Sabtu, 17 Disember 2011

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Rentung dalam tempayan

Posted: 16 Dec 2011 11:08 AM PST

LIMBANG: Dua kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila masing-masing ditemui terduduk dalam tempayan bilik mandi dan rentung dalam bilik tidur selepas Rumah Panjang Lembung, Kuala Medalam, Entakong Medamit dekat sini, yang didiami 200 penghuni musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.

Tragedi memilukan berlaku ketika kanak-kanak malang, Sofizza Camella anak Abang, 6, dikatakan terperangkap dalam kebakaran dan cuba menyelamatkan diri dengan bersembunyi dalam tempayan berisi air, sebelum ditemui dalam keadaan menyedihkan termasuk kesan melecur pada seluruh badannya.


Seorang kanak-kanak lelaki, Alexiss Jipo anak Juli berusia 32 bulan pula ditemui rentung dalam bilik tidurnya selepas gagal diselamatkan jiran yang terdengar kanak-kanak itu menangis dalam kejadian yang memusnahkan rumah panjang 33 pintu, jam 10.30 malam.

Ketika kejadian, Alexiss tidur dalam bilik, manakala Sofizza ditinggalkan bersama neneknya berusia 60-an selepas ibu bapa kanak-kanak malang terbabit keluar menziarahi penduduk rumah sama yang sakit.


Sebelum kejadian, Sofizza Camella dan Alexiss berada di rumah masing-masing, yang jaraknya dipisahkan beberapa pintu rumah, dikejutkan dengan tangisan seorang kanak-kanak sebelum api menjulang dari rumah nombor 12.


Difahamkan, tangisan Alexxis didengari seorang jiran, Satie anak Barol yang mendiami rumah bersebelahan sebelum bergegas keluar bagi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, tetapi tidak berjaya.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, Sofizza dikatakan berjaya diselamatkan neneknya sebelum ditempatkan di bahagian ruai rumah panjang berkenaan.


Beliau berkata, sejurus menyelamatkan kanak-kanak itu, warga emas terbabit masuk semula ke rumah ketika api sedang marak bagi menyelamat beberapa dokumen penting tanpa menyedari cucunya itu mengikut dari belakang.

"Sebaik keluar, barulah wanita itu menyedari cucunya hilang sebelum menemuinya terduduk dan sudah tidak bernyawa dalam tempayan. Polis percaya kanak-kanak terbabit terperangkap ketika masuk semula ke dalam rumah, tetapi gagal mencari pintu keluar, sebelum masuk ke dalam tempayan berisi air bagi menyelamatkan diri.


"Siasatan mendapati kebakaran berpunca daripada pelita di bilik tidur kanak-kanak lelaki terbabit sebelum merebak ke rumah lain.


"Usaha menyelamat yang dilakukan polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat berdepan kesukaran berikutan lokasi terbabit tidak dapat dihubungi melalui jalan darat," katanya.


Mengulas lanjut, beliau berkata, polis mendapatkan bantuan helikopter daripada Unit Udara Polis Diraja Malaysia yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah, bagi membawa doktor dari Hospital Limbang bersama pegawai penyiasat, Cif Inspektor Khairol Ridzuan Ahmad untuk melakukan bedah siasat di lokasi kejadian.


Mohd Bukhori berkata, penduduk rumah panjang membabitkan 200 penghuni cuba memadam api, tetapi tidak berjaya berikutan usia rumah panjang itu sudah lama selain diperbuat daripada kayu.


Katanya, mayat dua kanak-kanak malang terbabit diperiksa di lokasi kejadian memandangkan polis berdepan kesukaran mengeluarkannya untuk dibawa ke Hospital Limbang.


"Kanak-kanak lelaki terbabit rentung, manakala seorang lagi kanak-kanak perempuan melecur 80 peratus. Siasatan mendapati, tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.


Difahamkan, pihak berkuasa menempuh perjalanan dua jam untuk tiba di tempat kejadian menggunakan jalan darat dari Kuala Medalam, sebelum menaiki bot selama 30 minit.


Sementara itu, nasib keluarga kanak-kanak serta penghuni rumah panjang berkenaan mendapat simpati Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibullah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang yang turut melawat tempat kejadian dan menghulurkan bantuan awal.

Full content generated by Get Full RSS.

Pesakit tikam doktor

Posted: 16 Dec 2011 11:03 AM PST

GEORGETOWN: Berang menunggu giliran pemeriksaan perubatan yang lama, seorang lelaki warga emas secara tiba-tiba mengamuk sebelum menikam rusuk kiri seorang doktor di sebuah klinik swasta dengan pisau di Jalan Magazine di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Dr Lee Kok Seng, 50, sedang merawat pesakit lain dalam bilik rawatan ketika suspek berusia dalam lingkungan 60-an tiba di klinik berkenaan.

Difahamkan, warga emas berkenaan kemudian terus meluru masuk ke bilik rawatan itu tanpa mempedulikan doktor yang sedang merawat pesakit lain.

Berikutan itu, doktor tidak mempedulikan kehadirannya dan membiarkan dia menunggu di bilik rawatan terbabit, sebaliknya terus merawat pesakit lain mengikut giliran.


Kira-kira 20 minit menunggu, lelaki itu naik berang dengan tindakan doktor kerana tidak merawatnya menyebabkan dia bertindak menikam mangsa dengan pisau yang dipercayai dibawanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Berdebar menyanyi di istana

Posted: 16 Dec 2011 06:45 AM PST

BUKAN calang-calang artis boleh masuk istana tetapi pendatang baru di persada hiburan tanah air, Qalisha mampu menembusi tembok itu. Justeru, pasti ramai yang ingin tahu apa kelebihan pemilik nama sebenar, Noor Qalisha Ahmad Rashid, 20, hingga dia menjadi artis pilihan pihak istana?

Dengan nada penuh merendah diri, Qalisha yang juga sepupu kepada pelakon jelita Neelofa memberitahu, keluarganya memang ada hubungan yang rapat dengan kerabat diraja Terengganu.

Semuanya kerana ibu saudaranya, Toh Puan Sri Noor Intan Zurina Noor Mohamed berkahwin dengan adinda Sultan Terengganu, Tengku Seri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud. Tidak cukup dengan itu, ibu saudaranya itu jugalah yang menjadi pendorong utamanya dalam bidang nyanyian sejak dulu.

"Janganlah salah sangka dan fikir sebab utama saya dapat masuk istana kerana keluarga ada hubungan dengan kerabat diraja semata-mata, sebaliknya ia bersandarkan bakat saya dalam bidang nyanyian. Hubungan kami dengan pihak kerabat itu secara kebetulan semata-mata.


"Saya percaya cantik saja tidak cukup untuk bergelar penyanyi yang bagus kerana ia perlu disertai bakat dan kerja keras untuk mencari tapak dalam bidang nyanyian.


"Saya juga tidak ingin sia-siakan kepercayaan yang diberikan ibu saudara yang sering beri peluang kepada saya untuk menyanyi dalam majlis makan malam anjuran pihak istana," katanya.

Qalisha yang juga anak didik komposer terkenal Ajai mengakui ia pengalaman berharga ketika menyanyi dalam majlis anjuran pihak istana.

Seminggu selepas albumnya dilancarkan, Qalisha diundang membuat persembahan di hadapan raja-raja dan menteri sempena Persidangan Majlis Raja-Raja di Istana Negara bersama Jay Jay.

Lagu yang menjadi pilihan Qalisha malam itu ialah Mencintaimu, Satu Januari dan From This Moment On. Lebih membanggakan apabila berpeluang membuat persembahan dengan iringan muzik orkestra.

"Sudah pasti saya berdebar kerana menyanyi di istana memerlukan protokol tertentu yang perlu dipatuhi. Selain itu, saya perlu menjaga tatatertib dan penampilan supaya tidak seksi dan menjolok mata.

"Apapun, saya melihat peluang menyanyi di istana sebagai pengiktirafan dalam karier seni. Bukan semua artis dapat peluang sedemikian. Maklumlah, kita perlu menghiburkan golongan istana yang pastinya ingin melihat persembahan yang hebat daripada seorang penyanyi," katanya yang turut diundang menjayakan persembahan sempena majlis Hari Keputeraan Sultan Kedah.

Penyanyi yang mempertaruhkan single Satu Januari ini berkata, majlis pelancaran bingkisan album sulungnya, Qalisha yang berkonsep balada dan pop balada pada Mei lalu cukup bermakna dalam hidupnya.

"Saya sangat gembira dengan majlis pelancaran album sulung ini kerana ia berjalan seperti direncanakan. Maklumlah, saya sudah menanti lima tahun untuk menjadi penyanyi rakaman.

"Kali pertama saya bertemu Ajai pada usia 15 tahun dan saya hanya yakin untuk menjadi artisnya selepas buat persiapan lengkap untuk menjadi penyanyi. Saya juga buat uji bakat sama seperti artis lain.

"Terus terang, saya menceburi bidang seni bukan untuk main-main, sebaliknya serius untuk bergelar penyanyi yang berjaya," katanya.

Qalisha juga berharap peminat menyukai semua lagu dalam albumnya. Katanya, dia sudah buat yang terbaik dan berharap peminat akan menyukai semua lagu dalam albumnya, bukan hanya satu atau dua lagu saja.

"Antara lagu kegemaran saya ialah Bebaskanlah, Cerita Cinta dan Satu Januari. Saya juga berduet dengan Ajai melalui lagu Tak Kan Ada.

"Kalau orang tanya kenapa semua lagu cinta terkandung dalam album ini, semuanya kerana saya sendiri suka lagu soul, jiwang dan mendayu-dayu. Mungkin kerana saya sendiri seorang yang sangat romantik.

"Saya juga bangga kerana Satu Januari mendapat sambutan baik daripada peminat. Ramai pasangan kekasih yang menghantar SMS, faks dan juga laman sosial facebook memberitahu mereka suka lagu ini.

"Pujian ini sekali gus memberi makna pada diri mereka. Lagu ini memang cukup bermakna untuk mereka yang meraikan hari istimewa dalam perhubungan," katanya.

Tidak cemburu dengan Neelofa

TIDAK terlintas di hati Qalisha untuk cemburu dengan populariti mendadak dikecapi sepupunya, Neelofa. Malah mereka saling menyokong antara satu sama lain.

"Neelofa adalah anak salah seorang ibu saudara saya. Justeru, hubungan kami cukup rapat sejak dulu. Saya juga tumpang bangga dengan pencapaiannya sekarang.

"Namun kami jarang berjumpa seperti dulu kerana masing-masing sibuk dengan karier seni. Kami hanya dapat berjumpa dalam majlis yang membabitkan keluarga saja. Tapi, kalau sudah berjumpa banyak perkara yang kami kongsi bersama.

"Setakat ini, tiada pula orang bandingkan saya dengannya. Saya juga akur dia lebih popular dan orang pun lebih kenal dia berbanding saya," katanya.

Bagaimanapun, penyanyi yang bernaung di bawah Wake The Baby Sdn Bhd ini tidak berminat untuk menceburi bidang lakonan dalam tempoh terdekat ini.

"Saya juga dapat banyak tawaran berlakon tetapi saya tolak kerana ingin fokus pada bidang nyanyian dulu. Buat masa ini, keutamaan saya pada bidang nyanyian yang cukup diminati.

"Saya juga melihat diri tiada bakat dalam lakonan dan biarlah fokus saya pada bidang lakonan dulu. Tapi kalau dapat peluang pada masa depan, mana tahu hati saya terbuka untuk mencubanya nanti.

"Saya juga tidak kisah kalau nama saya naik perlahan-lahan kerana saya ingin pertaruhkan bakat sedia ada serta bukan gosip murahan mahupun kontroversi," katanya.

PROFIL

NAMA PENUH: Noor Qalisha Ahmad Rashid
TARIKH LAHIR: 15 Julai 1991
UMUR: 20 tahun
TEMPAT LAHIR: Pasir Mas, Kelantan
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
KERJAYA: Penyanyi dan model
STATUS: Bujang
ALBUM: Qalisha
SINGLE: Satu Januari
IKLAN: McDonald's, Yamaha dan Sendayu Tinggi

Full content generated by Get Full RSS.

Sekuel Ombak Rindu

Posted: 16 Dec 2011 06:36 AM PST

SELEPAS dua minggu tayangan, filem Ombak Rindu masih bertahan walaupun bersaing dengan satu lagi filem yang menjadi sebutan ramai, Songlap, yang menjengah pawagam sejak Khamis lalu.

Jika Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel Fauziah Ashari mencatat RM750,000 pada hari pertama tayangannya 1 Disember lalu, Songlap juga mendapat sambutan dengan kutipan RM300,000 pada hari pertama tayangannya.

Pengarah Ombak Rindu, Osman Ali ketika dihubungi, semalam mengakui, walaupun bilangan panggung yang menayangkan filem itu berkurangan 30 peratus, sambutannya masih baik.

Katanya, dia akur dengan keputusan panggung yang perlu memberi laluan kepada filem baru seperti Songlap dan juga filem Hollywood, Mission Impossible: Ghost Protocol.


"Sambutannya masih baik tetapi saya tidak pasti jumlah kutipannya hingga kini. Saya hanya tahu kutipannya mencecah RM9 juta sehingga 11 Disember lalu.


"Saya bangga dengan kejayaan Ombak Rindu kerana ini kali pertama filem genre drama mendapat sambutan hebat. Kalau sebelum ini sambutan sebegini diterima filem aksi atau seram, tetapi Ombak Rindu membuktikan filem drama juga boleh diterima penonton.

"Kini terbukti filem yang paparkan kisah kemanusiaan ada ruang dan ini juga bagus untuk pelakon kita kerana ada peluang mendapat watak yang mencabar lakonan mereka.

"Kejayaan ini juga menyuntik semangat kepada saya untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan memenuhi cita rasa penonton," katanya.

Mengenai perancangan menghasilkan sekuel Ombak Rindu, Osman berkata, buat masa ini belum ada perbincangan dengan produser, Tarantella Pictures Sdn Bhd tetapi ramai pihak mencadangkan kepadanya supaya dihasilkan sambungannya secepat mungkin.

"Kalau buat sambungan, saya perlu pastikan ceritanya kuat untuk beri impak yang hebat berbanding Ombak Rindu. Saya juga belum pasti sama ada menghasilkan cerita baru berdasarkan kisah Ombak Rindu ataupun mengambil novel Fauziah lanjutan daripada Ombak Rindu. Saya difahamkan ada dua novelnya selepas Ombak Rindu yang paparkan kisah Izzah," katanya.

Waktu sama, Osman tidak menafikan ada harga yang perlu dibayar atas kejayaan itu. Selain isu tidak puas hati penulis novel, Osman juga terkilan apabila pelbagai kritikan diterima daripada orang ramai melalui lama sosial twitter, facebook dan juga akhbar mengenai filem itu.

Katanya, bukan tidak boleh terima kritikan malah sudah dilaluinya sejak dahulu lagi melalui Anak Halal tetapi apa yang dikesalkan kerana ada pihak yang mengkritik tetapi mengatakan belum menonton filem itu.

"Sebaiknya mereka yang mengulas filem itu biarlah berdasarkan pandangan mereka selepas menontonnya, bukan berdasarkan komen orang lain.

"Saya juga baru dimaklumkan mengenai kejadian di GSC, Pavillion dua hari lalu mengenai kejadian penonton terpaksa keluar panggung gara-gara panggilan palsu mengatakan ada bom.

"Saya tidak pasti apakah perkara ini dilakukan budak nakal tetapi ternyata tindakan itu tidak bertanggungjawab kerana mencetuskan suasana kurang selesa kepada orang yang hendak menonton filem ini.

"Saya juga tidak mahu cepat menuding jari mengatakan perkara ini angkara mereka yang cuba mensabotaj filem ini kerana iri hati atau cemburu dengan kejayaan filem ini," katanya.

Osman juga mengakui kejayaan yang tercipta turut membuatkan pihak lain tidak gembira dan kurang senang hingga ada yang memberi pandangan sinis.

"Saya akui Ombak Rindu bukanlah karya paling hebat atau paling baik. Malah ada kelemahan dan saya mahu terus berkarya menghasilkan filem yang lebih baik. Apa yang penting bagi saya, sesama rakan karyawan perlu saling menyokong.

"Saya juga dengar Songlap mendapat pujian ramai dan saya memang ingin menonton filem ini kerana ia karya kawan baik saya tetapi belum berkesempatan menontonnya," katanya.

Songlap arahan Effendee Mazzlan dan Fariza Azlina Isahak dibintangi Shaheizy Sam, Shafie Naswip dan Sara Ali. Ia mengisahkan dua beradik bermasalah, Am dan Ad terbabit dengan kancah perdagangan bayi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Jumaat, 16 Disember 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Kelainan batik 1Malaysia

Posted: 16 Dec 2011 08:35 AM PST

JIKA bercakap mengenai batik, perkara pertama terlintas di fikiran biasanya koleksi batik Kelantan ataupun Terengganu yang sememangnya terkenal kerana kemewahan kualiti kainnya.

Batik yang sememangnya menjadi warisan sejak turun temurun pastinya tidak akan pernah mengecewakan peminatnya walau dalam apa keadaan sekalipun.

Sesuai digayakan pada majlis formal ataupun tidak rasmi, batik sememangnya memberikan kelainan kepada gaya dalam berfesyen sama ada menggunakan rekaan baju kontemporari ataupun mengekalkan gaya tradisi.

Kini, apa kata beralih kepada koleksi batik 1Malaysia yang menjanjikan rekaan, corak serta penghasilan warna yang lebih terkini dan moden bersesuaian dengan kehendak fesyen terkini.


Itulah yang cuba diketengahkan Butik El Humaira bagi memberikan lebih pilihan kepada mereka yang menggemari batik sebagai pakaian harian ataupun formal mereka.


Menurut pengurus butik berkenaan, Nur Ira Atila Ahmad Iskandar, koleksi yang diketengahkan El Humaira lebih eksklusif memandangkan batik yang dihasilkan menggunakan bahan terbaik dan lembut bagi memberikan lebih keselesaan kepada pengguna.

Penggunaan warna pastel yang lebih lembut juga memainkan peranan bersesuaian dengan pemilihan ataupun selera terkini pelanggan terhadap penggunaan warna yang tidak terlalu terang sebagai sebahagian daripada koleksi busana mereka.

"Malah motif serta corak yang dihasilkan juga lebih pelbagai iaitu tidak lagi hanya tertumpu pada bentuk bunga-bungaan, sebaliknya mula mempelbagaikannya dengan bentuk abstrak ataupun gabungan kedua-dua bentuk terbabit.

"Malah motif bunga-bungaan yang digunakan juga tidak terlalu besar, sebaliknya menggunakan bentuk bunga yang comel agar ia boleh dipadankan dengan pelbagai peringkat usia bukan hanya tertumpu kepada golongan tertentu," katanya ketika ditemui di butiknya di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Banyak menggunakan bahan seperti sutera creep, jaquard linen, kapas dan kapas voile serta sifon sebagai bahan asas kain bagi setiap koleksi yang diketengahkan, ia mampu membuatkan penggemar batik teruja dengan kepelbagaian koleksinya.

Selain itu, rekaan baju yang digunakan juga dipelbagaikan dan tidak lagi tertumpu pada baju kurung biasa serta kebaya yang sinonim dengan penggunaan batik sebagai pakaian harian serta formal.

"Kami banyak memberikan pilihan bentuk baju seperti kaftan, jubah, kurung moden, gaun labuh serta baju berfesyen lain agar menampakkan kelainan bersesuaian dengan peredaran fesyen semasa.

"Bukan saja kelihatan lebih eksklusif tetapi koleksi yang disediakan juga banyak menggunakan perincian manik berkualiti di bahagian dada bagi menambahkan keanggunan pemakainya," katanya.

Di samping itu, katanya, lelaki juga tidak terkecuali kerana boleh memilih untuk mendapatkan baju batik yang diingini dengan motif serta corak yang berlainan berbanding biasa.

Tip membasuh baju batik

  • Disaran menggunakan sabun mandi iaitu gel mandian.
  • Rendamkan seketika sebelum diangkat dan disidai bagi mengelakkan pakaian berkenaan berkedut.
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Aksesori indah batu permata

    Posted: 16 Dec 2011 08:25 AM PST

    PENGKAJIAN arkeologi menunjukkan pada Zaman Batu 7,000 tahun lalu, berlaku kejatuhan tamadun manusia di selatan Hemudu, China.

    Di wilayah itu, penduduknya mengambil berat mengenai cara pemilihan batu jed yang sempurna untuk dibuat barangan hiasan yang menjadi kebanggaan anak gadis dan golongan hartawan.

    Bertitik tolak dari situ, barangan jed adalah antara barangan bersejarah dalam pembangunan masyarakat Cina. Kisah sejarah silamnya memaparkan kejayaan dan kemewahan masyarakatnya yang memiliki koleksi jed.

    Sehingga kini, kecantikan dan keunikan batu jed terus menjadi dambaan ramai wanita dan salah seorang yang meminatinya ialah wartawan penyiaran eksekutif TV3, Azmah Dahari.


    Dek menggemari dan meminati aksesori yang menggunakan perincian daripada batu jed, masa lapangnya diisi dengan menjalankan perniagaan secara dalam talian atau melalui laman sosial, facebook dan blog khas dengan jenama Azrydany Collezion.


    Semua rekaan aksesori bertatahkan batu jed dan tidak ketinggalan permata serta kristal yang terdiri daripada gelang tangan, loket, rantai leher dan cincin dibuat sendiri.

    Bagi Azmah, seorang anak seni bukan hanya pandai menjalin fakta dan angka tetapi juga mampu mereka cipta aksesori indah daripada batu permata dengan logam.

    Kini, semua pelanggannya sentiasa mengikuti rekaan terbaru Azrydany Collezion melalui laman http://azrydanycollezion.blogspot.com/.

    Menurutnya, koleksi Azrydany Collezion kini dihantar melalui pos sehingga ke Singapura dan Brunei.

    "Kebanyakan pelanggan luar negara sukakan batu seperti jed, amethys dan turquoise manakala pelanggan tempatan lebih menyukai jed.

    "Pelanggan memilih koleksi ini kerana saya mampu mereka cipta aksesori mengikut tempahan dan keinginan khas pelanggan. Bukan hanya saiznya bertepatan dengan si pemakai malah batu permata yang digunakan juga bermutu tinggi," katanya.

    Bercerita mengenai batu permata yang diperolehnya, Azmah mendapat bekalan dari Kemboja dan Myanmar.

    Ini kerana, kebanyakan batu permata dan kristal dari negara itu boleh diperoleh pada harga berpatutan serta kualitinya juga baik.

    Pembekalnya pula diperkenalkan ibu angkatnya, Datin Asima Abdul Latiff yang mempunyai ramai kenalan termasuk pembuat dan pembekal batu permata. Sokongan daripada keluarga juga banyak membantu perniagaannya berjalan lancar.

    Bagi Azmah, batu permata seperti jed mempunyai aura tersendiri.

    Turquoise misalnya, dikatakan bagus untuk mengawal panas baran manakala amethys dipercayai baik untuk perhubungan dan batu mawar pula sesuai digunakan sebagai simbolik kepada percintaan dan rumah tangga.

    "Aura positif akan keluar daripada batu itu manakala yang negatif pula disedut daripada badan pemakai oleh batu berkenaan.

    "Kajian yang dibaca menerusi laman web dan blog saintis dalam dan luar negara juga mendapati batu permata juga berperanan untuk tujuan perubatan.

    "Saya sungguh gembira kerana mampu memberikan rekaan aksesori yang berjaya menarik perhatian pelanggan. Sejak jenama ini diperkenalkan, rekaannya sering mendapat perhatian. Saya juga membuat kajian berkaitan pasaran serta rekaan terkini agar penggemar rekaan saya sentiasa selari dengan rekaan di peringkat antarabangsa.

    "Harga yang berpatutan juga memberikan ruang Azrydany Collezion kekal di hati
    pelanggan," tambahnya.

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Kali ini lebih teruk

    Posted: 15 Dec 2011 12:42 PM PST

    KUALA LUMPUR: Kejadian tanah mendap di Jalan Syed Mahadi, Kampung Pindah dekat Kampung Baru di sini berulang kembali kesan daripada aliran air deras banjir kilat Selasa lalu.

    Malah, mendapan kali ini lebih teruk daripada sebelumnya menyebabkan kerosakan pada rumah berhampiran dan membentuk lubang baru lebih besar.


    Penduduk, Ahmad, 42, berkata, kejadian petang Selasa lalu berlaku dengan pantas, air naik mendadak dan deras sehingga menghakis tanah di kawasan berkenaan.

    "Ketika air memenuhi kawasan ini, kami lihat pagar dibina mula roboh dan apabila surut beberapa jam kemudian, semuanya musnah.


    "Dalam tempoh setahun, dua kali kejadian sama berlaku dan kami tidak pasti sama ada kawasan ini masih selamat diduduki. Malah, sejak kejadian April lalu, ramai pemilik rumah mula berpindah dan yang tinggal hanya penyewa," katanya.


    Peniaga, Aminah Amin, 50, berkata, penduduk mahu mengetahui tahap keselamatan struktur tanah di kawasan itu.

    Katanya, sejak kejadian pertama, tiada penjelasan diberi dan apabila ia berulang diharap pihak berkaitan dapat menyelesaikan perkara itu segera serta memberi maklumat tepat kepada penduduk.


    Dalam kejadian 16 April lalu, saluran air bawah tanah yang menyalurkan air ke Sungai Bonus, pecah kerana tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak akibat hujan lebat.

    Air deras turut membawa pasir bersama mengakibatkan jalan raya berhampiran mendap dan menghasilkan dua lubang besar sedalam dua meter. Manakala, dalam kejadian Selasa lalu, banjir kilat memusnahkan kawasan sama dan membentuk lubang dan mendapan lebih besar.


    Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Datuk Ibrahim Komoo berkata, hujan lebat dan air deras boleh mengakibatkan hakisan, terutama di kawasan yang pernah mengalami mendapan.


    Katanya, struktur tanah di kawasan terbabit mengalami pergerakan dan masih longgar atau bersifat belum padat. Apabila aliran air deras, ia menghakis struktur tanah sedia ada, sekali gus menyebabkan mendapan.


    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan akan memberi kenyataan kemudian.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Mohon tambah peruntukan untuk YWP

    Posted: 15 Dec 2011 12:41 PM PST

    KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) memohon kerajaan pusat mempertimbangkan hasrat penambahan peruntukan yang diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di masa akan datang.

    Ia berikutan peranan yayasan berkenaan yang semakin meluas termasuk memberi bantuan kepada anak keluarga berpendapatan rendah yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) di luar negara.


    Timbalan Menterinya, Datuk M Saravanan (gambar) berkata, YWP kini boleh dikenali sebagai Yayasan Rakyat kerana banyak menitik beratkan hal berkaitan rakyat terutama masyarakat berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Putrajaya dan Labuan.

    "Memandangkan YWP semakin dikenali, permintaan bantuan terhadap rakyat juga semakin bertambah. Kalau dulu yayasan ini banyak membantu rakyat sekiranya menghadapi kematian atau untuk menyambut perayaan, kini ia semakin berkembang sehingga membabitkan soal pendidikan.


    "Jadi, kami merasakan peruntukan yang ada perlu ditambah supaya lebih ramai rakyat tidak bernasib baik diberi bantuan sepatutnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Bantuan Peralatan Persekolahan 'Back To School 2012' anjuran YWP, di sini, semalam.


    Menurut M Saravanan, dengan dana yang mencukupi, YWP akan terus menganjurkan lebih banyak program untuk rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Global

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Global


    Israel buka semula jambatan kayu ke Masjid Al-Aqsa

    Posted: 15 Dec 2011 10:47 AM PST

    BAITULMAQDIS: Israel semalam membuka semula jambatan kayu ke Masjid Al-Aqsa, selepas menutupnya 48 jam sebelum itu atas alasan keselamatan mencetuskan kemarahan penduduk Islam.

    "Ia dibuka semula pagi tadi, termasuk pelancong, baik Kristian mahupun Yahudi," kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld.


    Menurutnya, tidak ada kerja dilakukan tetapi menegaskan, sebuah kereta bomba ditempatkan berhampiran dan pada masa sama, beberapa langkah keselamatan turut diambil.

    "Kerja belum dimulakan lagi. Belum ada pihak yang mengubah sesuatu. Majlis Perbandaran memutuskan ia boleh digunakan semula," kata Rosenfeld.


    Struktur itu mencetuskan perbalahan antara majlis berkenaan dengan masyarakat Yahudi dan Islam yang masing-masing bertanggungjawab menjaga Tembok Ratapan dan perkarangan Masjid Al-Aqsa yang bersebelahan dengannya.


    Majlis itu sebelum ini mendakwa, jambatan itu terdedah kepada kebakaran dan ia mungkin runtuh di ruang untuk wanita di Tembok Ratapan. - AFP

    Full content generated by Get Full RSS.

    Suami cemburu isteri ke kolej

    Posted: 15 Dec 2011 10:45 AM PST

    DHAKA: Polis akan mendakwa seorang lelaki yang bekerja di luar negara yang dituduh memotong tangan isterinya selepas wanita itu mula belajar untuk mendapatkan ijazah di sebuah kolej tanpa kebenarannya.

    Rafiqul Islam dilapor mengikat isterinya yang berusia 21 tahun dan menutup mulutnya dengan pita sebelum memotong lima jari tangan kanannya, beberapa jam selepas kembali dari Emiriah Arab Bersatu.


    "Dia berang kerana tidak suka isterinya belajar di kolej. Dia cemburu kerana dia hanya lulus sekolah menengah sementara isterinya melanjutkan pelajaran di kolej," kata Ketua Polis, Mohammad Salauddin.

    Rafiqul, 30 mengaku melakukan jenayah itu selepas ditangkap di Dhaka, kata Mohammad.


    Beliau juga berkata, polis sudah menamatkan siasatan dan akan mendakwa Rafiqul.


    Lelaki berkenaan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

    Isterinya, Hawa Akhter, yang sudah menjalani rawatan, kini berada di rumah ibu bapanya dan masih berminat untuk meneruskan pengajian meskipun selepas kejadian itu menimpanya.


    "Tangan kanan saya sudah dipotong tetapi saya masih lagi boleh mengguna tangan kiri," katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, The Daily Star.

    Serangan itu adalah keganasan rumah tangga terbaru di Bangladesh yang mensasarkan wanita berpelajaran tinggi.


    Jun lalu, seorang suami yang menganggur mencungkil mata isterinya, penolong profesor di Universiti Dhaka kerana berang dengan keputusannya untuk melanjutkan pengajian di sebuah universiti Kanada.


    Kumpulan hak asasi manusia berkata, kes berprofil tinggi terhadap wanita meningkat sejak beberapa tahun lalu.


    Selepas berkurangan selama lapan tahun berturut-turut, jumlah serangan asid meningkat pada 2010 walaupun ia masih tidak mengatasi rekod tertinggi yang dicatatkan 10 tahun lalu, menurut sebuh yayasan kebajikan persendirian, Yayasan Mangsa Serangan Asid. - AFP

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Rap

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Rap


    Ketengah bakat di luar negara

    Posted: 15 Dec 2011 05:57 AM PST

    PEMBABITANNYA dalam program realiti TV popular, Akademi Fantasia 5 (AF5) nyata tak sia-sia buat Mila atau Nor Sharmila Jirin, 24, apabila memilih karier sebagai anak seni. Bukan saja namanya dikenali ramai, tetapi langkah gadis genit ini semakin jauh.

    Sekitar September lalu, Mila yang membawa diri ke Batumi, Georgia untuk kembara seninya mendapat peluang menyertai pertandingan Golden Talent International Pop TV Performers. Biarpun tidak bergelar juara, dia meraih tempat keempat.

    Akur dengan persaingan hebat dari 22 negara Eropah dan Asia yang berentap, apa diinginkan Mila hanya untuk menimba pengalaman. Malah, siapa sangka dalam pertandingan itu juga dia memenangi anugerah Artis Paling Berbakat (Most Talented Artist).

    Mila yang agak lama 'menyepi diri' memaklumkan perjalanan karier nyanyiannya masih aktif. Malah dalam diam, bakal muncul dengan single Inggeris pertama untuk pasaran antarabangsa tidak lama lagi.


    "Single berjudul Break Down yang diketengahkan nanti adalah hasil ciptaan bersama antara saya dengan Lawrance Hobs, Daniel dan John. Kami mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan lagu ini sepenuhnya. Ia pengalaman sungguh berharga.


    "Apapun, penghasilan lagu ini tiada kaitan dengan kisah hidup saya dan judul Break Down diperoleh pun selepas ia disiapkan. Namun, jujur saya akui amat teruja untuk memperdengarkan single ini kepada peminat serta penggemar muzik luar negara.

    "Bagi pasaran antarabangsa, single ini dilancarkan secara online di iTunes dan rangkaian radio Internet di United Kingdom (UK) tidak lama lagi. Semua ini terhasil dengan kerjasama syarikat rakaman, MJ Panachea Record dan BGM Music yang berpangkalan di London.

    "Apapun, saya sudah melakukan yang terbaik serta berusaha gigih untuk mengembangkan karier nyanyian ke peringkat antarabangsa. Bahkan, kerjasama dua hala yang dijalinkan ini selamat kerana ia tidak membabitkan sebarang perjanjian," katanya.

    Penyanyi yang popular dengan Persis Mutiara itu berkata, langkah perjalanan kariernya untuk pasaran antarabangsa hanya bergantung kepada permintaan pendengar. Ujarnya, dia hanya akan ke UK apabila sudah ada permintaan. Justeru, tunggu dan lihat sajalah apa perkembangan selanjutnya.

    Berbicara mengenai album Inggerisnya, Mila berkata, dia menyasarkan hanya 10 lagu akan dimuatkan. Bagaimanapun, 15 lagu sudah dirakamkan. Apapun, pasaran lagu terpilih dibuat secara berperingkat mengikut single.

    Mengambil langkah berani, Mila juga tidak mengharapkan penajaan pihak tertentu. Biarpun, kos pembikinan album itu adalah 100 peratus tanggungannya sendiri, Mila mengakui masih mampu berbuat demikian. Katanya, kos tidaklah terlalu besar.

    "Apa yang penting, saya puas. Sekalipun bukan mudah memperoleh peluang ini kerana perlu berhadapan cabaran tetapi saya berusaha sebaik mungkin. Lagi pun, inilah masanya untuk saya cuba ketengahkan bakat dan karier nyanyian untuk pasaran luar.

    "Perubahan harus dilakukan untuk berjaya. Bahkan, kecanggihan teknologi masa kini juga boleh membantu menjayakannya. Tak dinafikan, sekarang pun pasaran muzik di luar negara lebih menjurus kepada pendekatan jalur lebar," katanya.

    Katanya, apa yang dilakukan itu sekadar mahu membuktikan dalam zaman serba maju kini, tiada yang mustahil. Ibarat pepatah, di mana ada kemahuan pasti di situ ada jalan.

    Mila sibuk urus perniagaan

    SELAIN tumpuan penuh pada karier nyanyian, umum mengetahui Mila juga menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan syarikat Luvmila Corporation Sdn Bhd yang memasarkan produk kosmetik. Justeru, sejauh manakah perkembangan syarikatnya itu?

    Mila tanpa berselindung mengakui syarikat yang sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu itu, tidak lagi memasarkan produk kosmetik. Sebaliknya, kini hanya menjurus kepada pengurusan artis dan pengendali acara anjuran syarikat korporat dan kerajaan.

    Terbaru, syarikat Mila ini akan mengendalikan acara Putrajaya Bike Ride sempena program Cuti-Cuti 1Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan di Dataran Putra, Presint 2, Putrajaya yang berlangsung esok dari jam 6.30 pagi hingga jam 4 petang.

    "Sebagai pengendali yang menguruskan acara, pelbagai pengisian menarik disediakan untuk pengunjung. Antaranya acara menunggang basikal yang disertai kira-kira 1000 orang, pameran basikal, persembahan kebudayaan dan tarian, pameran homestay serta produk tempatan.

    "Tidak ketinggalan, persembahan artis yang membabitkan Jay Jay serta penyanyi berketurunan Cina dan India. Ia seiring dengan matlamat mewujudkan perpaduan antara kaum di bawah 1Malaysia. Malah, turut mengetengahkan keindahan lanskap di Putrajaya.

    "Kemasukan adalah percuma dan saya mengharapkan kehadiran ramai pengunjung. Majlis perasmian dilakukan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Apapun, sebagai syarikat baru, saya berusaha memastikan ia berjalan dengan lancar," katanya.

    Mila berkata, disebabkan terlalu sibuk dengan karier nyanyian dan perniagaan diusahakannya, dia menolak tawaran lakonan. Katanya, minat berlakon itu masih ada, namun ia tidak dapat dipenuhi berikutan begitu sibuk dengan pelbagai urusan.

    Menurut Mila, Putrajaya Bike Ride juga adalah projek besar pertama diuruskan syarikatnya. Katanya, ia bukan saja satu kepercayaan tetapi peluang yang harus dibuktikan. Justeru, ujarnya adalah lebih baik tumpuan diberikan kepada perkara keutamaan.

    "Negara ini memiliki ramai bakat baru sama ada dalam bidang nyanyian atau pun lakonan. Oleh itu, kemunculan mereka seharusnya mendapat peluang. Jadi, bagi saya sekarang adalah masa untuk gigih berusaha mengembangkan perniagaan," katanya.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Dokumentari terbaik

    Posted: 15 Dec 2011 05:48 AM PST

    FOKUS penganjur dan produser tempatan dalam mengangkat karya filem dokumentari seharusnya sentiasa diberi penekanan. Ini terbukti menerusi penerbitan karya filem dokumentari yang makin meningkat saban tahun.

    Mungkin tidak ramai yang tahu penggiat seni tanah air mempunyai pelbagai karya filem dokumentari yang boleh dibanggakan. Malah ada antara karya ini dipertontonkan kepada khalayak antarabangsa menerusi kerjasama dengan saluran TV terkenal seperti National Geographic Channel dan Discovery Channel.

    Karya Fight Masters: Silat, Smart Tunnel dan Becoming A King yang memaparkan keunikan adat istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menjadi contoh hasil terbaik yang terjalin bersama produksi antarabangsa.

    Begitu juga, kisah mengenai legenda pemain bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari diabadikan dalam karya filem dokumentari menerusi The Untold Truth About Supermokh, suatu yang menarik perhatian ramai peminat negara ini.


    Kisah menarik ini bukan saja menyingkap sejarah kecemerlangan sukan negara, paling bermakna penerbitan karya ini berjaya meraih tiga anugerah pada Festival Dokumentari Finas yang berlangsung 11 Disember lalu.


    Acara yang dianjurkan buat kali ketiga dan diadakan di Studio Sound Stage, Finas, Hulu Klang, Selangor ini mengiktiraf karya The Untold Truth About Supermokh menang anugerah Perak Dokumentari Terbaik membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 bersama trofi dan sijil penghargaan, Pengarah/Penerbit Terbaik menerusi Tang Siang Ching mewakili produksi Image Farm Sdn Bhd (RM3,000) dan Dokumentari Ilmiah/Sejarah Terbaik (RM5,000).

    Kemenangan pada malam itu turut diraikan produksi Nur Effendy Production Sdn Bhd apabila menang Anugerah Emas Dokumentari Terbaik menerusi karya Pemburu Kerbau Liar. Keputusan itu membolehkan produksi terbabit menerima hadiah wang tunai RM10,000 bersama trofi dan sijil penghargaan.

    Karya sama turut menang anugerah Dokumentari Alam Semulajadi/Pelancongan Terbaik dengan hadiah wang tunai, RM5,000 dan Penyunting Terbaik (RM3,000) diberikan kepada Ahmad Shahizan, Nuralina Rafael dan Mohd Amer Izwan.

    Pengarahnya, Mohammed Ridhaudeen Hassan berkata, pembikinan projek yang memakan masa sebulan di Kota Tinggi, Johor itu memberi tarikan tersendiri pada jalan cerita mengenai kisah individu menangkap kerbau.

    "Kemenangan ini suatu yang tidak dijangka. Saya berpandangan mungkin teknik menangkap kerbau menggunakan motosikal memberikan keistimewaan pada penonton dan juri untuk memilih karya ini sebagai pemenang.

    "Saya percaya karya yang mempunyai penceritaan menarik mampu memberi tarikan pada juri dan ini adalah kemenangan pertama saya pada acara ini," katanya.

    Sebanyak 11 anugerah dipertandingkan termasuk tiga anugerah Khas Juri. Penganjur menerima 100 penyertaan untuk pencalonan awal tetapi hanya 19 karya dipilih juri.

    Anugerah Gangsa Dokumentari Terbaik dimenangi produksi Dos Fellas Sdn Bhd yang menerbitkan karya A Leader's Legacy: Tun Abd Razak menerima hadiah wang tunai RM6,000 bersama trofi dan sijil penghargaan.

    Dokumentari The Highland Towers Disaster yang memaparkan tragedi apartmen The Highland Towers runtuh pada 1993 berjaya meraih anugerah Dokumentari Isu Semasa/Kemasyarakatan Terbaik. Karya terbitan produksi Novista Sdn Bhd menerima hadiah kemenangan wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.

    Produser, Lara Ariffin berkongsi pengalaman sepanjang menyiapkan The Highland Towers Disaster yang berdepan cabaran paling utama apabila mendapatkan cerita daripada keluarga mangsa.

    Katanya, usaha memujuk keluarga mangsa untuk bercerita suatu yang sukar dan ada di kalangan mereka masih bersedih dengan tragedi yang pernah meragut nyawa anggota keluarga.

    "Menariknya, karya memaparkan syot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika melakukan usaha menyelamat mangsa pada hari kejadian. Sebenarnya, syot ini orang tidak pernah tengok dan ia sesuatu yang boleh dianggap eksklusif dipertontonkan menerusi dokumentari ini.

    "Bagi saya, memilih cerita ini sebagai bahan dokumentari sesuatu yang sangat mustahak kerana ia membabitkan 48 mangsa yang terkorban. Malah, isu tanah runtuh sering berlaku di negara ini.

    "Menerusi dokumentari ini, ia secara tidak langsung memberi peringatan kepada generasi sekarang agar lebih berhati-hati ketika berhasrat mendiami kawasan perumahan yang mempunyai permukaan tanah curam," katanya ketika dihubungi.

    Katanya, kejayaan The Highland Towers Disaster di Festival Dokumentari Finas kali ini turut menyuntik semangat kepada produksinya apabila mencatat kemenangan berganda menerusi kategori sama di Asian Television Awards di Singapura, berlangsung minggu lalu.

    Anugerah Dokumentari Kesenian/Kebudayaan Terbaik pula diberikan kepada produksi Big Adam Sdn Bhd yang menghasilkan karya Menyingkap Misteri Muzik Tarian Orang Asli. Mereka turut menerima hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.

    Untuk anugerah Sinematografi Terbaik dimenangi Tayanithi Ramanujem bersama Effendee Mazlan mewakili produksi Apparat Sdn Bhd yang mempertaruhkan karya Bisikan Ikan. Mereka menerima hadiah wang RM3,000 bersama trofi dan sijil penghargaan.

    Tiga anugerah juri diberikan kepada Tang Siang Ching dari produksi Image Farm Sdn Bhd dengan karya Wira Chingay, Maram Ibrahim (Anna Pictures Sdn Bhd) bersama karya Belalang Rusa manakala Jamilah Taib (Galaxy Features Network) menang menerusi karya Kayu Koningau. Semua pemenang menerima trofi dan sijil penghargaan.

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    4 tahun habuan Mat Rempit

    Posted: 15 Dec 2011 01:12 PM PST

    BATU PAHAT: "Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga, malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja," kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19, yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan yang menjadi habuan Mat Rempit dan terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun.

    Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya.

    Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya.

    "Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur. Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar.


    "Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan objek pemuas nafsu," katanya yang membuat pengakuan berani kepada wakil Harian Metro yang menemuinya di sini, baru-baru ini.

    Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Mungkin dibunuh

    Posted: 15 Dec 2011 01:09 PM PST

    GOMBAK: Misteri kehilangan seorang ahli perniagaan warga Korea Selatan yang dilaporkan hilang sejak 30 Oktober lalu belum terjawab, namun polis kini mendapat petunjuk baru dan tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah termasuk mangsa dibunuh serta mayatnya dicampak dalam gaung sekitar Jalan Gombak - Bentong, di sini.

    Mangsa, Kim Chong Yong, 53, yang juga Presiden Majlis Sukan Korea Selatan di Malaysia, dilihat kali terakhir bersama seorang lelaki di sebuah bar sekitar Desa Sri Hartamas, dekat sini, dan menurut anak perempuannya, mangsa ada membuat panggilan pada hari dia dilaporkan hilang untuk bertanyakan keselamatan semua ahli keluarga.


    Berdasarkan petunjuk baru itu, polis menjalankan gerakan mencari di lokasi mangsa dipercayai dibuang bermula dari Batu 14 hingga Batu 25, Jalan Gombak-Bentong berhampiran Kampung Sungai Rumput, di sini kira-kira jam 7.30 pagi hingga lewat petang semalam.

    Sumber polis berkata, ahli perniagaan yang sudah lebih 20 tahun menetap di negara ini dipercayai menjadi mangsa bunuh kenalan senegaranya dan hasil siasatan terhadap isyarat telefon bimbit suspek pada tarikh mangsa dilaporkan hilang, polis mengesan lelaki terbabit pernah berada di lokasi pencarian dilakukan. "Kita mula melakukan tinjauan di sekitar kawasan gaung ini semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) operasi mencari dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta dibantu Unit Komando 69 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta dan Unit Anjing Pengesan (K9).


    "Operasi mencari juga disertai seorang wakil Kedutaan Besar Korea Selatan di Malaysia, namun hingga lewat petang, mangsa gagal ditemui dan operasi turut terganggu ekoran hujan lebat serta keadaan cuaca gelap," katanya.


    Awal bulan lalu, media melaporkan keluarga Kim merayu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangannya supaya tampil membantu dan pelbagai usaha mencari mangsa termasuk menyebar gambar serta risalah turut dilakukan.

    Selain itu, kereta Mercedes-Benz model CLS350 milik mangsa turut ditemui dengan satu daripada tayar rosak teruk yang tinggalkan di Kondominium One Ampang Avenue, Ampang, 1 November lalu.


    Difahamkan, laporan polis berhubung kehilangan mangsa dibuat pengurus syarikatnya pada hari keretanya ditemui, manakala anak perempuannya pula membuat laporan sama pada 5 November di Balai Polis Travers, di sini, sebaik tiba dari Britain.

    Sehingga kini, siasatan sepenuhnya kes berkenaan dilakukan polis Bukit Aman mengikut Akta Orang Hilang.

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved