Harian Metro: Arena |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Arena |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Hati |
| Global: Wanita Libya turut tumbang Gaddafi Posted: 02 Oct 2011 08:51 AM PDT [unable to retrieve full-text content]“Orang lelaki mati ketika mereka terpaksa berjuang tanpa senjata dan sanggup bergadai nyawa demi melindungi kami sedangkan kami duduk di rumah tidak buat apa-apa. Kami seolah-olah jadi barang antik,” kata wanita bertudung itu lagi sambil cuba membetulkan cara dia memegang senjata api. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Setempat |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Rap |
| Posted: 07 Dec 2012 06:25 PM PST BAKAT besarnya sudah terbukti apabila dia memegang gelaran Juara Bintang Idola Berita Harian pada 2010 dan Mangga Teen Search 2009. Selain pernah beraksi di pentas berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010), pendatang baru berbakat besar, Baby Shima juga artis residen untuk siri Jelajah ABPBH 2012. Terbaru, penyanyi kelahiran Permas Jaya, Johor Bahru yang juga pemilik nama sebenar, Nor Ashima Ramli, 21, tersenarai pada pencalonan awal, Artis Baru Wanita Popular, ABPBH 2012 bersama barisan 21 artis baru lain. Bukan sekadar mempertaruhkan vokal yang mantap, Baby Shima yang digilap bakatnya sejak di bangku sekolah sering memenangi pelbagai pertandingan nyanyian di serata Johor juga memiliki pakej lengkap untuk bergelar penyanyi. Namun, Baby Shima mengakui gelaran yang pernah dimenangi itu bukan tiket untuknya berada dalam zon selesa.
"Apa yang penting, saya menjaga nama baik keluarga yang beri kepercayaan pada saya untuk mencuba nasib dalam bidang seni," katanya. Bakat besar Baby Shima turut membuka mata syarikat rakaman terkenal, KRU Music untuk melamarnya bernaung di bawah payung mereka. Bagaimanapun, karier seninya diuruskan syarikat milik penyanyi terkenal Adam AF, AiCO Empire Group. Apapun, Baby Shima berkata, dia tidak berasa dirinya sudah popular. "Saya tidak berasa diri sudah popular pun kerana ramai orang masih tak kenal saya. Tapi saya tak kisah semua itu kerana usia masih muda dan perjalanan pun masih jauh lagi. Soal populariti jatuh nombor dua kerana yang penting saya perlu membuktikan kemampuan diri dulu," katanya. Ditanya sama ada dia bercadang untuk menukar namanya, Baby Shima berkata, setakat ini, belum ada ura-ura ke arah itu. Menyentuh mengenai single, Baby Shima akui dia akur kerana terpaksa menunggu dua tahun untuk menanti bingkisan lagu terbarunya berjudul Tak Sabar yang juga sentuhan komposer terkenal Edry Abdul Halim. "KRU memiliki ramai artis yang bernaung di bawahnya dan sebagai artis baru saya perlu sabar menanti giliran. Pada masa sama, saya tidak mahu lagu yang tangkap muat kerana sebagai artis, saya perlu muncul dengan lagu yang berkualiti dan menepati cita rasa peminat di luar sana," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
| Baby Shima pernah menangis kerana Edry Posted: 07 Dec 2012 12:52 PM PST SEBAGAI pendatang baru yang masih bertatih dalam bidang hiburan, Baby Shima mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan gementarnya sepanjang bekerja dengan Edry ketika menjayakan proses rakaman single Tak Sabar yang berlangsung di studio, sebelum ini.
"Saya pula melihat, sebagai komposer, marah Edry bersebab kerana dia inginkan hasil yang terbaik," katanya.
Tidak cukup dengan itu, Baby Shima juga menimba satu lagi pengalaman baru sebagai artis iaitu belajar menari dengan artis yang bernaung di bawah kumpulan VIP yang juga artis AiCO untuk melengkapkan lagi persembahannya ketika di pentas. "Jika sebelum ini, saya tidak berapa pandai menari, kini, tidak lagi. Malah, saya sudah berasa yakin untuk menyanyi sambil menari bila di pentas. Semuanya hasil bimbingan mereka," katanya. Dalam perkembangan lain, kata Baby Shima, single Tak Sabar mula diputarkan di stesen radio tempatan sejak awal November lalu. "Konsep single ini selari dengan penampilan kulit album serta persembahan saya. Perancangan awal sudah dilakukan untuk penggambaran klip video lagu ini pada Ogos lalu. "Dengan mengekalkan konsep lagu dan kulit album, klip video Tak Sabar bakal menjanjikan sesuatu yang istimewa di mana saya bakal menari dalam klip video berkenaan. Nantikan tayangan eksklusif klip video ini di stesen TV tempatan tidak lama lagi," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: BeritaUtama |
| Posted: 07 Dec 2012 04:41 PM PST SUBANG JAYA: Dia mengaku bersedia menjadi isteri, malah sanggup tinggal bersama sebelum diijab kabul, namun itu semua sekadar helah seorang wanita berusia 33 tahun bagi mengikis duit lelaki yang terpedaya sebelum dia licik menghilangkan diri. Menjalankan aktiviti penipuan itu sejak 10 tahun lalu, suspek dipercayai sudah menipu sekurang-kurangnya lima lelaki yang setiap seorang kerugian RM20,000 hingga RM80,000.
Mangsa terbarunya ialah seorang chef sebuah hotel terkemuka di sini dikenali sebagai Roslan, 39, yang kerugian hampir RM40,000 selepas diperdaya wanita terbabit sebelum laporan dibuat di Balai Polis Subang Jaya, jam 11 malam kelmarin.
"Biarpun mengetahui saya tinggal di rumah bujang dengan dua rakan lain, dia bertegas untuk tinggal bersama saya," katanya.
Menurutnya, suspek turut membawanya pulang ke kampung di selatan tanah air bagi bertemu keluarganya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
| ‘Kaki saya hancur’ Posted: 07 Dec 2012 04:40 PM PST JOHOR BAHRU: "Tolong, sakit, kaki saya hancur," raung Lee Fong Chan, 58, selepas kedua-dua kakinya hancur dilenyek bas henti-henti di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya di sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa yang juga penumpang bas berkenaan, turun dari kenderaan itu yang berhenti berhampiran persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah stesen minyak.
"Ia menyebabkan wanita berkenaan terjatuh dan kedua-dua kakinya dilenyek tayar bas. Saya serta beberapa orang lain yang berada di situ cuba membantu dengan menenangkannya sementara menunggu ambulans," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas terbabit tidak berhenti di hentian bas yang disediakan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Global |
| Posted: 07 Dec 2012 04:57 PM PST BANGKOK: Di dalam hutan di kawasan pergunungan Chiang Rai, utara Thailand, sekumpulan orang sanggup menghabiskan masa dan tenaga mendapatkan kopi paling mahal di dunia - dihasilkan daripada tahi gajah. Kopi yang mempunyai aroma unik itu dihasilkan melalui proses penghadaman biji kopi dan tindak balas di dalam tubuh haiwan berkenaan dipercayai menghasilkan bau istimewa.
Walaupun sebilangan penggemar kopi mungkin menghadapi masalah loya, ia tidak menghalang produk berkenaan dijual pada harga begitu mahal di pasaran di seluruh dunia. Ketika ini, sekilogram kopi tahi gajah itu dijual pada harga kira-kira AS$1,100 (RM3,360).
Dinkin - menghabiskan lebih RM900,000 untuk mengembangkan idea berkenaan - berkata, apabila gajah memakan buah kopi, asid dalam perut haiwan itu memecahkan protein yang menyebabkan rasa pahit dalam buah berkenaan "Akhirnya, anda menikmati minuman yang sangat lembut dan tanpa rasa pahit seperti kopi biasa," katanya. Kopi itu dianggap sama seperti satu lagi kopi mahal ketika ini, di kenali sebagai Kopi Luwak, yang terhasil daripada proses perkumuhan musang. Masa antara 15 hingga 30 jam diperlukan untuk seekor gajah menghadam kopi berkenaan sebelum ia dikeluarkan secara semula jadi. Kata lelaki berasal dari Kanada itu, gajah juga diberi makan pisang, tebu dan pelbagai bahan lain. "Ia memberikan rasa tambahan yang menarik," katanya. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
| Pelayan kapal mewah nyaris maut dibaham buaya Posted: 07 Dec 2012 01:55 PM PST PERTH: Percutian seorang pelayan kapal mewah di Australia Barat baru-baru ini ternyata meninggalkan 'kesan mendalam' kepadanya apabila dia diserang buaya. Bagi Tara Hawkes, 23, dia sangat bersyukur kerana terselamat walaupun serangan reptilia ganas sepanjang tiga meter itu menyebabkan dia mengalami parut di pahanya. Kata Tara, dia sedang mengayuh sampan di kolam air tawar di Dugong Bay ketika serangan berlaku.
"Saya tak mampu berbuat apa-apa dan buaya itu memperlakukan saya seperti anak patung mainan," katanya.
"Hanya selepas ternampak air bertukar merah, barulah saya sedar Tara dalam bahaya," katanya. Bersama seorang lelaki lain, Sartori berenang ke arah Tara.
Disebabkan hilang terlalu banyak darah, Tara terpaksa diterbangkan dengan helikopter ke hospital berhampiran.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Arena |
| ‘Kami mahu menang’ Posted: 07 Dec 2012 06:15 PM PST "KAMI hadir ke sini dengan misi tidak mahu tewas. Demikian amaran penyerang sensasi Thailand, Teerasil Dangda yang menegaskan misi pasukannya cukup jelas iaitu mahu mencatatkan kemenangan pada perlawanan separuh akhir pertama bertemu skuad negara esok. Meskipun sedar bakal berdepan puluhan ribu penyokong skuad negara yang pasti akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil esok, Teerasil menegaskan ia bukanlah satu masalah besar baginya serta rakan sepasukan.
Meledak hatrik ketika perlawanan kedua peringkat kumpulan bertemu Myanmmar, sudah cukup membuktikan betapa penyerang berusia 24 tahun perlu dikawal rapi untuk tidak memberi masalah kepada anak buah Datuk K Rajagobal.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
| Posted: 07 Dec 2012 01:39 PM PST TUAH Pulau Duyong sekali lagi berpihak kepada jurumudi Team GAC Pindar, Ian Williams, yang muncul juara dunia Alpari World Match Racing Tour (AWMRT) buat kali keempat di Pulau Duyong semalam. Kemenangan 3-2 pelayar Inggeris itu ke atas jurumudi Mekonomen Sailing Team, Bjorn Hansen, sudah cukup buatnya memungut mata tertinggi dalam carta AWMRT untuk dinobatkan sebagai juara dunia, selain daripada melayakkannya ke pusingan separuh akhir Piala Monsun.
"Baru kelmarin Gilmour menyatakan hasratnya untuk bersara daripada sukan pelayaran dan sukar buat saya mempercayai yang saya kini sudah menyamai rekod yang dipegang pelayar terbaik dunia.
"Hansen berani memilih saya kerana mungkin itu cara paling terbaik buatnya untuk menjadi juara dunia namun malang buatnya kerana strateginya itu tidak berjaya," kata Williams yang kini cuma akan menumpukan perhatian untuk muncul juara Piala Monsun pula buat kali ketiga.
"Nasib tidak memihak kepada saya namun jika diberi peluang lagi sekali untuk memilih lawan suku akhir saya, Williams tetap akan menjadi pilihan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Copyright 2010 All Rights Reserved