Khamis, 13 September 2012

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Advertorial: World of Movies Dibawakan Oleh Astro

Posted: 12 Sep 2012 08:21 PM PDT

Saksikan koleksi filem terbaru menerusi Astro First dan Astro Best bersama pustaka filem yang menarik melalui Astro B.yond VOD.

Helakan nafas dan duduk bersandarlah pada sofa empuk anda di rumah. Lalu bertanya pada hati anda: "Apakah filem yang mahu ditonton hari ini?

Usah gusar kerana jawapan itu ada pada Astro Best dan Astro B.yond VOD yang kini boleh dinikmati pada hujung jari anda.

Cukup membanggakan kerana Astro kini melancarkan Astro Best yang menawarkan 3.1 million pelanggannya untuk menikmati filem-filem Hollywood dan Asia menerusi satelit DTH (Direct-To-Home) dan platform IPTV (Internet Protocol Television).


Dengan Astro Best, anda mampu menonton judul-judul filem Hollywood dan Asia seawal 3 bulan selepas ia ditayangkan di pawagam dalam bentuk Definisi Tinggi (HD) yang berkualiti di rumah.


Sebagai contoh, anda boleh menyaksikan filem seperti The Avengers, The Hunger Games dan filem hit Korea yang menaikkan nama bintang-bintang K-Pop, I AM: SM Town Live Tour in Madison Square di saluran Astro 481, pada harga RM10 untuk setiap filem, bagi tempoh 48 jam selepas tempahan dibuat.

Judul akan datang bagi Astro Best termasuklah What to Expect When You're Expecting dan The Cabin in The Woods.

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, Astro Best dilancarkan selepas kejayaan Astro First yang mencetuskan fenomena baru di Malaysia.

Pelanggan boleh membeli filem Astro Best melalui SMS di Astro Channel 481 pada harga RM10 untuk setiap filem dalam tempoh 48 jam selepas menempah.

Untuk pakej ini, Astro bekerjasama dengan studio filem antarabangsa seperti Walt Disney Company, Lionsgate, Sundance Channel, Animax, Fortune Star, CJ Media dan Unitel Classica agar peminat di Malaysia boleh mendapatkan akses yang hebat kepada pustaka filem-filem Hollywood dan Asia.

Amit Malhotra, Pengurus Besar Jualan & Pengedaran Media bagi The Walt Disney Company (Asia Tenggara) pula berkata: "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Astro dengan menawarkan karya Disney, Pixar dan Marvel terus kepada penonton di rumah yang berada di Malaysia."

Ujar Wendy Reeds, Timbalan Presiden Eksekutif Kandungan Jualan & Pengedaran Celestial Tiger Entertainment (CTE) pula pihaknya sangat berbangga dapat bergabung dengan Astro untuk melancarkan The Hunger Games, filem blockbuster pertama dalam bentuk francais dan filem akan datang, Cabin in The Woods serta What to Expect When You're Expecting.

"Astro adalah rakan kongsi kami yang penting dan kami yakin kerjasama ini akan mencipta satu jalinan baru ke arah hiburan komersial yang menarik termasuk yang ditawarkan oleh Lionsgate."

Mengulas mengenai pembabitan SPT Networks, Ricky Ow, Timbalan Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Sony Pictures Television Asia berkata, kerjasama stratregik dengan Astro memberi peluang kepada pihaknya memperkenalkan Animax video kepada peminat di Malaysia.

"Ini memberi peluang kepada peminat untuk menonton anime terbaru dari Jepun mahupun seleksi siri anime yang popular dari studio-studio animasi ternama. Ia lengkap dengan sarikata bahasa Malaysia," katanya.

Tidak ketinggalan gembira menjalinkan usahasama dengan Astro adalah Bruce Tuchman, Presiden AMC/Sundance Channel Global.

"Kami di Sundance Channel, berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan Astro. Dengan ini penonton Astro akan dapat menonton karya berkualiti daripada pembikin filem bebas yang mana filem-filem mereka ada yang masih lagi ditayangkan di pawagam di Amerika Syarikat.

Antara judul filem terbaru yang ditawarkan kepada Astro B.yond VOD adalah seperti 50/50, Man On A Ledge, Abduction, Here, Teddy Bear dan karya dari Asia dan Bollywood termasuk Nightmare, Ghost On Air, Ashoka, Chalte Chalte, Penny Pinchers dan pelbagai lagi.

Judul bagi Catch Up TV termasuklah Oh My English, drama Korea dan China seperti City Hunter, Palace II dan The Other Truth, tidak ketinggalan karya Disney seperti Phineas and Ferb serta Upin & Ipin dan banyak lagi setiap hari.

Di samping itu, kandungan VOD terpilih juga disediakan secara online dan mobile melalui perkhidmatan Astro On-The-Go untuk semua pelanggan.

Untuk informasi lanjut mengenai Astro Best dan Astro B.yond VOD, sila layari https://www.facebook.com/Astroworldofmovies.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12


Optimis dengan kritikan

Posted: 12 Sep 2012 07:19 AM PDT

HADIRNYA bukan sehari dua. Kelibat senyuman manis dengan lirikan mata galak, menterjemah jiwa dan semangat si empunya wajah eksotik ini. Sesekali tampak bicaranya lantang kerana sudah lama dirinya menanti untuk saat ini.

Mana tidaknya, sekian lama mempamerkan bakat yang luar biasa dalam menghidupkan setiap watak yang dipikul lengkap pengiktirafan yang diterima, ia bukan jaminan untuk wajahnya terus dibawa ke depan. Sebaliknya masih ramai yang belum perasan.

Namun tuah manusia tiada siapa yang mampu meneka, watak Ain Hawani menerusi drama rantaian 80 episod, Adam & Hawa yang kini sedang mencetus fenomena setiap malam di Astro Mustika HD, wajahnya tidak henti menjadi perhatian.

Jelas Nadiyatul Nisaa Kamaruddin membuka cerita, inilah yang dikatakan rezeki.


"Ruang ke depan memang tiada untuk saya selama ini walaupun sudah beberapa kali diberikan kepercayaan produksi besar dan filem hebat. Namun itu bukanlah alasan untuk rasa kecewa, jauh sekali putus asa kerana keutamaan saya adalah melakukan seni lakon dengan ikhlas dan jujur tanpa mengharapkan publisiti melimpah ruah.


"Bagaimanapun bohong jika tidak terdetik dalam hati, cuma saya biarkan ia sekadar cabaran yang akhirnya mengundang semangat untuk terus bekerja keras.
Prinsip saya sejak kali pertama menjejakkan kaki dalam industri ini adalah percaya, yakin akan rezeki. Insya-Allah jika ia sudah tersurat, takdir itu tidak akan lari ke mana.

"Alhamdulillah dan rasa penuh syukur, kerja keras, kesungguhan dan doa itu akhirnya terjawab," katanya mengukir senyum.

Membintangi filem yang dilabelkan kontroversi, Dukun yang hingga kini terperap di dalam arkib, kemudiannya tampil memegang watak utama dalam filem yang menang di anugerah antarabangsa, Karaoke, wajah anak seni berusia 27 tahun ini masih gagal menyelinap ke depan.

Perlahan-lahan, wajahnya diterima membintangi drama televisyen termasuk Dengan Nama Cinta, Hanya Aku, Donut, Cinta 5 Bintang dan Impian Sunsilk 2. Nasibnya masih sama, kelibatnya ada namun pesona popular itu tercicir entah ke mana.

Muncul pula sutradara terkenal, Osman Ali memberinya watak Manis menerusi filem Cun!, ia bagai titik permulaan buatnya hingga trofi Aktres Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu dan Anugerah Skrin 2011 selesa di dalam genggamannya.

Ironinya, ia berlalu pergi tanpa siapa sedar hingga membuatkan anak kelahiran Kuala Lumpur ini terfikir, mana lagi silapnya, apa lagi longgarnya.

Ombak Rindu menjadi taruhan sekali lagi. Walaupun filem ini mencetus fenomena hingga tersenarai kutipan tertinggi ketika itu, Nadiya masih tertinggal jauh ke belakang sebelum Jiwa Taiko muncul menjadi pengganti dan sekali lagi memperlihatkan namanya seakan tempelan.

Celahnya berseloroh menyifatkan senario itu kebiasaan hingga tidak terkesan buatnya secara peribadi: "Mungkin saya tiada kontroversi dan tidak cantik seperti pelakon wanita lain membuatkan peminat dan penonton tidak sedar akan nama dan wajah saya."

Tambahnya bersemangat, penonton lebih ingat akan watak yang dilakonkan.

"Masih ramai memanggil saya Manis. Ada kalanya mereka tidak tahu nama sebenar saya. Itulah hakikat namun tidak sekelumit terasa hati," katanya.

Benar percaturan dan firasatnya. Nama graduan Ijazah Sarjana Muda Penyiaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini tiba-tiba kecoh diperkata.

"Alhamdulillah jika betul apa yang diperkatakan, popular dan publisiti datang berhimpit, saya bersyukur dengan rezeki ini. Drama Adam & Hawa akan saya catatkan menjadi anjakan positif dalam profil seni saya. Masanya sudah tiba dan kini tanggungjawab dan komitmen saya untuk menghargai setiap peluang dan ruang ini.

"Sejak awal menerima skrip daripada penerbit Global Station Sdn Bhd untuk melakonkan watak Ain, saya sudah tertarik dengan plot cerita dan wataknya. Ia adalah naskhah yang diadaptasi dari novel yang penuh emosi dan menceritakan setiap inci perasaan Ain. Saya mudah faham dan mampu menyerapkan rasa itu ke dalam jiwa, katanya."

Apabila Nadiya diberitahu akan digandingkan dengan Aaron Aziz, dia akui tidak berdepan dengan sebarang masalah atau tekanan.

"Kelakarnya, cabaran pertama adalah berdepan cemuhan banyak pihak terutamanya peminat yang mempertikai peluang saya sebagai Ain di samping Aaron. Saya terima dengan hati terbuka dan memandang kritikan itu daripada perspektif optimis dengan harapan, mereka akan mengubah persepsi itu sebaik yakin dengan lakonan yang diberi.

"Mujur, seminggu selepas itu, akhirnya saya diterima sebagai Ain. Mulalah mereka menerima dan kini sudah percaya dengan kemampuan saya tanpa mengukur lagi populariti saya," katanya yang mengakui Aaron adalah pelakon berkaliber dan punya keserasian dengannya.

Mengakui Adam & Hawa memberikan sebuah pengalaman terindah kerana berpeluang mendekati watak yang kuat selain bergandingan dengan ramai pelakon popular lain, anak kedua daripada lima beradik ini sempat berkongsi cabaran dan kisah di sebalik lakonannya sepanjang meletakkan sepenuh fokus kepada penggambaran sejak Februari hingga Julai lalu.

Lebih lima bulan mendalami plot Adam & Hawa, ia juga menterjemah pengorbanan luar biasanya terhadap kehidupan peribadi. Mana tidaknya, si pemilik sifat rendah diri dan gemar berjenaka ini bukanlah anak gadis lagi.

Usah tertipu dengan penampilan, susuk tubuh kecilnya dan personaliti bersahaja yang ada padanya kerana Nadiya sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

Berkahwin dengan seorang pelukis, Saiful Razman, 32 tahun pada Julai 2010, perkahwinan bahagianya kian bersinar dengan kehadiran Omar, 28 September tahun lalu.

Lantas, jadual penggambaran dari pagi hingga ke malam setiap hari sepanjang lima bulan bukanlah satu kisah mudah.

"Mujur suami memahami dan tidak pernah sekali hilang yakin pada saya. Dia adalah inspirasi yang sering kali memberikan semangat dan paling penting, suami faham akan tanggungjawab saya sebagai pelakon. Saya terpaksa meninggalkan Omar setiap pagi selepas menyediakan segala keperluannya dan suami akan menghantarnya ke rumah keluarga saya, katanya."

Kini belum sempat perwatakan Ain terhakis, tawaran lain pula menyusul.
Syukurnya tak terhenti apabila bakal muncul dalam filem romantik komedi bersama Farid kamil dan Rita Rudaini berjudul Pengapit.

Kemudiannya, wanita yang ditatarias kakaknya petang itu akan kembali ke lokasi penggambaran bagi melakonkan watak Elina menerusi drama siri 26 episod berjudul Cinta Jangan Pergi bersama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.

Telefilem bersama Aaron Aziz sekali lagi terbitan Global Station Sdn Bhd, Anugerah Dendam Yang Terindah akan menyusul selepas itu sebelum akhir tahun ini Nadiya akan meletak sepenuh tumpuan untuk filem Bikin Filem.

Jelasnya ketawa, baru kini status selebriti dan kerjaya pelakon itu dirasakan kerana jadual kerjanya sudah penuh dan makin kencang seperti bintang popular lain.

Mahu atau tidak, drama Adam & Hawa memang jelas menjadi pengenalan kepada bakatnya ke mata luar.

Pastikan temu janji anda untuk mengikuti perjalanan emosi Adam Dan Hawa setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di Astro Mustika HD.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12


Kredit: www.hmetro.com.my

Rabu, 12 September 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Pastikan kulit bernafas

Posted: 12 Sep 2012 09:38 AM PDT

KUASA solekan mampu membuatkan wajah yang pucat serta kusam berubah menjadi sempurna apatah lagi jika ingin tampil manis dan menarik ketika menghadiri majlis.

Namun, sebelum mengambil keputusan untuk mencalit solekan pada wajah menggunakan kemahiran sendiri, perhatikan jenis dan warna kulit agar tidak kelihatan pelik di hadapan orang ramai.

Untuk mereka yang berkulit sawo matang, pemilihan warna dan cara solekan yang betul sememangnya penting untuk menampilkan kelainan pada wajah.

Sebelum memulakan solekan, wajah harus dibersihkan terlebih dulu bagi mengelakkan pori tersumbat dengan kotoran sekali gus membantu dalam pengeluaran jerawat.


Menurut jurusolek T Rose Beauty Saloon, Rosmawati Abdul Ghani, pemakaian serum atau semburan oksigen perlu digunakan selepas membersihkan wajah.


"Sebelum memulakan solekan, pemakaian semburan oksigen atau serum penting untuk memastikan kulit dapat bernafas terutama jika mengenakan mekap yang tebal.

"Jenis oksigen yang dipakai juga mempunyai kesan berbeza pada kulit. Semburan oksigen mempunyai ciri mudah menyerap ke dalam kulit namun ia lebih cepat kering berbanding serum yang juga boleh dijadikan sebagai pelembap khususnya jika kita memiliki kulit kering," katanya.

Setelah menggunakan semburan oksigen atau serum mengikut jenis kulit, pemilihan solekan asas juga penting bagi memastikan wajah berubah menjadi sempurna.

Solekan asas mempunyai pelbagai warna dan jika memiliki kulit cerah, penggunaan rona hijau begitu sesuai bagi menonjolkan wajah gebu.

Bagi mereka yang berkulit sawo matang, gunakan solekan asas dengan menggabungkan rona hijau dan oren yang bertindak sebagai penutup cela serta menyamaratakan warna kulit.

Tambah Rosmawati, bedak asas juga penting untuk menambah kehalusan pada kulit wajah. Bagi mereka yang mempunyai kulit bermasalah, gabungan dua warna bedak asas seperti semula jadi dan tropika dapat menonjolkan ton lebih cerah atau semula jadi pada wajah.

"Caranya mudah dengan menekap bedak asas menggunakan span bermula dari bahagian bawah wajah ke atas untuk memastikan solekan tampak sekata.

"Setelah itu, gunakan bedak tabur atau kompak mengikut jenis kulit. Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, penggunaan bedak tabur lebih baik kerana ia membantu menyerap minyak pada wajah manakala bedak kompak pula digunakan untuk menampilkan kulit gebu," jelasnya mengenai teknik dalam solekan.

Seterusnya, bagi mendapat kesan mata galak, penggunaan warna asas pembayang mata iaitu putih harus dipakai di keseluruhan kelopak mata.

Ia dipakai pada permulaan kelopak mata dan menyentuh hingga ke tulang kening dan diakhiri di bahagian hujung mata. Tambah sempurna apabila celak digunakan di bahagian garisan atas dan bawah mata untuk menonjolkan lagi kecantikan diri.

"Pemakaian celak hanya dicalit pada bahagian garisan mata.. Untuk tampak lebih ceria, elakkan lukisan tajam di hujung mata.

"Tambah pembayang mata dengan gabungan rona merah dan hitam di keseluruhan kelopak mata jika kita memakai pakaian yang mempunyai banyak warna.

"Bahagian bawah mata juga harus dicalit dengan pembayang mata warna sama bagi memberi imbangan dan padanan sempurna dengan kelopak mata," katanya.

Untuk melengkapkan lagi penampilan, gunakan pemerah pipi berwarna merah jambu ke oren mengikut bentuk muka bermula dari bahagian atas tulang pipi ke bawah.

Jangan lupa untuk mengenakan gincu serta pengilat bibir dengan menggabungkan warna gelap dan cerah bagi menonjolkan bentuk bibir diinginkan.

Terima kasih:

Gubahan bunga stokin

Posted: 12 Sep 2012 08:42 AM PDT

APABILA menyediakan gubahan bunga stokin, perkara yang perlu diberi perhatian utama ialah kekemasan. Ini kerana jika kain digunakan terlalu renggang daripada acuan, gubahan tidak akan menjadi. Selain itu jika tidak berhati-hati, penggubah juga perlu berhadapan dengan risiko kelopak bunga terkoyak ketika proses mencantum.

Bagi pengasas perniagaan dalam talian Pengantin Cenderahati, Siti Khatijah Idris, pengalaman bunga stokin yang sedang disiapkan rosak suatu perkara biasa kepada penggubah namun ia juga satu cara untuk memahirkan diri dalam menghasilkan gubahan.

Dia yang turut menyediakan kelas gubahan kepada mereka berminat berkata, gubahan bunga stokin adalah fokus utamanya ketika mengajar.

Paling penting, peserta perlu ada kesungguhan dan kesabaran tinggi, barulah segala yang diingini akan berhasil. Untuk melihat lebih banyak gubahan hantaran disediakannya, layari ctktsouvenir.blogspot.com.

Bahan gubahan:

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Penyamun sewa teksi

Posted: 11 Sep 2012 11:13 AM PDT

KLANG: Kegiatan sekumpulan lelaki menggunakan teksi untuk menyamun tumpas dengan tertangkapnya empat lelaki di sebuah pangsapuri di Bandar Puteri Puchong, di sini, Ahad lalu.

Kejayaan itu hasil laporan polis dibuat seorang suri rumah berusia 40-an yang kerugian RM10,000 selepas disamun kumpulan terbabit yang datang ke rumahnya di Taman Sungai Jati, di sini, Khamis lalu.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, ketika kejadian jam 10 pagi itu, mangsa yang berada di rumahnya bersama tiga lagi anggota keluarga didatangi suspek dengan menaiki teksi.

Beliau berkata, tanpa berasa curiga, mangsa keluar dari rumahnya selepas melihat seorang lelaki membunyikan loceng dan memanggil tuan rumah.


"Sebaik keluar dan menghampiri suspek, mangsa diacukan parang sebelum tiga lagi rakan suspek yang berada dalam teksi keluar untuk menyamun.


"Bimbang dicederakan, mangsa membiarkan suspek melarikan beberapa barangan kemas miliknya dan sebuah komputer riba," katanya dalam sidang media di IPD Klang Selatan, di sini, semalam.

Katanya, siasatan lanjut menahan semua suspek berusia 18 hingga 27 tahun dan merampas pelbagai barangan yang dipercayai disamun termasuk sebahagian barang milik suri rumah terbabit.


Antara barang yang dirampas termasuk lima telefon bimbit, rantai emas, loket emas, rantai tangan, rantai leher, komputer riba, kunci dan sebilah pisau.

Menurutnya, polis turut menemui teksi yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan samun dan siasatan awal mendapati suspek menyewa teksi berkenaan daripada individu lain.


"Modus operandi suspek adalah datang ke rumah mangsa yang mahu disamun sebelum keluar dan membunyikan loceng rumah dan memanggil tuan rumah.


"Mangsa yang tidak mengesyaki niat suspek keluar dari rumah dan menghampiri suspek sebelum diacukan parang.


"Sebaik mengacukan parang, rakan suspek yang berada dalam teksi menyerbu ke dalam rumah mangsa selain merampas barangan berharga sebelum melarikan diri," katanya.


Mohamad berkata, polis akan menjalankan siasatan sama ada suspek mempunyai kaitan dengan tiga kes samun menggunakan teksi yang dilaporkan di daerah ini beberapa bulan lalu.


Semua suspek kini direman untuk siasatan lanjut sehingga 16 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan menggunakan senjata.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12


Polis naik setiap blok

Posted: 11 Sep 2012 11:10 AM PDT

AMPANG: Menyedari kepentingan keselamatan penduduk di Ampang Jaya, anggota polis dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalankan 'Vertical Policing' iaitu rondaan di bangunan tinggi seperti diperkenalkan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, lapan balai polis dalam pentadbirannya sudah menjalankan rondaan itu sejak awal bulan lalu secara berperingkat.


Menurutnya, program itu bertujuan mengekang jenayah di kawasan perumahan seperti kondominium, pangsapuri dan flat.

Berikutan itu, Balai Polis Ampang kelmarin melaksanakan program berkenaan di Pangsapuri Astaria di Taman Kosas, di sini, yang disambut baik penduduk pangsapuri itu.


Rondaan diketuai Ketua Polis Balai Ampang, Cif Inspektor Norazman Zakaria bermula jam 5 petang sebagai pengenalan awal supaya orang ramai faham mengenai program itu, sekali gus dapat membantu membanteras jenayah serta menurunkan indeks jenayah.


Amiruddin berkata, setiap balai sudah melaksanakan program terbabit secara berperingkat membabitkan lebih 200 bangunan.

"Sebelum ini, polis hanya melakukan rondaan di kawasan sekitar dan bawah bangunan. Melalui program itu, polis akan menjalankan rondaan dengan naik ke atas setiap blok. "Rondaan terbabit dilakukan setiap hari mengikut jadual ditetapkan dan berterusan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Demi nyawa ibu

Posted: 11 Sep 2012 12:04 PM PDT

IPOH: Demi menyelamatkan nyawa ibunya, seorang remaja lelaki menggadai nyawa apabila bergelut dengan bapa kandungnya sebelum ditembak dengan pistol sebanyak dua das oleh lelaki itu dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang di Laluan Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, di sini, mangsa, R Hariharen, 15, parah di kaki kirinya selepas ditembak dari dekat di pekarangan rumah mereka.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas suspek yang berusia 40-an datang ke rumah yang didiami isteri dan empat anaknya itu dengan menaiki kereta.

Menurutnya, pasangan itu yang tidak lagi tinggal sebumbung bertengkar di hadapan rumah berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12


Hancur hingga ke bahu

Posted: 11 Sep 2012 11:55 AM PDT

KUCHING: Malang tidak berbau bagi seorang pengusaha kedai kek dan roti di Simunjan, dekat sini, apabila tangan kanannya hancur hingga ke bahu selepas tersepit dalam mesin pengisar tepung di kedainya, semalam.

Difahamkan, wanita dikenali sebagai Alice, 40-an yang mengendalikan perniagaan berkenaan sejak 10 tahun lalu ditimpa musibah ketika memproses tepung, jam 6 pagi.

Kejadian hanya disedari beberapa pekerja mendengar jeritan mangsa yang mengerang kesakitan.

Menurut pekerjanya yang enggan dikenali, ketika kejadian mereka dalam proses menyiapkan roti sebaik memulakan operasi seawal jam 5.45 pagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Bingkisan terbaik Fara

Posted: 11 Sep 2012 07:30 AM PDT

HAMPIR sedekad berkecimpung dalam bidang seni sudah cukup mematangkan penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu dan Semuanya Ada Di Sini, Farawahida Razali untuk belajar erti berdikari dalam menguruskan karier seninya.

Gadis yang mesra disapa Fara dan mendapat jolokan 'Kajol Malaysia' ini juga percaya, dia sudah cukup ilmu dalam selok-belok dunia hiburan sekali gus menentukan hala tujunya dalam bidang hiburan tanah air.

"Bila sudah tiada pengurus artis, semua urusan karier seni termasuk undangan persembahan daripada penganjur, saya lakukan sendiri. Kalau dulu, saya hanya menyanyi saja kerana semuanya diuruskan pengurus artis. Kini, tidak lagi.

"Setiap kali menjayakan undangan persembahan di serata tanah air, saya akan ditemani mama. Pada masa sama, pengurus artis berpengalaman, Sariah Idris pula banyak membantu dari segi publisiti dengan pihak media, sejak dulu.


"Penganjur persembahan juga boleh berhubung secara terus dengan saya jika ada undangan persembahan tapi kalau saya tak boleh buat, saya minta tolong Kak Sariah untuk berurusan dengan mereka kerana saya tidak mahu orang kata saya 'demand' harga yang tinggi daripada penganjur persembahan pula," katanya.


Fara, 27, mengakui dia turut mengambil masa yang lama untuk muncul dengan single kedua kerana ingin memberikan bingkisan terbaik buat peminatnya.

"Single pertama, Jangan Tanya Aku Lagi sudah diputarkan di beberapa stesen radio tempatan selama setahun. Sambutan peminat pada single itu juga positif menerusi komen diberikan di laman sosial YouTube dan sebagainya.

"Bila buat persembahan, sekurang-kurangnya peminat tahu itu lagu baru saya.
Sebagai artis, saya juga cari peluang selitkan lagu baru setiap kali menjayakan persembahan.

"Namun, saya saya masih mencari material untuk single kedua. Maklumlah, bila kita keluar duit sendiri, pasti saya mencari lagu yang bagus untuk single kedua yang dijangka siap pada penghujung tahun ini," katanya.

Secara peribadi, Fara akui jiwanya lebih pada lagu berkonsep balada seperti album terdahulu yang mendapat sambutan daripada peminat.

"Kalau dulu saya suka lagu berentak catchy seperti lagu Tanpamu dan lagu Jangan Tanya Aku Lagi pula lagu konsep balada. Bagi single kedua ini, saya ingin tampilkan lagu berentak moderate sekali gus mengikut trend pasaran muzik semasa. Sambutan yang diterima pada single pertama adalah permulaan yang cukup baik untuk saya tampil dengan single kedua pula.

"Saya memang suka bekerja dengan Manusia Putih seperti single pertama tapi buat masa ini, dia pula sibuk buat lagu artis lain.

"Saya juga tidak ada masalah untuk bekerja dengan komposer baru yang berbakat dan tampil dengan idea yang segar mengikut aliran muzik semasa. Kalau komposer ternama pula, saya juga mengagumi hasil karya Datuk M Nasir," katanya.

Walaupun cintanya tetap pada bidang nyanyian, Fara juga sempat mencuba bakat dalam bidang lakonan menerusi filem genre komedi Baik Giler arahan Manchi bergandingan dengan Zizan Raja Lawak sebelum ini.

"Ternyata penonton beri komen positif pada lakonan saya sebagai Suraya yang juga kekasih kepada Zizan dalam filem pertama lakonan saya ini. Saya memang menjadi diri sendiri dalam filem itu. Ramai yang beritahu, saya boleh berlakon selepas menonton lakonan saya itu dalam filem berkenaan yang menjengah pawagam tanah air, 27 November lalu.

"Bagi saya, bidang nyanyian tetap nombor satu kerana ia sudah sebati dalam diri. Saya juga berlakon bila ada kelapangan kerana ingin mencabar diri sendiri. Selain cerita komedi, saya juga teringin untuk mencuba watak dalam filem hantu pula selepas ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/11


Terjemahan berbeza Adam & Hawa

Posted: 11 Sep 2012 07:18 AM PDT

MEMANTAU telefilem atau drama rantaian televisyen pun sudah cukup membuatkan rasa pening kepada seseorang penerbit. Bukan saja meninjau keseluruhan perjalanan produksi ketika penggambaran, malah setiap inci proses penerbitannya juga adalah penting dan tidak mudah untuk memastikannya sempurna mengikut kriteria asal.

Apatah lagi dengan pembikinan drama bersiri 80 episod seakan sinetron yang sudah pasti lebih memberikan cabaran dan tekanan.

Adam & Hawa yang kini mula ditayangkan di saluran 134, Astro Mustika HD terbitan Global Station Sdn Bhd adalah contoh terbaik yang mencerminkan perjalanan sebuah produksi dalam memastikan keseluruhan 80 episodnya kemas dan menarik.

Jika difikirkan secara logik, tidak mudah untuk mengembangkan plot ceritanya, apatah lagi menuntut komitmen dari barisan pelakon dan tenaga produksi. Itu belum lagi dengan proses penerbitan dan tanggungjawab pihak penerbitnya pula.


Menariknya, di sebalik fenomena yang tercetus oleh drama siri penuh konflik dan emosi ini, ia diterbitkan oleh seorang penerbit muda yang punya wawasan jauh dalam lapangan penerbitan drama.


Menjawat jawatan Penerbit di Global Station Sdn Bhd, gadis manis yang begitu peramah orangnya, Zetty Adila Ramly juga anak kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa menyifatkan inilah cabaran terbesar buat dirinya.

Mengendalikan jadual dan segala persediaan, memantau perjalanan produksi dan setiap lakonan bagi mencapai piawaian stesen televisyen, Adila melihat drama Adam & Hawa mengukuhkan lagi profil kerjaya selain menguji kredibilitinya dalam pelbagai aspek.

Berbual dengannya yang kini berasa begitu bebas dan syukur selepas penggambaran drama siri 80 episod ini akhirnya berjaya dihabiskan selepas lebih lima bulan mengadap skrip yang sama, Adila berkongsi pengalaman barunya ini.

Katanya kepada wartawan RAP, MURSHID EUNOS (murshid@hmetro.com.my), Adam & Hawa mampu mengukur kekuatan fizikal, ketahanan mental dan emosinya dalam mengendalikan sesebuah akaun drama siri yang dikatakan menarik dan tersendiri.

RAP: Ceritakan bagaimana idea untuk menerbitkan drama siri 80 episod ini boleh muncul dan apakah keyakinan Global Station untuk mengambil risiko?

ADILA: Kami punya panel penilai. Global Station adalah gabungan tenaga kreatif kami sekeluarga dan pastinya sebagai salah sebuah syarikat pengeluar drama televisyen yang sudah kukuh dalam lapangan seni, kami perlu meletak tanda aras dalam kerja lebih tinggi dari sebelumnya.

Lantas kejayaan beberapa drama siri sebelum ini terutamanya Spa Q dan Suria Di Cordoba, banyak memberikan kami lebih semangat dan rasa yakin untuk terus menghasilkan sesuatu yang lebih baik kepada penonton dan juga pihak stesen televisyen. Justeru apabila penulis skrip, Rozie Rashid tampil dengan berani untuk mengolah dan menterjemah kembali naskhah terbaik tulisan novelis Aisya Sofea, mengapa pula perlu ada rasa takut.

Saya sendiri membaca, meneliti dan menghayati plot cerita novel ini sendiri bagi mengenal pasti keseluruhan jalan ceritanya.

Apa yang mampu saya katakan, Adam & Hawa punya kekuatan dan keistimewaan tersendiri hingga membuatkan saya khayal dan terbuai dengan apa yang diceritakan.

Jalan cerita dan pembangunan setiap wataknya terutamanya Adam dan Hawa begitu kuat hingga membuatkan saya yakin untuk mengembangkannya menjadi 80 episod buat penonton memahami apa yang ingin disampaikan.

RAP: Melihat kredibiliti anda, apakah pula cabaran menerbit drama 80 episod seperti ini?

ADILA: Jujurnya, ia memang memberi tekanan dan pelbagai cabaran kepada saya kerana menerbitkan sebuah drama yang mengangkat tema serius, emosi dan konflik bukanlah satu tugas yang mudah.

80 episod dengan penggambaran yang mengambil masa lebih lima bulan adalah satu cabaran yang besar untuk seorang penerbit memastikan keseluruhannya berjaya lancar dan mengikut jadual.

Paling penting adalah untuk memastikan semua tenaga produksi dan pelakon kekal memberikan komitmen kepada penggambaran. Soal cuaca dan pelbagai kecemasan lain juga perlu diambil kira kerana jadual penggambarannya yang panjang.

Lebih mencabar apabila plot ceritanya menuntut untuk penggambaran dilakukan di luar negara iaitu di Makkah dan Perth yang juga memerlukan saya meneliti setiap inci keperluan dan kelengkapan agar ia tidak mengganggu perbelanjaan.

Adat berniaga dan menjalankan sebuah syarikat produksi, soal perbelanjaan adalah satu aspek penting yang perlu diambil kira.

Bagaimanapun saya tidak pula melihat sebarang kesukaran yang kronik hingga membuatkan saya tertekan atau patah semangat. Apa yang berlaku, masalah yang timbul semuanya masih di bawah kawalan dan pemantauan.

Alhamdulillah saya mampu menyelesaikannya dengan baik dan kerjasama dari semua pihak terutamanya tenaga produksi, barisan pelakon dan pihak stesen televisyen juga banyak membantu melancarkan lagi proses penerbitannya.

RAP: Apakah strategi dalam memastikan penggambaran panjang seperti ini berjalan lancar?

ADILA: Apa yang penting saya amalkan dan terap kepada produksi adalah komitmen dan rasa tanggungjawab. Itu paling penting untuk memastikan perjalanannya penggambaran lancar dan mengikut jadual.

Maklumlah, penggambaran mengambil masa yang panjang dan segala urusan dengan mesin atau komputer sebaliknya semuanya dengan manusia. Lantas komunikasi dan interaksi itu penting agar tidak berlaku sebarang masalah.

Kerana itu juga, sejak awal lagi saya mahupun mama sendiri akan memilih dengan tenaga produksi yang sudah biasa dengan kami. Terus-terang saya memang sedikit memilih kerana inginkan persefahaman dan keserasian.

Justeru apabila mereka sudah biasa kerja dengan kami, mereka sudah tahu apa yang boleh dan apa pula yang dilarang.

Lantas perjalanan penggambaran menjadi lebih mudah kerana mereka (tenaga produksi) sudah ada rasa dekat dengan produksi yang mereka bekerja dan tanggungjawab terhadap drama yang dijalankan.

Itu sangat penting kerana komitmen adalah kunci kepada disiplin untuk menghasilkan sebuah produk yang berkualiti.

Selain itu saya bertuah kerana berpeluang bekerja dengan penulis skrip yang profesional seperti Rozie yang begitu bijak mengolah semula plot cerita daripada novel ini untuk kesesuaian drama televisyen.

Malah novelis, Aisya sendiri beberapa kali sudi datang ke lokasi penggambaran kerana ingin melihat sendiri Aaron dan Nadiya menghidupkan watak dalam novel tulisannya.

RAP: Bagaimana pula dengan hasilnya selepas anda melihat produk akhir ini?

ADILA: Selepas menyaksikan kesemua hasil penggambaran, saya cukup berpuas hati dan gembira kerana apa yang saya inginkan menjadi kenyataan. Hasil kerja produksi dalam melakukan penggambaran, lakonan dan plot ceritanya begitu baik.

Barisan pelakonnya terutamanya Aaron dan Nadiya jelas membuatkan saya begitu seronok dan berpuas-hati dengan segala pelaburan dan penat sepanjang lima bulan ini.

Lakonan mereka begitu hebat dan begitu beremosi hingga mampu membuatkan saya sendiri berkhayal dengan jalan cerita yang ingin disampaikan. Saya bertuah kerana diberi peluang bekerja dengan mereka yang saya sifatkan profesional dan baik.

Lebih menggembirakan saya apabila penonton juga memberikan reaksi positif terhadap Adam & Hawa selain pihak Astro sendiri yang suka dengan hasil kerja kami. Itu sudah cukup berbaloi untuk menghilangkan rasa penat.

RAP: Apa pula perkembangan lain selepas ini?

ADILA: Dalam industri penerbitan drama televisyen, apa yang penting adalah produk yang kita hasilkan bagi memastikan pihak stesen TV terus meletak kepercayaan kepada kita.

Alhamdulillah kualiti yang kami jaga sejak dulu membuatkan rezeki dan peluang sentiasa ada.

Selepas Adam & Hawa, saya berangkat ke Maghribi untuk penggambaran drama baru pula yang juga diadaptasi daripada novel tulisan Aisya Sofea berjudul Jauh.

Kali ini aktor popular Adi Putra, Fouziah Ghous dan Anzalna Nasir pula akan saya eksperimen untuk gabungan pertama kali ini menerusi Jauh. Insya-Allah ia akan sekali lagi memberikan kami ruang untuk terus menonjol ke depan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/11


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Kawan ‘makan’ kawan cacat

Posted: 11 Sep 2012 09:20 AM PDT

LONDON: Seorang pengapit pengantin ditahan kerana disyaki mencuri 85,000 (RM 420,843) daripada rakannya - seorang bekas tentera kurang upaya - yang baru berkahwin.

Connor Aldous, 21, menjadi pengapit ketika Alex Stringer dikahwinkan dengan wanita yang menjadi temannya sejak kecil.

Stringer adalah veteran tentera Britain yang pernah berkhidmat di Afghanistan, tetapi kehilangan kedua-dua kaki dan tangan kirinya akibat terkena jerangkap samar Taliban.

Dia menggunakan anggota palsu dan terpaksa dipapah Aldous di majlis perkahwinannya.


Di sebalik 'kebaikan' itu, Aldous disyaki mengeluarkan dari bank 35,000 (RM173,288) daripada 800,000 (RM3.9 juta) pampasan diterima Stringer akibat kecacatan kekal dialaminya.


Tidak cukup dengan itu, Aldous juga meminjam 50,000 (RM247,555) wang Stringer dan ia tidak pernah dibayar semula.

Stringer yang menganggur mengenali Aldous sejak mereka bersekolah dan dia menumpang di rumah bekas tentera itu yang tinggal bersama isterinya, Danielle, 20, di Canvey Island, Essex.

Jurucakap polis berkata, Aldous ditangkap Jumaat lalu dan akan ditahan sehingga Oktober untuk membolehkan siasatan dijalankan, Sementara itu, Stringer berkata, dia menganggap Aldous seperti saudara kandung sendiri dan memberikan segala yang diperlukannya.

"Kami mempercayai Aldous dan menyediakan tempat tinggal untuknya," katanya. Stringer berkhidmat dengan Kor Logistik Rejimen Pioneer Ke-23 ditimpa kemalangan di Afghanistan pada Januari tahun lalu. Hasil hubungannya dengan Danielle, mereka mendapat dua anak, masing-masing berusia empat dan satu tahun.

Pasangan itu bakal mendapat anak ketiga musim panas ini.

Tindak-tanduk Aldous disedari apabila Stringer mengesan rakannya itu membuat banyak pengeluaran dari akaun banknya dalam tempoh 12 bulan.

Katanya, pada hari tertentu, Aldous membuat sehingga lapan pengeluaran wang sehari. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12


Juara Olimpik sempurnakan menara Lego tertinggi

Posted: 11 Sep 2012 09:17 AM PDT

PRAGUE: Atlet Czech yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 2012 baru-baru ini memberikan sentuhan terakhir pada menara Lego tertinggi di dunia, semalam.

Pemenang acara mendayung solo, Miroslava Knapkova meletakkan blok terakhir di menara setinggi 32.3 meter itu, sekali gus memadamkan rekod terdahulu dengan hanya beberapa sentimeter. Menara berkenaan dibina sempena ulang tahun ke-80 Lego dan mengambil masa kurang dari empat hari untuk disiapkan. Kira-kira setengah juta blok digunakan untuk membina menara berkenaan Lego membina menara pertama pada 1988 di London dengan ketinggian hampir 15.2 meter. Sejak itu, rekod menara Lego tertinggi diperbaharui lebih 30 kali di pelbagai tempat, termasuk di Toronto, Windsor, Vienna dan Munich. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Harimau hilang taring

Posted: 11 Sep 2012 10:43 AM PDT

STATUS Harimau Malaya selaku juara Asia Tenggara tercalar apabila terkulai di laman sendiri kepada Vietnam 0-2 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam semalam.

Kekalahan itu memberi tamparan hebat buat Malaysia yang menyaksikan rekod tanpa kalah lima perlawanan persahabatan berstatus A tahun ini lebur ketika misi mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF berbaki lebih dua bulan lagi.


Ketua Jurulatih, Datuk K Rajagobal memilih menggandingkan Mohd Zaquan Adha Abd Razak bersama Norshahrul Idlan Talaha sebelum memasukkan Mohd Safee Sali pada babak kedua.

Malah beliau memilih untuk menurunkan Christie Jayaselan bagi mengambil tempat pemain lincah S Kunanlan di bahagian sayap kiri.


Seperti keadaan padang di Stadium Shah Alam yang lembab akibat hujan yang turun sebelum perlawanan bermula, begitu jugalah aksi aksi Harimau Malaya pada babak pertama.


Sebaliknya, Vietnam, juara Piala Suzuki AFF 2008 kini dibimbing jurulatih tempatan, Phan Thanh Hung lebih menguasai permainan dengan mengatur beberapa percubaan bahaya.

Satu-satunya peluang tuan rumah hadir di minit ke-23 apabila sepakan lambung Norshahrul dalam kotak penalti melepasi palang gol.


Bagaimanapun lebih 15,000 penyokong Malaysia tersentak apabila 'anak emas' Vietnam membuktikan bisanya dengan menanduk masuk gol pertama pada minit ke-33 untuk menewaskan Mohd Farizal Marlias.

Wira Vietnam ketika menjuarai Piala AFF empat tahun lalu itu sekali lagi berpeluang menambah jaringan seminit kemudian apabila berjaya melepasi perangkap ofsaid namun bola lambungannya dikeluarkan Mohd Aidil Zafuan Abd Razak ketika Farizal sudah tertewas.


Belumpun sempat anak buah Rajagobal mengatur gerakan pada babak kedua, gawang negara sekali lagi dibolosi menerusi tolakan Phan Thanh Hung di minit ke-48 untuk menghukum kelemahan benteng negara.


Menyedari kedudukan semakin sukar, Malaysia membuat tiga pertukaran serentak dengan memasukkan Safee, Kunanlan dan Baddrol Bakhtiar menggantikan Zaquan, Bunyamin Umar dan Christie.


Namun tiada apa yang mampu dilakukan pemain negara apabila pasukan pelawat ampuh bertahan bagi mengekalkan kelebihan jaringan dua gol.


Malaysia dan Vietnam akan membuat perhitungan sekali lagi di Hanoi pada 3 November ini sebagai persiapan terakhir sebelum Piala AFF.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12


Sharbinee disoal 2 kali

Posted: 11 Sep 2012 10:40 AM PDT

LAIN disasar, lain terkena apabila kesungguhan jurulatih Terengganu, Peter Butler yang beria-ia mahu menjalani ujian poligraf (pengesanan pembohongan) ke atas dua pemainnya, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha'ri bukan sekadar tidak kesampaian, sebaliknya penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli terlebih dulu menjalani ujian itu atas alasan mengatur perlawanan.

Sebelum ini, Butler bermati-matian mempertahankan keputusan menggantung dua pemain itu atas alasan pulang jam 3 pagi ke hotel penginapan dan didakwa bersama wanita sebelum masuk ke dalam bilik hinggakan jurulatih bangsa Inggeris itu sanggup membiayai segala perbelanjaan mengambil ujian itu di dalam atau luar negara.


Pantas membela diri, Ismail menyahut cabaran untuk menjalani ujian poligraf kerana katanya, ia sangat penting bagi membersihkan namanya dan Muslim yang tercemar akibat tuduhan Butler sebelum perlawanan Piala Malaysia Kumpulan B menentang Kedah, 28 Ogos lalu.

Namun di sebalik keriuhan itu, Sharbinee yang menimbulkan kontroversi apabila dia tertampan bola ke dalam gol sendiri ketika menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu empat hari kemudian, menjadi pemain pertama Terengganu terpaksa mengambil ujian poligraf.


Itupun kerana bekas penjaga gol kebangsaan berusia 26 tahun itu, mengaku tidak terbabit mengatur perlawanan dan memberitahu media, dia sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Pengarah SPRM Terengganu, Md Yusoff Md Zain berkata, siasatan sudah dimulakan seperti diminta Shar binee dan setakat ini lapan individu termasuk pemain itu sudah dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM negeri di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu.

Menurutnya, selain Sharbinee, antara mereka yang dipanggil memberi keterangan termasuk Butler, Muslim, Ismail, Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh yang juga pengurus pasukan dan Timbalan Presiden PBSNT, Shaikh Ahmad Tajuddin Shaikh Yusoff yang juga penolong pengurus pasukan.


"Sharbinee yang dua kali disoal siasat di pejabat negeri juga diarah menjalani ujian poligraf di ibu pejabat SPRM di Kuala Lumpur dan setakat ini, hasil ujian itu belum kami peroleh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved