Rabu, 27 ogos, 2025

Khamis, 24 November 2011

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Yuna terkilan

Posted: 23 Nov 2011 12:41 PM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.


"Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan.

"Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan," katanya ketika dihubungi, semalam.


Harian Metro difahamkan RIM dijadualkan mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kesilapan teknikal yang berlaku itu pada petang ini. "Saya diberitahu mengenai kesilapan itu dua hari lalu," kata Yuna.


Pada AIM18 yang berlangsung 12 November lalu Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai diumumkan pemenang Lagu Terbaik menerusi singlenya, Penakut.

Selain Lagu Terbaik, pada majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf karya terbaik karyawan muzik tempatan itu, Yuna turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara.


Yuna berkata, kesilapan yang berlaku akan menyebabkan ramai pihak akan hilang keyakinan terhadap RIM dan penganjuran AIM itu sendiri.

Menurutnya, lebih membimbangkan kemenangan bagi kategori lain dimenangi penggiat muzik tempatan turut dipertikaikan kerana mungkin kesilapan berlaku. Katanya, sejak awal lagi dia mengikuti segala syarat diberikan RIM untuk mempertandingkan karya dihasilkan dalam AIM, terutama membabitkan pencalonan karya dihasilkan harus 100 peratus anak tempatan.


Syarat ditetapkan juga menyebabkan albumnya tidak dipertandingkan kerana tiga daripada lagu dihasilkan dikatakan tidak layak kerana ia untuk pasaran luar.


"Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan.


"Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pihak melihat apa yang berlaku sinis dan kelakar. Apatah lagi penganjuran AIM membabitkan dua entiti besar iaitu RIM sendiri dan jabatan audit diiktiraf," katanya.


Kata Yuna lagi, sebenarnya sewaktu diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik, dia sudah berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kerana syarat untuk memenangi anugerah utama itu, lagu dihasilkan dan didendangkan haruslah menjuarai kategori dipertandingkan.


"Ketika majlis sidang akhbar perkara sama turut ditanya wakil media, bagaimanapun pihak penganjur mengatakan untuk kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik dinilai juri berbeza. Perkara itu sudah dimaklumkan dan semua pihak faham.


"Saya sendiri akur dengan penjelasan itu memandangkan untuk tahun ini ada beberapa perubahan dari sudut syarat dibuat RIM mahupun Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Nafi tinggalkan anak sendirian

Posted: 23 Nov 2011 12:33 PM PST

MELAKA: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan dengan sengaja menganiaya anak perempuannya sendiri dengan meninggalkan mangsa sendirian di tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu.

Tertuduh, Hii King Kit, 23, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran dan beralamat di Lorong 3, Jalan Pisang Barat, Kuching, Sarawak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan meminta dibicarakan di depan Hakim Harmi Thamri Mohamad@ Shaharuddin.


Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Haslinda Abu Bakar, sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mengikut kertas pertuduhan, Hii sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan iaitu bapa kepada Anna yang berusia setahun dan 11 bulan didapati sengaja menganiaya iaitu dengan meninggalkan dia seorang diri di tempat awam.


Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pada 5 November lalu, kira-kira jam 8.48 malam di dalam tandas lelaki Tingkat 1, Mahkota Parade, Jalan Merdeka, dekat sini.


Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Haslinda mencadangkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.


Hakim yang menimbangkan rayuan tertuduh menetapkan jaminan RM5,000 dan syarat melapor diri di balai polis.

Kes itu akan disebut semula pada 14 Disember depan untuk lantikan peguam bela.


Sementara itu, suasana sedikit kecoh sebelum prosiding bermula apabila bapa tertuduh melarang jurugambar dan media merakam gambar Hii dan menulis namanya di dalam akhbar.


Lelaki terbabit juga sanggup merayu dan menyembah wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi termasuk meminta nombor telefon untuk berhubung dengan editor akhbar.


Isteri tertuduh yang ditemui di luar pula menyatakan dia belum menemui Anna yang kini masih ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di rumah Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.


Sejurus selepas membayar denda, tertuduh kemudiannya ditahan anggota polis sebelum dibawa menaiki van ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.


Harian Metro sebelum ini melaporkan kontinjen negeri memberkas seorang lelaki yang juga bapa kandung kanak-kanak perempuan berusia setahun yang disifatkan tidak berhati perut dan kejam apabila meninggalkan mangsa di tepi tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


‘Hilang tumpuan’

Posted: 23 Nov 2011 10:00 AM PST

PENGENDALI skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee terpaksa menelan hakikat persembahan malam tadi adalah yang terbaik mampu dipamerkan anak buahnya yang keletihan.

Faktor keletihan pada separuh masa kedua jelas mengganggu tumpuan pemain sehingga melepaskan dua gol kepada lawan walaupun beraksi dengan baik pada 45 minit awal. "Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama, namun pemain kepenatan selepas itu. Apabila anda membuat kesilapan terutamanya menentang pasukan dari Timur Tengah, anda akan dihukum.


"Saya ada memberitahu pemain dalam sesi video, kekuatan lawan adalah hantaran jarak jauh dan kita berjaya mengawalnya dengan bagus pada awalnya namun hilang tumpuan selepas itu yang mungkin disebabkan keletihan.

"Malah untuk perlawanan ini saya kehilangan beberapa tonggak utama dengan terbaru pagi tadi (semalam) apabila pertahanan tengah, Mohd Fadhli Shas mengalami demam panas," kata pengendali kelahiran Melaka itu.


Beliau bagaimanapun tetap memuji beberapa pemain seperti Wan Zack Haikal Wan Nor yang sudah hampir dua bulan tidak beraksi dengan mempamerkan persembahan bertenaga sepanjang perlawanan.


"Saya turut berterima kasih kepada peminat yang kekal memberikan sokongan dan akan membalasnya pada perlawanan menentang Bahrain, Ahad ini selain berusaha untuk menduduki tempat kedua kumpulan.

"Saya akan mendapat kembali khidmat Mohd Fadhli, Ifran Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim untuk perlawanan Ahad ini, jadi kami akan memberikan yang terbaik," katanya.


Jaringan yang dinanti-nantikan akhirnya muncul pada minit ke-51 namun gawang Khairul Fahmi Che Mat yang bergegar dengan tandukan dalam kotak penalti oleh pemain lawan, Solaiman Solaiman.

Situasi terbabit menyebabkan barisan pemain muda negara semakin hilang arah apabila gagal merencanakan gerakan dengan sempurna selain mudah kehilangan bola yang mungkin turut dipengaruhi faktor keletihan.


Mujur kecekapan Khairul Fahmi menafikan beberapa lawan yang semakin 'menggila' menyerang kubu negara sehinggalah pada minit ke-87 apabila pemain gantian, Nassouh Nakkdahli merembat kencang untuk gol kedua Syria.


Kekalahan 0-2 itu adalah kedua buat skuad Olimpik negara selepas kecundang dengan jaringan yang sama kepada Jepun, September lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Azraai waspada

Posted: 23 Nov 2011 09:52 AM PST

NEGERI Sembilan hanya akan memilih pemain import berkualiti untuk diserapkan dalam pasukan negeri itu kerana tidak mahu ada `penumpang' apabila memilih pemain yang kurang berkualiti, sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Ini berikutan tujuh pemain import yang diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, baru-baru ini, tidak memenuhi kriteria diperlukan.


Ketua jurulatihnya, Mohd Azraai Khor Abdullah, berkata kebanyakan pemain import dari Brazil, Colombia dan Serbia yang diuji itu tidak menunjukkan prestasi dan piawaian diperlukan bagi menguatkan pasukan.

"Melihat kepada pemain diuji, tiada yang menepati kriteria seperti mana kami mahukan, namun kami tidak perlu terburu-buru untuk mengambil pemain import kerana masih ada masa dan akan terus mencari pemain lebih berkualiti," katanya.


Pengendali berpengalaman itu berkata, pihaknya akan menguji beberapa lagi pemain import dalam tempoh terdekat dari pasukan La Liga Divisyen Dua, Sepanyol dan juga pemain dari Cameroon.


"Kami berharap akan mendapat pemain import yang benar-benar berkualiti sebelum akhir bulan ini bagi membolehkan usaha membentuk pasukan mantap dapat dilakukan menjelang tirai saingan Liga M bermula 7 Januari nanti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


‘Gangster’ menangis jadi Hariz

Posted: 23 Nov 2011 08:05 AM PST

BUKAN mudah untuk menggigit emosi penonton. Namun baik Lisa Surihani, Aaron Aziz mahupun Maya Karin Roelcke, setiap seorang mereka bakal meragut perasaan penonton menerusi Ombak Rindu - karya terbaru Osman Ali.

Malah jika penonton mengandaikan pelakon kacak seperti Aaron Aziz sukar menitiskan air mata, persepsi itu harus ditolak ke tepi apabila menyaksikan filem melankolik itu mulai 1 Disember ini.

Aaron yang pernah tampil dengan watak 'gangster' dalam filem Evolusi KL Drift dan KL Gangster jelas berjaya menunjukkan sisi lakon berbeza dalam filem drama berat itu.

Bergandingan bersama dua aktres terbaik iaitu Lisa dan Maya sudah tentu keserasian antara dua pelakon ini menjadi sandaran penting.


Menariknya, ini pertama kali mereka bertiga dipertemukan sebagai bintang utama.

Aaron menjadi sandaran terbaik selepas bergelar Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2010 menerusi Evolusi KL Drift 2.

Memberi tarikan, lakonan cemerlang dua pelakon utama itu turut dibantu pelakon handalan Bront Palarae, Aizah Mahzan, Normah Damanhuri dan Zaidi Omar.

Nyata mereka menjadikan Ombak Rindu sebuah karya yang sarat dengan lakonan yang cemerlang dan meninggalkan impak.

Bagi Aaron, dia akui pengalaman melakonkan watak Hariz iaitu anak Datuk Sufiah lakonan Azizah Mahzan suatu mencabar dirinya sebagai pelakon.

Lebih sekadar menghayati karakter lelaki romantik mencintai dua wanita, Izzah (Maya) dan Mila (Lisa), Aaron berkongsi penghayatan cinta mendalam terhadap gadis yang jujur pada dirinya.

Mengikut plot cerita ini, Hariz bertemu Izzah selepas wanita itu dijual bapa saudaranya. Izzah diselamatkan Hariz sebelum mereka berkahwin secara rahsia tanpa pengetahuan kekasihnya, Mila dan ibunya.

"Saya tidak membaca novel ini kerana saya tidak suka apabila membacanya, ia mempengaruhi lakonan. Ini novel kelima yang saya lakonkan dan saya percaya ada perubahan dilakukan pengarah untuk menterjemah cerita itu lebih menarik.

"Sebagai pelakon, saya tidak mahu keliru dan mencampur aduk karakter dalam novel dengan lakonan saya dalam filem ini. Saya berlakon mengikut skrip dan lokasi juga memainkan peranan penting dalam mencetuskan mood.

"Apa yang mencabar adalah menghidupkan sesuatu adegan agar sampai pada penonton seperti mana yang digambarkan peminat novel ini.

"Tidak ketinggalan, aspek penyampaian dan sinematografi banyak membantu.

"Memang filem ini menonjolkan saya banyak menangis dan saya tidak tahu mengapa, mungkin kerana terlalu taksub dengan watak yang dilakonkan.

"Bagi saya, filem ini suatu yang segar kerana selalu peminat melihat watak antagonis pada diri saya sendiri," kata Aaron ketika tayangan previu Ombak Rindu diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Maya pula memberi kelainan watak imej bertudung merujuk gadis kampung sebagai Izzah, berpandangan positif terhadap lakonannya kali ini.

Dia sangat menghormati ketika diberi kepercayaan membawa watak itu selepas membaca novel itu tujuh tahun lalu.

"Saya suka watak Izzah dan jatuh cinta terhadap watak Hariz. Apabila mendapat peluang berlakon filem ini, saya rasa ia suatu menyeronokkan apatah lagi melalui pengalaman menjalani penggambaran selama tiga minggu di Langkawi termasuk seminggu di Cameron Highlands.

"Saya suka cerita ini mungkin kerana saya berjiwa romantik. Saya suka apabila perasaan Izzah dan Hariz yang sangat mencintai satu sama lain tetapi sukar untuk nyatakan.

"Apa yang dilalui ketika penggambaran suatu yang mencabar di samping pengarah hebat dan setiap pelakon berupaya memberikan lakonan yang mantap," katanya yang pernah bekerjasama dengan Osman menerusi Anak Halal dan Cun.

Pengalaman mencabar juga dirasakan Lisa melakonkan watak Mila yang teruja berlakon di bawah arahan Osman. Mendapat latihan bersama Osman dan pelakon berpengalaman, Ellie Suriati, Lisa berpandangan watak kali ini memberi kelainan pada penampilannya.

"Saya sendiri perlu baca novel ini untuk memahami karakter Mila. Selalunya, setiap filem mempunyai watak baik dan jahat tetapi Mila bukan jahat sebaliknya mempunyai sisi putih dan hitam.

"Bagi saya, melakonkan watak ini sebagai satu proses yang menarik dan saya berterima kasih pada Osman atas peluang yang diberikan. Malah, bekerjasama dengan pelakon lain banyak membantu dalam menyampaikan lakonan itu berkesan," katanya.

Cabaran memberikan lakonan berkesan dikongsi Osman yang bertanggungjawab menterjemah novel asal diadaptasi ke layar perak. Sangat menghargai peluang diberikan produser, Sharad Sharan dari produksi Tarantella Pictures, peluang yang ditawarkan dianggap sangat berharga.

"Sudah lama saya impikan mahu mengarah filem yang diadaptasi novel tetapi belum dapat dan jarang diperolehi. Selepas ditawarkan projek ini, saya menghubungi penulis sebenar untuk berkongsi rasa dan saya fikir lebih selesa jika mendapat restunya kerana itu lebih bermakna.

"Skrip asal ditulis Arman Tono tetapi saya mengolah agar memenuhi budaya negara ini. Ikut skrip asal banyak watak yang diceritakan tetapi ia diringkaskan dalam filem.

"Seperti watak Izzah, saya gambarkan dia dengan karakter bertudung yang sesuai sebagai gadis kampung. Begitu juga, banyak latihan lakon dijalankan kerana pelakon harus bersedia berdepan persepsi peminat novel ini.

"Apabila menangani skrip yang bukan karya saya, perkara pertama harus saya lakukan adalah mencintai cerita itu sendiri dan paling penting ia sebati dengan jiwa saya," katanya.

Kata Osman, olahan pada skrip asal penting yang disesuaikan dengan penonton tempatan. Malah, struktur asal plot cerita ini dikekalkan termasuk watak utamanya manakala beberapa adegan ditambah seperti lokasi di sawah padi.

Di sebalik debaran menantikan tayangan filem ini bermula 1 Disember, penulis novelnya Fauziah Ashaari meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap hasil filem ini.

"Saya tidak berpuas hati apabila melihat skrip ini ada campur tangan orang lain. Jika pembaca menghabiskan masa empat hingga lima jam membaca novel, filem pula hanya dua jam dan sub plot dipendekkan.

"Saya berharap mudah-mudahan karya ini menjadi filem terbaik dan saya tidak berhak menghakimi lakonan dalam filem ini.

"Apa yang saya harapkan sekiranya sesebuah novel itu mahu diadaptasi kepada filem, produser harus ringan mulut dan melantik penulis novel sebagai penasihat bersama," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Yusof tak kecewa

Posted: 23 Nov 2011 07:56 AM PST

DALAM tempoh lima hari tayangan bermula 17 November lalu, filem Aku Bukan Tomboy arahan Syamsul Yusof berjaya mencatat kutipan sebanyak RM1.6 juta. Biarpun, angkanya tidak sebesar hasil kutipan filem terdahulu tetapi ia masih di tahap sederhana.

Penerbit filem Skop Production Sdn Bhd (Skop), Datuk Yusof Haslam berkata, jumlah kutipan sederhana itu nyata tidak mengecewakannya. Menurutnya, penerimaan penonton pada genre filem romantik komedi di negara ini agak berkurangan lagi.

"Bukan senang genre ini (romantik komedi) diterima penonton kerana tidak banyak filem yang berjaya di pawagam. Justeru, saya bersyukur dengan kutipan sederhana ini memandangkan ia juga adalah percubaan pertama Syamsul dalam genre lain.

"Penonton sebelum ini mungkin sinonim dengan karya Syamsul membabitkan filem aksi atau pun seram yang pernah dihasilkannya. Namun, jika ingin menjadi pengarah yang berjaya semestinya Syamsul tidak boleh tertumpu pada satu-satu genre saja.


"Apapun, saya tidak melihat filem Aku Bukan Tomboy ini sebagai gagal dan mengecewakan. Apatah lagi, maklum balas sangat baik diterima daripada orang ramai di Internet mahu pun kritikan positif media sudah membuatkan saya berasa cukup lega.


"Menyedari penerimaan penonton yang biasa, saya tidak meletakkan harapan tinggi terhadap jumlah kutipan filem ini. Sekiranya berjaya mencecah kutipan lebih RM2 juta hingga RM3 juta pun, saya bersyukur kerana sudah balik modal pembikinan," katanya.

Kata Yusof, semua itu rezeki yang ditentukan Tuhan. Apa yang pasti, dua filem Syamsul iaitu Khurafat dan KL Gangster tahun ini cukup berbaloi buat Skop kerana mencatat kutipan keseluruhan RM20 juta. Jadi, ditambah Aku Bukan Tomboy , kemungkinan RM23 juta.

"Bagaimanapun, pada saya filem ini tetap menghiburkan. Malah, saya juga yakin dengan kutipan sederhana ini turut tidak mematahkan semangat Syamsul untuk terus menghasilkan karya bergenre romantik komedi. Syamsul tidak serik untuk mencuba lagi.

"Selain itu, saya juga tidak melihat faktor kutipan ini dipengaruhi persaingan penayangan filem dari luar negara mahu pun tempoh singkat selama seminggu oleh skim wajib tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di pawagam," katanya.

Yusof berkata, kejayaan filem di pawagam bergantung kepada penerimaan baik penonton. Oleh itu, dalam soal ini berjaya atau tidak sesuatu karya itu semuanya kerana penonton. Apapun, filem tempatan kini sudah memiliki kelompok penonton tersendiri.

Sementara itu, Syamsul berkata, seperti bapanya, dia juga tidak sedikit pun kecewa dengan jumlah kutipan dicatatkan filem Aku Bukan Tomboy. Akuinya, dia melihat filem itu tetap berjaya kerana ia pengalaman pertama menghasilkan genre romantik komedi.

"Saya menyimpan keyakinan filem ini berpeluang mencatat kutipan sehingga RM3 juta. Bahkan, saya sentiasa berpandangan optimis pada karya tempatan yang kini semakin berkembang dan diterima baik penonton. Asalkan jalan ceritanya kuat.

"Pendapat berkaitan tarikh tayangan singkat atau penayangan pada cuti sekolah sekarang, bukan persoalannya kerana semua itu bersandarkan penonton. Saya akan terus cuba menghasilkan karya komedi dan takkan sesekali berputus asa," katanya.

Syamsul berkata, sekalipun dia bakal memulakan penggambaran KL Gangster 2 pada Disember ini, tetapi dia turut memaklumkan akan muncul dengan filem komedi penuh, KL Tak Gangster sekitar Februari 2012. Kemungkinan filem ini dibintangi Johan Raja Lawak.

Sehubungan itu, Aku Bukan Tomboy yang skripnya ditulis Yusof sendiri membariskan pelakon hebat tanah air selain Syamsul seperti Shaheizy Sam, Scha Al Yahya, Sheera Iskandar, Salina Saibi dan Zarina Zainoordin.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Wanita ketagih bibir tebal

Posted: 23 Nov 2011 09:00 AM PST

ST PETERSBURG: Seorang wanita Kristina Rei yang tidak suka memiliki bibir nipis membelanjakan 4,000 pound (RM20,000) untuk suntikan bibir.

Bagaimanapun, dia masih tidak berpuas hati dengan suntikan itu. Wanita berusia 22 tahun itu percaya bibirnya kelihatan hodoh dan dia cemburu dengan bentuk bibir penuh yang dimiliki kakaknya.


Kristina yang juga seorang juruteknik kemudian melakukan 100 kali suntikan silikon bagi membolehkan dia memperoleh bibir yang tebal dan muncung.

Kristina yang mengagumi karakter kartun Jessica Rabbit berkata: "Saya rasa saya nampak hebat.


"Saya sukakan bibir tebal Jessica Rabbit. Pada pandangan saya, dia adalah wanita sempurna," katanya.


Kristina yang mengakui ketagih dengan suntikan itu kini ingin bibir yang lebih muncung, telinga dan hidung yang runcing dan payu dara lebih besar.

Kristina berkata: "Ia membuatkan saya gembira. Kadangkala orang lain mengejek saya mempunyai bibir tebal tetapi saya tidak hiraukannya.


"Saya inginkan sesuatu yang ekstrim. Saya mahu kelihatan seperti karakter kartun. Saya sudah ketagih dan saya sukakannya. "Beberapa rakan memberitahu saya tidak patut menyuntik bibir menjadi lebih tebal dan besar tetapi saya belum berpuas hati.

"Saya belum memutuskan berapa besar yang saya inginkan, tetapi setakat ini, ia masih kecil," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Polis tahan 2 suspek kes rompakan bersenjata melalui aplikasi iPhone

Posted: 23 Nov 2011 08:58 AM PST

LOS ANGELES: Polis California yang menyiasat kes rompakan bersenjata menahan dua suspek menggunakan aplikasi "Cari Telefon Saya' di iPhone milik mangsa untuk mengesan lokasi alat itu, kata jurucakap polis, semalam.

Menurut Norma Eisenman dari Jabatan Polis Los Angeles, mangsa memberitahu seorang lelaki bersenjata pistol mengambil dompet dan iPhone miliknya yang mempunyai aplikasi pencarian itu.


Polis menjejaki kawasan itu kira-kira 6.5 kilometer dari lokasi jenayah dan kemudian mengesan suspek.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Rabu, 23 November 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tak serik mencuri

Posted: 22 Nov 2011 09:56 AM PST

KLANG: Ketua kumpulan curi kereta digelar Geng Ah Boy yang baru dibebaskan dari penjara dua minggu lalu dicekup semula bersama empat lelaki dan dua wanita dipercayai ahli kumpulan itu dalam tiga serbuan berasingan, Sabtu, Ahad dan kelmarin.

Ahli kumpulan terbabit pakar mencuri kereta yang lengkap dengan sistem keselamatan penggera canggih dalam tempoh lima hingga 10 minit. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, berkata polis memberkas tujuh suspek berusia 19 hingga 34 tahun itu termasuk ketua kumpulan Geng Ah Boy yang baru dua minggu dibebaskan dari penjara atas kesalahan sama.


"Semua suspek ditahan dalam serbuan tiga hari. Serbuan pertama Sabtu lalu, dua suspek lelaki ditahan ketika memandu Proton Perdana V6 di Jalan Tiara, Bandar Baru Klang.

"Susulan itu, sehari kemudian polis menahan empat suspek, dua lelaki dan dua wanita bersama sebuah Toyota Vios di sebuah rumah di Sungai Putus, Klang.


"Suspek yang terakhir ditangkap kelmarin di Taman Gembira, Klang, yang menaiki sebuah Proton Waja," katanya dalam sidang akhbar, di sini, semalam.


Menurutnya, dalam serbuan berikutan maklumat awam itu, polis merampas empat kereta dipercayai dicuri iaitu dua Proton Perdana V6, sebuah Toyota Vios dan sebuah Proton Waja. Semua kereta itu dianggarkan bernilai RM150,000. Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti saki-baki kumpulan itu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

Full content generated by Get Full RSS.

3 stesen monorel dinaik taraf

Posted: 22 Nov 2011 09:53 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Berhad menjalankan kerja menaik taraf tiga stesen Monorel RapidKL iaitu Stesen Tun Sambanthan, Stesen Maharajalela dan Stesen KL Sentral.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Azimat ampuh

Posted: 22 Nov 2011 08:29 AM PST

HANYA kehadiran puluhan ribu penyokong tempatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini mampu mencetuskan api kebangkitan skuad Olimpik negara.

Seruan terbabit disuarakan pengendali, Ong Kim Swee dengan melihat peranan penting bakal dimainkan penonton tempatan apabila anak-anak buahnya turun menentang Syria, 48 jam selepas berjaya mempertahankan emas Sukan Sea.


"Saya tidak boleh menafikan pemain kini keletihan selepas mengharungi jadual padat di Sukan Sea. Saya cuma boleh berharap mereka mampu memberikan aksi terbaik seperti yang dipamerkan dalam final semalam (malam kelmarin).

"Penyokong bakal memainkan peranan penting esok (malam ini) seperti yang dilakukan penyokong Indonesia semasa kami beraksi di Stadium Gelora Bung Karno," katanya pada sidang media menjelang perlawanan menentang Syria dalam saingan Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia.


Skuad bawah 23 tahun berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan menewaskan Indonesia malam kelmarin dalam penentuan sepakan penalti jelas berdepan jadual yang padat dalam tempoh dua minggu.


"Sekarang kami berdepan salah sebuah pasukan gergasi di Asia, bukan lagi di tahap Asia Tenggara dan berdasarkan ranking dalam kelayakan ini (tempat ke-12), keupayaan meraih satu mata sudah cukup membanggakan.

"Namun sasaran tiga mata tetap menjadi keutamaan kami," katanya jelas mengharapkan skuad negara mampu meraih mata selepas tewas 0-2 kepada Jepun pada perlawanan pembukaan Kumpulan C pada September lalu.


Selain berdepan masalah keletihan pemain, pengendali dari Melaka itu perlu merangka strategi terbaik selepas beberapa pemain utamanya tidak akan dapat beraksi kerana kecederaan seperti Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Gary Steven Robbart selain kecergasannya Wan Zack Haikal Wan Nor yang masih diragui.

Beliau bagaimanapun masih mempunyai beberapa pemain berkebolehan yang tersisih ke Sukan Sea sebelum ini seperti Mohd Izuan Solahuddin, Ahmad Hazwan Bakri dan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Sasaran 44 emas’

Posted: 22 Nov 2011 08:19 AM PST

AKHIRNYA Majlis Sukan Negara (MSN) mendedahkan angka sebenar sasaran mereka pada temasya Sukan Sea ke-26 yang berakhir semalam iaitu sebanyak 44 pingat emas bukannya antara 40 hingga 45 yang diuar-uarkan sebelum ini.

Jelas, 59 pingat emas yang diraih atlet negara membuktikan sasaran MSN itu sudah tersasar sebaliknya sasaran persatuan (60 emas) dan Majlis Olimpik Malaysia (antara 50 hingga 55) adalah yang paling tepat.


Atas kertas, ia menunjukkan kejayaan kerana daripada 44 emas sasaran MSN, atlet negara di bawah kelompok itu berjaya meraih 50 emas menerusi acara berbasikal (tujuh), terjun (tujuh), olahraga (enam), renang (lima), renang berirama (lima), bowling (lima), karate (empat), pencak silat (tiga), wushu (tiga), memanah (dua), menembak (dua) dan bola sepak (satu).

Empat sukan yang tidak disasarkan MSN sebelum ini kerana dikatakan tiada rekod pencapaian di peringkat antarabangsa menghasilkan sembilan emas lagi menerusi luncur air (empat), lawan pedang (dua), renang perairan terbuka (dua) dan snuker (satu).


Namun, selepas mereka berjaya walaupun tidak diberikan sebarang harapan sebelum ini, MSN tampil dengan kenyataan majlis itu turut menyumbang bantuan dan geran latihan ke luar negara terhadap sukan-sukan itu.


"Saya gembira dapat mengatasi sasaran 44 pingat emas. Selepas persembahan di Kuala Lumpur (2001), ini adalah pencapaian kedua terbaik selepas Korat (68 emas) sekali gus mengatasi 40 emas di Laos.

"Sukan di luar program MSN yang berjaya seperti lawan pedang, luncur air, snuker dan renang perairan terbuka masih kami beri bantuan dan geran untuk latihan ke luar negara," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong di Palembang, semalam.


Persoalannya kenapa baru sekarang MSN mengaku ada menyalurkan bantuan kewangan tetapi berat hati meletakkan sebarang sasaran ke atas sukan-sukan itu? Zolkples mengkategorikan pencapaian pada temasya Sukan Sea kali ini kepada tiga kategori berbeza.

Sukan yang cemerlang dan mencapai sasaran tergolong dalam kategori pertama adalah akuatik, karate dan wushu, pencapaian sederhana (menembak dan memanah) dan gagal (gimnastik, pelayaran, sepak takraw dan tinju).


Memanah disasarkan empat emas tetapi hanya pulang dengan dua, menembak disasarkan tiga tapi hanya dua manakala gimnastik, pelayaran dan tinju langsung tidak menyumbang pingat emas.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved