Isnin, 21 November 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tragedi bercuti

Posted: 20 Nov 2011 09:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Perjalanan pulang ke utara selepas bercuti di Melaka bersama rakan membawa malang buat dua wanita warga Thailand yang maut dalam kemalangan di Kilometer 416.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara berdekatan Lembah Beringin, dekat sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki tempatan, Ng Chin Thai, 38, bersama enam wanita warga Thailand dalam perjalanan pulang dari Melaka ke utara.


Sumber berkata, ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan berkenaan yang dipandu laju cuba mengelak sebuah motosikal ditunggang Eyu Seng Chong , 33.

Bagaimanapun, ia terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh besi pembahagi jalan.


Katanya, selepas itu, kenderaan berkenaan masuk ke laluan bertentangan sebelum terjunam ke dalam cerun bukit kira-kira 150 meter.


Ketika itu, dua penumpang kenderaan terbabit, Kanchana Wisaiphrm, 26 dan Shuhisa, 22 tercampak dari kenderaan berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Empat lagi mangsa yang dikenali sebagai Suphannch Nianthaisy, 30, patah kaki kirinya, Sakauyapaumanel,29, Ratu Pharkun,38, dan Kunyanut Sitthisme, 23, bersama pemandu kenderaan itu parah dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan kecemasan.


"Mayat dua wanita itu pula dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, penunggang motosikal berkenaan cedera ringan selepas motosikalnya terbabas ke tepi jalan.


Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full content generated by Get Full RSS.

Latih usahawan digital

Posted: 20 Nov 2011 09:51 AM PST

KAJANG: "Peluang untuk saya meneroka bidang perniagaan lebih terbuka dan mudah dengan kursus yang diberikan di samping perolehan mendapatkan tender kerajaan secara terus tanpa perlu pihak ketiga," kata peserta kursus e-perolehan, Elliyanti Khalid, 25, yang menyertai kursus Komuniti Usahawan Digital anjuran Sekretariat 1Malaysia dengan kerjasama Giat Mara.

Dia antara 150 peserta kursus yang diraikan sempena tamat kursus berkenaan semalam, berkata, program yang dianjurkan memberi banyak manfaat terutama baginya yang langsung tiada pengalaman dalam pengurusan perniagaan.


"Saya sertai kursus ini selepas mendapat sokongan ayah yang mengharapkan saya meneruskan perniagaan kontraktornya disebabkan saya anak tunggal," katanya.

Kursus selama dua hari bermula kelmarin itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kursus laman web, e-perolehan dan akaun komputer yang dibahagikan kepada tiga kumpulan peserta masing-masing 50 orang.


Hadir merasmikan majlis tamat kursus dan penyampaian sijil ialah Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Tiz cerewet pilih watak

Posted: 20 Nov 2011 05:38 AM PST

ULANGTAHUN kelahirannya yang ke-23 sudah berlalu pada 25 Oktober lalu. Namun, disebabkan aktiviti lakonan yang padat, Tiz Zaqyah terpaksa melupakan seketika majlis keraiannya. Jika adapun mungkin hanya sekadar meraikan dengan insan tersayang ataupun bersama keluarga.

Bagaimanapun, pelakon pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak ini
beruntung kerana penyokongnya dari Kelab Peminat Tiz Zaqyah Razak (TZRFC) tidak pernah melupakan dirinya. Mereka sentiasa mencari tarikh yang sesuai untuk meraikan artis pujaan yang mula diminati menerusi siri drama Nur Kasih ini.


Biarpun terpaksa bergelut dengan masa, tarikh yang sesuai dicari dan akhirnya satu ketetapan dibuat bagi meraikan pelakon yang kembali menjentik naluri peminat menerusi siri Soffiya yang melabuhkan tirai baru-baru ini. Akhirnya Sabtu lalu, dia diraikan oleh 30 peminat dalam majlis dinamakan Tiz Purple Belated Birthday Bash.

Hadir dengan penampilan yang ringkas, ketibaan Tiz dalam majlis yang diadakan
di sebuah pusat karaoke di USJ 19 itu disambut dengan reaksi gembira ahli kelab peminatnya. Mereka sudah tidak sabar menanti untuk berjumpanya serta mengambil bahagian dalam acara yang sudah disediakan.


Membiarkan seketika Tiz mengisi perut dengan makanan enak disajikan, acara permainan bermula selepas itu antaranya menari berpasangan diatas kertas yang turut membabitkan dia. Pelbagai keletah lucu dan menarik dapat disaksikan sekali gus menunjukkan tiada jurang antara Tiz dengan peminat.

Tidak sah, jika orang yang diraikan tidak diduga. Suara ramai meminta Tiz menyanyi. Awalnya dia malu-malu. Namun disebabkan desakan makin kuat, dia akhirnya mengalah dan 'sporting' apabila menyanyikan lagu Tak Ada Logika nyanyian Agnes Monica bersama peminat.

Mungkin kerana tidak puas, Tiz akhirnya 'pecah lubang' yang dia sebenarnya suka menyanyi apabila memilih lagu kegemarannya, Mengapa nyanyian Nicky Astria.
Semua yang hadir bersetuju dia mempunyai suara yang bagus dan mampu popular sekiranya menghasilkan album atau single.

Pelbagai aktiviti dijalankan dan tibalah saat untuk memotong kek. Tanpa disedari oleh Tiz, pembawa kek itu ialah penyampai Hot FM, Fara Fauzana atau Fafau. Secara berterus terang, Fafau mengakui sangat meminati Tiz dan gembira apabila dijemput hadir ke majlis ini.

Bahkan, mereka sempat juga berduet menyampaikan lagu Madah Berhelah nyanyian penyanyi pujaan Fafau, Ziana Zain serta bergabung beramai-ramai menyanyikan lagu Di Akhir Garisan.

Ditemui selepas itu, Tiz mengucapkan terima kasih dengan kejutan daripada Fafau. Biarpun tidak kenal rapat dengan Fafau, dia mengagumi kepetahan Fafau sebagai penyampai radio. Dia juga memberitahu perasaannya begitu terharu apabila diraikan oleh peminat yang sentiasa teguh di belakangnya saat jatuh dan bangun.

"Dah lama kami tak berjumpa dan berkumpul dalam suasana santai begini. Jadi, apabila mereka beritahu nak adakan majlis ini saya sangat teruja dan sanggup berikan komitmen. Saya berterima kasih buat presiden TZRFC, Kim dan naib presidennya Lynda kerana bertungkus lumus menganjurkan majlis ini. Terima kasih buat mereka kerana tak jemu menyokong karier saya sejak dulu sehinggalah sekarang.

"Mereka (ahli TZRFC) juga tak mudah percayakan cerita tak elok mengenai saya dan lebih suka mendapatkan terus kenyataan sebenar daripada mulut saya. Kalau sesetengah pihak sengaja nak jatuhkan saya dengan cerita tak betul, mereka pasti akan pertahankan saya. Terima kasih buat semua," katanya.

Beralih kepada kariernya, Tiz memberitahu rezekinya semakin murah dengan tawaran yang tidak henti-henti datang. Terbaru, dia baru saja habis penggambaran telemovie berjudul Pencari Jalan Lurus arahan Ismail Yaakob untuk TV Alhijrah.

"Pelakon lain yang berlakon ialah Beto Kusyairy, Ramona Zam Zam, Daniel Naim dan Mak Engku. Selepas ini saya akan terbabit dengan telemovie untuk Hari Aids Sedunia arahan Joeza Rasidi. Buat masa ini saya mahu berehat sekejap daripada berlakon drama bersiri kerana sangat penat.

"Bayangkan untuk Soffiya saja penggambarannya ambil masa selama dua bulan setengah. Ada tawaran yang datang tapi saya masih pertimbangkan lagi. Sebenarnya saya tak nak drama lakonan saya terpaksa bersaing sesama sendiri apabila ditayangkan serentak di stesen TV. Kalau secara kebetulan tak mengapalah.

"Tak dinafikan saya memang cerewet juga pilih watak. Jadi sementara menunggu yang sesuai, saya nak berehat sehingga hujung tahun ini. Tahun depan barulah saya ambil tawaran berlakon untuk drama bersiri," kata Tiz.

Dalam masa sama, Tiz mengakui lakonannya dalam watak berat sering kali diterima peminat berbanding karakter yang ringan.

"Saya tak kisah ambil watak emosi. Bagaimanapun emosi itu menjadi berbeza kalau watak itu dicorakkan dengan jalan cerita dan skrip berlainan. Peminat sukakan saya dalam drama Nur Kasih dn Soffiya. Namun mereka lihat lakonan saya lain dalam Gemilang.

"Bagaimanapun peminat boleh lihat saya dalam karakter berbeza menerusi
filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios yang akan menemui peminat pada Februari tahun depan. Saya beruntung dapat berlakon filem animasi begini.
Memang sukar berlakon guna imaginasi kerana saya kena bayangkan objek yang sebenarnya kosong," katanya.

Tidak sah bertemu Tiz tanpa ditanyakan mengenai hubungan percintaannya dengan Remy Ishak. Mengambil jalan selamat, Tiz mengakui mereka berkawan rapat dan lebih senang mengikut arus.

"Saya tak berani nak komen lebih-lebih kerana belum ada perancangan untuk ke gerbang perkahwinan. Jadi, saya minta semua pihak mendoakan yang terbaik dalam hubungan kami," katanya yang mengakui mereka banyak memberi nasihat dan pandangan masing-masing dalam soal karier.

Ditanya apakah 'perang dingin' Remy dengan segelintir pihak media akan turut terkena tempiasnya kepada dia sekali gus menjejaskan publisitinya, Tiz meminta mereka tidak membabitkan dirinya dalam persoalan itu.

"Saya minta jangan dibabitkan nama saya dalam hal peribadi Remy. Jika ada yang berbuat begitu, tandanya mereka tak profesional. Biasalah dalam bekerja kadangkala ada rasa tak selesa. Sama juga seperti berlakon kadangkala kita tak suka dengan mana-mana individu tapi tak payahlah ambil serius," katanya meminta pengertian.

Full content generated by Get Full RSS.

Inspirasi wanita

Posted: 20 Nov 2011 05:24 AM PST

SUATU ketika dulu, seorang wanita hebat yang menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini pernah meng–ungkapkan kehidupan tidak dinilai berdasarkan kelulusan atau wang y atau sekerap mana kita melakukan perkara hebat.

Sebaliknya kita akan diadili oleh mereka yang menerima bantuan ikhlas yang datang dari tangan kita. Di Barat, kisah Ibu Teresa yang penuh kasih sayang dan nilai murni kerana dia adalah wanita yang banyak mengubah dunia. Malah, ramai wanita kini menjadikan itu sebagai sumber inspirasi untuk membantu mereka yang memerlukan.

Mereka mengikut jejak Teresa dan mencontohi beliau dalam melakukan keajaiban dan memberi sinar harapan baru buat yang tidak berkemampuan.

Bermula pada 27 November ini, saluran ntv7 dengan usaha sama SK-II, membawa penonton Malaysia menghayati siri baru yang segar dan penuh inspirasi, SK-II Miracle Makers yang bertujuan mencipta keajaiban dan membuat perubahan untuk masyarakat.


Rancangan bersiri enam episod selama 30 minit setiap Ahad, jam 10.30 malam dihoskan gadis jelita berbakat, Chermaine Poo.


Selama lima minggu, Chermaine diberikan tugas menemuramah dan berbicara bersama lima wanita yang banyak memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia melalui sumbangan mereka kepada masyarakat. Kisah dermawan yang mencipta banyak keajaiban dalam kehidupan mereka ini bakal diceritakan pada setiap episod.

Chermaine ini ingin mencipta keajaibannya sendiri setelah mendengar dan memahami kisah mengagumkan wanita-wanita ini.

Pada penghujung episod nanti, penonton akan melihat usaha Chermaine merealisasikan impiannya dengan mengutip dana untuk sebuah organisasi serta menguruskan acara amal sebagai langkah pertama.

"Sebelum menerima tawaran untuk menjadi hos program ini, saya pernah menyertai satu larian amal di Kota Kinablau, Sabah. Pada ketika itulah, saya terfikir untuk menganjurkan program amal tetapi tidak tahu bagaimana caranya.

"Apabila ditawarkan menjadi hos bagi program ini, saya sangat bertuah kerana menjadi pilihan ntv7. Pada masa sama, saya mempunyai peluang melihat bagaimana figura itu menjalankan program amal untuk membantu insan yang susah.

"Pengalaman mereka memberikan inspirasi dan semangat agar saya meneruskan impian ini. Sebagai seorang yang bergiat dalam industri seni, saya sepatutnya saya menolong mereka," katanya ketika sidang media SK-II Miracle Makers, baru-baru ini.

Program ini bukan saja akan memberikan pengaruh besar buat wanita tetapi juga memberikan faedah buat mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.

Program ini adalah satu cara memberikan penghargaan kepada mereka dan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia tampil memberikan pertolongan.

Lima wanita yang dipilih ialah Dr Hartini Zainuin, Datuk Ruby Khong, Datin Paduka Ibu A Mangalam dan Tengku Rozidar. Berasal daripada latar belakang berbeza, mereka akan menceritakan perjalanan membantu komuniti seterus–nya memberikan panduan dan inspirasi kepada insan lain.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my

Ahad, 20 November 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Senaman kardio, awet muda

Posted: 20 Nov 2011 06:24 AM PST

KINI, menjaga kesihatan dan kesegaran badan tidak lagi dipandang remeh lebih-lebih lagi golongan wanita berbanding sebelum ini.

Berhadapan kemungkinan pelbagai jenis penyakit, lebih baik membekalkan diri dengan sesuatu yang diperlukan untuk menjaga kesihatan lantas memiliki kualiti hidup yang lebih bagus.

Salah satu cara bagi memastikan tahap kesihatan yang baik adalah melalui sukan duatlon iaitu berlari, berbasikal dan berlari semula.

Tergolong dalam sukan lasak, duatlon memerlukan tenaga dan ketahanan diri yang tinggi bagi menempuh setiap disiplin.


Menurut juara tiga kali Malakoff Powerman Malaysia 2011 bagi kategori wanita elit, Radka Vodickova, 27, sukan duatlon mampu membuatkan badan menjadi sihat kerana rutin larian dan berbasikal yang menggunakan serta menggerakkan anggota badan.


"Mengayuh basikal boleh menguatkan otot betis dan paha serta lengan. Proses itu sama saja dengan keadaan ketika berjalan atau berkebun tetapi bezanya cuma ia bergerak dengan lebih cepat.

"Anggap proses ini seperti senaman yang boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti naik atau turun tangga, lari setempat atau berjalan jauh.

"Selain menjimatkan kos, aktiviti larian dan berbasikal banyak manfaatnya.
Menerusi senaman kardio ini, ia mampu menguatkan tubuh serta menjadikan kita awet muda," katanya.

Mengapa hanya dengan melakukan senaman larian, kita boleh mempertahankan diri supaya kelihatan muda?

Pada pandangan Radka, jika jantung dan tulang dapat berfungsi dengan baik serta lancar, maka ia boleh mengekalkan kejelitaan seseorang wanita.

Katanya, jisim tulang pelari ternyata lebih baik daripada atlet lain. Malah, kepadatan tulang pelari dengan penunggang motosikal juga berbeza.

Mengikut kajian Universiti Missouri, Amerika Syarikat, 63 peratus penunggang mempunyai jisim tulang yang kurang baik, sedangkan pelari hanya 19 peratus saja.

"Selain itu, menerusi pengalaman saya, seseorang yang kerap berlari membuatkan dirinya berfikir dengan lancar, jarang melakukan kesilapan dalam pekerjaan, memiliki tumpuan yang baik dan lebih produktif berbanding mereka yang jarang melakukan aktiviti itu.

"Larian juga membolehkan keadaan jantung menjadi lebih baik dan tidak mengalami masalah tekanan darah seperti kebanyakan orang lain yang jarang berlari.

"Sistem pernafasan lebih lancar, imun tubuh lebih kuat dan agak sukar untuk kita terkena selesema," katanya.

Berkongsi pengalaman pembabitannya dalam sukan duatlon ini, Radka berkata, ia hanyalah sekadar suka-suka kerana kerjaya tetapnya adalah sebagai atlet triatlon.

Jika rakan wanitanya yang lain lebih suka memanjakan diri di salon, dek menggemari aktiviti lasak seperti merentas desa, berlari dan berenang sewaktu remajanya, Radka lebih selesa memilih bidang itu sebagai profesionnya yang kini sudah menjangkau 10 tahun.

Tiada istilah kesal dalam hidupnya kerana memilih bidang ini yang memerlukannya melakukan pengorbanan besar daripada aspek fizikal, mental dan masa.

Bercerita mengenai rutin hariannya sebagai atlet duatlon dan triatlon, Radka akan memperuntukkan tiga hingga lima jam sehari untuk latihan larian, renang dan berbasikal.

"Setiap hari saya lakukan latihan kerana ia penting untuk stamina dan mengukur kemampuan diri seperti setakat mana kita boleh mencapai satu-satu catatan masa.

"Namun harus diingat, diet atau pemilihan makanan penting tetapi ada juga yang tidak begitu mengambil berat mengenainya. Seperti saya, semua jenis makanan saya suka kerana selepas melakukan latihan, badan saya akan membakar kalori.
Sebab itu, saya tidak terlalu kisah.

"Bagaimanapun, beberapa hari sebelum pertandingan, saya elakkan mengambil makanan berminyak dan lebihkan pengambilan karbohidrat seperti roti putih dengan jem atau pasta, protein dan sayur-sayuran.

"Ramai yang menganggap karbohidrat perlu dikurangkan tetapi hakikat sebenarnya, ia nutrisi asas yang diperlukan dan kepentingan utama bagi keperluan badan pada setiap sesi makan. Karbohidrat sangat penting pada setiap waktu makan kerana ia penyumbang tenaga utama kepada kita.

"Paling penting, setiap individu tahu keperluan kalori mereka kerana setiap orang berbeza keperluannya berdasarkan berat, tinggi, umur, jantina dan rutin hariannya.

"Saya juga gemar minuman yogurt yang elok untuk kesihatan badan," katanya yang mempunyai jurulatih peribadi untuk memantau perkembangan kariernya.

Turut setuju dengan kata-kata Radka ialah seorang lagi peserta kejohanan, Julia Mohd Hasan, 40, yang menyifatkan aktiviti sukan begini selain menguji ketahanan fizikal diri, ia juga mempengaruhi kesihatan mental.

Larian 15 kilometer (km) dan berbasikal (40km) atau 7km larian serta 11km berbasikal berganti-ganti bukan semudah disangka kerana ia memerlukan tenaga yang tinggi.

"Ini kali pertama saya turut serta dalam pertandingan duatlon kerana sebelum ini hanya menemani suami saja yang sudah tiga tahun terbabit dalam pertandingan ini.

"Beberapa bulan sebelum pertandingan, saya lebih kerap bersenam di gimnasium.
Persediaan ini harus dilakukan supaya kita boleh mendapatkan rentak dan tidak mengalami masalah lain seperti kecederaan serius ketika hari pertandingan.

"Saya lebihkan pengambilan karbohidrat dan protein yang boleh membekalkan tenaga. Selain itu, saya juga berlatih di luar supaya dapat membiasakan diri dengan cuaca panas di sini.

"Jika dilihat, memang nampak janggal kerana saya menyertai sukan ini pada usia yang agak lewat. Tetapi pada pandangan saya, apabila kita berniat bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu dan berusaha ke arah itu, insya-Allah kita pasti berjaya.

"Jadi, saya rasa tidak terlewat aktif dalam duatlon dan saya berjaya membuktikan faktor usia bukan penamat segala-galanya. Anggap ia sebagai satu cabaran baru yang menguntungkan dan memberi kelebihan pada diri sendiri.

"Apabila orang lain mengatakan anda perlu berhenti melakukan sesuatu kala usia meningkat, abaikan saja kerana kita lebih faham dengan keadaan dan kehendak diri sendiri.

"Tidak dinafikan saya berdepan pelbagai kesukaran ketika menyertai pertandingan ini tapi minat dan keinginan untuk berjaya mengatasi segalanya.
Sama ada kita mahu atau tidak, itu saja," katanya.

Penyertaan sulung Nurul Ain Ahmad Shahuri, 26, pada kejohanan Malakoff Powerman 2011 pula memberikan pengalaman paling berharga kepadanya kerana tidak menyangka mampu bersaing bersama ratusan atlet profesional dari dalam dan luar negara.

Hanya sekadar mahu mencuba, pembabitan tidak disengajakan itu bermula daripada ajakan bapa saudara dan keluarga.

"Sebelum ini saya hanya bergiat aktif dalam maraton dan tidak pernah mencuba duatlon. Latihan dilakukan juga tidak terlalu insentif, hanya bersenam di gimnasium, joging dan berbasikal di taman selama tiga kali seminggu.

"Diet tidak terlalu berat kerana saya suka makan tetap menjauhi makanan berminyak dan lebihkan karbohidrat seperti roti serta spageti.

"Saya makan apa saja makanan kerana melalui senaman, kalori dan lemak yang terkumpul akan terbakar lalu badan kita kekal sihat.

"Selain ketahanan fizikal, keadaan mental seseorang perlu bersedia menerima cabaran kerana bukan mudah mengimbangi kehendak badan dan minda.

"Pada satu tahap, pasti badan akan penat sehingga terlintas untuk berhenti.
Justeru, pada tahap beginilah keperluan mental amat berguna iaitu bagaimana kita mahu berfikir dan menolak badan agar terus mencuba tanpa berputus asa," katanya.

Kejohanan berprestij yang mempertandingkan acara berlari-berbasikal-berlari itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM132,000.

Powerman Malaysia adalah sebahagian daripada Siri Powerman Antarabangsa perlumbaan berlesen Persatuan Powerman Antarabangsa (IPA).

Kejohanan di Manjung, Perak, ini adalah kejohanan kelayakan Asia tunggal untuk ke Kejohanan Dunia Powerman di Zofingen, Switzerland.

Full content generated by Get Full RSS.

Deloitte Malaysia bantu pulihara alam sekitar

Posted: 20 Nov 2011 05:58 AM PST

KAWASAN persekitaran yang bersih dan menarik amat mendamaikan. Keindahan flora serta fauna pula membangkitkan perasaan ceria yang menyenangkan mata memandang serta memikat hati ketika bercuti.

Membayangkan suasana itu mudah tetapi mahu mengekalkannya bukan semudah disangka. Lebih-lebih lagi sikap masyarakat kini yang kurang mengambil berat kepentingan menjaga alam sekitar.

Membuang sampah di merata-rata dan merosakkan khazanah alam adalah perkara yang amat senang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Tidak mahu tergolong di kalangan individu sebegitu, lebih 700 kakitangan Deloitte Malaysia melakukan gotong-royong menerusi program Hari Impak kelolaan syarikat itu.


Bertema 'Pentingkan Yang Harus Diutamakan', program berkenaan menyediakan pelbagai aktiviti pemuliharaan warisan alam sekitar, flora dan fauna.


Kakitangan Deloitte dari setiap cawangan seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, turut serta dalam program ini.

Bagi kakitangan di Lembah Klang, lokasi pilihan mereka adalah Sungai Pisang, Gombak, Pantai Morib dan Pantai Kelanang di Banting, Selangor, Badan Warisan Malaysia dan Zoo Negara.

Kerja pembersihan sampah-sarap dan kandang haiwan dilakukan secara gotong-royong. Barangan seperti botol, tin, kertas dan plastik yang boleh dikitar semula dikumpulkan untuk tujuan berkenaan.

Selain itu, mereka berkesempatan menyediakan dan memberi makanan kepada haiwan di Zoo Negara serta melakukan aktiviti kesedaran kepada pengunjung.

Mereka yang berada di Pulau Pinang pula meluangkan masa di Pusat Belia Pulau Pinang di bandar Georgetown iaitu salah satu tempat yang dikategorikan sebagai bandar warisan dan penuh bersejarah oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Antara aktiviti dijalankan adalah mengecat dinding bangunan, membersihkan sistem perparitan dan kawasan sekeliling serta menanam semula tumbuh-tumbuhan hijau.

Di Melaka, sukarelawan melawat Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) dan sempat membantu mereka membersihkan kawasan premis serta sangkar haiwan peliharaan di situ.

Tanjung Balau di Desaru menjadi lokasi pilihan sukarelawan di Johor Bahru.
Mereka membersihkan kawasan persisiran pantai dan menanam pokok rhu bagi tujuan perlindungan daripada angin lintang.

Di Kuching, Sarawak, sukarelawan mengunjungi The Lions Nursing Home di mana mereka membantu membersihkan kawasan sekitar premis, memotong rumput dan menanam pokok bunga untuk mengindahkan lagi taman di situ.

Berbeza di Kota Kinabalu, Sabah, sukarelawan berkampung di Muzium Kampung Warisan Sabah untuk mengumpul dan menanam semula tumbuhan pelbagai jenis seperti orkid liar yang hanya wujud di hutan Borneo.

Di samping menyumbangkan kudrat demi pemuliharaan alam sekitar, program Hari Impak bertujuan merapatkan silaturahim di kalangan kakitangan Deloitte Malaysia.

Pengarah Eksekutifnya, Nizar Najib, berkata bekerjasama dalam program yang baik dan berguna dapat mewujudkan satu hubungan kekeluargaan di kalangan pekerja Deloitte.

"Tahun ini, kami bercadang menyertakan nilai murni di kalangan kakitangan seperti melindungi dan memelihara flora dan fauna.

"Senang bagi kita mengendahkan perkara sebegini tetapi jika sekali kita kehilangannya, sukar untuk mendapatkannya semula. Justeru, penting bagi kita semua mengingatkan diri sendiri bagaimana mahu mengekalkan harta tidak ternilai ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Rugi jika tidak sertai’

Posted: 19 Nov 2011 09:46 AM PST

KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.


Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.

"Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin)," katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat.


Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.


"Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini," katanya.

Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir.


Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

Pada pertandingan itu, selain Natasha, seorang lagi peserta beragama Islam, Adira meraih tempat kelima yang diserta 18 peserta keseluruhan.


Selain Natasha dan Adira, seorang lagi peserta, Sharifah dipilih sebagai Ratu Personaliti.


Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan 'tugas Jais sudah selesai'.


"Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai.


"Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan.


"Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja," katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham.

Full content generated by Get Full RSS.

Misteri amah mati

Posted: 19 Nov 2011 09:42 AM PST

GEORGETOWN: Kematian seorang pembantu rumah yang ditemui terbaring kaku di dapur rumah majikannya di Medan Tembaga, Island Park, di sini kelmarin masih menjadi tanda tanya.

Ini berikutan mangsa yang hanya dikenali sebagai Sukarti, 39, dikatakan hanya mengalami luka di kaki kiri sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap oleh majikan yang kemudian menghubungi polis kira-kira jam 7.30 petang.


Sepasukan polis kemudian bergegas ke rumah terbabit dan hasil siasatan awal mendapati mangsa kemungkinan maut akibat mengalami pendarahan yang terlalu banyak di bahagian kaki.

Malah, mangsa juga dikatakan cuba merawat sendiri luka di kakinya itu yang kelihatan seperti bisul dengan membasuh menggunakan air paip dan kesan darah turut ditemui di kain yang digunakannya dan juga dinding.


Mangsa yang sudah bekerja selama lapan bulan di rumah majikannya itu berasal dari Semarang, Indonesia dan dia sebelum ini pernah dihantar majikan ke klinik kerana mengadu badannya lemah dan difahamkan dia turut mempunyai penyakit kencing manis.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Gan Kong Meng berkata, setakat ini polis masih menunggu keputusan bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian mangsa dan kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan pemeriksaan mendapati kaki pembantu rumah terbabit luka akibat terkena tangga sejak beberapa hari lalu.


"Selain itu, siasatan juga mendapati tiada kesan geledah dan tiada barang mangsa yang hilang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved