Jumaat, 28 Disember 2012

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Gegar bandar raya bersejarah

Posted: 27 Dec 2012 06:10 AM PST

ACARA kemuncaknya hanya tinggal 10 hari saja lagi, tetapi bahang kehangatan Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) sudah cukup membuat peminat jadi teruja sehingga ada yang jatuh pengsan!

Insiden terbabit terlihat beberapa minit selepas finalis AJL27 tiba dari Kuala lumpur untuk menjayakan Jelajah AJL27 bertemakan Rasai kehangatan Ekspresi Seni di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka, petang Ahad lalu.

Difahamkan, peminat berkenaan terpaksa diberi bantuan kecemasan dengan alat pernafasan oleh kakitangan paramedik yang ada. Ia dikatakan berpunca daripada terlalu ramai peminat yang datang dan mengerumuni ruang depan pentas.

Semuanya gara-gara ribuan penonton mahu melihat persembahan artis finalis AJL27 seperti Stacy, Black & Rapper Jambang (RJ), Aweera Mojo, One Nation Emcees (ONE) & Jimmy Palikat, Azlan & Typewriter, Amir Jahari dan Hazama.


Mimie ONE ketika ditemui Rap terkejut apabila mendengar berita ada peminat yang pengsan pada petang itu.


"Panik sekejap kami dibuatnya, maklum sajalah keadaan ini jarang berlaku dalam mana-mana konsert promosi jelajah hingga ada peminat yang pengsan. Namun syukurlah keadaan kembali pulih dan konsert tetap diadakan seperti mana yang dirancangkan.

"Keadaan ini membuktikan AJL memang gah dan ia acara yang paling ditunggu-tunggu peminat hiburan. Memandangkan hanya satu program promosi jelajah diadakan, tidak hairanlah ramai peminat di Melaka yang turun pada hari ini," katanya.

Sebelum itu, artis yang terbabit ke Melaka diarak mengelilingi bandar Ayer Keroh bersama wakil media dan kru AJL27 dengan bas klasik dua tingkat yang tidak berbumbung.

Masing-masing gembira kerana ia peluang untuk mengambil angin di sekitar bandar itu memandangkan sudah lama tidak berkunjung ke Melaka.

Bagi Amir Jahari, selaku finalis yang pertama kali bertanding untuk AJL, dia sungguh terharu melihat ribuan peminat datang dengan besar hati.

"Pertamanya, saya bersyukur kerana pihak Media Prima Berhad sudi mengundang saya bersama rakan artis untuk datang ke Melaka. Memang sambutan sungguh hangat di sini dan ternyata orang Melaka sangat 'sporting'.

"Bagi saya, promosi jelajah sebegini adalah cara terbaik bagi TV3 membawa finalis AJL27 bertemu peminat masing-masing," kata Amir yang juga artis pertama yang membuka tirai pertandingan jelajah itu dengan lagu ciptaannya, Tanpamu.

Bagi Black pula, dia sungguh seronok dapat ke Melaka lagi dan kali ini bergandingan bersama RJ untuk lagu Teman Pengganti.

"Sambutan sungguh hebat di sini. Apabila datang ke Melaka saya terasa lain mungkin ia masih ada aura bandar raya bersejarah. Bagi saya sejarah Melaka juga ada kaitan dengan sejarah seni di negara kita.

"Apatah lagi ini kali pertama kami merasa dibawa menaiki bas dua tingkat untuk mengambil angin dan sampai ke lokasi konsert, saya rasa agenda yang disusun cukup unik.

"Apa yang penting, kami berkongsi pengalaman baru bersama peminat yang tidak henti-henti mahu bergambar dan menandatangani autograf. Saya rasa empat jam macam pantas dan tidak cukup!" ujarnya.

Bagi Jimmy Palikat yang bergabung dengan ONE, dia sangat terharu dapat menyampaikan lagu Anak Kampung, Sayang Kinabalu, Cek Mek Molek & Goyang Inul.

"Sejak menjadi artis, inilah kali pertama saya menjayakan konsert jelajah AJL," kata Jimmy.

Hazama pula antara artis paling sibuk melayan kerenah peminat sebelum mendendangkan lagu Simetri dan Majnun.

Rakannya, Aweera Mojo, tampil menghiburkan peminat dengan lagu Gemuruh dan Andai Ku Bercinta Lagi.

"Saya bangga kerana pencapaian Mojo memberangsangkan selepas ditubuhkan setahun lalu. Saya akui masih mentah dan banyak perlu dipelajari kerana nama Mojo masih cukup gah seperti mana artis 'senior' lain.

"Peluang berada dalam jelajah AJL27 saya manfaatkan dengan sebaik-sebaiknya. Sekalipun perasaan gemuruh ada, saya sangat teruja untuk bersaing bersama 11 finalis lain pada pada 6 Januari depan. Saya harap pertaruhan Mojo dengan muzik 'synth-rock' dapat diterima peminat," katanya.

Penampilan Stacy antara yang menarik perhatian peminat remaja. Beberapa peminat tidak melepaskan peluang menari bersama artis terkenal dengan tarian lincah itu sewaktu dia menyampaikan lagu Pelangi Senja dan Kasanova.

Petang itu tubuh Azlan nyata dibasahi peluh gara-gara melayan peminat. Bagaimanapun, dia tidak kurang hebatnya melontarkan vokalnya menerusi lagu Tanda Tanya dan Idola.

"Selalunya saya muncul sebagai artis jemputan dalam AJL. Sekarang saya dan Typewriter pula akan bersaing dan sudah tentu kami mahu memberi persembahan terbaik.

"Latihan rapi akan dibuat beberapa hari sebelum final. Kami masih memikirkan cara terbaik menonjolkan konsep persembahan dengan 'props' yang sesuai.

"Apapun, sasaran utama kami adalah menonjolkan genre rock kami. Saya gembira kerana dibantu barisan pemuzik yang matang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/27



Uchop bawa keluarga bercuti

Posted: 27 Dec 2012 06:00 AM PST

"ALHAMDULILLAH dengan wang RM100,000 yang saya peroleh, insya-Allah jika tiada halangan saya akan terus mempromosikan lagu Jujurlah Padanya di samping persiapan album penuh yang akan mengenengahkan konsep rock moden mengikut cara sendiri.

"Saya juga masih aktif dengan kumpulan sendiri dan sentiasa akan bersama-sama mereka, soal tawaran persembahan terpulang pada penganjur jika mereka mahukan saya solo atau pun berkumpulan, saya bersedia pada bila-bila masa," katanya Uchop selepas diumumkan juara Vokal Bukan Sekadar Rupa 2, kelmarin.

Selain itu, Uchop juga menyatakan akan terus menggunakan nama 'Uchop' kerana baginya nama itu cukup memberi makna besar dengan terbuktinya kemenangan yang diraih pada malam itu.

"Bagi saya nama Uchop cukup istimewa dan akan terus mengekalkan nama ini sampai bila-bila. Pastinya peminat akan lebih mengenali nama ini selepas saya menyertai Vokal 2.


"Kehadiran saya dalam bidang seni dengan gaya rock tersendiri sudah cukup untuk membuktikan kemampuan diri tanpa perlu menukar nama yang mungkin kelihatan tidak komersial," kata pemilik nama Mohamad Yusof Ahmad ini.


Malah dia juga berhasrat membawa ahli keluarga bercuti menggunakan wang yang dimenangi.

Uchop mengakui gembira dengan kemenangan yang diraih dan berharap kemunculan single Jujurlah Padanya akan memberi laluan untuknya mencipta nama sebagai seorang penyanyi selepas ini. Menurutnya, walaupun bakal bergerak solo, dia tetap setia bersama kumpulannya, Avitydy.

Teka-teki mengenai juara Vokal musim ke-2 terjawab apabila ia berpihak kepada jejaka berasal dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur, yang berusia 28 ini dengan memberikan saingan cukup sengit kepada peserta dari Tamparuli, Sabah, Marllenney Fane JL Paul atau Mar, 25.

Acara yang bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam malam Rabu lalu menyaksikan Uchop mengatasi peratusan undian sebanyak 72 peratus mengalahkan Mar yang hanya 59 peratus undian.

Uchop yang membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi dan hadiah iringan mempertaruhkan lagu Dipenjara Janji dan medley bersama lagu Opera Hidup nyanyian asal Awie.

Pertandingan yang mempertaruhkan tiga segmen itu turut mempersembahkan Uchop menyampaikan lagu baru ciptaan Yuzai berjudul Jujurlah Padanya selain pusingan 'battle', Uchop memilih lagu Bujang Senang.

Sementara itu, Mar pula mempertaruhkan lagu Semua Isi Hatimu dan medley lagu Sesuatu Janji manakala lagu baru berjudul Maafkanlah Cinta ciptaan Ajai dan pusingan 'battle', Mar memilih lagu Inggeris iaitu Stand Up For Love.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan daripada Zamani, Saleem, One Nation Emcees dan juri-juri Vokal 2 seperti Ziana Zain, Hattan, Mas Idayu dan Azmeer.

Bagi Mar pula, kemenangan RM30,000 itu akan digunakan untuk memperbaiki rumah keluarga di Sabah manakala selebihnya akan disimpan untuk kegunaan pada masa depan.

"Selepas ini saya akan pulang ke Sabah dan meneruskan rutin harian seperti biasa di sana. Untuk waktu ini rasanya biarlah saya mempromosikan single Maafkanlah Cinta di Sabah dulu, pastinya peminat di sana sedang menantikan kehadiran saya.

"Jujur dikatakan sebenarnya saya tidak terfikir akan bertahan dan terus mara sehingga ke peringkat akhir, justeru perancangan untuk menetap terus di Kuala Lumpur belum ada. Namun jika jemputan nyanyian di sini banyak, mungkin saya akan mempertimbangkan untuk tinggal di Kuala Lumpur saja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/27



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


‘Tiada alasan lagi’

Posted: 27 Dec 2012 09:11 AM PST

TIADA alasan lagi buat pengendali skuad negara, Datuk K Rajagobal untuk menyatakan tidak mempunyai masa mencukupi dalam usahanya mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kelonggaran yang cukup besar kepada pengendali berusia 56 tahun itu mengumpulkan pemain menjelang dua aksi awal kempen kelayakan pada Februari dan Mac.


Berdasarkan jadual Liga-M musim depan, Rajagobal mempunyai masa 11 hari untuk mengadakan sesi latihan sebelum bertemu Qatar pada 6 Februari di tempat lawan dan persiapan 12 hari sebelum aksi kedua kempen kelayakan bertemu Yaman di Malaysia pada 22 Mac.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media semalam berkata, pihaknya sudah melalui situasi itu pada setiap tahun.


"Jika nak teruskan juga liga tanpa pemain kebangsaan, kita boleh saja hanya mengadakan satu perlawanan setiap minggu. Apapun saya kira jadual ini yang terbaik.


"Tapi kita mungkin terpaksa tukar jika skuad negara mempunyai perlawanan persahabatan secara tiba-tiba dan kena ubah jadual. Di Eropah, memang liga hanya berhenti rehat apabila ada perlawanan dalam kalendar Fifa.

"Bagaimanapun, kita ambil kira permintaan jurulatih kebangsaan kerana beliau perlukan banyak masa lagi untuk kem latihan pusat," katanya.


Kempen kelayakan Piala Asia penting bagi Rajagobal kerana beliau pernah menyatakan akan membawa pasukan negara layak secara merit ke Piala Asia 2015.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28



Azam 2013

Posted: 27 Dec 2012 08:59 AM PST

ABU DHABI: Andy Murray percaya kejayaannya pada Terbuka AS berjaya mengendurkan tekanan ditanggungnya dan kini berazam untuk melakar lebih banyak kegemilangan pada acara Grand Slam 2013.

Pemain nombor tiga dunia, Murray muncul pemain lelaki pertama Britain sejak 1936 memenangi kejuaraan utama apabila menundukkan Novak Djokovic untuk menjuarai Terbuka AS, September lalu, dan kejayaan itu muncul selepas merangkul pingat emas Sukan Olimpik.


Pemain berusia 25 tahun itu kini berazam untuk meneruskan rentak kemenangan, bermula dengan kejohanan pertunjukan tiga hari di Abu Dhabi sebelum menuju ke Australia bagi kejohanan Grand Slam pertama musim.

"Dalam tiga, empat atau lima tahun lalu, ada tekanan kuat dalam fikiran dan saya berasa lebih rileks dan lega selepas menang Terbuka AS," kata Murray.


"Tekanan itu kini berjaya ditangani sekali gus saya mampu bermain dengan lebih rileks serta berharap mengulangi kemenangan Grand Slam.


"Saya tidak tahu bagaimana rasanya sebelum pusingan pertama Terbuka Australia dan ia pastinya satu perasaan baru dan saya hanya perlu menanganinya." Murray sedar aksinya pasti menjadi tumpuan pada Kejohanan Wimbledon pada Jun.

Fred Perry adalah pemain lelaki terakhir Britain memenangi Wimbledon pada 1936 dan Murray hampir melakukannya pada 2012 apabila layak ke final sebelum kecundang di tangan Roger Federer. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/28



Kredit: www.hmetro.com.my

Khamis, 27 Disember 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Juadah pelbagai tema

Posted: 04 Oct 2012 07:47 AM PDT

MENU menarik dan menyelerakan mengikut pelbagai tema bakal menemui pengunjung Hotel Impiana sepanjang Oktober ini.

Dimulakan dengan bufet Pan Asian Treats pada harga RM68++ pada setiap Isnin hingga Khamis, pengunjung berpeluang menjamu hidangan Mediterranean pada setiap Jumaat dan Sabtu, sementara Ahad dipenuhi pelbagai juadah tempatan pada harga RM48++ seorang.

Menariknya, ais krim Baskin Robbins turut disediakan sebagai pencuci mulut untuk semua hidangan bufet ini.

Pada masa sama, Tonka Bean juga mengalu-alukan pengunjung merasai bufet tengah hari menu antarabangsa yang menggabungkan cita rasa tempatan pada harga RM58++ seorang.


Ais krim Baskin Robbins sekali lagi menjadi tarikan, selain beberapa variasi pencuci mulut yang pasti menepati selera pengunjung.


Andai ada masa senggang di hujung minggu, Tonka Bean tidak ketinggalan menyediakan bufet minum petang yang menawarkan bermacam hidangan antaranya burger mini, kuih-muih, dim sum, roti jala, sate ayam dan daging, nasi lemak, ayam goreng berempah, sosej, mi kari, piza, apam balik serta ubi sambal.

Tidak sekadar menjamu selera, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan sekeliling serta Menara Berkembar Petronas yang terletak berhadapan kafe dalam keadaan tenang tanpa gangguan hiruk-pikuk kota.

Untuk tempahan, boleh hubungi 03-21471111 sambungan 3034 atau 3035.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/04



Syukur generasi bebas penjajah

Posted: 30 Aug 2012 09:25 AM PDT

PERASAANNYA berbunga riang sambil melahirkan rasa syukur yang tidak putus-putus setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan berlangsung, malah tidak ketinggalan meraikan hari bersejarah itu bersama-sama jutaan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tahu menilai serta menghargai erti kebebasan di tanah air sendiri.

Walaupun lahir selepas merdeka, suri rumah, Noriah Hashim, 49, mampu merasai keperitan kehidupan penduduk negara ini sebelum mencapai kemerdekaan, melalui kisah yang diceritakan suami serta arwah ibu mentuanya yang sering berkongsi pengalaman mengenai penderitaan mereka ketika Tanah Melayu menjadi kawasan jajahan British dan Jepun.

Setiap kali tarikh keramat 31 Ogos menjelang tiba, beliau antara orang yang paling gembira kerana mengenangkan keadaan rakyat negara ini yang dapat hidup aman dan harmoni selepas bebas daripada cengkaman ketakutan akibat duduk di bawah pemerintahan bangsa asing suatu ketika dulu.

Noriah berkata, setiap kali mendengar kisah kepayahan hidup yang diceritakan ibu mentua dan suaminya, beliau berasa betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia yang bukan saja boleh hidup bertolak-ansur bersama kaum lain dalam keadaan damai, malah diuruskan kerajaan yang bertanggungjawab, prihatin dan menjaga kebajikan rakyat.


Daripada apa yang diceritakan kepadanya, dia mendapat tahu kehidupan sebelum merdeka dipenuhi rasa takut yang amat sangat terutama ketika penjajahan Jepun hingga orang kampung tidak mahu keluar rumah kerana bimbang diserang.


"Mereka hidup dalam ketakutan, tidak seperti kita hari ini. Menurut ibu mentua saya, adik-adik perempuannya yang masih muda dan belum berkahwin ketika itu disorok bapanya dan tidak dibenarkan keluar.

"Ibu mentua saya berasal dari Tapah, Perak dan adik-beradiknya semua mempunyai rupa paras yang cantik dengan kulit putih mulus. Disebabkan itu, mereka disorok kerana bimbang diapa-apakan tentera Jepun.

"Sekiranya hendak keluar juga, terpaksa sorok-sorok kerana tentera Jepun ketika itu yang terkenal dengan sikap rakus dan kejam, berani melakukan jenayah sesuka hati mereka termasuk membunuh," katanya.

Menurut Noriah, selain terseksa dari segi emosi kerana tidak bebas dan rasa terkurung, hidup majoriti rakyat di Tanah Melayu ketika itu juga sangat susah dan banyak bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan.

Menurut suaminya, peniaga, Mat Daud Ayob, 60, hidup pelajar sekolah ketika itu juga terbatas kerana mereka terpaksa pergi dan balik sekolah dalam keadaan menyorok, malah sesi persekolahan pernah terganggu sementara dengan kehadiran tentera Jepun.

Keadaan pada masa itu sangat berbeza dengan zaman ini. Rakyat Malaysia bukan saja bebas dan hidup aman damai, malah semakin maju mengejar pencapaian setanding negara luar.

"Taraf hidup rakyat ketika ini juga jauh berbeza sekiranya hendak dibandingkan zaman sebelum merdeka kerana ekonomi kita yang semakin kukuh dan nama negara semakin harum di peringkat antarabangsa.

"Saya selalu menceritakan kisah sebelum zaman merdeka seperti yang diceritakan kepada saya dan sering berpesan kepada anak-anak supaya mereka bersyukur dapat tinggal dan menjadi rakyat negara ini.

"Walaupun ke mana kita pergi, Malaysia adalah negara terbaik pada mata saya kerana ia seimbang dari semua segi, tidak seperti sesetengah negara lain yang rakyat hidup melarat biarpun sudah lama maju," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, golongan muda juga harus tahu mengenai kisah sebelum merdeka supaya mereka sedar betapa berharganya nilai kebebasan serta tidak menimbulkan sebarang kekacauan yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Beliau bukan saja rasa bersyukur, malah berasa amat beruntung menjadi rakyat negara ini, bersama-sama dengan bangsa lain yang berbilang kaum.

"Tidak perlulah kita hendak bergaduh atau membuat kacau kerana perbezaan fahaman politik kerana apa yang negara ada ketika ini sudah cukup bagus. Kerajaan kita melakukan tugas dengan baik dan tidak perlulah ada pihak yang hendak membuat kacau-bilau," katanya.

Setiap kali Hari Kemerdekaan, rasa bangga menjadi anak Malaysia membuak dalam dadanya. Justeru, dia dan suami sanggup bangun awal pada hari cuti umum itu untuk membawa anak-anak meraikan hari penuh bersejarah di Dataran Merdeka bersama rakyat lain. Ia boleh dikatakan sudah menjadi 'aktiviti tahunan yang wajib' untuk mereka sekeluarga.

Malah, setiap tahun dia sekeluarga akan turut sama menghias rumah dan kereta dengan bendera Malaysia bagi mengingati hari bermakna kepada negara ini.

"Kami juga akan bergerak dari rumah di Kajang ke Dataran Merdeka untuk sama-sama meraikan dan merasai nikmat kemerdekaan yang dicapai sejak 55 tahun lalu bersama rakyat lain.

"Sungguh menggembirakan apabila dapat melaungkan Merdeka bersama-sama rakyat negara ini yang berbilang kaum. Ia menunjukkan majoriti rakyat tahu menghargai erti kebebasan dan keamanan," katanya.

Sementara itu, juruteknik, Abdullah Hashim, 55, yang dilahirkan tepat pada 31 Ogos 1957 berkata, berkongsi tarikh lahir dengan Hari Kemerdekaan sememangnya memberi makna tersendiri kepada dirinya.

Katanya, beliau dilahirkan di rumahnya di Kampung Gelam, Melaka dan hanya menyedari tarikh lahirnya sama dengan sambutan kemerdekaan negara sekitar usia 10 tahun apabila diberitahu bapanya.

"Ketika kecil, saya tidak tahu tetapi apabila sudah mula faham, saya berasa amat bangga dilahirkan sama dengan tarikh negara bebas daripada cengkaman bangsa luar, apalagi rakyat Malaysia beramai-ramai meraikannya," katanya.

Abdullah berkata, beliau sering mendengar cerita betapa susahnya kehidupan zaman sebelum merdeka terutama daripada ibu bapanya di mana kehidupan seharian rakyat pada waktu itu sangat susah dan sentiasa tertekan.

Dia masih ingat bagaimana orang kampung ketika itu sangat takut dengan tentera Jepun hingga pergerakan mereka menjadi terbatas dan tidak dapat keluar rumah kecuali dengan cara menyorok.

"Kekejaman tentera Jepun menyebabkan penduduk takut hingga tidak berani bergerak di luar rumah. Tidak seperti hari ini, tiada rasa takut dan semua orang bebas untuk ke mana-mana saja.

"Apabila kita diisytiharkan merdeka, ia seolah-olah satu nikmat yang sukar diucapkan dan hanya difahami mereka yang pernah hidup tertindas sebelum ini. Hidup rakyat menjadi lebih tenang dan gembira," katanya.

Kisah mengenai zaman sebelum kemerdekaan seharusnya selalu diketengahkan supaya generasi muda tahu betapa seksanya hidup di bawah cengkaman asing dan lebih bersikap patriotik terhadap negara.

Katanya, golongan yang suka menimbulkan kekacauan seharusnya sedar segala ketenangan dan kedamaian yang dikecapi hasil kemerdekaan yang diperoleh dan tidak seharusnya diperjudikan dengan sikap mementingkan diri sendiri.

"Saya tidak setuju dengan perbuatan demonstrasi yang sering diadakan sesetengah pihak kerana bagi saya ia bukan saja membuang masa, malah tidak memberi sebarang faedah kepada bangsa dan negara.

"Generasi muda harus tahu mengenai keadaan sebelum merdeka dan jangan huru-harakan negara kerana sikap mementingkan diri sendiri," katanya.

Abdullah bersama isteri, Sharifah Hashim, 54, dan anak-anak, Shahrul, 27, Nurhaniza, 25, dan Ahmad Shahir, 18, menghias rumah mereka dengan mengibarkan bendera bersaiz besar pada hadapan rumah bagi meraikan hari bersejarah negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/31



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Dilanggar ketika lari

Posted: 26 Dec 2012 01:49 PM PST

PUCHONG: Kegembiraan tiga sahabat yang menjamu selera di sebuah restoran di bandar ini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dilanggar sebuah kereta ketika cuba menyelamatkan diri daripada amukan dua kumpulan samseng disertai lebih 10 orang yang 'bertempur' di kawasan berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa, Kenny Chuk, 20, yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sebuah hospital swasta di kawasan berkenaan.


Rakan mangsa, See Yuk Hui, 22, berkata, ketika makan, mereka ternampak dua kumpulan bergaduh di kawasan berhampiran menyebabkan mereka bertiga melarikan diri dari restoran berkenaan.

"Bagaimanapun, Kenny dirempuh sebuah kereta ketika melarikan diri sebelum kami membawanya ke sebuah hospital swasta di kawasan berhampiran. Bagaimanapun, Kenny meninggal dunia sebaik tiba di hospital" katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Beliau berkata, dia tidak tahu punca kejadian itu, namun apa yang pasti keadaan bertambah buruk apabila dua kumpulan terbabit bergaduh dengan membaling kerusi dan meja selain bertumbuk.


Menurut See, bagi menyelamatkan diri, mereka melarikan diri dengan menyeberangi jalan ke tempat letak kereta sebelum Kenny dilanggar.

Sumber berkata, polis yang tiba di hospital dan tempat kejadian selepas menerima laporan orang awam menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.


"Seorang daripadanya cedera dipercayai akibat bergaduh manakala seorang lagi adalah pemandu kereta yang melanggar mangsa.

"Sehingga kini, polis masih menyiasat sama ada pemandu kereta itu individu yang terbabit dalam pergaduhan itu atau tidak," katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/27



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Jenama Salma Hayek makin kukuh

Posted: 26 Dec 2012 05:19 AM PST

KEJELITAAN dan kemampuan bakat sudah lama bergaul dalam diri Salma Hayek. Aktres berdarah campuran 'Hispanic' dan Lubnan (di sebelah datuknya) ini semakin berjaya meletakkan dirinya ke tahap bintang serba boleh di Hollywood apabila muncul dalam pelbagai genre seperti drama berat, aksi, seram, fantasi, komedi dan animasi yang mendapat sambutan 'box-office'.

Antara lakonan Hayek atau nama sebenarnya, Salma Hayek Jimnez yang meninggalkan kesan di hati peminat filem adalah Frida, Desperado, Fools Rush In, From Dusk Till Dawn, Wild Wild West, Puss in Boots, Once Upon a Time in Mexico, Cirque du Freak dan Grown Ups.

Tidak hairanlah untuk memeriahkan lagi kedatangan Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013, jenama Salma Hayek diperlukan pengarah Frank Coraci untuk filem Here Comes the Boom. Menerusi filem itu, Hayek digandingkan dengan aktor popular Kevin James.

Dalam sidang media bersama bintang Here Comes the Boom di Mexico, tidak lama dulu, Hayek, 46, yang kelihatan masih anggun dan seksi berkata, dia sangat berbangga apabila dapat membintangi filem itu.


Dalam filem itu, Hayek memegang watak sebagai seorang jururawat bernama Bella Flores.


"Saya sukakan filem ini kerana ia mengenai semangat perjuangan seorang guru yang mahu membantu pelajarnya. Walaupun dalam bergelak jenaka, kita mampu melihat seorang guru yang gigih berjuang dan sanggup menanggung risiko.

"Bella pula ada orang yang banyak memberikan sokongan dan kritik kepada Scott. Saya rasa dalam berjenaka pun, saya harus memilih skrip yang baik. Memang saya seronok sepanjang terbabit dalam penggambaran filem ini.

"Lagipun saya dengan Kevin pun bukan baru kenal kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Memang dalam filem ini ada banyak aksi pertarungan di gelanggang. Saya tak anggap ia filem yang ganas kerana dipersembahkan dalam bentuk lucu. Ia bukan filem mengenai pembunuhan sebaliknya pertarungan.

"Pada awalnya, Bella tidak berminat langsung dengan Scott kerana menganggapnya seorang lelaki yang malas namun lama kelamaan Bella mula melihat banyak perubahan dalam diri Scott," kata Hayek.

Produser Todd Garner pula berkata, kehadiran Hayek dalam filem ini memberi kesan tersendiri.

"Apabila Salma muncul di layar besar, dia tidak pernah menghampakan. Dia mampu memberikan tenaga kepada filem ini. Bagi saya Salma dan Kevin ada keserasian kerana mereka pernah berlakon dalam filem sebelumnya, Grown Ups," kata Garner.

Here Comes the Boom yang turut dilakonkan oleh Henry Wrinkler, mengisahkan seorang guru yang juga bekas peninju, Scott Voss (Kevin James) yang terpaksa kembali ke gelanggang pertarungan demi mencari dana bagi membantu pelajarnya menjayakan sebuah program muzik yang terbantut di kolej mereka.

Scott sanggup menyertai satu kejohanan Mixed Martial Arts yang menggabungkan beberapa jenis aksi seperti tinju, Muay Thai dan judo.

Filem edaran Sony Pictures Releasing International ini sedang rancak ditayangkan di pawagam berdekatan anda dan ia nyata sebuah karya yang menghiburkan.

Menoleh latar belakang Hayek, namanya mula tercipta sebagai pelakon apabila membintangi drama Teresa, diikuti El Callejn de los Milagros yang membuka ruang kepadanya untuk menerima pencalonan Ariel Awards.

Hayek sebenarnya mula berhijrah ke Los Angeles pada 1991 dan mengikuti pengajian dalam bidang lakonan di bawah Stella Adler. Ketika inilah dia mendapat tawaran berlakon sehinggalah membintangi filem lain seperti Desperado, Dogma, Fools Rush In, Wild Wild West, Hunchback, Hotel dan Traffic.

Namun titik tolak Hayek lebih dipandang Hollywood adalah apabila membawakan peranan Frida Kahlo dalam filem Frida pada 2002. Impak filem itu memberinya peluang untuk dicalonkan sebagai Aktres Terbaik menerusi anugerah berprestij seperti Academy Awards, BAFTA Awards dan Golden Globe Awards.

Dalam bidang pengajian pula, Hayek pernah menuntut di Universidad Iberoamericana di Mexico City dalam jurusan Perhubungan Antarabangsa.

Selain menjadi pelakon, Hayek juga aktif sebagai produser dan pengarah filem. Pada tahun 2000, dia mengasaskan syarikat produksinya, Ventanarosa dan menerbitkan filem dan program TV, antaranya filem El Coronel No Tiene Quien Le Escriba, Frida dan In the Time of the Butterflies.

Pada 2003, Hayek mengarahkan filem The Maldonado Miracle dan video muzik untuk penyanyi Prince berjudul Te Amo Corazon.

Di samping itu, Hayek bertindak selaku penerbit eksekutif untuk siri popular Ugly Betty yang mendapat sambutan di seluruh dunia. Ia digarap daripada telenovela Yo Soy Betty La Fea.

Dari aspek sensasi, Hayek pernah mengumumkan pertunangan dengan bilionaire Perancis, Franois-Henri Pinault pada 2007, sekali gus mengakui dia hamil. Pada 21 September 21 tahun yang sama, Hayek melahirkan bayi perempuan, Valentina Paloma Pinault di Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles.

Kemudian pada 18 Julai 2008, Hayek dan Pinault memutuskan pertunangan mereka namun hubungan mereka kembali bertaut malah mengambil keputusan untuk berkahwin pada 14 Februari 2009 di Paris.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/26



Cucu ubat sepi Raja Azmi

Posted: 26 Dec 2012 04:57 AM PST

KEMBALI solo selepas 28 tahun hidup bersama jaguh badminton negara, Jailani Sidek, Raja Azmi Raja Sulaiman mengakui kesunyian, namun ia terubat dengan kehadiran dua cucunya.

Anak sulungnya, Puteri Suraya yang mendirikan rumah tangga dengan pengarah filem, Mohd Shahdan Hashim baru saja melahirkan anak keduanya, Muhammad Ariq pada 17 Disember lalu di Hospital Ampang Puteri, Ampang. Anak sulung mereka, Muhammad Akid sudah pun berusia setahun tujuh bulan.

"Mereka berdualah jantung hati yang menyerikan hidup saya ketika ini. Kegembiraan saya menyambut kehadiran ahli keluarga baru ini sama seperti rasa seronok dan teruja ketika menantikan kelahiran cucu sulung dulu.

"Suraya dan Shahdan masih tinggal bersama saya di Ukay Perdana dan setiap kali keluar ke mana-mana rasa tak sabar nak balik rumah untuk bermain dengan Akid. Setiap dugaan yang Allah SWT beri pasti ada rahmatnya, hilangnya suami daripada sisi, ada cucu sebagai pengganti.


"Jailani masih datang ke rumah menjenguk anak dan cucunya. Tiada apa yang berubah, dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dan menanggung segala perbelanjaan rumah serta keperluan anak. Kami berdua tetap baik seperti dulu kerana kami berpisah pun secara baik.


"Walaupun sunyi, saya bahagia. Ada juga yang ingin melamar saya, tetapi saya pula yang tidak berkenan. Jika saya berjumpa jodoh yang sesuai, saya bersedia menamatkan zaman janda. Pada penghujung usia nanti, adalah orang yang menemankan saya.

"Anak kedua, Puteri Suaida sudah bekerja dan anak bongsu, Megat Deli kini belajar di UTM (Universiti Teknologi Malaysia), Jalan Semarak. Mereka semua mampu berdikari," katanya.

Raja Azmi kini menumpukan masanya kepada produksinya, Akid Production Sdn Bhd yang diuruskan Suraya dan Suaida. Mereka banyak menerbitkan drama dan telefilem.

"Penerbitan filem terpaksa ditangguhkan buat sementara kerana terlalu banyak filem diterbitkan sekarang. Bila dah reda sedikit nanti, barulah saya akan fikir untuk menghasilkan filem," katanya.

Mengisi masa lapangnya, Raja Azmi gemar melancong ke luar negara bersama rakannya. Pada November lalu dia ke Milan, Itali selama seminggu. Sebelum itu dia bercuti ke Bangkok, Phnom Penh, Kemboja, Vietnam, Australia dan tahun depan bercadang ke New Zealand.

"Dulu kami sekeluarga dapat bercuti ke luar negara setahun sekali kerana terpaksa menunggu anak cuti sekolah dan kolej. Jailani pun sibuk. Apabila semua bercuti barulah dapat pergi melancong. Sekarang anak dah besar dan saya pun solo, pantang kawan mengajak saya akan pergi bercuti bersama mereka.

"Tergerak hati nak bercuti, saya akan pergi. Sekarang lagi senang, nak keluar dengan siapa tiada masalah dan tak jadi bahan gosip. Pada usia 53 tahun dan ada cucu, saya pun tak suka digosip lagi. Apabila Akid dan Ariq sudah besar, bersekolah dan pandai membaca, tak manis mereka membaca cerita gosip nenek mereka di akhbar.

"Saya tak mahu Akid dan Ariq membaca kisah yang bukan-bukan mengenai saya. Sebab itu walaupun saya sudah bersendirian, batas pergaulan masih dijaga. Kehadiran cucu mengingatkan siapa saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/26



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Dua mati tertimbus

Posted: 27 Dec 2012 01:05 AM PST

SUNGAI PETANI: Dua pekerja kontrak maut apabila tertimbus dalam runtuhan tanah ketika sedang melakukan kerja memasang saluran paip bawah tanah di tapak projek perumahan di Ambangan Height, Bandar Amanjaya, dekat sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika mangsa, S Saravanan dan P Mogan, 39, yang juga warga tempatan bersama dua pekerja lain berada dalam sebuah lubang kumbahan sedalam 10 meter.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba bahagian tengah antara dua lubang itu yang tidak dikorek runtuh lalu menimbus dua pekerja yang tidak sempat melarikan diri, manakala dua pekerja lain berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Rosdi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.58 lalu dua jentera bersama 13 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian.


Menurutnya, sebaik tiba, mereka mendapati satu daripada dua lubang berkenaan sudah dipenuhi dengan runtuhan tanah, dan beberapa pekerja dengan dibantu seorang jentera pengorek cuba menyelamatkan dua mangsa yang terperangkap.


"Pasukan penyelamat kemudian mengorek runtuhan tanah menggunakan jentera pengorek itu, dan memerlukan hampir satu jam sebelum berjaya menemui mayat Saravanan dalam keadaan terduduk, manakala mayat Mohan ditemui berhampiran mayat Saravanan dalam keadaan terbaring.

"Mayat Saravanan dibawa naik ke atas pada jam 12.10 tengah hari, manakala mayat Mohan dibawa naik ke atas pada jam 12.32 tengah hari. Kami turut berdepan sedikit masalah kerana tanah merah yang menimbus kedua-dua mangsa agak keras, selain turut menggunakan peralatan skop dan cangkul," katanya.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/27



Goncang bayi sampai koma

Posted: 26 Dec 2012 02:05 PM PST

PADANG BESAR: Seorang bayi perempuan berusia 38 hari kini terlantar koma di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dipercayai akibat didera termasuk digoncang badannya dengan kuat oleh bapa kandungnya.

Mangsa yang dikenali Sofia Juliana dimasukkan ke hospital itu jam 5 pagi Isnin lalu, selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri selepas diperlakukan dengan kasar termasuk ditepuk belakang badan dengan kuat oleh bapanya berusia 20-an.

Difahamkan, bayi itu diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana dia tidak berhenti menangis.

Datuk mangsa, Mahamud Hassan, 58, ketika menceritakan perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit berkata, dia juga percaya anak perempuannya yang juga ibu mangsa, Junita Mahamud, 23, turut dipukul suaminya jika dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.


Mahamud dari Jalan Padang Besar, dekat sini, berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh abang Junita ketika berada di Songkhla, Thailand.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/27



Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Generasi Google hilang kreativiti

Posted: 26 Dec 2012 08:09 AM PST

LONDON: Seorang daripada pereka cipta terkemuka Britain memberi amaran, "generasi Google" yang terlalu bergantung kepada Internet untuk sebarang maklumat berdepan kemungkinan mengalami "kematian otak."

Pencipta radio wind up (radio berkuasa manual), Trevor Baylis, berkata kanak-kanak semakin hilang daya kreativiti serta kemahiran praktikal kerana terlalu banyak menghabiskan masa di depan skrin komputer. Kata Baylis, 75, dia bimbang generasi pereka cipta akan datang akan hilang dan kebanyakan anak muda hari ini tidak mampu berusaha sendiri untuk melakukan sesuatu.


"Namun, kanak-kanak boleh mengembalikan kemahiran penting itu jika sekolah menggunakan mainan praktikal seperti Meccano," katanya.

Meccano adalah alat mainan menggunakan pelbagai jenis bahan terpakai, seperti kepingan keluli, skru dan nat.


Ia perlu digabungkan antara satu sama lain bagi membina pelbagai objek. Kata Baylis, kanak-kanak perlu diajar melakukan sesuatu dengan tangan, bukan bergantung kepada telefon bimbit atau komputer. "Memang mereka perlu menggunakan komputer dari semasa ke semasa, tetapi ada terlalu ramai yang menggunakan alat itu secara berlebihan.


"Mereka bergantung kepada carian Google dan ramai kanak-kanak akan menjadi seperti mati otak jika terlalu bergantung kepada Internet kerana mereka tidak mampu melakukan sendiri mengikut cara lama," katanya. Mengenang semula bagaimana dia menjadi pereka cipta, Baylis berkata, dia bermula seawal usia lima atau enam tahun.

Ketika perang, katanya, dia tidak bersekolah dan sering merayau di kawasan rumahnya di Southhall, Middlesex, untuk mengumpul bahan terbuang. "Satu hari, saya bertemu seorang wanita yang menghadiahkan sekotak besar barang.


"Dalam perjalanan pulang, rasa ingin tahu mendorong saya membuka kotak berkenaan di pertengahan jalan dan mendapati ia adalah satu set besar Meccano," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/26



Pelanggan Asda terlepas denda kerana kesalahan lucu

Posted: 26 Dec 2012 07:45 AM PST

LONDON: Gara-gara terlalu terdesak untuk membeli-belah, seorang pemandu tergamak meninggalkan keretanya di kawasan meletak troli pasar raya Asda.

Pemandu terbabit cuma dikenali sebagai Jim bersusah-payah memasukkan kereta Peugot 107 miliknya ke kawasan sempit itu selepas mendapati tiada lagi kawasan meletak kenderaan yang kosong. Tindakan Jim itu menarik perhatian orang ramai.


Walaupun sepatutnya didenda 75 (RM371), kakitangan Asda di Nuneaton, Warwickshire, memaafkan Jim selepas mendapati kesalahan itu sangat lucu. Jim berkata, dia ke pasar raya itu hanya untuk membeli minuman keras.

"Kenderaan terlalu banyak dan saya terfikir meletakkan kereta saya di tempat troli kerana ia memang kosong," katanya. Jim mengakui dia mengalami kesukaran untuk keluar dari keretanya.


"Ketika mahu pulang, ramai orang, termasuk pengurus pasar raya, mengerumuni kereta saya," katanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/26



Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved