-Allah saya akan pertimbangkan jika ada pihak yang ingin memberi peluang dan saya yakin mampu melakukannya.

"Jika dilihat dari perspektif berbeza, saya gembira kerana pihak produksi tidak henti memberi kepercayaan kepada saya membawa watak gadis lasak dan kasar begitu. Ada beberapa tawaran terpaksa saya tolak kerana diberikan watak sama," katanya.

Anak kacukan Melayu, Arab dan Cina ini sekali lagi diberi kepercayaan membangunkan watak utama dalam filem terbaru sentuhan sutradara muda, Syamsul Yusof melalui Aku Bukan Tomboy yang kini ditayangkan di pawagam sejak Khamis lalu.

Meskipun berkali-kali dirinya menjelaskan kelainan yang cuba dibentuk, keseluruhan pada mata kasar, watak Farisa yang didukung masih sama.

Malah skrip Aku Bukan Tomboy ditulis Datuk Yusof Haslam khusus untuk Scha selepas melihat lakonannya dalam Evolusi KL Drift 2.

Bergandingan dengan barisan pelakon terkenal lain termasuk dua aktor kacak, Shaheizy Sam dan Syamsul sendiri selain Salina Saibi, Sheera Iskandar, Harun Salim Bachik, Eira Syazira dan Zarina Zainoordin, anak kedua daripada empat beradik ini menyifatkan dirinya terlalu kerdil jika dibandingkan dengan yang lain.

Mengakui tidak semudah dilihat bagi membawakan watak Farisa meskipun masih sama personaliti luarannya, ia adalah satu pengalaman manis yang jelas membuka ruang terbaik untuk terus mengutip ilmu dan mengukuhkan empayar lakonannya.

"Memang watak Farisa masih sama, lasak, kasar dan keanak-anakan. Namun ini adalah satu cabaran kepada saya kerana sejak awal lagi Datuk Yusuf dan Syamsul memerhati gerak lakonan saya kerana bimbang ia akan menyamai Dania.

"Pemerhatian Datuk terutamanya begitu tajam dan teliti kerana dia inginkan sesuatu yang berbeza daripada saya. Dania seorang perempuan yang bergaya, menggunakan mekap dan masih penuh sifat lembutnya berbeza dengan Farisa.

"Keseluruhan plot watak yang cuba diserap memang berbeza baik dari aspek personaliti, pemakaian mahupun jalan cerita yang diberikan. Saya sendiri dapat merasai kelainan yang cuba diterjemahkan Syamsul menerusi filem ini.

"Saya lebih puas berkarya dan melakukan eksperimen sendiri yang mana Farisa mampu mengusik emosi dan jiwa penonton dengan hanya bersandar pada wataknya sendiri. Saya yakin penonton akan terhibur," katanya yang mengakui ada melakukan beberapa perubahan pada watak Farisa bagi mencantikkannya lagi.

Mengenai gandingannya bersama Sam dan Syamsul, Scha yang sebelum ini tampil hebat dalam Antoo Fighter dan Libas, mengakui gandingan mereka bertiga memberikan satu pengalaman baru.

Mengenali Syamsul sebelum ini dalam beberapa filem bersama, Scha tidak pernah mengubah persepsinya yang pengarah muda itu seorang yang berbakat besar dan punya kredibiliti tinggi.

Namun pertemuan kali pertama dengan Sam dianggapnya perkenalan yang baik apabila keserasian antara mereka mudah diikat hingga tidak lama membina jiwa dalam gerak lakonan di lokasi penggambaran.

"Saya mengagumi mereka berdua kerana masing-masing punya profil kerjaya dan deretan pengiktirafan dalam lapangan seni. Saya memang terlalu kecil jika dibandingkan mereka berdua.

"Namun baik Sam mahupun Syamsul, mereka tidak melihat apa yang saya rasakan janggal sebagai satu masalah sebaliknya pelbagai persoalan kami bincangkan bersama bagi menguatkan lagi perjalanan cerita.

"Perasaan gusar dan malu awalnya itu hilang kerana mereka berdua memimpin saya bagi memberikan sebuah jalinan lakonan yang sama dan selari.

"Saya seronok belajar daripada apa yang cuba disampaikan bagi memperbaiki mana yang perlu.

"Sam umpamanya begitu mudah memberi jiwa kepada saya dan mengasah gerak lakon untuk menyusur sama dengannya.

"Syamsul pula sudah biasa mengarahkan saya dan tahu mana kekuatan yang harus saya tekankan.

"Pendek kata, gandingan kami bertiga dengan barisan pelakon yang lain akan membuatkan penonton terhibur dan rasa terikat untuk menonton hingga ke akhir cerita," katanya yang sedang mempertimbangkan tiga tawaran.

Aku Bukan Tomboy mengisahkan gadis tomboi, Farisa yang dibesarkan bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil.

Di sebalik hati seorang gadis kasar, Farisa menyimpan hati kepada seorang lelaki yang akhirnya menjeratnya ke kancah cinta tiga segi antara Harry dan Burn. Selain mengharungi cinta dengan Harry dan Burn, Farisa tidak terlepas dari kecaman dan gangguan golongan 'pengkid' seperti Bell dan Sam yang turut mengharapkan cintanya. Farisa bosan dan rimas kerana enggan terjebak dengan hubungan songsang.

Persoalannya, adakah terlalu sukar buat si gadis tomboi untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang bencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati? Namun itulah hakikatnya yang cuba dipaparkan dalam filem ini.

PROFIL:

Nama Sebenar: Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al Yahya
Tarikh Lahir: 30 Mei 1983
Umur: 28 Tahun
Asal: Sungai Petani, Kedah
Status: Bujang
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Pencapaian: Juara Dewi Remaja 2006

Drama: Bella, Honeyz, Awan Dania, Naik Hantu, Awan Dania 2, Sadiq & Co Dan Kita Carefree

Filem: Antoo Fighter, Amukan Drakulat, Histeria, Papadom, Evolusi Kl Drift 2, Libas, Aku Bukan Tomboi dan Awan Dania The Movie

Pengacaraan: Chopp!, Sehati Sejiwa, Sehati Berdansa 3 dan Kata Kau
Komersial: Rexona, Hotlink, Watson, Oral-B, Nokia, Celcom Dan My Eg
Duta: Bio Essence

Full content generated by Get Full RSS.

Jom Nyanyi

Posted: 18 Nov 2011 05:18 AM PST

JULUNG kalinya, 'booth' Rap (Rentak Artis Popular) yang menjalankan aktiviti pertandingan Metro Idol, Gadis Metro dan Meet & Greet bersama artis terkenal di Karnival Gegaria Harian Metro 2011 (KGHM2011) sebelum ini, memperkenalkan 'Jom Nyanyi' Santai untuk pengunjung yang ingin melepas gian menyanyi sekali gus mempamerkan bakat mereka.

'Jom Nyanyi' Santai diwujudkan bukan untuk dipertandingkan sebaliknya aktiviti ini khusus buat pengunjung yang gemar menyanyi dan merasai pengalaman membuat persembahan di 'booth' Rap yang menjadi medan kunjungan artis-artis tempatan mempromosikan filem dan album mereka.

Bayaran yang dikenakan untuk satu lagu hanya RM2. Peserta hanya dibenarkan menyanyi dua lagu untuk satu sesi bagi membenarkan pengunjung lain mendapat peluang menyanyi. Aktiviti bermula esok, dari jam 10 pagi hingga 2.30 petang.

Pengarah Projek KGHM2011, Ahmad @ Salim Bachok berkata, idea mengetengahkan Jom Nyanyi itu dicetuskan ekoran permintaan tinggi daripada pengunjung yang gemar berkaraoke.


"Metro Idol adalah pertandingan karaoke yang sudah lama di wujudkan dalam penganjuran karnival ini tetapi ia terhad kepada 30 penyertaan terawal untuk memastikan perjalanan program bermula dan berakhir dalam jangka waktu ditetapkan.


"Justeru, ramai pengunjung yang datang dari jauh tidak berkesempatan menyertainya. Atas sambutan menggalakkan terhadap aktiviti karaoke ini kami wujudkan Jom Nyanyi sebagai acara suka-suka buat pengunjung.

"Objektifnya, untuk memberi pengalaman kepada pengunjung membuat persembahan untuk hiburan semua. Ia juga boleh dimanfaatkan oleh mereka yang minat menyanyi tetapi keberatan menyertai Metro Idol kerana mempunyai masalah gementar memasuki pertandingan.

"Tidak mustahil, bertitik tolak daripada acara ini mereka yang berbakat mampu mengembangkan sayap nyanyian memandangkan pengunjung kami terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya. Paling penting, kami mahu semua pengunjung terhibur," katanya.

Keseluruhan pengisian program 'booth' Rap sepanjang dua hari penganjuran karnival itu, akan diisi dengan pertandingan Pencarian Gadis Metro dan Metro Idol yang cukup popular.

Pendaftaran Metro Idol yang hanya mengenakan bayaran RM20 dibuka seawal jam 10 hingga 11 pagi ini. Seramai 10 atau lebih peserta (bergantung kepada keputusan juri) yang mengambil bahagian dalam pertandingan Metro Idol akan dipilih ke final yang diadakan esok, jam 4.30 petang.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM500, tempat kedua (RM300) dan ketiga (RM200) manakala pertandingan ala ratu cantik, Gadis Metro menawarkan hadiah wang tunai RM250 untuk juara, RM150 (naib juara) dan RM100 (tempat ketiga).
Pendaftaran pertandingan ini dibuka hari ini bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Menyerikan aktiviti 'booth' Rap, tentunya sesi ramah mesra di antara artis dan pengunjung yang membabitkan Alyah, Kat Mentor, kumpulan One Nation Emcees dan Meet Uncle Hussein sekitar jam 3 petang.

Sebelah malam, akan berlangsung Konsert Gegaria yang dihoskan pelawak dan pelakon, Along Cham bermula jam 9 malam. Artis popular yang membuat persembahan ialah Alyah, Black, Kat Mentor, One Nation Emcee dan kumpulan Meet Uncle Hussein.

Esok, sebahagian artis yang terbabit dalam konsert akan mengambil bahagian dalam sukaneka yang turut dijayakan pengunjung. Program akan diadakan seawal jam 9 pagi.

Sebelah petang pula, aktiviti di booth dihangatkan dengan kemunculan penyanyi rock legenda, Amy Search yang akan mempromosikan Konsert Fenomena - 30 Tahun Search di lokasi seterusnya, Stadium Yunos, Larkin pada 3 Disember dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).

Sehari sebelumnya, Amy berada di Pulau Pinang untuk menjayakan konsert di Stadium Batu Kawan. Turut memeriahkan acara itu, Black yang akan mengadakan kuiz bersama peminat.

KGHM2011 menyediakan pelbagai acara menarik dan memberi peluang kepada pengunjung mengambil bahagian termasuk memenangi hadiah menarik. Tarikan utama tentunya motosikal DV 110 sumbangan Demak Motor yang akan diberikan kepada pengunjung bertuah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved