Jumaat, 2 November 2012

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


‘Hot mama’ bersyukur

Posted: 01 Nov 2012 08:29 AM PDT

PENGACARA dan bakat baru datang silih berganti mewarnai persada hiburan tanah air. Namun, nama pelakon dan pengacara jelita, Sazzy Falak terus bertahan dalam bidang seni, sejak berkecimpung lebih sedekad lalu.

Walaupun bermula dari bidang lakonan, menerusi teater Inggeris Young Legend ketika berusia 11 tahun, pemilik nama sebenar, Sazlini Shamsul Falak, 31, mengakui namanya memang lebih menyerlah dalam bidang pengacaraan ketika ini.

"Sebenarnya, bidang lakonan adalah nombor satu dalam hidup saya dulu. Namun, saya akur rezeki lebih murah dalam bidang pengacaraan berbanding lakonan. Tapi ada juga orang cakap sebaliknya pula.

"Apapun, selepas memiliki anak kembar, cinta saya adalah pada kedua-dua cabang seni sekali gus iaitu bidang lakonan dan pengacaraan. Saya juga ingin pastikan kedua-dua bidang diminati ini bergerak seiringan," katanya.


Selepas berehat seketika dari bidang seni kerana melahirkan anak kembarnya, Imaan Lily dan Tiara Rose tahun lalu, Sazzy mengakui tidak sabar untuk kembali merancakkan bidang seni tempatan.


"Saya sudah kembali bekerja sebaik saja habis tiga minggu tempoh berpantang dengan menjayakan pelbagai sesi fotografi dengan pihak media.

"Kini, Imaan dan Tiara sudah berusia satu setengah tahun dan saya percaya ia masa sesuai untuk bercerai daripada susu badan. Sebagai wanita bergelar ibu, memang saya agak emosi sikit dalam proses bercerai susu ini tapi nak buat macam mana kerana saya ibu moden yang bekerjaya.

"Memang saya jarang muncul dalam drama atau program TV berbahasa Melayu kerana sibuk buat program sukan bahasa Inggeris di saluran ESPN sampai sekarang. Pada masa sama, saya juga sibuk menceburi perniagaan fesyen secara online iaitu Street Fashion by Sazzy Falak (SFbySazzyFalak.com) yang beroperasi sejak Ogos lalu," kata isteri kepada personaliti TV dan Pengasas, Presiden perunding kewangan serta pelaburan, LVG Consultants Sdn Bhd, Nazril Idrus ini.

Berkongsi rahsianya mendapat bentuk tubuh yang langsing, Sazzy mengakui dia memang kuat bersenam sejak zaman anak dara lagi.

"Saya bersyukur kerana berjaya mendapat kembali berat badan asal iaitu sebanyak 45 kilogram seperti sebelum mengandung. Ketika mengandung berat badan saya bertambah sebanyak 58 kilogram.

"Selain menyusukan anak kembar dengan susu badan, saya juga membuat senaman di Body Tone Wellness Studio di mana saya dilantik sebagai jurucakap mereka dan itulah rahsia mendapat tubuh yang langsing.

"Saya juga percaya, menjaga anak kembar yang sudah pandai berjalan dan aktif ini pun antara rahsia kita dapat mengeluarkan peluh dan turut membantu menurunkan berat badan.

"Maklumlah, saya juga tidak mahu bergantung pada ibu dan pembantu rumah semata-mata kerana tetap mencari masa untuk meluangkan masa berkualiti dengan si kembar. Sebagai ibu dan bapa, kami tetap tidak mahu terlepas melihat saat-saat berharga melihat anak kembar membesar depan mata," katanya.

Ditanya sama ada tidak kisah jika anak kembar itu mengikut jejaknya, Sazzy berkata, dia dan suami sentiasa menyokong apa saja yang menjadi minat mereka.

"Saya percaya semua ibu bapa moden mempunyai pemikiran yang sama seperti kami.
Setakat ini, kedua-duanya sudah pandai 'pose' depan kamera dan ia memudahkan kami sekeluarga bergambar untuk majalah dan akhbar khusus buat tatapan peminat di luar sana.

"Kami juga tidak kisah jika Imaan dan Tiara ingin menjadi model iklan, pengacara atau pelakon jika itu yang menjadi minat mereka apabila besar nanti," katanya yang ditemui di majlis pelancaran program televisyen OMG di Restoran The Bee, Publika, Hartamas, Selasa lalu.

Walaupun jarang muncul di kaca televisyen, kebelakangan ini, 'hot mama' yang dikenali dalam program Muzik Muzik, Beat TV, Blast Off dan Ria Sentral ini tetap bersyukur kerana namanya masih mendapat tempat di hati penonton, ketika ini. Selain filem Tolong! Awek Aku Pontianak, drama terbaru lakonannya pula ialah Sofi Suriani yang membabitkan penggambaran Januari lalu.

"Saya juga rindu untuk beraksi dalam drama dan filem baru. Cuma kerinduan mengacara sedikit sebanyak terubat untuk pelbagai majlis korporat dan perkahwinan.

"Terus terang, saya sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk kembali berlakon dan mengacara kerana anak kembar sudah besar sikit dan sudah boleh berenggang lama sikit daripada mereka. Justeru, peluang mengacara program televisyen OMG memang seperti pucuk dicita ulam mendatang," katanya.

Sazzy juga tidak bersendirian, sebaliknya bakal bergandingan dengan kawan baiknya, Razif Hashim menjayakan OMG yang bakal bersiaran di saluran Diva Universal.

"Saya sangat teruja buat program ini kerana ia akan ditayangkan di saluran antarabangsa. Selain itu, saya bakal bergandingan dengan kawan baik sendiri.
Kami memang serasi bekerjasama kerana pernah beraksi dalam Gol & Gincu sebelum ini," katanya.

Program yang mengupas topik terkini membabitkan kerja, keluarga, persahabatan dan perhubungan turut memperkenalkan tiga segmen utama iaitu 'OMG Celebrity', 'OMG Miss Chilled' dan 'Oh My Gaji'. Ia turut dimeriahkan dengan barisan artis undangan seperti Lisa Surihani, Jaclyn Victor, Mizz Nina, Hannah Tan dan Deborah Henry. Program sebanyak 13 episod ini akan bersiaran bermula 5 November, setiap Isnin, jam 7.30 malam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/01


Meriahkan karnival

Posted: 01 Nov 2012 08:16 AM PDT

ARTIS veteran masih mendapat di hati peminat seni suara di mana pada hujung minggu ini, Jaafar Onn bersama rakan artis yang lain, Rohana Jalil, Salwa Abdul Rahman dan A Halim akan menghiburkan peminat mereka di Segamat sempena Karnival Jelajah Sihat 2012 yang diadakan di daerah itu.

Karnival anjuran Kementerian Kesihatan itu akan berlangsung esok dan lusa (3 dan 4 November).

Selain menyanyi, Jaafar yang akan turut menjadi pengacara karnival itu bersama Maya (Matahari). Jelas Jaafar, karnival itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga.

"Sekarang saya lihat penyakit bukan saja menyerang mereka yang sudah berusia tetapi juga orang muda termasuklah kanak-kanak. Dalam zaman moden ini, macam-macam penyakit ada.


"Pada usia bayi lagi sudah dapat penyakit kronik. Belum lagi mereka sempat nak mengenal dunia, hospital sudah menjadi rumah tetap. Sebab itu penjagaan kesihatan sangat penting. Bukan saja ibu bapa patut menjaga kesihatan malah mereka juga mesti mengajar anak-anak amalan pemakanan sihat dengan menjauhi makan segera yang terdapat banyak di pasaran.


"Alhamdulillah kita hidup dalam negara yang aman makmur dengan rezeki yang melimpah ruah dan makanan yang sangat mewah. Bukan tidak boleh makan langsung tetapi berhati-hati tetapi kurangkan makanan yang tidak berkhasiat dan menggantikannya dengan banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

"Saya sendiri menjaga makan, maklum saja pada usia yang kian meningkat ini, orang kata penyakit adalah rakan setia. Memang kita tidak boleh menolak ketentuan Allah SWT tetapi tak salah untuk kita berusaha menjaga kesihatan.

Saya bersyukur pada usia 60 tahun sekarang, saya dikurniakan kesihatan yang baik dan masih aktif dalam dunia seni, lakonan, pengacaraan dan sebagai tukang masak sehingga di jemput memasak ke luar negara.

"Oleh itu saya sangat menyokong karnival ini kerana sudah tiba masanya untuk kita memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan kesihatan. Amalkan pemakanan sihat dan rajin bersenam," katanya.

Pada hari itu nanti selain persembahan artis pelbagai acara lain disediakan antaranya Pemeriksaan Kesihatan, Pameran Kesihatan, Forum Kesihatan Pertandingan Futsal, Bual Bicara, Pertandingan Mengira Gigi Pasangan, Gubahan Bunga, Pertandingan Karaoke - The Voice Bikin Gegar, Explorace, Pertandingan Memasak, Sukaneka, Pertandingan Basikal Fixie Tercantik, Pertandingan Kayuhan Basikal Terlambat, Pertandingan Jrobik (terbuka) dan Cabutan Bertuah serta Pertandingan Memasak - Jaguh Kuali Ku Sihat oleh Chef Zaidah.

Negeri Johor yang kaya dengan adat dan seni budaya lama, akan menyambut ketibaan tetamu kehormat ke karnival itu dengan persembahan gambus, keroncong dan nyanyian lagu Bangsa Johor.

Turut diadakan hampir 20 gerai khidmat kesihatan yang memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk merujuk kepada pakar kesihatan mengenai penjagaan kesihatan dan mendapatkan maklumat pelbagai jenis penyakit serta cara untuk menghadapinya.

"Ada yang takut berjumpa doktor dan bila penyakit sudah kronik, ia terlambat untuk diubati. Oleh itu, jangan segan dan malu untuk berkongsi masalah kesihatan anda dengan mereka yang pakar kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Apatah lagi kos perubatan semakin mahal sekarang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/01


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Norshahrul pening

Posted: 01 Nov 2012 12:25 PM PDT

KESUNGGUHAN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendapatkan khidmat pemain paling bernilai (MVP), Norshahrul Idlan Talaha mungkin terpaksa dibayar harga cukup tinggi memandangkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pastinya mahu merasai keuntungan selepas 'melabur' membentuk pemain itu menjadi penyerang digeruni negara.

Adakah benar nilai RM1 juta perlu dibayar PBNJ untuk menebus baki kontrak setahun Norshahrul bersama Kelantan atau jumlahnya lebih tinggi mengikut penilaian majikannya yang kini mencongak dengan teliti kontrak itu dari sudut pasaran dan perundangan.


Situasi itu membuatkan pemain berusia 26 tahun itu 'pening kepala' apabila kedudukannya hingga kini belum dipastikan sedangkan dirinya secara terbuka sudah meluahkan isi hati untuk mencari angin baru selepas tiga tahun bersama Kelantan dan menyertai pasukan 'Manchester City' Malaysia yang baru, iaitu Johor.

Biarpun tiada pengesahan rasmi gaji RM80,000 sebulan ditawar kepada Norshahrul seperti yang dilapor media tempatan setakat ini, namun yang pasti, PBNJ menawarkan pakej menarik untuk pemain kelahiran Besut, Terengganu itu.


"Setiap pemain kalau dapat tawaran macam itu, pasti ada keinginan untuk pergi," katanya ringkas ketika ditanya pemberita semalam mengenai tawaran yang diberikan oleh Johor.


Norshahrul atau turut dikenali sebagai Mat Yo yang berlepas ke Hanoi, Vietnam semalam bersama skuad Harimau Malaya kini menyerahkan kepada Kafa dan PBNJ membuat keputusan.

"Saya serahkan segala keputusan kepada mereka (Kafa dan PBNJ). Saya tak tahu perkara ini menjadi serius, tunggu selepas saya balik dari Vietnam. Saya akan beritahu keputusan daripada perbincangan itu.


"Kafa beritahu mereka sudah baca kontrak (yang diberikan oleh PBNJ) tapi mereka tak cakap tolak, mereka tidak cakap apa-apa. Sekarang saya pening tapi jurulatih (Datuk K Rajagobal) minta saya beri tumpuan kepada pasukan kebangsaan dan biar mereka (Kafa dan PBNJ) buat kerja. Saya harap mereka boleh beritahu keputusan secepat mungkin," katanya.

Norshahrul yang dinobat MVP dan penyerang terbaik kebangsaan buat kali ketiga berturut-turut tahun ini menjadi buruan skuad Harimau Selatan selepas mempamerkan aksi mantap dengan meledak dua gol ketika membantu Kelantan menewaskan ATM, 3-2 pada final Piala Malaysia, piala ketiga musim ini selepas Liga Super dan Piala FA.


Penyerang itu ke Hanoi bagi aksi persahabatan antarabangsa skuad kebangsaan menentang Vietnam esok dan akan ke Chiang Mai bagi perlawanan dengan Thailand pada 7 November sebelum pulang ke tanah air.


Norshahrul adalah tonggak utama Harimau Malaya ketika menjulang Piala Suzuki AFF dua tahun lalu dan sekali lagi bakal menjadi taruhan utama Rajagobal untuk menerajui barisan serangan melaksana misi mempertahankan kejuaraan hujung bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/02


McLaren yakin halang Red Bull

Posted: 01 Nov 2012 10:09 AM PDT

ABU DHABI: Pasukan Formula Satu (F1) McLaren yakin mampu menghalang Red Bull mengesahkan kejuaraan pengeluar pada Grand Prix Abu Dhabi, hujung minggu ini.

Pengarah sukan McLaren, Sam Michael berkata, perbezaan karakter litar mungkin menyaksikan kelebihan Red Bull dikurangkan dan memberi peluang kepada pasukan lain melakar kemenangan.


Namun beliau mengaku terlalu sukar untuk mengejar Red Bull dalam perebutan kejuaraan.

Selepas empat kemenangan berturut-turut, termasuk persembahan mengagumkan penyandang juara kategori pemandu, Sebastian Vettel, Red Bull mengungguli kedua-dua carta kejuaraan selepas 17 daripada 20 perlumbaan tahun ini.


Vettel yang menyumbang empat kemenangan berturut-turut buat pasukan berpangkalan di Milton Keynes itu, mengumpul 240 mata untuk mendahului pencabar terdekat yang juga juara dunia dua kali, Fernando Alonso dari Ferrari dengan perbezaan 13 mata dengan baki tiga perlumbaan.


Dalam perebutan kejuaraan pengeluar, Red Bull mendahului 91 mata selepas mengutip 407 mata di depan Ferrari yang mengumpul 316 manakala McLaren meraih 306 mata. Mereka akan mengesahkan kejuaraan di Abu Dhabi jika mendahului 86 atau 87 mata jika pemandu McLaren memenangi perlumbaan itu.

Ini menjurus kepada banyak perkiraan bagi merebut kejuaraan, namun minimum buat Red Bull adalah berakhir di tangga pertama dan kelapan, atau kedua dan ketiga untuk muncul juara.


Michael, bagaimanapun percaya McLaren mahupun Ferrari mampu menangguhkan kemenangan Red Bull, malam Ahad ini.

"Persembahan boleh berubah dari satu litar ke satu litar dengan perbezaan beberapa perpuluhan saat," jelasnya. "Jika bertindak cemerlang dari baris hadapan, maka anda berpeluang untuk menang." McLaren mempamerkan rentak kompetitif dan konsisten dalam beberapa perlumbaan lalu namun perlu mencari sentuhan tambahan untuk mengancam dan meranapkan impian Red Bull meraih kejuaraan pengeluar ketiga berturut-turut selain Vettel ditabal juara tiga kali paling muda dalam sejarah. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/02


Kredit: www.hmetro.com.my

Khamis, 1 November 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Juadah pelbagai tema

Posted: 04 Oct 2012 07:47 AM PDT

MENU menarik dan menyelerakan mengikut pelbagai tema bakal menemui pengunjung Hotel Impiana sepanjang Oktober ini.

Dimulakan dengan bufet Pan Asian Treats pada harga RM68++ pada setiap Isnin hingga Khamis, pengunjung berpeluang menjamu hidangan Mediterranean pada setiap Jumaat dan Sabtu, sementara Ahad dipenuhi pelbagai juadah tempatan pada harga RM48++ seorang.

Menariknya, ais krim Baskin Robbins turut disediakan sebagai pencuci mulut untuk semua hidangan bufet ini.

Pada masa sama, Tonka Bean juga mengalu-alukan pengunjung merasai bufet tengah hari menu antarabangsa yang menggabungkan cita rasa tempatan pada harga RM58++ seorang.


Ais krim Baskin Robbins sekali lagi menjadi tarikan, selain beberapa variasi pencuci mulut yang pasti menepati selera pengunjung.


Andai ada masa senggang di hujung minggu, Tonka Bean tidak ketinggalan menyediakan bufet minum petang yang menawarkan bermacam hidangan antaranya burger mini, kuih-muih, dim sum, roti jala, sate ayam dan daging, nasi lemak, ayam goreng berempah, sosej, mi kari, piza, apam balik serta ubi sambal.

Tidak sekadar menjamu selera, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan sekeliling serta Menara Berkembar Petronas yang terletak berhadapan kafe dalam keadaan tenang tanpa gangguan hiruk-pikuk kota.

Untuk tempahan, boleh hubungi 03-21471111 sambungan 3034 atau 3035.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/04


Syukur generasi bebas penjajah

Posted: 30 Aug 2012 09:25 AM PDT

PERASAANNYA berbunga riang sambil melahirkan rasa syukur yang tidak putus-putus setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan berlangsung, malah tidak ketinggalan meraikan hari bersejarah itu bersama-sama jutaan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tahu menilai serta menghargai erti kebebasan di tanah air sendiri.

Walaupun lahir selepas merdeka, suri rumah, Noriah Hashim, 49, mampu merasai keperitan kehidupan penduduk negara ini sebelum mencapai kemerdekaan, melalui kisah yang diceritakan suami serta arwah ibu mentuanya yang sering berkongsi pengalaman mengenai penderitaan mereka ketika Tanah Melayu menjadi kawasan jajahan British dan Jepun.

Setiap kali tarikh keramat 31 Ogos menjelang tiba, beliau antara orang yang paling gembira kerana mengenangkan keadaan rakyat negara ini yang dapat hidup aman dan harmoni selepas bebas daripada cengkaman ketakutan akibat duduk di bawah pemerintahan bangsa asing suatu ketika dulu.

Noriah berkata, setiap kali mendengar kisah kepayahan hidup yang diceritakan ibu mentua dan suaminya, beliau berasa betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia yang bukan saja boleh hidup bertolak-ansur bersama kaum lain dalam keadaan damai, malah diuruskan kerajaan yang bertanggungjawab, prihatin dan menjaga kebajikan rakyat.


Daripada apa yang diceritakan kepadanya, dia mendapat tahu kehidupan sebelum merdeka dipenuhi rasa takut yang amat sangat terutama ketika penjajahan Jepun hingga orang kampung tidak mahu keluar rumah kerana bimbang diserang.


"Mereka hidup dalam ketakutan, tidak seperti kita hari ini. Menurut ibu mentua saya, adik-adik perempuannya yang masih muda dan belum berkahwin ketika itu disorok bapanya dan tidak dibenarkan keluar.

"Ibu mentua saya berasal dari Tapah, Perak dan adik-beradiknya semua mempunyai rupa paras yang cantik dengan kulit putih mulus. Disebabkan itu, mereka disorok kerana bimbang diapa-apakan tentera Jepun.

"Sekiranya hendak keluar juga, terpaksa sorok-sorok kerana tentera Jepun ketika itu yang terkenal dengan sikap rakus dan kejam, berani melakukan jenayah sesuka hati mereka termasuk membunuh," katanya.

Menurut Noriah, selain terseksa dari segi emosi kerana tidak bebas dan rasa terkurung, hidup majoriti rakyat di Tanah Melayu ketika itu juga sangat susah dan banyak bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan.

Menurut suaminya, peniaga, Mat Daud Ayob, 60, hidup pelajar sekolah ketika itu juga terbatas kerana mereka terpaksa pergi dan balik sekolah dalam keadaan menyorok, malah sesi persekolahan pernah terganggu sementara dengan kehadiran tentera Jepun.

Keadaan pada masa itu sangat berbeza dengan zaman ini. Rakyat Malaysia bukan saja bebas dan hidup aman damai, malah semakin maju mengejar pencapaian setanding negara luar.

"Taraf hidup rakyat ketika ini juga jauh berbeza sekiranya hendak dibandingkan zaman sebelum merdeka kerana ekonomi kita yang semakin kukuh dan nama negara semakin harum di peringkat antarabangsa.

"Saya selalu menceritakan kisah sebelum zaman merdeka seperti yang diceritakan kepada saya dan sering berpesan kepada anak-anak supaya mereka bersyukur dapat tinggal dan menjadi rakyat negara ini.

"Walaupun ke mana kita pergi, Malaysia adalah negara terbaik pada mata saya kerana ia seimbang dari semua segi, tidak seperti sesetengah negara lain yang rakyat hidup melarat biarpun sudah lama maju," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, golongan muda juga harus tahu mengenai kisah sebelum merdeka supaya mereka sedar betapa berharganya nilai kebebasan serta tidak menimbulkan sebarang kekacauan yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Beliau bukan saja rasa bersyukur, malah berasa amat beruntung menjadi rakyat negara ini, bersama-sama dengan bangsa lain yang berbilang kaum.

"Tidak perlulah kita hendak bergaduh atau membuat kacau kerana perbezaan fahaman politik kerana apa yang negara ada ketika ini sudah cukup bagus. Kerajaan kita melakukan tugas dengan baik dan tidak perlulah ada pihak yang hendak membuat kacau-bilau," katanya.

Setiap kali Hari Kemerdekaan, rasa bangga menjadi anak Malaysia membuak dalam dadanya. Justeru, dia dan suami sanggup bangun awal pada hari cuti umum itu untuk membawa anak-anak meraikan hari penuh bersejarah di Dataran Merdeka bersama rakyat lain. Ia boleh dikatakan sudah menjadi 'aktiviti tahunan yang wajib' untuk mereka sekeluarga.

Malah, setiap tahun dia sekeluarga akan turut sama menghias rumah dan kereta dengan bendera Malaysia bagi mengingati hari bermakna kepada negara ini.

"Kami juga akan bergerak dari rumah di Kajang ke Dataran Merdeka untuk sama-sama meraikan dan merasai nikmat kemerdekaan yang dicapai sejak 55 tahun lalu bersama rakyat lain.

"Sungguh menggembirakan apabila dapat melaungkan Merdeka bersama-sama rakyat negara ini yang berbilang kaum. Ia menunjukkan majoriti rakyat tahu menghargai erti kebebasan dan keamanan," katanya.

Sementara itu, juruteknik, Abdullah Hashim, 55, yang dilahirkan tepat pada 31 Ogos 1957 berkata, berkongsi tarikh lahir dengan Hari Kemerdekaan sememangnya memberi makna tersendiri kepada dirinya.

Katanya, beliau dilahirkan di rumahnya di Kampung Gelam, Melaka dan hanya menyedari tarikh lahirnya sama dengan sambutan kemerdekaan negara sekitar usia 10 tahun apabila diberitahu bapanya.

"Ketika kecil, saya tidak tahu tetapi apabila sudah mula faham, saya berasa amat bangga dilahirkan sama dengan tarikh negara bebas daripada cengkaman bangsa luar, apalagi rakyat Malaysia beramai-ramai meraikannya," katanya.

Abdullah berkata, beliau sering mendengar cerita betapa susahnya kehidupan zaman sebelum merdeka terutama daripada ibu bapanya di mana kehidupan seharian rakyat pada waktu itu sangat susah dan sentiasa tertekan.

Dia masih ingat bagaimana orang kampung ketika itu sangat takut dengan tentera Jepun hingga pergerakan mereka menjadi terbatas dan tidak dapat keluar rumah kecuali dengan cara menyorok.

"Kekejaman tentera Jepun menyebabkan penduduk takut hingga tidak berani bergerak di luar rumah. Tidak seperti hari ini, tiada rasa takut dan semua orang bebas untuk ke mana-mana saja.

"Apabila kita diisytiharkan merdeka, ia seolah-olah satu nikmat yang sukar diucapkan dan hanya difahami mereka yang pernah hidup tertindas sebelum ini. Hidup rakyat menjadi lebih tenang dan gembira," katanya.

Kisah mengenai zaman sebelum kemerdekaan seharusnya selalu diketengahkan supaya generasi muda tahu betapa seksanya hidup di bawah cengkaman asing dan lebih bersikap patriotik terhadap negara.

Katanya, golongan yang suka menimbulkan kekacauan seharusnya sedar segala ketenangan dan kedamaian yang dikecapi hasil kemerdekaan yang diperoleh dan tidak seharusnya diperjudikan dengan sikap mementingkan diri sendiri.

"Saya tidak setuju dengan perbuatan demonstrasi yang sering diadakan sesetengah pihak kerana bagi saya ia bukan saja membuang masa, malah tidak memberi sebarang faedah kepada bangsa dan negara.

"Generasi muda harus tahu mengenai keadaan sebelum merdeka dan jangan huru-harakan negara kerana sikap mementingkan diri sendiri," katanya.

Abdullah bersama isteri, Sharifah Hashim, 54, dan anak-anak, Shahrul, 27, Nurhaniza, 25, dan Ahmad Shahir, 18, menghias rumah mereka dengan mengibarkan bendera bersaiz besar pada hadapan rumah bagi meraikan hari bersejarah negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/31


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Tak mungkin jadi ‘gajah putih’

Posted: 31 Oct 2012 11:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Projek pembangunan semula Pasar Raja Bot atau Chow Kit yang dilaksanakan pada tahun depan tidak mungkin menjadi projek 'gajah putih' berikutan usaha kerajaan menjadikan kawasan itu sebagai pasar moden dengan dilengkapi Pusat Tranformasi Bandar (UTC) mini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, selain itu pelan pembangunan kawasan terbabit turut mengambil kira pandangan semua pihak menerusi perbincangan dilakukan sebelum ini, sekali gus menjadikan pusat tumpuan perniagaan itu lebih kondusif dan menarik.


"Kami sudah pun mengadakan inisiatif dalam mendapatkan pandangan daripada peniaga dan mengadakan sesi perbincangan. Kami pamerkan projek cadangan itu dan setiap pertimbangan dibuat berdasarkan saranan pihak berkenaan (peniaga). "Kami berpandangan bahawa untuk membangunkan semula Pasar Raja Bot ini memerlukan perubahan yang meluas, tetapi kami tidak boleh melaksanakan ini secara total, maknanya memindahkan mereka ini akan mengganggu perniagaan harian mereka," katanya pada sidang media sempena penganjuran program perlumbaan basikal OCBC Cycle Malaysia 2013 membabitkan laluan baru sejauh 12.1 kilometer yang diadakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pada 11 hingga 13 Januari tahun depan.

Aktiviti yang menyasarkan penyertaan 5,000 penunggang basikal itu akan merentasi mercu tanda Kuala Lumpur, selain menggalakkan pertumbuhan acara sukan mesra alam dan menarik minat pasukan korporat mengayuh sambil menderma dengan sasaran kutipan RM100,000.


Hadir sama, pengarah dan ketua Pegawai Eksekutif OCBC Al-Amin Bank Berhad, Syed Abdull Aziz Syed Kechik.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/01


Semua struktur chalet tak sah

Posted: 31 Oct 2012 11:10 AM PDT

AMPANG: "Tiada satu pun struktur binaan khususnya chalet di kawasan perkelahan Kampung Kemensah, di sini, sah di sisi perundangan dan beroperasi mengikut status tanah yang sepatutnya," kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Mohammad Yacob.

Menurut beliau, pemilik tanah seharusnya memahami status tanah mereka sama ada untuk kediaman atau pertanian sebelum melaksanakan aktiviti atau operasi dijalankan dikira salah serta haram.


Katanya, hasil pemeriksaan mendapati struktur binaan di kawasan terbabit dikesan dibangunkan di atas tanah milik persendirian dan kerajaan.

"Tiada masalah sekiranya mereka mahu menjalankan aktiviti yang menjurus kepada pelancongan di pinggir sungai berkenaan apatah lagi ia popular sebagai kawasan perkelahan namun gunakan saluran betul.


"Sekiranya status tanah berkenaan didaftarkan sebagai tanah pertanian, aktiviti yang dijalankan di tanah terbabit seharusnya menjurus kepada pertanian dan bukan operasi chalet atau seumpamanya seperti berlaku sekarang.


"Bagi pemilik persendirian, tukar status tanah terlebih dulu dengan pejabat tanah dan memohon lesen perniagaan (bagi operasi chalet) dengan pihak berkuasa tempatan (PBT). Manakala di tanah kerajaan, mohon untuk sewa atau beli seterusnya ikut prosedur," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penuh MPAJ Bagi Oktober 2012 di Menara MPAJ, di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai permintaan 15 pengusaha chalet di Kampung Kemensah yang mahukan jaminan bertulis daripada MPAJ berhubung mata pencarian mereka itu.


Permintaan itu disuarakan menerusi Persatuan Pengusaha dan Peniaga Chalet Pusat Rekreasi Kampung Kemensah selepas mesyuarat bersama pihak MPAJ baru-baru ini memutuskan notis roboh chalet di situ yang dikeluarkan Jun lalu dibatalkan.

Pengerusinya, Rohaizad Sa'ayan berkata, hampir belasan tahun pengusaha chalet menjalankan aktiviti pelancongan sehingga lokasi berkenaan menjadi terkenal dan dikunjungi ribuan pengunjung setiap minggu. Justeru, pengusaha berharap diberi peluang meneruskan aktiviti berkenaan dan diberi lesen berniaga.


Beliau turut berharap kawasan perkelahan terbabit diwartakan sebagai pusat rekreasi dan pelancongan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/01


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Skyfall antara filem Bond terbaik

Posted: 31 Oct 2012 07:28 AM PDT

"MY name is Bond... James Bond." Ungkapan itu sekali lagi dilafazkan Daniel Craig. Itu juga bukan kali pertama, sebaliknya kali ketiga diungkapkan aktor berambut 'blonde' dan bermata biru itu selepas Casino Royale (2006) dan Quantum of Solace (2008).

Lebih daripada itu, kata-kata yang sama juga sudah pernah dilontarkan selama 50 tahun sejak francais filem ejen perisik British ciptaan Ian Fleming itu mula-mula dihasilkan pada 1962 dengan judul Dr No.

Semuanya bermula dengan Sean Connery sebagai Bond, diikuti George Lazenby, Roger Moore, Timothy Dalton, Pierce Brosnan dan Craig. Siapa boleh lupa dengan judul-judul seperti From Russia With Love, You Only Live Twice, Moonraker, The Spy Who Loved Me, Licence To Kill, The Living Daylight dan Tomorrow Never Dies.

Tahun ini, sekali lagi Craig meneruskan lagi legasi 007 menerusi Skyfall siri yang ke-23. Tugas pengarahan yang penting itu kini julung kali diserahkan ke tangan sutradara Sam Mendes (pengarah ke-15) dan turut menampilkan Ralph Fiennes, Javier Bardem, Naomie Harris, Berenice Marlohe (kacukan Kemboja-Perancis) serta Ben Whishaw.


Selain Craig yang kekal, aktres veteran Judi Dench juga masih wujud sebagai M (kemunculan ketujuh dalam siri Bond) dan percayalah bahawa kali ini Bond Girls seakan tidak penting lagi apabila buat pertama kalinya M menjadi sangat penting.


Kenapa M mahupun judul Skyfall menjadi terlalu penting? Itulah yang peminat filem perlu lihat sendiri untuk membongkar apakah segala rahsia yang tersembunyi dalam filem yang dianggap sebagai antara yang terbaik dalam sejarah filem James Bond.

Harian Metro bertuah kerana turut diundang menyertai sesi wawancara Skype dengan pengarah dan barisan pelakon utama Skyfall dari Pinewood Studios, London, yang diaturkan Sony Pictures International Releasing, baru-baru ini.

Bercakap dalam nada teruja, Mendes, 47, yang sebelum ini pernah mengarah filem hebat seperti American Beauty dan Road to Perdition berkata, dia sudah melakukan yang terbaik kepada filem itu kerana memikirkan tanggungjawab yang besar diserahkan kepadanya oleh pihak produser.

"Memandangkan ini kali pertama saya diberi tugas mengemudi filem James Bond, saya mahu rebut peluang keemasan ini dan melakukan dengan sebaik mungkin.
Apatah lagi produksi kali ini memasuki tahun penerbitan ke-50, saya mahu hadiahkan sesuatu yang istimewa kepada penonton setia Bond.

"Saya gembira kerana penggambaran berjalan lancar di setiap lokasi termasuk di Turki dan China. Saya gembira kerana Daniel, Javier, Judi dan semua pelakon lain memberikan komitmen yang terbaik kepada filem ini. Memang sudah menjadi impian saya untuk bekerja dengan Judi dan Daniel," kata Mendes yang juga bekas suami aktres Kate Winslet.

Bagi Craig, 44, sendiri, jalan cerita Skyfall membuatkan dia teruja untuk membintangi filem ini kerana ia cukup berbeza berbanding filem Bond sebelumnya.

"Saya tidak boleh bercerita secara mendalam mengenai filem ini namun ada sesuatu yang baru mengenai Bond dan M yang perlu anda saksikan sendiri. Saya juga gembira kerana produksi ini memasuki ulang tahun ke-50 dan tentunya produser dan Sam ingin menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada anda (penonton).

"Terus terang saya sangat percayakan kemampuan Sam sebagai pengarah. Saya yakin dia mampu mencurahkan segala pengalamannya selama ini ke dalam filem ini," ujar Craig yang dilaporkan sudah menyambung kontrak untuk dua lagi filem Bond akan datang. Sebelum ini dia muncul dalam filem The Girl with the Dragon Tattoo.

Bagi Naomie Harris, 36, pula, dia akui cukup bertuah kerana terpilih menjadi salah seorang daripada dua Bond Girls dalam Skyfall.

"Eve seorang wanita yang bijak, berdikari, lucu tetapi berani. Dia tidak takut untuk berdiri dalam situasi yang getir di sisi Bond. Peluang berlakon watak ini memberi peluang untuk saya menonjolkan sisi berbeza personaliti diri saya," kata Harris dengan petah. Dia memang suka tersenyum dan dikenali dengan salah satu filem Pirates of the Caribbean.

Skyfall yang menampilkan suara Adele dalam lagu tema, dibuka dengan babak mencemaskan apabila Bond bertarung dengan seorang musuh yang sangat licik di Istanbul. Babak yang mendebarkan itu disempurnakan dengan hebat sekali di atas gerabak keretapi yang sedang bergerak di satu lereng gunung. Dalam pergelutan itu, Bond tertembak selepas tembakan oleh itu dilepaskan oleh rakan setugasnya, Eve Moneypenny (Naomie Harris) - atas arahan terdesak M sendiri.

Seterusnya Bond dilaporkan 'mati' namun akhirnya muncul semula di depan M selepas beberapa lama memencilkan diri. Bond terpanggil untuk berjumpa M semula selepas melihat ibu pejabat majikannya, MI6, di tengah-tengah kota London, dibom pengganas.

M dalam keadaan berbelah bagi apabila melihat keadaan fizikal Bond yang terjejas akibat kecederaannya itu, tetap nekad memberikan tugasan terbarunya untuk memburu kumpulan pengganas itu yang diketuai Raoul Silva / Tiago Rodriguez (Javier Bardem).

Tugas Bond itu juga memaksa dia 'terbang' ke Shanghai serta Macau, China dan seterusnya kembali ke England dan akhir sekali menuju ke bumi Scotland. Namun dalam misinya dia dibantu oleh Q (Ben Whishaw) yang bijak dengan inovasi gajetnya.

Siapakah sebenarnya Silva dan mengapakah dia bertukar menjadi pengganas yang psiko, licik, pendendam dan tidak berperikemanusiaan? Semua jawapan itu ada untuk anda cari dalam Skyfall yang kini mula ditayangkan di pawagam berdekatan.

Skyfall diterbitkan Michael G Wilson dan Barbara Broccoli dengan bajet yang dianggarkan mencecah AS$150 juta (RM450 juta). Ia edaran Metro-Goldwyn-Mayer bersama Columbia Pictures.

Sementara itu, stesen ntv7 turut menganjurkan bulan filem Bond dengan menayangkan karya menarik sejak 7 Oktober lalu melalui slot Sunday Movies, jam 11 malam.

Pada 4 November ini, filem Casino Royale akan ditayangkan. Selain itu ntv7 juga menganjurkan Tayangan Gala Skyfall pada 30 Oktober lalu di The Curve, Damansara.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31


Hot FM kekal nombor 1

Posted: 31 Oct 2012 07:11 AM PDT

INDUSTRI penyiaran radio terus berkembang secara kompetitif dalam menyediakan kandungan hiburan terbaik dan menyampaikan maklumat kepada pendengar.

Justeru, kreativiti, idea bernas dan komitmen kepada pendengar, pelanggan serta rakan niaga menjadi prinsip terbaik menjadikan stesen bernaung di bawah Rangkaian Radio Media Prima (MPRN) Hot FM, Fly FM dan One FM terus mencapai keputusan positif untuk terus kekal relevan kepada pendengar.

Mengikut kaji selidik dilakukan oleh The Nielsen Company, Hot FM kekal sebagai stesen nombor satu bagi kelompok pendengar berusia di bawah 25 tahun. Dengan siaran Hot FM AM Krew yang ke udara setiap hari dari jam 6 pagi hingga 10 pagi dan Carta Ulat Buku (jam 8 hingga 12 tengah malam), membentuk gabungan mantap sebagai siaran sarapan pagi dan siaran malam bagi kelompok pendengar berusia 18-24 tahun.

Bahkan, terdapat jumlah pendengar juga menunjukkan peningkatan sebanyak 16% dalam pasaran utama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Seberang Perai, Johor Bahru dan Ipoh.


Perkembangan di pantai timur turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan sebanyak 19% pendengar sejak hari pertama beroperasi, membuktikan penerimaan baik kandungan tempatan yang mampu menarik pendengar baru di Kelantan dan Terengganu.


Hot FM juga mencatatkan peningkatan Masa Mendengar Paling Lama (TSL) daripada 7 jam kepada 9 jam. Stesen Fly FM turut mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio Inggeris nombor 2 Malaysia.

Kajian dibuat menunjukkan peningkatan dari segi pendengar eksklusif sebanyak 150% iaitu daripada 36,000 kepada 90,000.

Siaran paling hangat Malaysia Hottest Music dikendalikan oleh Hunny Madu yang ke udara setiap hari dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari juga menunjukkan peningkatan yang konsisten dan meningkat sebanyak 12% peratus kepada 233,000.

Sebagai tambahan kepada perkembangan menggalakkan itu, Fly FM turut menunjukkan peningkatan pendengar daripada segi Pendapatan Isi Rumah (HHI) sebanyak 15% bagi golongan berpendapatan RM8,000 ke atas dan 20% bagi berpendapatan RM5,000 ke atas.

Pada masa yang sama, One FM terus mengekalkan angka memberangsangkan sejak beroperasi dari peringkat awal. Kali ini, stesen itu muncul sebagai stesen nombor satu berbahasa Cina atas Masa Mendengar Paling Lama (TSL) bagi pendengar berusia 18 hingga 24 tahun.

Stesen One FM juga terbukti sebagai stesen radio nombor 2 Cina dalam negara ini memikat pendengar berumur bawah 30 tahun.

Perkembangan positif berterusan dengan Morning Kaki dan Happy Hour, menjadi pilihan nombor dua untuk rancangan sarapan pagi dan ketika memandu khusus buat pendengar berumur bawah 35 tahun. Pencapaian ini membuktikan satu lagi pencapaian bagi dua program itu yang ke udara dari jam 6 pagi hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 8 malam. Malah, One FM juga terus mengukuhkan kehadirannya dalam industri dengan peningkatan kecenderungan mendengar sebanyak 32%.

"Sekalipun menghadapi persaingan sengit, MPRN terus mencari formula baru meningkatkan tahap kandungan dan menjayakan kempen dengan menggunakan pelbagai platform untuk membolehkan mereka sentiasa dekat dengan pendengar radio," kata Ketua Pegawai Eksekutif MPRN, Seelan Paul.

"Dengan mengadakan saluran televisyen sendiri menerusi Tonton, penggunaan pelbagai aplikasi telefon bimbit dan perkembangan pengikut melalui media sosial daripada facebook, twitter dan instagram, stesen itu mampu menjangkaui platform radio biasa untuk mewujudkan suasana perbualan menarik dan pengalaman yang tidak dirasai di tempat lain.

"Kami juga mementingkan kualiti kandungan dan mengambil pendekatan untuk memperbaiki penampilan diri dan personaliti untuk terus kekal di kalangan pendengar kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Aku nak kereta!’

Posted: 31 Oct 2012 11:35 AM PDT

MACHANG: "Aku nak kereta, kalau tak aku tembak!," kata seorang penjenayah paling dikehendaki polis sambil mengacukan pistol di leher Siti Norhafizah Omar, 27, sebelum melarikan kereta Perodua Myvi bersama anak lelakinya berusia setahun lima bulan dalam kejadian berhampiran Masjid Kampung Paloh, Gua Musang, awal pagi semalam.

Penjenayah itu, Zawa Abdul Halim, 34, dalam buruan polis berkaitan kejadian tembak di Paloh, kelmarin dan beberapa jam kemudian dia ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Kilometer 45, Kampung Kemuning, di sini, jam 7.30 pagi semalam.

Biarpun dilarikan 100 kilometer (km) dan berada dalam kereta ketika berlaku kejadian berbalas tembakan, anak Siti Norhafizah, Mohd Haikal Harraz Hasrizal terselamat tanpa kecederaan.

Selepas dikejar polis, Zawa yang terbabit samun, curi kereta, pecah rumah dan pengedaran dadah, terbabas apabila Perodua Myvi dicurinya itu terlanggar pembahagi jalan.


Bagaimanapun, ketika keluar dari kereta dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan anggota polis dan satu daripadanya mengenai tangan dan rusuk kanan Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, yang kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/01


‘Televisyen dadah’

Posted: 31 Oct 2012 11:35 AM PDT

KLANG: Helah seorang 'keldai dadah' menyorok dadah di dalam televisyen terbongkar apabila rumahnya diserbu dalam operasi sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sebuah pangsapuri di Bayu Perdana, di sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 53 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditahan di rumahnya ketika sedang berehat seorang diri, manakala isterinya tiada di rumah.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, hasil maklumat awam, polis melakukan serbuan di rumah suspek sebelum menjumpai sebuah televisyen 29 inci di atas lantai dalam bilik ketiga rumah berkenaan.

Katanya, pemeriksaan ke atas televisyen berkenaan polis menemui satu plastik putih mengandungi empat sampul surat coklat.


"Sampul surat berkenaan dililit menggunakan pita pelekat dan apabila dibuka polis dapati ia mengandungi dadah disyaki jenis heroin seberat 2.2 kilogram (kg) bernilai hampir RM150,000.


"Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati dia mempunyai satu jenayah iaitu penipuan di Banting pada 1992," katanya, di sini, semalam.

Mohamad berkata, polis percaya suspek menyimpan dadah berkenaan sejak enam bulan lalu sebelum dihantar ke luar negara dengan upah sebanyak RM10,000.


Katanya, suspek memperoleh bekalan dadah berkenaan daripada seorang lelaki warga Nigeria yang kini sedang diburu polis.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Jalan Labu, Pandamaran, di sini pada jam 4.30 petang kelmarin, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja.


Mohamad berkata, hasil pemeriksaan badan terhadap suspek, polis menjumpai satu peket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis ganja seberat 3.35 gram.


"Suspek kemudian membawa polis ke tempat simpanan dadah di sebuah almari pakaian dalam bilik ketiga rumah berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/01


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Bayi 9 bulan turut sambut Halloween

Posted: 31 Oct 2012 10:08 AM PDT

LONDON: Berdasarkan mimik mukanya, dia seolah-olah bimbang dia akan menjadi satu daripada bahan masakan untuk sup labu.

Cole Thornton yang berusia 9 bulan hari ini meraikan perayaan Halloween.


Bapanya, Chris merakam gambar Cole dalam puluhan aksi untuk kalendar keluarga mereka dan untuk bulan lalu, dia memutuskan labu menepati konsep itu.

Kaki Cole terjulur keluar dari dua lubang dalam sayuran itu dan tangkainya diletakkan di atas kepala bayi itu sebagai topi. "Cole sangat gembira dapat duduk dalam labu kira-kira 10 saat - cukup lama untuk saya merakam beberapa gambarnya," kata Chris dari Castleford, barat Yorkshire.


"Pasti hebat dapat menunjukkan kepadanya foto itu setelah dia dewasa kelak," katanya.


Chris dan isterinya, Lindsay, 27, pegawai sokongan polis masyarakat akan menghantar kalendar itu kepada saudara-mara supaya mereka dapat melihat bagaimana Cole sudah semakin besar dalam tempoh setahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/01


Usahawan muda gantung diri

Posted: 31 Oct 2012 10:06 AM PDT

NEW DELHI: Seorang usahawan terkemuka India ditemui mati tergantung hanya beberapa hari selepas dia membuat laporan polis diganggu oleh mentuanya.

Akanksha Rathi, 32, memberitahu polis, ibu dan bapa mentuanya cuba untuk menghalang dia daripada menuntut harta pusaka suaminya, Anirudh Rathi. Mereka mendakwa, Akanksha tidak pernah bersikap baik terhadap suaminya.


Ahli perniagaan wanita yang glamor itu dan terkenal di kalangan perniagaan keluli yang didominasi kaum lelaki ditemui mati di kediaman ibu bapanya di sini pada 23 Oktober lalu hanya beberapa minggu selepas suaminya mati akibat serangan jantung. Akanksha mendakwa keluarga suaminya melakukan penderaan mental ekoran kematian Anirudh pada 4 September lalu dan cuba menghalangnya mewarisi sebahagian empayar perniagaan keluli keluarga itu. Akanksha memulihkan sebuah cawangan perniagaan keluarga itu dengan keuntungan 43 juta pound (RM215 juta) setahun sejak beberapa tahun lalu dan dia telah memenangi Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik pada 2009. Polis berkata, ibu bapa Anirudh merampas harta menantunya itu dan mendakwa dia tidak berhak untuk mewarisi harta berkenaan selepas dia berkunjung ke New Delhi untuk menghadiri upacara keagamaan untuk Anirudh. Dia kemudian dilaporkan hilang dan ditemui tergantung pada kipas siling di kediamannya selepas mengambil pil tidur.

Pasangan itu berkahwin pada 2004 atas dasar suka sama suka walaupun mendapat tentangan daripada ibu bapa Anirudh.


Keluarga Anirudh adalah satu daripada keluarga terkaya kasta Jat di India. Jurucakap polis Abid Khan memberitahu media: "Akanksha memfailkan aduan mengenai gangguan berkaitan hantaran kahwin terhadap mentuanya awal bulan lalu.


"Dia menuduh mereka menyeksanya secara mental dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

"Kami telah menghantar pasukan ke Delhi untuk menahan tertuduh yang dinamakan dalam laporan dibuat, tetapi mereka memperoleh ikat jamin," katanya.


Aktivis hak asasi wanita berkata kematian Akanksha menggambarkan 'hakikat sedih' kebanyakan wanita di India di mana kecantikan atau kejayaan tidak dapat mengatasi prejudis kasta.

Ibu Akanksha, Anita Singh berkata: "Justeru tidak dapat menangani trauma dihadapinya, anak perempuan saya mengakhiri hidupnya." -DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/01


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved